Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MAJLIS GURU KAUNSELING DAERAH PETALING UTAMA

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PETALING UTAMA


BLOK PODIUM, KOMPLEKS KELANA CENTRE POINT
JALAN SS7/19, KELANA JAYA, 47301 PETALING JAYA
Tel: 03-7883 4555 Faks: 03-7883 4666

____________________________________________________________________________________

Rujukan kami : MGK/PPDPU/4 ( )


Tarikh : 13 Jun 2024

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA


Jalan Yong Shook Lin,
46675 Petaling Jaya, Selangor

Tuan,

PERMOHONAN SEWAAN TEMPAT DAN PENGURANGAN KADAR SEWAAN TEMPAT UNTUK “PROGRAM HARI
INFORMASI PENDIDIKAN KERJAYA” ANJURAN MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN DAERAH
PETALING UTAMA BAGI TAHUN 2024.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Daerah Petaling Utama akan
menganjurkan “ PROGRAM HARI INFORMASI PENDIDIKAN KERJAYA” seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 Ogos 2024


Hari: Rabu
Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Persiapan tempat: 6 Ogos 2024 (Selasa) Masa: 5.00-10.00 malam
Tempat : Dewan Komuniti Bandar Utama 11

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon kerjasama pihak Tuan untuk membenarkan pihak kami
menggunakan kemudahan di institusi Tuan bagi menjayakan program tersebut. Kami juga memohon pengurangan kadar
sewaan tempahan Dewan Komuniti Bandar Utama 11.

4. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Nurfidyana binti Arshad di talian 010-6273645 atau Puan Norsilawa
binti Bohari, Penolong PPD Unit Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama di talian 0378834681.

4. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD FAIRIL BIN MUHAMAD)


YANG DIPERTUA MGKK PETALING UTAMA

You might also like