Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Nama:__________ Tarikh:_____________

Tahun:__________ T/Tgn Ibu Bapa:_________


BAHAGIAN A
(20 Markah)

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Bolehkah ____________ tolong saya bawakan barang-barang ini ke tingkat tiga? ” tanya Aiman
kepada kawan-kawannya.

A hamba C kami

B awak D kalian

2. “____________ berasa gembira apabila melihat kebersihan di negeri ini,” titah Sultan Mohan
kepada bendahara.

A Saya C Patik

B Beta D Hamba

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Chee Keong mendapat tempat ____________ dalam pertandingan pidato itu.

A dua C kedua-dua

B kedua D berdua-dua

4. Siew Ling berehat di bawah pokok sambil ____________ udara nyaman.

A menelan C menyedut

B meneguk D menghisap

5. Ayah menerima sepucuk surat ____________ kakak yang sedang melanjutkan pelajaran di Amerika
Syarikat.

A dari C daripada

B kepada D antara
6. Sekumpulan pelajar sedang duduk sambil berbual-bual di kawasan yang ____________.

A redup C kilat

B gugur D malap

7. Jia Hong merupakan bekas ____________ Universiti Sains Malaysia dalam bidang perubatan.

A seniman C mahasiswa

B usahawan D peragawan

8. Datuk menyapu ____________ kering yang seluruh di halaman rumahnya.

A bebola C deduri

B lelabah D dedaun

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Ibu memasukkan ____________ garam ke dalam masakannya.

A secubit C sesudu

B segenggam D semangkuk

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Seorang pelanggan sedang menggunakan ____________ setelah keletihan membeli-belah di pasar
raya.

A kerusi roda C kerusi malas

B kerusi rehat D kerusi urut


11. Encik Ramesh telah ____________ sebentuk cincin kepada isterinya pada hari ulang tahun
perkahwinan mereka.

A dihadiahi C menghadiahi

B dihadiahkan D menghadiahkan

12. Mak Cik Lim tersenyum riang apabila kuih muih hari raya di gerainya habis dijual dan dia mendapat
keuntungan yang banyak seperti ________________________.

A kera kena belacan C anai-anai makan kayu

B bulan jatuh ke riba D anjing dengan kucing

13. Ibu menyuruh adik menggunakan tuala kecil yang lembap untuk mengelap bingkai gambar.
Pilih perkataan antonim bagi lembap.

A kasar C kesat

B kering D kecut

Soalan 14

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Lelaki itu ditahan oleh pegawal keselamatan kerana disyaki mencuri di pusat beli-belah.

A Lelaki itu menahan pengawal keselamatan yang mencuri di pusat beli-belah.

B Pengawal keselamatan menahan lelaki itu kerana disyaki mencuri di pusat beli-belah.

C Lelaki itu dan pengawal keselamatan ditahan kerana disyaki mencuri di pusat beli-belah.

D Oleh sebab disyaki mencuri pusat beli-belah, pengawal keselamatan menahan lelaki itu.

Soalan 15

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

15. l Buku-buku itu duduk di atas meja.

ll Burung gagak itu duduk pada dahan yang rapuh.


lll Tetamu yang hadir sedang duduk di ruang tamu itu.

lV Datuk sudah duduk di kampung itu selama 30 tahun.


A l dan ll B ll dan lll

C l dan Lv D lll dan lV

Soalan 16

Pilih ayat yang betul.

16. A Rozam menggilap minyak panas pada kakinya.

B Setengah masyarakat tidak ambil peduli tentang kebersihan kawasan


tempat tinggal mereka.

C Beberapa pandangan telah dikemukakan dalam masyarakat itu.

D Mereka merawat kawasan kampung untuk mengelakkan pembiakan nyamuk.


Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada hari Ahad yang lalu, Jie Ying sedang asyik belajar di dalam kelas. Tiba-tiba, dia
terdengar siren berbunyi tanpa berhenti. Rupa-rupanya pihak sekolah mengadakan latihan
kebakaran.

Jie Ying segera bersiap sedia untuk meninggalkan kelas. Ketua kelas meminta Jie
Ying dan murid-murid yang lain supaya beratur dan meninggalkan kelas dengan segera.
Jie Ying segera menutup semua suis di dalam kelas. Cikgu Amirah meminta semua murid
supaya tidak berebut-rebut semasa keluar dari kelas.

Semua murid berkumpul di padang sekolah. Ketua kelas memeriksa kehadiran


murid-murid untuk memastikan tiada murid yang masih berada di dalam kelas. Guru Besar
memuji murid-murid kerana mematuhi peraturan yang telah ditetapkan jika berlaku
kebakaran.

17. Bilakah latihan kebakaran itu diadakan?

A Pada hari Ahad minggu depan B Pada hari Isnin yang lalu

C Pada hari Ahad yang lalu D Pada musim cuti sekolah

18. Latihan kebakaran itu diadakan oleh


A pihak sekolah B pihak bomba

C Cikgu Amirah D Guru Besar

19. Mengapakah ketua kelas memeriksa kehadiran murid-murid ketika mereka sedang berkumpul di
padang sekolah?

A Untuk memastikan tiada murid yang masih berada di dalam kelas.

B Untuk memastikan tiada murid yang pulang ke rumah.

C Untuk memastikan murid supaya sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

D Untuk memastikan keadaan murid sentiasa terkawal.

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A Jie Ying menutup suis di dalam bilik guru.

B Semua murid berebut-rebut ketika keluar dari kelas.

C Setiap murid perlulah memastikan tiada murid yang masih berada di dalam
kelas jika berlaku kebakaran.

D Guru Besar memuji murid-murid kerana mematuhi peraturan yang telah


ditetapkan jika berlaku kebakaran.

BAHAGIAN B
(30 Markah)

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

dan ke yang kerana

dengan
Pada petang _______________ pada
redup bahawa
itu, James membantu lalu
ayahnya menanam pokok bunga di

halaman rumah. Dia menanam pokok bunga mawar di sekeliling rumah. Selepas itu, James

bermain bola sepak bersama-sama _______________ adiknya, iaitu Jason di halaman rumah.

Tiba-tiba, bola disepak oleh James melantun keluar _______________ mengenai tingkap bilik

rumah Pak Cik Karen yang terletak di sebelah rumahnya. James segera meminta maaf dengan

Pak Cik Karen _______________ kecuaiannya.


(4 markah)

Soalan 22
a. Bina ayat majmuk menggunakan kata hubung pancangan relatif .
i) Lelaki itu selalu bersenam.
ii ) Lelaki itu menitikberatkan kesihatan diri.

________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
(2 markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Cikgu mahu kamu semua memakai pakaian


sukan pada petang nanti untuk latihan rumah
sukan.
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
(2 markah)

c. Tuliskan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan maksudnya dalam ruangan


yang disediakan.

menambat hati salah langkah buka mata

membanting tulang ikat perut ringan mulut

Maksud Simpulan Bahasa

1. suka bercakap, peramah

2. silap melakukan sesuatu kerja

3. bekerja keras

(3 markah)

Soalan 23
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan ayat yang
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) ialah ujian standard kecergasan fizikal
lengkap.
bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Matlamat SEGAK
adalah untuk menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.

Ujian SEGAK terdiri daripada lima set ujian, iaitu pengiraan indeks jisim badan, ujian
naik turun bangku, ujian tekan tubi suaian, ujian ringkuk tubi separa, dan ujian jangkauan
melunjur. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard
yang telah diperakui di peringkat kebangsaan.

Ujian SEGAK diadakan dua kali setahun dan ditadbirkan oleh guru Pendidikan
Jasmani. Ujian SEGAK dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah tahap dua dan murid
peringkat menengah rendah.
a. Perkataan matlamat dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

__________________. (1 markah)

b. Nyatakan dua set ujian SEGAK yang akan dilaksanakan di sekolah.

i ) __________________________________________________________________________

ii ) __________________________________________________________________________
(2 markah)

c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

SEGAK ialah singkatan bagi Standard Kecergasan Fizikal


Kebangsaan.

Ujian SEGAK diadakan dua kali setahun dan ditadbir oleh


guru kelas. Betul

Skor mengikut tahap umur tidak ditetapkan di peringkat


Salah
kebangsaan.

Semua murid di sekolah rendah tahap dua dan di peringkat


menengah rendah perlu menjalani ujian SEGAK.

(2 markah)
Soalan 24
Baca poster di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kempen Alam Bersih Hidup Sihat


Tarikh : 1 April hingga 5 April 2018
Tempat : Dewan Desa Jaya
Anjuran : Jabatan Kesihatan Desa Jaya
Aktiviti-aktiviti:
- gotong-royong - pertandingan melukis
- pemeriksaan - pertandingan
kesihatan percuma mewarna
- ceramah kesihatan - kuiz kesihatan
Maklumat lanjut mengenai pertandingan sila hubungi:
Puan Zahrah di talian 017-4893323.

a. Kempen Alam Bersih Hidup Sihat akan berlangsung selama _____________________.


(1 markah)

b. Nyatakan dua aktiviti yang diadakan sempena kempen ini.

i ) _____________________________________________________________________________.

ii ) _____________________________________________________________________________.

(2 markah)

c. Tulis kebaikan-kebaikan kempen ini kepada pengunjung.

i ) _____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________.

ii ) _____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________.

(4 markah)

Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pergi melancong bersama keluarga,


Tujuan untuk menghiburkan hati;
Bergotong-royong amalan kita,
Kawasan ceria hidup harmoni.

Anak itik berkawan-kawan,


Jalan bersama di atas titi;
Jika kita menghormati kawan,
Pasti diri tidak dibenci.

Pergi ke pasar membeli pegaga;


Lalu membeli ikan tenggiri;
Kebersihan diri perlu dijaga,
Badan sihat setiap hari.

Jalan-jalan naik kereta;


Pergi membeli tali pita;
Sampah jangan dibuang merata,
Supaya bersih sekolah kita.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________.
(2 markah)

b. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri?


_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________.

(1 markah)

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Sentiasa mengabaikan kebersihan diri.

Menghormati kawan supaya diri tidak dibenci.

(1 markah)

Sampah jangan dibuang merata,


Supaya bersih sekolah kita.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.


_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________.
(3 markah)

You might also like