Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN INNOKIDS

1.0 PENGENALAN

Pertandingan InnoKids merupakan platform untuk mengumpulkan saintis-saintis


muda dari beberapa sekolah daerah Petaling Utama di mana murid-murid berpeluang
untuk membuat perkongsian dan pengembangan hasil kajian penyelidikan dalam
bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program ini bakal
melahirkan ramai murid yang berbakat besar di dalam dunia penyelidikan dan juga
menghasilkan projek-projek STEM bertaraf dunia.

Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan pengaplikasian pengetahuan ilmu


STEM yang menjurus kepada penyelesaian masalah, penggunaan teknologi terkini dan
menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis bagi menghasilkan inovasi yang dapat
diaplikasikan dalam kehidupan harian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui
pertandingan ini meliputi kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran mengkaji dan menganalisis, kemahiran berkomunikasi serta kemahiran
bekerja secara berpasukan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan minat dan memberi
kesedaran kepada murid-murid tentang kebaikan dan kehebatan STEM di dalam
kehidupan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat murid-murid di dalam bidang penyelidikan dan


pembangunan inovasi sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.2 Memperkembangkan potensi dan kemahiran saintifik murid dalam membuat


kajian terkini.

2.3 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam


proses pembangunan projek.

2.4 Mengembangkan kebolehan dan penciptaan murid dalam bidang


sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik ke platform yang lebih
tinggi.

STEMEGAH 2024| 1
3.0 KELAYAKAN / SYARAT- SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kategori berikut:

a. Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6)

3.2 Hanya SATU (1) projek bagi setiap bidang sahaja yang akan mewakili
setiap sekolah yang menyertai.

3.3 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1)
guru pembimbing.

3.4 Semua murid yang menyertai mestilah Warganegara Malaysia.

3.5 Bidang yang dipertandingkan ialah:

a. Sains ( Fizik, Kimia, Biologi) atau Sains Alam Sekitar

b. Teknologi (Robotik / Sains Komputer)

c. Kejuruteraan (Rekacipta Kejuruteraan)

d. Matematik

3.6 Setiap projek inovasi juga dicadangkan untuk memilih mana-mana satu
(1) tema Sustainable Development Goals (SDG) yang dicadangkan di
bawah.

a. Goal 3: Good health and well-being

b. Goal 4: Ǫuality education

c. Goal 5: Clean water and sanitation

d. Goal 7: Affordable and clean energy

e. Goal S: Industry, innovation, infrastructure

f. Goal 11: Sustainable cities and communities

g. Goal 12: Responsible consumption, production

h. Goal 13: Climate action

3.7 Satu projek penyelidikan hanya dibenarkan menyertai satu bidang sahaja.
Jika projek yang sama didaftarkan lebih daripada satu bidang maka
penyertaan projek tersebut akan dibatalkan.

3.8 Tarikh tutup pendaftaran dan penghantaran bahan pertandingan adalah pada 30 Ogos
2024 (Jumaat, 11.59 malam).

3.9 Peserta diminta untuk menyediakan 1 salinan laporan projek atau penyelidikan berbentuk
pdf dan video berdurasi 5 minit semasa pendaftaran penyertaan. Setiap kertas projek atau
penyelidikan perlu disertakan bersama salinan abstrak /ringkasan projek. (abstrak /
ringkasan projek tidak melebihi 250 patah perkataan dan hendaklah ditulis dalam satu
muka surat kertas bersaiz A4).

STEMEGAH 2024| 2
4.0 PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK

4.1 Saiz Kertas: A4

4.2 Font: Arial

4.3 Tajuk: Font 20 pt, bold, tengah

4.4 Nama murid dan penasihat: Font 14 pt, tengah

4.5 Tajuk utama: Font 14 pt, bold, sebelah kiri

4.6 Subtajuk utama: Font 12 pt, bold, sebelah kiri

4.7 Selang: 1.5

4.8 Rajah dan jadual perlu dilabel dan dinomborkan dengan betul.

4.9 Laras bahasa dan format penulisan perlu diedit dan disemak
sebelum penghantaran laporan dibuat.

4.10 Laporan tidak melebihi 20 mukasurat bercetak termasuk muka hadapan.

5.0 FORMAT KERTAS KAJIAN

Muka Surat Penerangan


Nyatakan tajuk projek, nama peserta dan nama guru
Tajuk Projek pembimbing penasihat dan sekolah. Tajuk perlu ditulis dengan
‘bold’ dan mudah dibaca.
Sinopsis kepada keseluruhan kajian. (nyatakan persoalan
Abstrak kajian, hipotesis, methodologi, hasil analisis, kesimpulan
kajian) dan kata kunci.
Nyatakan bilangan dan nombor muka surat mengikut topik.
Isi kandungan Nombor muka surat diletakkan di bahagian tengah atau hujung
kiri setiap muka surat.
Senaraikan penghargaan kepada semua pihak yang telah
Penghargaan memberikan sumbangan kepakaran, bahan, sokongan dalam
menjayakan projek.
Latar belakang projek, pernyataan masalah, signifikan, kajian,
Pengenalan
takrif istilah,
Metodologi / Rekabentuk dan perincian projek, bahan dan alatan,
Proses Kajian rawatan atau prosedur yang dijalankan.
Terangkan metodologi yang digunakan untuk pengumpulan
Eksperimen data dan pemerhatian. Sertakan foto atau lakaran bahan
projek atau penyelidikan
Hasil Kajian Analisa data, tafsiran keputusan dan hasil dapatan.

Bahagian paling penting. Keputusan dan perbincangan perlu


dianalisis secara terperinci, membuat perbandingan antara
Perbincangan dan
nilai teori dan praktikal, semakan data di jurnal dan
kesimpulan
sebagainya. Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada.
Ringkasan keputusan perlu spesifik.

STEMEGAH 2024| 3
Senarai rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan
Rujukan dokumentasi yang bukan hasil persendirian mengikut format
American Psychological Association Style (APA) terkini.
Rajah, jadual, gambar, graf dan apa sahaja bahan visual yang
Apendiks
diperolehi dari eksperimen yang dijalankan.

6.0 BAHAN PAMERAN (PROJEK / PROTOTAIP)

6.1 Semua projek hendaklah berfungsi pada hari pertandingan. Prototaip


boleh dipamerkan sepanjang pertandingan. Saiz maksima bahan projek
yang dipamerkan ialah 80 cm lebar, 120 cm panjang dan 270 cm tinggi.

6.2 Papan pameran (untuk persembahan poster / infografik) TIDAK


DISEDIAKAN oleh pihak pengelola. Setiap peserta perlu membawa papan
pameran bagi projek masing-masing.

6.3 Spesifikasi papan pameran yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

i. Bahan: Contoh bahan (Papan lapis, styrofoam,


mounting board,streamer)

ii. Bilangan papan pameran: 3 keping (setiap satu bersaiz 60 cm (lebar)


x 120 cm (tinggi)

iii. Saiz keseluruhan: 180 cm (lebar) x 120 cm (tinggi)

Contoh gambar papan pameran

STEMEGAH 2024| 4
6.4 Setiap pasukan perlu melengkapkan Borang Penyertaan dengan lengkap.

6.5 Semua Borang Penyertaan yang lengkap beserta abstrak / ringkasan projek
serta Laporan Projek yang layak ke peringkat negeri hendaklah dihantar
kepada Jawatankuasa Teknikal Inovasi PADA hari pertandingan.

6.6 Semua keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan
tidak akan dilayan.

6.7 Penggunaan ujian/demonstrasi terhadap haiwan tidak dibenarkan.

6.8 Pasukan tidak dibenarkan mempamer sebarang bentuk anugerah


kemenangan di dalam kawasan pameran.

6.9 Hanya seorang guru pembimbing bagi kategori sekolah rendah sahaja
yang dibenarkan membantu persediaan projek dalam tempoh yang
ditetapkan.

7.0 HADIAH & ANUGERAH

Berikut adalah cadangan anugerah pertandingan peringkat negeri:

7.1 Kategori Murid Sekolah Rendah:

i. Tempat pertama: Platinum Plat + Sijil Pencapaian

ii. Tempat kedua: Emas Plat + Sijil Pencapaian

iii. Tempat ketiga: Perak Plat + Sijil Pencapaian

iv. Tempat keempat: Gangsa PlatSijil Pencapaian

v. Tempat kelima: Sijil Pencapaian

STEMEGAH 2024| 5
8.0 KRITERIA PEMARKAHAN

Komponen Kriteria Peratus


Aplikasi pengetahuan dan prinsip sains,
teknologi, kejuruteraan dan 10
Pameran Projek / matematik (STEM)
Prototaip (25%) Persembahan poster atau infografik 05
Keaslian 05
Kreativiti 05
Kemahiran penyampaian 10
Pembentangan Kemahiran Saintifik 05
(25%) Kemahiran interaksi dan menjawab soalan 05
Personaliti keseluruhan 05
Abstrak 05
Pengenalan dan sorotan kajian (literature
05
Penulisan Laporan review) tinjauan literature
(30%) Metodologi 05
Hasil Kajian 05
Perbincangan dan kesimpulan 05
Pemikiran saintifik/ matlamat kejuruteraan 05
Sumbangan kepada keperluan dan
Projek Signifikan 05
kemandirian pembangunan masyarakat
(15%)
Kesan kepada kualiti alam sekitar dan
05
masyarakat
Projek Signifikan Pemikiran saintifik/ matlamat kejuruteraan
05
(15%)
Keistimewaan Kolaborasi 03
Produk Sifat komersial
02
(5%)

9.0 PEMBENTANGAN PROJEK

9.1 Pasukan diberi masa selama 7 minit untuk sesi pembentangan dan 5 minit
untuk sesi soal jawab.

9.2 Pembentangan boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

10.0 HAKIM

10.1 Hakim boleh dipilih dari 3 sektor utama iaitu;

i. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

ii. Industri / perkilangan / pembinaan

iii. IPTA/ IPTS

10.2 Ketua Hakim dipilih oleh pihak penganjur (JPN).

STEMEGAH 2024| 6
11.0 CARTA ALIR PERTANDINGAN

STEMEGAH 2024| 7
12.0 PROSES PENGHAKIMAN

12.1 Proses penghakiman akan dilaksanakan melalui dua saringan. Saringan pertama
akan dijalankan oleh Panel Juri 2 manakala saringan kedua akan dijalankan
oleh Panel Juri 2.

12.2 Setiap pasukan perlu menghantar 2 salinan kertas projek kepada urus
setia pada hari pertandingan (sewaktu proses pendaftaran).

12.3 Proses penghakiman akan dijalankan secara lawatan ke setiap projek secara
individu dan berkumpulan.

12.4 Sesi penghakiman dianggarkan berjalan selama 12


minit (pembentangan dan soal jawab) bagi setiap
pasukan.

12.5 Peserta diminta berada di projek masing-masing semasa


proses penghakiman dijalankan.

12.6 Pembantu teknikal (murid) hendaklah memastikan hanya


peserta pertandingan sahaja yang berada dalam dewan semasa
proses penghakiman dijalankan.

12.7 Borang-borang penghakiman dan clip file perlu disediakan


oleh pembantu teknikal (guru).

12.8 Hakim akan bermesyuarat di bilik khas untuk berbincang dan


membuat keputusan pertandingan.

12.9 Keputusan pertandingan diserahkan kepada teknikal pertandingan.

12.10 Keputusan hakim adalah muktamad.

12.11 Booth pertandingan


Lokasi pertandingan akan ditentukan oleh pihak SK Taman Megah.

STEMEGAH 2024| 8
BORANG PERMARKAHAN PERTANDINGAN INNOKIDS PERINGKAT DAERAH
KOD KUMPULAN : …………………………………………………………….
TAJUK PROJEK : …………………………………………………………….
KOMPONEN KRITERIA SKALA PEMARKAHAN JUMLAH
Aplikasi pengetahuan dan prinsip sains,
1 2 3 4 5 6 7 8 G 10
PAMERAN PROJEK / teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)
PROTOTAIP Persembahan poster atau infografik 1 2 3 4 5 /25
(25%) Keaslian 1 2 3 4 5
Kreativiti 1 2 3 4 5
Kemahiran penyampaian 1 2 3 4 5 6 7 8 G 10
PEMBENTANGAN Kemahiran saintifik 1 2 3 4 5
/25
(25%) Kemahiran interaksi dan menjawab soalan 1 2 3 4 5
Personaliti keseluruhan 1 2 3 4 5
Abstrak 1 2 3 4 5
Pengenalan dan Sorotan Kajian (Literature Review)
1 2 3 4 5
Tinjauan Literature
PENULISAN
LAPORAN Methodologi 1 2 3 4 5 /30
(30%) Hasil Kajian 1 2 3 4 5
Perbincangan dan kesimpulan 1 2 3 4 5
Rujukan / Apendiks 1 2 3 4 5
Pemikiran saintifik atau matlamat kejuruteraan 1 2 3 4 5
PROJEK SIGNIFIKAN Sumbangan/impak kepada keperluan
1 2 3 4 5 /15
(15%) dan kemandirian pembangunan
masyarakat
Kesan kepada kualiti alam sekitar dan masyarakat 1 2 3 4 5
KEISTIMEWAAN Kolaborasi 1 2 3 /3
PRODUK
(5%) Patent / Daftar myIPO 1 2 /2
JUMLAH MARKAH /100
Disediakan oleh: Tarikh:

……………………………………….. …………………………………….
NAMA HAKIM:

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI| 17


BORANG PENGUMPULAN MARKAH HAKIM
PERTANDINGAN INNOVATORS FOR
TOMORROW KATEGORI SEKOLAH RENDAH

PASUKAN HAKIM 1 HAKIM 2 PURATA RANKING

SR 1

SR 2

SR 3

SR 4

SR 5

SR 6

SR 7

SR 8

SR G

SR 10

SR 11

SR 12

SR 13

SR 14

SR 15

SR 16

Disediakan oleh; Disahkan oleh:

……………………………………… ………………………………………

(Ketua Hakim) (Pegawai Teknikal)

STEMEGAH 2024
BORANG PENGUMPULAN MARKAH HAKIM
PERTANDINGAN INNOCATOR
KATEGORI GURU

PASUKAN HAKIM 1 HAKIM 2 PURATA RANKING

SM 1

SM 2

SM 3

SM 4

SM 5

SM 6

SM 7

SM 8

SM G

SM 10

SM 11

SM 12

SM 13

SM 14

SM 15

SM 16

Disediakan oleh; Disahkan oleh:

……………………………………… ………………………………………

(Ketua Hakim) (Pegawai Teknikal)

STEMEGAH 2024
BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN INNOKIDS

NAMA SEKOLAH ALAMAT NO TEL / FAKS E-MEL

NAMA GURU PEMBIMBING JANTINA BANGSA NO. MYKAD NO. TEL

BIL NAMA PESERTA JANTINA BANGSA NO MYKAD


1
2
3

BILANGAN VEGETARIAN

GURU MURID

STATUS PROJEK
KATEGORI (√) NAMA PRODUK PROJEK PROJEK
BAHARU KESINAMBUNGAN
SAINS

TEKNOLOGI

KEJURUTERAAN

MATEMATIK

* Jika projek tersebut merupakan projek kesinambungan, sila lengkapkan Borang Deklarasi
Projek Kesinambungan (Continuation Project Declaration Form)

Pengesahan JPN: Cop Rasmi Jabatan:

………………………………………………...

( ) Tarikh:

STEMEGAH 2024

You might also like