SURAT_HEBAHAN_PROGRAM_PERTANDINGAN_I_ROBOT_2023_PERINGKAT_SEKOLAH

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Telefon : 07-231 0000


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
80604 Johor Bahru Faks : 07-234 7132
Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Telefon : 07-2311480/481 Faks : 07-2380742

Ruj. Kami : JPNJ.600-3/4/9 (38)


Tarikh : 28 Jun 2023

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor

Melalui dan Salinan;

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor

Tuan,

HEBAHAN PROGRAM PERTANDINGAN I-ROBOT 2023 PERINGKAT SEKOLAH


RENDAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dan surat bernombor rujukan : UKM.FKB.500-
4/2/1 bertarikh 12 Jun 2023 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,


Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Program Pertandingan I-Robot
2023 Peringkat Sekolah Rendah secara bersemuka yang memberi peluang serta
pendedahan kepada murid di sekolah rendah tentang perkembangan teknologi robotik
selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Berikut merupakan maklumat
ringkas tentang program tersebut:

• Murid Sekolah Rendah ( Darjah 4 hingga 6 )


Sasaran • Setiap pasukan ( terdiri daripada 3 orang murid dan seorang
guru penasihat )
Tarikh dan masa 12 Ogos 2023 ( Sabtu )
program 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat program Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Pautan maklumat https://www.ukm.my/p3k/irobot2023

Pautan https://bit.ly/pendaftaran-irobot2023
pendaftaran Tarikh tutup pendaftaran ialah 21 Julai 2023

Sesi Taklimat 27 Julai 2023 ( Khamis )


Pertandingan ( Kaedah atau pautan akan diberikan kemudian )
Urus setia
Cik Malini Ali @ Ismail di talian ( 011-11815878 )
program

Maklumat lanjut boleh dirujuk pada surat, kertas konsep dan poster yang disertakan.

..2/-
JPNJ.600-3/4/9 (38)

3. Pihak sekolah juga diingatkan supaya memastikan aspek keselamatan murid


perlu diberi perhatian pada setiap masa dan mematuhi surat pekeliling ikhtisas, surat
siaran, surat makluman dan garis panduan yang sedang berkuatkuasa. Pihak sekolah
mestilah memastikan murid yang menyertai program berkenaan telah mendapat keizinan
oleh ibu, bapa / penjaga masing-masing secara bertulis.

4. Untuk makluman tuan, makan dan minum, pengangkutan dan penginapan bagi
menghadiri secara bersemuka diuruskan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah disarankan
untuk mendapatkan sumbangan dana daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )
atau pelibatan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa ( KSIB ) bagi menjayakan pelibatan murid
di dalam program ini.

5. Bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan murid atau guru


semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas, pihak penganjur perlu menyediakan
kemudahan penyejukan seperti tempat tertutup / berhawa dingin serta memastikan
murid minum air yang mencukupi sebelum, semasa dan selepas aktiviti dengan
menyediakan bekalan air minuman yang mencukupi.

6. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memanjangkan surat
jemputan kepada warga sekolah seperti dalam senarai edaran. Kerjasama dari pihak tuan
amat disanjung tinggi dan mampu meningkatkan kecemerlangan kokurikulum negeri
Johor. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia program atau Encik
Mohd Faizal bin Sabtu, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPNJ di talian
013-7913318.

Kerjasama tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MUSA BIN ATAN )


Menjalankan Tugas Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

s.k. 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor

2. Prof. Ir. Dr. Norhana Arsad


Ketua Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

-2-
KERTAS KONSEP
PROGRAM PERTANDINGAN i-ROBOT 2023

12 OGOS 2023
SABTU

di
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGANJUR
PUSAT PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEJURUTERAAN (P3K)
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGANJUR BERSAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT MALURI

1
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERTANDINGAN i-ROBOT 2023

TEMA
BAS BERAUTONOMI UNTUK BANDAR PINTAR

1.0 PENGENALAN
Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan (P3K) yang bernaung di bawah Fakulti Kejuruteraan dan
Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu kumpulan penyelidikan yang telah
menjalankan pelbagai aktiviti pementoran para pelajar sekolah dan universiti sejak tahun 2009. Sekolah
Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur pula merupakan salah sebuah sekolah berprestasi
tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pertandingan ‘i-ROBOT 2023’ ini dirancang khas untuk murid-murid sekolah rendah yang berminat
dalam pembelajaran robotik. Program ini diadakan bagi sekolah-sekolah di seluruh Malaysia buat
julung kalinya dan dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan (P3K), Fakulti
Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Sekolah Kebangsaan Taman
Bukit Maluri, Kuala Lumpur.

Pertandingan ‘i-ROBOT 2023’ ini bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
memberi penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar. Justeru, program yang
bertemakan “Bas Berautonomi untuk Bandar Pintar” ini dilaksanakan sebagai inisiatif untuk
mewujudkan pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. Ia bagi
menyokong usaha berterusan kementerian dalam mempromosi inovasi serta pendidikan dalam bidang
STEM di sekolah. Keunikan program ini berbeza dengan pertandingan robotik di peringkat institusi
penganjian tinggi awam (IPTA) seperti RoboCon kerana pencungkilan bakat dalam bidang robotik
seawal peringkat sekolah rendah di peringkat kebangsaan. Ini dapat memberi pendedahan awal serta
keyakinan kepada murid dalam bidang ini untuk ke peringkat antarabangsa.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi,
kejuruteraan dan matematik, atau STEM, sekaligus melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi,
berinovasi dan cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum untuk menjana kemenjadian murid ke
peringkat yang lebih tinggi.

2
2.0 NAMA PROGRAM

Pertandingan i-ROBOT 2023

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

1. Memberi pendedahan serta pengalaman kepada murid-murid untuk bekerjasama bersama rakan-
rakan dalam pertandingan robotik.
2. Memberi peluang kepada murid-murid untuk mewujudkan semangat kerjasama dalam menuntut
ilmu apabila menyertai pertandingan.
3. Melahirkan murid yang berinovasi dan cemerlang dalam akademik dan sedar tentang kepentingan
dan manfaat ilmu berkaitan STEM.
4. Menyemai semangat yakin pada diri sendiri di kalangan murid-murid dalam usaha meningkatkan
tahap akademik dan ko-kurikulum.
5. Meningkatkan tahap pencapaian sekolah apabila dapat melahirkan perasaan minat belajar di
kalangan murid-murid.
6. Mengeratkan serta menjalinkan hubungan antara sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan
ini dari pelbagai tempat di Malaysia.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Pertandingan i-ROBOT 2023 terbuka kepada semua jenis sekolah di Malaysia yang berdaftar di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sekolah-sekolah ini termasuk sekolah bantuan kerajaan
(SK/SJK), sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Butiran lanjut pertandingan adalah seperti
berikut:

Tarikh : 12 Ogos 2023 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor.
Kategori : Murid Tahap 2 (Tahun 4,5,6)
Keahlian peserta : Tiga (3) orang murid bagi setiap pasukan dan satu (1)
orang guru penasihat
Mod Pelaksanaan : Fizikal

5.0 ATURCARA PROGRAM

TENTATIF

8.00 – 8.45 pagi Pendaftaran peserta

Ucapan Aluan oleh Dekan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina


Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman

Ucapan pembukaan program, Ketua P3K


8.45 – 9.15 pagi
Prof. Ir. Dr. Norhana Arsad

Taklimat ringkas oleh Pengerusi Pertandingan i-ROBOT 2023


Dr. Mohd Faisal Ibrahim

3
Taklimat Pertandingan & Penjurian oleh Ketua Juri, Ts. Dr. Ammirrul Atiqi
9.15 – 3.00 petang Pertandingan i-ROBOT 2023 (Pusingan Awal dan Pusingan Akhir)
*jadual lengkap akan diberikan kemudian

3.00 – 4.30 petang Majlis Perasmian, Penutup Dan Penyampaian Hadiah

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN, PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH

3.00 petang : Murid dan guru pengiring berkumpul di dewan


3.10 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan
3.20 petang : Ucapan aluan pengerusi majlis
Bacaan Doa
3.30 petang : Ucapan Naib Canselor / Timbalan Naib Canselor UKM
Ucapan Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia
3.50 petang : Ucapan Perasmian Penutup oleh
Naib Canselor UKM/ JPWP (STEM)/ Menteri Pendidikan
Persembahan Murid Sek. Keb. Taman Bukit Maluri, Kuala
Lumpur
4.10 petang : Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Anugerah
Pingat Gangsa
Pingat Perak
Pingat Emas
Hadiah Khas
4.30 petang : Bersurai

6.0 IMPAK PROGRAM


Di akhir program ini, para peserta akan memperoleh ilmu berkaitan robotik, pengaturcaraan dan
mikropengawal yang menjadi antara asas utama teknologi IR4.0. Pemahaman mengenai ilmu ini
dijangka akan menarik minat untuk para peserta menceburi bidang STEM di masa akan datang.

7.0 TERMA DAN SYARAT AM


Terma dan syarat am yang telah ditentukan oleh pihak penganjur kepada sekolah dan murid-murid
termasuk dan tidak terhad seperti berikut:

● Penyertaan murid dan guru hendaklah tidak mengganggu dan menjejaskan proses pengajaran
dan pembelajaran mereka.
● Murid-murid dan guru tidak boleh dipaksa atau diwajibkan terlibat untuk menyertai program ini.
● Penyertaan murid-murid hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau
penjaga.
● Guru pengiring hendaklah dilantik oleh pihak sekolah untuk mengiringi murid-murid ke program
ini.

4
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Bagi memastikan pertandingan ini dapat disertai oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang dan
mempunyai kemahiran asas yang diperlukan, berikut adalah ketetapan kewangan yang digariskan
berpandukan kepada saranan Kementerian Pendidikan Malaysia:
i. Yuran penyertaan Pertandingan i-ROBOT 2023 adalah PERCUMA.
ii. Tiada sebarang implikasi kewangan terhadap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
iii. Kos pembelian bahan dan peralatan untuk menyertai pertandingan adalah tanggungan pihak
sekolah atau peserta yang menyertai.

9.0 PERINGKAT PENGANJURAN DAN SASARAN PENYERTAAN


Penganjuran program ini dicadangkan untuk mendapat pengiktirafan markah PAJSK peringkat
kebangsaan. Berikut merupakan sasaran penyertaan berpasukan yang dicadangkan:

i. Penyertaan pasukan: 3 orang murid (minimum peringkat kebangsaan)


Peringkat Jumlah Pasukan Jumlah Jumlah Jumlah
minimum pasukan peserta peserta
maksima minimum maksimum

Kebangsaan 20 pasukan 60 pasukan 60 orang 180 orang

● Sekiranya pendaftaran telah mencapai had maksima penyertaan, pihak penganjur berhak
menutup pendaftaran sebelum tarikh tutup.
● Setiap sekolah boleh menghantar penyertaan maksima 2 pasukan setiap sekolah (pihak
penganjur berhak untuk menjemput pasukan tambahan jika penyertaan masih mempunyai
kekosongan)

10.0 PROSES PELAKSANAAN PROGRAM


Berikut merupakan proses pelaksanaan Pertandingan i-ROBOT 2023 dan Bengkel Robotik
bagi peserta dan pihak sekolah:

LANGKAH DESKRIPSI PROSES

1 Hebahan Maklumat Pertandingan


- Hebahan dan poster digital akan dilakukan menerusi paparan
laman sesawang Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan
(P3K) www.ukm.my/p3k/irobot2023 dan media sosial Facebook
rasmi FKAB, SKTBM serta jemputan melalui JPN/PPD setiap
negeri.
2 Proses Pendaftaran Peserta
● Pertandingan i-ROBOT 2023 - Yuran Percuma

Peserta boleh mendaftar di pautan https://bit.ly/pendaftaran-irobot2023


Tarikh tutup pendaftaran ialah 21 Julai 2023.

5
3 Sesi Taklimat Pertandingan
- Satu sesi taklimat secara atas talian akan diberikan kepada semua
peserta pada 27 Julai 2023 (Khamis). Para peserta boleh
mengemukakan soalan-soalan berkaitan dengan pertandingan.
4 Penentuan Giliran Pasukan
Sesi Cabutan Undi (balloting) atau Sesi Percubaan (test run) pada awal
pagi selepas sesi pendaftaran Pertandingan i-ROBOT (12 Ogos 2023)

5 Pemakluman Rasmi Persediaan Pertandingan i-ROBOT 2023


- Peserta akan diberikan maklumat terperinci bagi persediaan
bahan robotik untuk hari pertandingan
6 Sesi Penjurian dan Pengumuman Keputusan Pertandingan
- Peserta akan dinilai selepas tamat sesi pertandingan dan
penyampaian hadiah dan sijil pada 12 Ogos 2023.
7 Proses Permohonan Pengiktirafan PAJSK
- Setelah selesai sesi Pertandingan i-ROBOT 2023, satu laporan
lengkap (dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pertandingan) dan
permohonan pengiktirafan markah PAJSK akan dikemukakan
kepada pihak BSKK, KPM. Sijil penyertaan akan diberikan kepada
peserta pada hari pertandingan.

11.0 PERATURAN PERTANDINGAN

11.1 Konsep Pertandingan


Peserta pertandingan bas berautonomi untuk bandar pintar dikehendaki membina robot berdasarkan
konsep robot mengikut garisan (line following robot). Robot yang dibina perlu mengikut garisan dengan
pantas dan mampu mengikut garisan dari garisan permulaan sehingga garisan penamat mengikut
peraturan pertandingan. Robot mesti bergerak secara autonomi.

11.2 Penyertaan Pasukan

1. Setiap pasukan akan terdiri daripada 3 orang pelajar dan seorang guru penasihat.
2. Pelajar mestilah berumur di antara 10 hingga 12 tahun sebelum atau pada 31 Disember 2023.
3. Pelajar mestilah bersedia di padang permainan 10 minit sebelum setiap perlawanan yang
dijadualkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kehilangan kelayakan.

11.3 Spesifikasi Robot


1. Robot mesti bergerak secara autonomi dan bermula dengan menekan butang. Sebarang alat
kawalan jauh wayarles/berwayar tidak dibenarkan.
2. Saiz robot tidak boleh melebihi 250 mm (panjang) x 250 mm (lebar) x 200 mm (tinggi).
3. Jumlah berat robot termasuk sumber kuasanya dan bahagian lain robot tidak boleh melebihi 3 kg.
4. Robot tidak boleh dipecah atau dipisahkan kepada lebih daripada satu unit.
5. Ruang yang boleh dilihat untuk menampal pelekat/tag kelulusan oleh penganjur pertandingan perlu
diperuntukkan pada robot. Ruang ini hendaklah sekurang-kurangnya 50 mm x 50 mm.
6. Semua robot mesti direka bentuk untuk tidak mendatangkan mudarat kepada mana-mana orang
dan tiada kerosakan pada padang permainan.
7. Robot akan diperiksa sebelum setiap perlawanan. Robot yang tidak dibuat mengikut peraturan tidak
akan dibenarkan mengambil bahagian.
8. Robot perlulah menggunakan papan mikro pengawal Arduino sahaja.

6
11.4 Peraturan Pertandingan
Pertandingan ini akan diadakan secara dua pusingan pada hari pertandingan iaitu pusingan awal dan
pusingan akhir. Berikut merupakan maklumat khusus bagi setiap pusingan:

PUSINGAN AWAL

1. Robot mesti bermula di belakang garisan permulaan dan mesti bergerak di sepanjang trek yang
ditetapkan sehingga ia menyentuh garisan penamat.

2. Terdapat 4 stesen di dalam litar yang dinamakan sebagai stesen A, B, C, dan D. Dua (2)
tugasan perlu diselesaikan sebelum tiba di garisan penamat:

i. Tugasan satu (1): Mengelak halangan.


● Ia melibatkan stesen A dan B.
● Satu objek halangan akan diletakkan di salah satu stesen sama ada di
stesen A atau B.
● Sekiranya terdapat halangan di stesen itu, robot perlu mengelak halangan
tersebut dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan.
● Manakala, di stesen yang tiada halangan, robot perlu menggunakan laluan
utama.
ii. Tugasan dua (2): Menghantar bungkusan.
● Ia melibatkan stesen C dan D.
● Satu objek bungkusan akan diletakkan di stesen C.
● Robot perlu menolak bungkusan tersebut ke stesen D.
● Bungkusan perlu sepenuhnya berada di dalam kotak di stesen D.
● Seterusnya, robot perlu meneruskan perjalanan mengunakan laluan utama
sehingga ke garisan penamat.

3. Setiap pasukan perlu menamatkan 2 pusingan. Masa terpantas daripada 2 pusingan akan
diambil sebagai masa terbaik pasukan.

4. Ahli pasukan akan diberi masa persediaan selama 1 minit sebelum permulaan permainan
mereka.

5. Selepas 1 minit masa persediaan, pasukan dikehendaki memulakan robot mereka dari garisan
permulaan dan catatan masa akan bermula.

6. Robot mesti sampai ke garisan penamat dalam masa 4 minit atau pusingan tersebut
ditamatkan.
7. Untuk setiap pusingan, cubaan semula dibenarkan tetapi masa pusingan tidak akan dihentikan.
Cubaan semula boleh dilakukan sekiranya robot terkeluar dari litar dan peserta perlu
mendapatkan kebenaran juri dahulu sebelum menyentuh robot. Robot mestilah dimulakan
pada garisan permulaan atau stesen terakhir yang telah dilalui tertakluk kepada kedudukan
akhir robot.

8. Robot pasukan akan diperiksa dan dikuarantin 5 minit sebelum setiap pusingan.
Pengaturcaraan semula atau pengubahsuaian robot tidak dibenarkan selepas masa
persediaan.

PUSINGAN AKHIR

1. Peraturan pusingan awal masih dikekalkan.

2. Terdapat perubahan tugasan di pusingan akhir seperti berikut:

7
i. Tugasan satu (1): Mengelak halangan
● Ia membabitkan stesen A dan B.
● Satu objek halangan akan diletakkan sama ada di stesen A atau B.
● Sekiranya terdapat halangan di salah satu stesen, robot perlu mengelak
halangan tersebut dan mengunakan laluan alternatif yang disediakan.
● Manakala, di stesen yang tiada halangan, robot perlu berhenti selama 10
saat di garisan stesen.
● Robot perlu meneruskan perjalanan menggunakan laluan utama ke stesen
berikutnya.
ii. Tugasan dua (2): Menghantar bungkusan
● Ia membabitkan stesen C dan D.
● Satu objek bungkusan akan diletakkan di stesen C.
● Robot perlu menolak bungkusan tersebut ke stesen D.
● Bungkusan perlu sepenuhnya berada di dalam kotak.
● Seterusnya, robot perlu meneruskan perjalanan mengunakan laluan utama
sehingga ke garisan penamat.

HILANG KELAYAKAN

1. Pasukan tidak hadir untuk pemeriksaan robot LIMA (5) minit sebelum permulaan
perlawanan.

2. Robot pasukan tidak memenuhi spesifikasi

3. Ahli pasukan merosakkan padang permainan.

4. Ahli pasukan mempamerkan tingkah laku yang tidak menunjukkan semangat kesukanan.

PENENTUAN PEMENANG (PUSINGAN AWAL)

1. Kedudukan pasukan adalah berdasarkan markah. Pengiraan adalah seperti berikut:

i. Berjaya mengelak halangan dengan menggunakan laluan alternatif dalam


tugasan 1 (20 Markah)
ii. Berjaya meneruskan perjalanan jika tiada halangan dengan menggunakan
laluan utama dalam tugasan 1 (20 Markah)
iii. Berjaya menolak objek dari stesen C ke stesen D di dalam tugasan 2 (20
Markah)
iv. Berjaya meletakkan objek sepenuhnya di kotak stesen D (20 markah)
v. Berjaya tiba di garisan penamat (20 Markah)

2. Kedudukan pasukan akan ditentukan mengikut turutan seperti berikut:


i. Jumlah markah yang diperolehi.
ii. Kedudukan stesen yang terakhir dilepasi.
iii. Masa terpantas ke stesen terakhir yang dilepasi.

3. 8 pasukan teratas layak ke pusingan akhir. Keputusan pengadil adalah muktamad.

PENENTUAN PEMENANG (PUSINGAN AKHIR)

1. Pengiraan markah adalah seperti berikut:

i. Berjaya mengelak halangan dengan menggunakan laluan alternatif dalam


tugasan 1 (20 Markah)
ii. Berjaya berhenti di stesen tiada halangan selama 10 saat dalam tugasan 1

8
(20 Markah)
iii. Berjaya menolak objek dari stesen C ke stesen D di dalam tugasan 2 (20
Markah)
iv. Berjaya meletakkan objek sepenuhnya di kotak stesen D (20 markah)
v. Berjaya tiba di garisan penamat (20 Markah)

2. Kedudukan pemenang akan ditentukan mengikut turutan seperti berikut:


i. Jumlah markah yang diperolehi.
ii. Kedudukan stesen yang terakhir dilepasi.
iii. Masa terpantas ke stesen terakhir yang dilepasi.

3. Keputusan pengadil adalah muktamad.

4. Sebarang bantahan boleh dikemukakan kepada pihak ketua juri selewat-lewatnya 2


minit selepas setiap pusingan.

LITAR PERTANDINGAN

- Seperti di Lampiran A.

6.0 HADIAH DAN SIJIL

Bagi menggalakkan murid untuk bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti luar kelas, pertandingan ini
menyasarkan pengiktirafan markah PAJSK kepada setiap murid yang menyertai. Oleh itu, setiap
peserta pertandingan ini layak untuk menerima hadiah dan sijil seperti berikut:

● Sijil penyertaan bagi setiap peserta yang menjayakan pertandingan ini.


● Sijil pemenang bagi pasukan adalah seperti berikut:
o Pingat emas
o Pingat perak
o Pingat gangsa
● Sijil Kejuruteraan Robot Terbaik
● Sijil Rekabentuk Robot Terbaik
● Sijil Pasukan Berpotensi (5 Saguhati)

Sebagai inisiatif tambahan dan pemangkin usaha bagi para peserta, berikut merupakan cadangan
hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang:
● Johan: RM500.00
● Naib Johan: RM300.00
● Ketiga: RM200.00

12.0 TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

● Adalah diharapkan bahawa matlamat semua pasukan adalah untuk bermain permainan
dengan adil dan bersih. Pasukan yang sengaja menipu atau mengganggu orang lain dan
menyebabkan kerosakan pada padang permainan dan kemudahan akan dibatalkan

● Semua keputusan tentang permainan dan masa adalah di bawah simpanan juri.

● Juri boleh mengumumkan peraturan baru atau keputusan yang berkaitan dengan sebarang isu
yang tidak dinyatakan dalam peraturan.

9
● Semua pasukan digalakkan untuk menghias robot untuk mencerminkan budaya, estetika dan
gaya sekolah masing-masing.
● Pihak penganjur berhak untuk meminda peraturan tanpa memberi pemberitahuan terlebih
dahulu atau sebarang sebab.

● Sebarang tingkah laku yang tidak sopan, tidak berdisiplin, pembulian, provokasi dan
perkauman akan menyebabkan pasukan disingkirkan secara automatik daripada pertandingan.

● Pemakaian para peserta hendaklah sopan, kemas dan tidak menjolok mata.

● Sebarang kemaskini syarat pertandingan akan dimuat naik pada laman sesawang
https://www.ukm.my/p3k/irobot2023

● Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi urusetia program
seperti berikut:

Syarat pertandingan : https://www.ukm.my/p3k/irobot2023

Ts. Dr. Muhammad Ammirrul Atiqi


(No. Tel: 013-2157229)
Pertanyaan umum : Emel: irobot@ukm.edu.my
Tel: 03-8927 2440/2439
(Dr. Abdul Hadi Azman/Cik Malini Ali)
Tempahan Set Robotik Lestaro : Dr. Mohd. Hafiz Baharuddin
(No. Tel: 019-6136747)
Pendaftaran : https://bit.ly/pendaftaran-irobot2023

13.0 PENUTUP

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung di atas kerjasama yang diberikan. Diharap program ini dapat berjalan dengan sempurna dan
lancar serta membuahkan hasil yang diharapkan dalam membentuk murid-murid yang berkeyakinan
tinggi, berinovasi dan cemerlang dalam bidang STEM.

10
LAMPIRAN A

1
YURAN
PERTANDINGAN
PERCUMA

PENDAFTARAN

https://bit.ly/pendaftaran-irobot2023

12 Ogos 2023 Terbuka kepada murid tahun 4,5,6


8.00 pagi - 5.00 petang
3 orang murid setiap pasukan
Akademia Siber Teknopolis,
Universiti Kebangsaan Malaysia Sijil dan hadiah disediakan
Pertanyaan
Emel : irobot@ukm.edu.my Syarat Pertandingan
Tel. : 03-8927 2440/2439 (Cik Malini) https://www.ukm.my/p3k/irobot2023

You might also like