Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PEMBANGUNAN SAHSIAH

PELAJAR ASRAMA

SK ULU MERAPOK,

LAWAS, SARAWAK

2018
1. PROGRAM : Program Hafazan Murid Asrama Harian
2. AKTIVITI : Mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut :
 Hafazan ayat-ayat al-Quran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia
 Dijalankan sepanjang tahun
 Murid memperdengarkan hafazan surah-surah di hadapan guru
3. MATLAMAT :
3.1 Melahirkan murid asrama yang mempunyai sahsiah terpuji, mengamalkan
penghayatan Islam yang kukuh dan mempunyai keyakinan hidup bermasyarakat
apabila keluar dari alam persekolahan.
4. OBJEKTIF :
4.1 Murid dapat menghafaz dan menguasai sekurang-kurangnya Modul Tahap 1
bagi Sekolah Rendah
4.2 Murid dapat mengetahui maksud dan terjemahan surah/wirid/doa yang dihafaz.
4.3 Murid mampu memimpin bacaan doa, wirid dan tahlil

5. SASARAN :

5.1 Murid beragama Islam yang tinggal di asrama sekolah harian di


bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH),
Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.2 Asrama Sekolah Rendah - Murid Tahap 2 (Tahun 4 hingga


Tahun 6)

6. MASA : Sepanjang tahun 2018

7. KEWANGAN : Sijil kepada peserta hafazan sumbangan pihak asrama SK Ulu Merapok

8. SUMBER TENAGA

Ustaz Muhammad Sukri bin Supi

Ustaz Abang Jafar Sadik Julihi


Puan Kameria (Warden)

Penyelia Asrama

Pembantu Pengurusan Murid

AJK Asrama

9. STRATEGI :

9.1 Tempoh Pelaksanaan


Murid Asrama Harian sekolah menengah dan sekolah rendah akan mengikuti
Program Hafazan Murid Asrama Harian sepanjang tahun.
9.2 Peruntukan Waktu
Waktu yang diperuntukan bagi pelaksanaan program ini boleh diselaraskan
mengikut perancangan sekolah. Namun begitu melalui Surat Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian, KPM bertajuk Penambahbaikan Aktiviti Pembangunan Sahsiah
Murid Di Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia, rujuk KP(BPSHSPKIA)
703/17(18) bertarikh 3 April 2014 yang menetapkan Solat Maghrib, Isyak dan
Subuh hendaklah dilaksanakan secara berjemaah dan melalui surat tersebut juga
diwujudkan masa kualiti untuk murid asrama iaitu hari Sabtu tidak pulang
bermalam dari jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi, maka pihak sekolah diminta
untuk memanfaatkan waktu-waktu tersebut dengan pengisian program ini.
Cadangan waktu hafazan ialah seperti di bawah :
a. Selepas solat berjemaah Maghrib sementara menunggu Isyak
b. Selepas solat berjemaah Subuh
c. 15 minit sebelum tidur
d. Waktu Senggang Murid (sepanjang masa)
9.3 Proses Bacaan dan Hafazan
a. Menggunakan Modul mengikut tahap yang disediakan oleh Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
b. Proses semakan bacaan dan hafazan akan dibimbing oleh guru, guru
pendidikan Islam, guru luar yang dilantik, ketua/naqib usrah dan dalam
kalangan murid turus yang
berkemampuan.
c. Penilaian dan perekodan hendaklah dilaksanakan menggunakan format
dan buku rekod yang disediakan. Kaedah penilaian hendaklah mengikut
prosedur yang ditetapkan.
d. Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam
tempoh yang ditetapkan, murid akan dikekalkan pada tahap dan modul yang
sama.

10. KAWALAN DAN JAWATANKUASA PELAKSANA PENYELIAAN


Pengerusi : En. Saptu bin Haji Damit (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : En. Hassan bin Piut (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : En. Ariffin bin Sijif (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3 : En. Johan bin Lalal (GPK Kokurikulum)
Penyelaras (S/U) : Ustaz Muhammad Sukri bin Supi (KP Pendidikan Islam)
Pen. Penyelaras : Ustaz Abang Jafar Sadik bin Julihi (Guru Pendidikan Islam)
AJK : Guru Pembimbing
Guru Bimbingan & Kaunseling (B&K)
Warden
Penyelia Asrama
Waris / Ibubapa

11. PENILAIAN
11.1 Penilaian
Pelaksanaan Program Hafazan ini memerlukan tiga jenis penilaian yang perlu
dilakukan oleh pihak pengurusan asrama iaitu :
11.2 Pra Penilaian
i. Pra penilaian bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan hafazan setiap
murid sebelum mengikuti modul yang disediakan (TOV). Pihak pengurusan asrama
mengenalpasti surah, doa dan wirid yang telah dihafaz oleh murid, seterusnya
menetapkan tahap murid tersebut.
ii. Murid akan diminta untuk menghafaz doa/wirid/surah yang terkandung di dalam
Tahap 1 (Samada Rendah atau Menengah) di hadapan guru. Sekiranya murid
tersebut dapat menghabiskan semua hafazan yang ditetapkan dalam tahap tersebut,
maka murid boleh beralih ke Tahap 2. Begitulah seterusnya sehingga murid
tersebut sampai kepada tahap di mana murid belum menguasai kesemua
doa/wirid/surah yang ditetapkan dalam tahap tersebut.
11.3 Penilaian Berterusan
i. Penilaian ini merupakan penilaian untuk mengesahkan seseorang murid tersebut
telah berjaya menghafaz sesuatu doa/wirid/surah yang ditetapkan dalam mana-
mana tahap mereka berada.
ii. Penilaian ini dilaksanakan sepanjang masa dan pengesahan ini boleh dilakukan
oleh mana-mana guru yang berkemahiran. Murid boleh berjumpa dengan mana-
mana guru untuk memperdengarkan hafazan mereka dan mendapatkan pengesahan
daripada guru tersebut. Guru akan merekod pengesahan menggunakan format
Rekod Hafazan Murid Asrama
iii. Murid akan dibekalkan dengan Borang Pencapaian Individu
5.1.3 Penilaian Akhir
Apabila seseorang murid telah menghabiskan hafazan semua doa/wirid/surah yang
ditetapkan dalam sesuatu tahap, penyelaras program hendaklah memasti dan
merekodkan data pencapaian murid mengikut tahap yang ditetapkan untuk
membolehkan murid meneruskan hafazan ke tahap berikutnya.

Disediakan oleh,

………………………..
(MUHAMMAD SUKRI BIN SUPI)

You might also like