MINIT MESYUARAT BM BIL 1 2024

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PK 07 - LAMPIRAN 3

SK SENTUL UTAMA

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU


BILANGAN 1 / TAHUN 2024

Tarikh : 14 MAC 2024


Masa : 0200 petang
Tempat : Pusat Sumber SKSU
Pengerusi : En. Aman Sah Bin Mohd Som

Kehadiran : 1. En Aidil Azhar bin Ahmad - Guru Besar


2. Cik Siti Mahanom binti Jamal - GPK Pentadbiran
3. En Aman Sah Bin Mohd Som - KP Panitia
4. En Mohd Syafiq Bt Mohd Kamaruddin - Ajk Panitia
5. En Amree Bin Ahmad Tajuddin - Ajk Panitia
6. Pn Lindawati Bt Suhaili - Ajk Panitia
7. Cik Siti Salwa Bt Lokmanhakim - Ajk Panitia
8. Puan Nor Azwa binti Rahim - Ajk Panitia
9. En. Muhammad Ridha Faisal bin Rosli Kamal - Ajk Panitia
10. Pn Azlina binti Arbangin -Guru Pemulihan Khas
11. Pn Raja Rohaya Bt Raja Berahim - Guru Pra Sekolah

Pencatat Minit/Setiausaha : Pn Lindawati binti Suhaili

1 UCAPAN ALU- ALUAN

1.1 UCAPAN PENTADBIR


11.1.1 Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli panitia atas
segala kerjasama dan mengekalkannya bagi memastikan kelancaran pengurusan panitia
mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

1.2 UCAPAN KETUA PANITIA

1.2.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli Panitia Bahasa Melayu dan
mengucapkan terima kasih atas kerjasama untuk hadir dalam mesyuarat Panitia
Bahasa Melayu Bilangan 1/2024 ini.
Tindakan: Makluman

1.2.2 Beliau mengharapkan semoga sesi 2024/2025 akan dapat berjalan dengan lancar.

Tindakan: Makluman

1.2.3 Pengerusi mengharapkan supaya program dan aktiviti dapat dirancang dan
dilaksanakan bersama- sama.
Tindakan : Makluman

1.2.4 Pengerusi menyatakan bahawa fokus utama pada tahun ini untuk memastikan sifar
buta huruf bagi murid- murid SKSU.
Tindakan : Makluman

1.2.5 Pengerusi mengingatkan guru- guru untuk menyediakan RPT mengikut takwim yang
ditetapkan.
Tindakan : Makluman

1.2.6 Pengerusi mengingatkan bahawa RPH hendaklah ditulis mengikut perancangan

1
PK 07 - LAMPIRAN 3

RPT/DSKP dan dibuat sebelum sesi pengajaran.


Tindakan : Makluman

2.0 PERANCANGAN/ PEMBENTANGAN LAPORAN/ KERTAS KERJA

2.1 Pelan Strategik/ Pelan Taktikal/ Pelan Operasi


2.1.1 Program SEMARAK JIWA BAHASA
2.1.1.1 Pengerusi mencadangkan untuk mengadakan satu minggu panitia yang akan
mempertandingkan beberapa acara seperti deklamasi sajak, berpantun dan bersyair.

2.1.2 Program SANGAT


2.1.2.1 Ini merupakan antara program yang dicadangkan untuk meningkatkan kemahiran
murid- murid dalam penulisan iaitu SALIN dan INGAT (SANGAT) dan memfokuskan
pada tulisan. Murid- murid tahap 2 akan menyalin karangan manakala murid- murid
tahap 1 akan menyalin ayat.

2.1.3 Program Bijak Bicara


2.1.3.1 Panitia bercadang untuk mengadakan program ini setiap hari Khamis pada setiap
minggu. Ini merupakan program Pengucapan Awam yang akan melatih murid- murid
supaya lebih yakin dan berani untuk berada di pentas bagi menyampaikan ucapan
dan sebagainya.

2.2 Penarafan Sekolah (SKPMg2)


2.2.1 Penilaian kendiri akan dilaksanakan sekali setahun dijangka pada April 2024.
2.2.1 Pengerusi menyatakan bahawa panitia menyasarkan semua ahli mendapat >90 %
markah (cemerlang) dalam pencerapan PDPC.
Tindakan: Makluman
2.3 Pengurusan Panitia ( SKPMg2 –Per 3.1 )
2.3.1 Panitia menyasarkan markah pengurusan panitia 95 % markah (cemerlang).

Tindakan: Makluman
2.4 Pencerapan Hasil Kerja Murid
2.4.1 Pengerusi mengingatkan supaya Buku Latihan murid hendaklah disemak dan ditanda
oleh ahli-ahli panitia.
2.4.2 Buku Latihan murid hendaklah dihantar kepada Penolong Kanan yang telah ditetapkan
mengikut jadual secara terancang. (rujuk buku pengurusan)
2.4.3 Hasil kerja murid hendaklah dipamerkan di sudut belakang kelas.

Tindakan: Semua Guru Bahasa Melayu


2.5 Pembangunan Guru (LDP/PLC)
2.5.1 Pengerusi menyatakan PLC/ LADAP akan dilaksanakan sekurang-kurangnya sebulan 2
kali.
2.5.2 Setiap PLC/LADAP akan direkodkan dalam SPLKPM oleh Ketua Panitia.

Tindakan: Makluman
2.6 PENCERAPAN
2.6.1 Pengerusi mengingatkan bahawa pencerapan akan dilaksanakan 2 kali setahun. Mohon
ahli- ahli panitia untuk merujuk buku pengurusan bagi mendapatkan Guru Penolong
Kanan yang bertanggungjawab untuk mencerap.
2.6.2 Pengerusi mengharapkan ahli- ahli panitia akan membuat persediaan rapi sebelum sesi
pengajaran.

Tindakan: Makluman

2
PK 07 - LAMPIRAN 3

2.7 Pengurusan Kewangan (PCG)


2.7.1 Ahli diminta untuk menyenaraikan bahan bantu mengajar yang diperlukan supaya Ketua
Panitia dapat membuat tempahan awal melalui pembekal.
2.7.2 Ahli- ahli panitia diingatkan agar membuat pembelian bahan bantu dan menggunakan
peruntukan dengan maksimum.
Tindakan: Makluman
2.8 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
2.8.1 Pengerusi mengingatkan ahli- ahli perlu membuat pentaksiran sepanjang sesi
pembelajaran berlangsung.
2.8.2 Pengerusi juga meminta ahli- ahli untuk merekodkan TP (Tahap Penguasaan) murid
dalam borang transit.
2.8.3 Data PBD akan dikutip sebanyak 2 fasa (Ogos dan November 2024 ) dan guru- guru
perlu mengisinya dalam SPPB (Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu).
2.8.4 Pengerusi mengingatkan supaya ahli panitia bersedia dengan Pelaporan PBD beserta
Intervensi murid TP1 dan TP2 2 minggu sebelum tarikh kutipan.
Tindakan: Makluman
2.9 TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
2.9.1 Pengerusi menyatakan TMK diselitkan dalam pembelajaran murid.
2.9.2 Terdapat data yang perlu direkodkan untuk murid tahap 1.
Tindakan: Makluman
3.0 Program-program Kementerian
3.1. PEMULIHAN KHAS
3.1.1 Guru perlu memastikan murid yang masih lemah dan perlu diberi perhatian untuk
menjalani saringan ke kelas pemulihan khas.

3.2 KBAT / i-THINK


3.2.1 Guru diingatkan untuk sentiasa mengaplikasikan Teknik penyoalan aras tinggi.
3.2.2 Guru - guru diminta untuk mengaplikasikan penggunaan 8 peta pemikiran dalam latihan
murid.
3. 2.3 Guru- guru diminta untuk melaksanakan sesi refleksi selepas akhir PDPc dengan murid
membuat rumusan atau kesimpulan topik yang dipelajari. Catatkan refleksi murid
dalam buku latihan.

3.3 PSS / NILAM


3.3.1 Guru pusat sumber akan menyediakan jadual penggunaan pusat sumber.
3.3.2 Guru perlu memanfaatkan jadual tersebut dengan membawa murid ke pusat sumber
dan melaksanakan program NILAM.
3.3.3 Pengerusi menyatakan murid kita masih lagi kurang membaca kerana berdasarkan data
rekod NILAM, hanya sekadar mendapat 1 bintang sahaja.

3.4 MBMMBI
3.4.1 Pelbagai aktiviti diadakan untuk memantapkan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan
murid- murid.
3.4.2 Pengerusi menyatakan akan mengadakan pelbagai aktiviti dalam Minggu Bahasa.
Antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Tulisan Cantik, Pertandingan Deklamasi
Sajak dan Pertandingan bercerita.

3
PK 07 - LAMPIRAN 3

3.5 PKJR/ PENDIDIKAN SIVIK


3.5.1 Pengerusi mengingatkan ahli- ahli panitia berkaitan PKJR perlu dilaksanakan selama 30
minit seminggu.
3.5.2 Pengerusi meminta guru- guru untuk mengenalpasti topik yang bersesuaian untuk
diselitkan dengan PKJR.
3.5.2 Ahli- ahli diminta untuk menggunakan buku Latihan PKJR semaksimum mungkin.
3.5.3 Pengerusi juga mengingatkan juga bahawa Pendidikan Sivik juga perlu dijalankan pada
minggu ke 4 setiap bulan mengikut tema (rujuk modul Pendidikan Sivik)

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 Sasaran 30% murid layak mendapat TP 5 & 6 dalam PBD.


4.2 Guru- gru diminta untuk memberikan pendedahan awal kepada murid untuk menghadapi
UASA. Guru- guru boleh membimbing murid dalam sesi PDPc.

5.0 PENUTUP
5.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih untuk kerjasama ahli- ahli panitia dan
meminta semua ahli untuk terus menyokong dan bersama- sama menjalankan semua aktiviti
yang dirancang. Kejayaan panitia adalah bergantung pada kerjasama ahli panitia.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan Oleh,

.......................................
( Pn. Lindawati binti Suhaili)
Pencatat Minit Mesyuarat
Panitia Bahasa Melayu
Tarikh : 20/03/2024

4
PK 07 - LAMPIRAN 3

You might also like