Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru


JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak Telefon : 07-220 0691
80100 Johor Bahru Faks : 07-220 0875
Johor Darul Ta’zim Email : ppd_jb@moe.gov.my

Ruj. Kami : PPDJHB.PBM.600-5/1/1( )


Tarikh : 25 Jun 2023

Pengarah, Pengetua dan Guru Besar


Kolej Vokasional, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Johor Bahru

Tuan,

HEBAHAN PROGRAM SUKARELAWAN PENANAMAN POKOK DI SIREH PARK


BERSEMPENA DENGAN KEMPEN PENANAMAN #100JUTAPOKOK

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan surat dari Sireh Park
TNNHT/E-PPD/2501G01/072(23) bertarikh 14 Jun 2023 ada dirujuk dan berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru mengambil


maklum serta tiada halangan bagi penglibatan murid bagi program yang dinyatakan seperti
berikut :
Tarikh : 7 Julai (Jumaat), 14 Julai (Jumaat) atau 29 Julai(Sabtu) 2023
Masa : 8.00 - 11.00 pagi
Tempat : Sireh Park, Iskandar Puteri
Pendaftaran : t.ly/qurs
*terhad kepada 80 peserta bagi satu sesi

3. Dengan itu, mohon pihak tuan membuat hebahan kepada murid dan ibu bapa yang
berminat dalam program di atas. Semoga penglibatan murid dalam aktiviti luar ini bukan sahaja
dapat memupuk sikap menjaga dan menghargai alam sekitar, tetapi dalam masa yang sama
menyokong Teras 4 - Kelestarian Alam Sekitar dalam Pelan Pembangunan Mampan Johor
(PPMJ) 2030.

4. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Nur Izwah binti Mat Kail, Penolong PPD
Pembangunan Bakat Murid ditalian 019-4945865. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

”MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN )


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Murid)
Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah
PROGRAM
TANAM
POKOK
Jemputan dan hebahan
penglibatan murid sekolah
daerah Johor Bahru
menyertai program
penanaman pokok bersama
SIREH Park
7 Julai 2023
14 Julai 2023
29 Julai 2023
TUJUAN
Satu program penanaman pokok dicadangkan untuk
dijalankan di SIREH Park sebagai salah satu
penglibatan komuniti dan kelestarian. Pendedahan
alam sekitar dan murid adalah satu pendidikan luar
yang perlu diterapkan kerana mereka adalah generasi
akan datang yang mewarisinya.

Program penanaman pokok akan dilaksanakan pada


bulan 7 iaitu pada tarikh 7,14 dan 29 haribulan.
Program ini melibatkan pihak komuniti termasuk
golongan ibu bapa dan murid sekolah. Pokok hutan
yang ditanam telah ditaja oleh pihak MCIS Insurans
Berhad. Antara impak dari program ini adalah
melahirkan rasa tanggungjawab dan sayang terhadap
alam sekitar. Penglibatan murid dan ibu bapa amatlah
digalakkan oleh pihak Sireh Park.
TENTATIF ATUCARA
Sasaran jumlah pelajar 200 orang

8:00 pagi : Pendaftaran peserta

8:30 pagi : Taklimat kepada peserta program oleh pihak


SIREH Park

9:00 pagi Bergerak ke tapak penanaman


Mula aktiviti tanaman

11.00 pagi : Bersurai


CONTOH AKTIVITI PENANAMAN POKOK
YANG PERNAH DIJALANKAN
LOKASI PENANAMAN POKOK
DI KAWASAN ZON 1, SIREH PARK

PINTU
MASUK
CONTOH SIJIL PENYERTAAN DARI SIREH PARK

[NAMA PESERTA]

[TARIKH]
TERIMA KASIH

You might also like