Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LaporanTaklimat Perancangan dan Penyelarasan Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Sawah Sempadan

Tarikh: 15 Mei 2024


Tempat: Bilik Inspirasi
Waktu: 2.30 petang – 5.30 petang

Peserta:

 Penasihat Kokurikulum
 Pengerusi Kokurikulum
 Setiausaha Kokurikulum
 Guru-guru Kokurikulum
 Wakil unit beruniform
 Wakil unit sukan
 Wakil Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
 Guru-guru yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum

Agenda:
1.0 Perutusan Penasihat
Penasihat Kokurikulum menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pihak atas kejayaan
program Kem Jejak Juara dan Kem Bakat. Beliau menggariskan pentingnya kecergasan
dalam pembangunan murid dan menggalakkan agar fokus ke arah itu dilaksanakan oleh
semua murid.
2.0 Perutusan Pengerusi
2.1 Persediaan untuk Sukan MSSD
Pengerusi Kokurikulum memaklumkan bahawa unit kokurikulum telah
merancang jadual latihan bagi mempersiapkan murid menghadapi Sukan MSSD.
Latihan-latihan ini termasuk ragbi sentuh, bola tampar, olahraga, bola baling, dan
bola sepak. Jadual latihan telah disediakan bagi memastikan persediaan yang teratur
dan menyeluruh.
2.2 Karnival Bahasa
Sekolah akan mengambil bahagian dalam Karnival Bahasa dengan
menghantar pertandingan sajak dan bercerita Bahasa Melayu secara dalam talian di
peringkat negeri, serta pertandingan Story Telling dalam Bahasa Inggeris di peringkat
daerah. Unit beruniform juga akan mengambil bahagian dalam pertandingan Spelling
dan Scrabble. Semua murid akan diberikan peluang untuk menyertai dalam aktiviti
ini.
2.3 Unit Beruniform Rendah
Pengerusi menekankan kepentingan persediaan murid sebelum
perkhemahan dan ujian dengan memastikan penyertaan yang aktif dari setiap unit
beruniform. Seluruh unit dikehendaki untuk menghantar penyertaan dalam pelbagai
peringkat pertandingan.
2.4 MQSS 2024
Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua pihak atas pencapaian dalam
pertandingan Khat Peringkat Daerah (FKISS) yang mendapat tempat ke-5. Beliau juga
mengingatkan tentang keperluan untuk menyediakan murid-murid untuk
pertandingan tilawah dan hafazan yang akan datang pada bulan Jun.
2.5 Larian Fitness
Setiausaha Sukan diminta untuk membina jadual aktiviti bersama guru yang
terlibat dalam larian fitness. Cadangan telah dibuat untuk menjalankan aktiviti ini
pada hari Jumaat semasa waktu senggang.
2.6 Perkhemahan dan Sukan
Sekolah akan menyediakan t-shirt sukan rasmi bagi murid, guru, dan
kakitangan. Semua guru dan kakitangan telah bersetuju dengan keputusan ini. Bagi
urusan t-shirt murid, pihak sekolah akan meminta kepada ibu bapa untuk
menentukan saiz baju anak masing-masing.

3.0 Hal-hal Lain


3.1 Olahraga
Sekolah kita akan menjadi tuan rumah untuk acara olahraga yang akan
datang. Penasihat Kokurikulum menekankan kepada guru-guru untuk menyasarkan
atlet-atlet bagi memastikan kejayaan dalam acara tersebut. Bagi tahun 2024, kita
akan menyasarkan pingat dalam acara lompat tinggi. Selain itu, guru-guru telah
menghantar calon-calon yang sesuai bagi acara larian.

Laporan ini telah disediakan untuk memberi taklimat kepada semua pihak yang terlibat
dalam perancangan dan penyelarasan kokurikulum. Segala kerjasama dari pihak semua
diharapkan bagi memastikan kejayaan program-program yang dirancang. Terima kasih.
[Disediakan oleh: Setiausaha Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Sawah Sempadan]

You might also like