surat bola

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Telefon : 07-5570484

Faks : 07-5583757
SK Taman Tun Aminah Email : jba1060@moe.edu.my
Jalan Pahlawan 4
Taman Ungku Tun Aminah
81300, Skudai Johor Bahru

Ruj.Kami : SKTTA.600-3/5/6
Tarikh : 21 April 2024

Ibu bapa/Penjaga
Murid-murid Tahun 4,5 dan 6

Tuan/Puan,

PEMILIHAN PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK SK TAMAN TUN AMINAH

Dengan hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan Sesi Pemilihan Pemain bagi pasukan Bola Sepak.
Tujuan diadakan pemilihan ini adalah untuk mencari bakat baru dan membuat persediaan bagi kejohanan
MSSD Johor Bahru diperingkat bawah umur 12 tahun yang akan diadakan pada bulan Jun.

3. Berikut adalah maklumat tentang program yang akan berlangsung nanti:

Hari : Isnin
Tarikh : 22 April 2024
Masa : 7.30 pagi – 9.00 pagi
Tempat : Padang SK Taman Tun Aminah
Nama Jurulatih : 1) En. Mohd Safwan Bin Baharum
2) En. Mohd Helmi Firdaus Bin Jusoh

4. Sehubungan dengan itu, mohon tuan/puan memberi kebenaran kepada anak untuk hadir ke program
ini. Pihak sekolah juga akan memastikan keselamatan anak-anak tuan/puan semasa berada di dalam sekolah.
Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

ROHANA BT MUSTAFFA
GURU BESAR
SK TAMAN TUN AMINAH
JOHOR BAHRU

You might also like