KERTAS KONSEP STEMEGAH

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

2

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN


INNOVATORS FOR TOMORROW

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Innovators of Tomorrow adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan,


Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Ia merupakan platform untuk
mengumpulkan saintis-saintis dan pereka cipta muda dari seluruh negara di mana
murid-murid berpeluang untuk membuat perkongsian dan pengembangan hasil kajian
penyelidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Program ini bakal melahirkan ramai murid yang berbakat besar di dalam dunia
penyelidikan dan juga menghasilkan projek-projek STEM bertaraf dunia.

Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan pengaplikasian pengetahuan ilmu


STEM yang menjurus kepada penyelesaian masalah, penggunaan teknologi terkini dan
menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis bagi menghasilkan inovasi yang dapat
diaplikasikan dalam kehidupan harian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui
pertandingan ini meliputi kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran mengkaji dan menganalisis, kemahiran berkomunikasi serta kemahiran
bekerja secara berpasukan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan minat dan memberi
kesedaran kepada murid-murid tentang kebaikan dan kehebatan STEM di dalam
kehidupan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat murid-murid di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan


inovasi sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.2 Memperkembangkan potensi dan kemahiran saintifik murid dalam membuat


kajian terkini.

2.3 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses


pembangunan projek.

2.4 Mengembangkan kebolehan dan penciptaan murid dalam bidang sains,


teknologi, kejuruteraan dan Matematik ke platform yang lebih tinggi.

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI| 7


3.0 KELAYAKAN / SYARAT- SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:

a. Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6)

b. Sekolah menengah (Murid tingkatan 1 hingga 5)

3.2 Hanya SATU (1) projek bagi setiap bidang sahaja yang akan mewakili setiap
sekolah yang menyertai.

3.3 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru
pembimbing.

3.4 Semua murid yang menyertai mestilah Warganegara Malaysia.

3.5 Bidang yang dipertandingkan ialah:

a. Sains ( Fizik, Kimia, Biologi) atau Sains Alam Sekitar

b. Teknologi (Robotik / Sains Komputer)

c. Kejuruteraan (Rekacipta Kejuruteraan)

d. Matematik

3.6 Setiap projek inovasi juga diwajibkan untuk memilih mana-mana satu (1)
tema Sustainable Development Goals (SDG) yang dicadangkan di bawah.

a. Goal 3: Good health and well-being

b. Goal 4: Ǫuality education

c. Goal 5: Clean water and sanitation

d. Goal 7: Affordable and clean energy

e. Goal S: Industry, innovation, infrastructure

f. Goal 11: Sustainable cities and communities

g. Goal 12: Responsible consumption, production

h. Goal 13: Climate action

3.7 Satu projek penyelidikan hanya dibenarkan menyertai satu bidang sahaja. Jika
projek yang sama didaftarkan lebih daripada satu bidang maka penyertaan
projek tersebut akan dibatalkan.

3.8 Tarikh tutup pendaftaran dan penghantaran bahan pertandingan adalah pada 19 Julai 2024
(Jumaat, 11.59 malam). Peserta yang terpilih ke pusingan akhir akan dimaklumkan oleh JPN.
Penjurian akhir peringkat negeri akan diadakan pada 13 & 14 Ogos 2024 secara bersemuka.

3.9 Peserta diminta untuk menyediakan 1 salinan laporan projek atau penyelidikanberbentuk
pdf dan video berdurasi 5 minit semasa pendaftaran penyertaan. Setiap kertas projek atau
penyelidikan perlu disertakan bersama salinan abstrak /ringkasan projek. (abstrak /
ringkasan projek tidak melebihi 250 patah perkataan dan hendaklah ditulis dalam satu muka
surat kertas bersaiz A4).

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI| 8


3.10 Rakaman video hendaklah dimuat naik ke google drive guru pembimbing sebelum dihantar
kepada penganjur melalui pautan di dalam google form pendaftaran yang disediakan oleh
penganjur. Pautan video perlu ditetapkan share “Anyone with the link” dan set kan sebagai
“Viewer”.
3.11 Setiap peserta TIDAK BOLEH memaparkan identiti sekolah seperti logo dan tulisan di dalam
video, laporan projek / penyelidikan dan bahan pameran (penjurian akhir sahaja).
PENYERTAAN AKAN DIBATALKAN sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi.
3.12 Projek yang merupakan kesinambungan daripada penyelidikan yang lepas perlu
melengkapkan Borang Deklarasi Projek Kesinambungan (Continuation Project Declaration
Form) dan borang tersebut dihantar semasa pendaftaran pasukan.

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI| 9


4.0 PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK

4.1 Saiz Kertas: A4

4.2 Font: Arial

4.3 Tajuk: Font 20 pt, bold, tengah

4.4 Nama murid dan penasihat: Font 14 pt, tengah

4.5 Tajuk utama: Font 14 pt, bold, sebelah kiri

4.6 Subtajuk utama: Font 12 pt, bold, sebelah kiri

4.7 Selang: 1.5

4.8 Rajah dan jadual perlu dilabel dan dinomborkan dengan betul.

4.9 Laras bahasa dan format penulisan perlu diedit dan disemak sebelum
penghantaran laporan dibuat.

4.10 Laporan tidak melebihi 20 mukasurat bercetak termasuk muka hadapan.

5.0 FORMAT KERTAS KAJIAN

Muka Surat Penerangan


Nyatakan tajuk projek, nama peserta dan nama guru
Tajuk Projek pembimbing penasihat dan sekolah. Tajuk perlu ditulis dengan
‘bold’ dan mudah dibaca.
Sinopsis kepada keseluruhan kajian. (nyatakan persoalan
Abstrak kajian, hipotesis, methodologi, hasil analisis, kesimpulan
kajian) dan kata kunci.
Nyatakan bilangan dan nombor muka surat mengikut topik.
Isi kandungan Nombor muka surat diletakkan di bahagian tengah atau hujung
kiri setiap muka surat.
Senaraikan penghargaan kepada semua pihak yang telah
Penghargaan memberikan sumbangan kepakaran, bahan, sokongan dalam
menjayakan projek.
Latar belakang projek, pernyataan masalah, signifikan, kajian,
Pengenalan
takrif istilah,
Metodologi / Rekabentuk dan perincian projek, bahan dan alatan, rawatan
Proses Kajian atau prosedur yang dijalankan.
Terangkan metodologi yang digunakan untuk pengumpulan
Eksperimen data dan pemerhatian. Sertakan foto atau lakaran bahan
projek atau penyelidikan
Hasil Kajian Analisa data, tafsiran keputusan dan hasil dapatan.

Bahagian paling penting. Keputusan dan perbincangan perlu


dianalisis secara terperinci, membuat perbandingan antara
Perbincangan dan
nilai teori dan praktikal, semakan data di jurnal dan
kesimpulan
sebagainya. Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada.
Ringkasan keputusan perlu spesifik.

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI| 10


Senarai rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan
Rujukan dokumentasi yang bukan hasil persendirian mengikut format
American Psychological Association Style (APA) terkini.
Rajah, jadual, gambar, graf dan apa sahaja bahan visual yang
Apendiks
diperolehi dari eksperimen yang dijalankan.

6.0 BAHAN PAMERAN (PROJEK / PROTOTAIP)

6.1 Semua projek hendaklah berfungsi pada hari pertandingan. Prototaip boleh
dipamerkan sepanjang pertandingan. Saiz maksima bahan projek yang
dipamerkan ialah 80 cm lebar, 120 cm panjang dan 270 cm tinggi.

6.2 Papan pameran (untuk persembahan poster / infografik) TIDAK DISEDIAKAN


oleh pihak pengelola. Setiap peserta perlu membawa papan pameran bagi
projek masing-masing.

6.3 Spesifikasi papan pameran yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

i. Bahan: Contoh bahan (Papan lapis, styrofoam, mounting


board,streamer)

ii. Bilangan papan pameran: 3 keping (setiap satu bersaiz 60 cm (lebar) x


120 cm (tinggi)

iii. Saiz keseluruhan: 180 cm (lebar) x 120 cm (tinggi)

Contoh gambar papan pameran

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI| 11


6.4 Setiap pasukan perlu melengkapkan Borang Penyertaan dengan lengkap.

6.5 Semua Borang Penyertaan yang lengkap beserta abstrak / ringkasan projek
serta Laporan Projek yang layak ke peringkat negeri hendaklah dihantar
kepada Jawatankuasa Teknikal Inovasi PADA hari pertandingan peringkat
negeri.

6.6 Semua keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak
akan dilayan.

6.7 Penggunaan ujian/demonstrasi terhadap haiwan tidak dibenarkan.

6.8 Pasukan tidak dibenarkan mempamer sebarang bentuk anugerah kemenangan


di dalam kawasan pameran.

6.9 Hanya seorang guru pembimbing bagi kategori sekolah rendah sahaja yang
dibenarkan membantu persediaan projek dalam tempoh yang ditetapkan.

7.0 HADIAH & ANUGERAH

Berikut adalah cadangan anugerah pertandingan peringkat negeri:

7.1 Kategori Sekolah Menengah:

i. Tempat pertama: Trofi + Sijil Pencapaian

ii. Tempat kedua: Trofi + Sijil Pencapaian

iii. Tempat ketiga: Trofi + Sijil Pencapaian

iv. Tempat keempat: Sijil Pencapaian

v. Tempat kelima: Sijil Pencapaian

7.2 Kategori Sekolah Rendah:

i. Tempat pertama: Trofi + Sijil Pencapaian

ii. Tempat kedua: Trofi + Sijil Pencapaian

iii. Tempat ketiga: Trofi + Sijil Pencapaian

iv. Tempat keempat: Sijil Pencapaian

v. Tempat kelima: Sijil Pencapaian

Dalam pertandingan peringkat negeri, pihak pengelola diminta memilih projek terbaik (1
projek sekolah menengah dan 1 projek sekolah rendah) yang akan bertanding ke
peringkat negeri.

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI| 12


8.0 KRITERIA PEMARKAHAN

Komponen Kriteria Peratus


Aplikasi pengetahuan dan prinsip sains,
teknologi, kejuruteraan dan matematik 10
Pameran Projek / (STEM)
Prototaip (25%) Persembahan poster atau infografik 05
Keaslian 05
Kreativiti 05
Kemahiran penyampaian 10
Pembentangan Kemahiran Saintifik 05
(25%) Kemahiran interaksi dan menjawab soalan 05
Personaliti keseluruhan 05
Abstrak 05
Pengenalan dan sorotan kajian (literature
05
Penulisan Laporan review) tinjauan literature
(30%) Metodologi 05
Hasil Kajian 05
Perbincangan dan kesimpulan 05
Pemikiran saintifik/ matlamat kejuruteraan 05
Sumbangan kepada keperluan dan
Projek Signifikan 05
kemandirian pembangunan masyarakat
(15%)
Kesan kepada kualiti alam sekitar dan
05
masyarakat
Projek Signifikan Pemikiran saintifik/ matlamat kejuruteraan
05
(15%)
Keistimewaan Kolaborasi 03
Produk Patent / Daftar myIPO
02
(5%)

9.0 PEMBENTANGAN PROJEK

9.1 Pasukan diberi masa selama 7 minit untuk sesi pembentangan dan 5 minit
untuk sesi soal jawab.

9.2 Pembentangan boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

10.0 HAKIM

10.1 Hakim boleh dipilih dari 3 sektor utama iaitu;

i. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

ii. Industri / perkilangan / pembinaan

iii. IPTA/ IPTS

10.2 Ketua Hakim dipilih oleh pihak penganjur (JPN).

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI| 13


11.0 CARTA ALIR PERTANDINGAN

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI| 14


12.0 PROSES PENGHAKIMAN

12.1 Proses penghakiman akan dilaksanakan melalui dua saringan. Saringan pertama
adalah penghantaran video dan slaid pembentangan. Manakala saringan kedua
adalah penjurian secara bersemuka seperti di bawah.

12.2 Setiap pasukan perlu menghantar 2 salinan kertas projek kepada urus setia
pada hari pertandingan (sewaktu proses pendaftaran).

12.3 Proses penghakiman akan dijalankan secara lawatan ke setiap projek secara
individu dan berkumpulan.

12.4 Proses penghakiman diberikan kepada dua slot. 8 kumpulan slot


pertama dan 8 kumpulan slot kedua.

12.5 Sesi penghakiman dianggarkan berjalan selama 12 minit


(pembentangan dan soal jawab) bagi setiap pasukan.

12.6 Peserta diminta berada di projek masing-masing semasa proses


penghakiman dijalankan.

12.7 Pembantu teknikal (murid) hendaklah memastikan hanya peserta


pertandingan sahaja yang berada dalam dewan semasa proses
penghakiman dijalankan.

12.8 Borang-borang penghakiman dan clip file perlu disediakan oleh


pembantu teknikal (guru).

12.9 Hakim akan bermesyuarat di bilik khas untuk berbincang dan membuat
keputusan pertandingan.

12.10 Keputusan pertandingan diserahkan kepada teknikal pertandingan.

12.11 Keputusan hakim adalah muktamad.

12.12 Lokasi pertandingan


Lokasi pertandingan akan ditentukan oleh JPN

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI| 15


12.13 Keselamatan Projek Saringan

12.13.1 Sepanjang pertandingan, pihak pengelola diminta mengambil kira aspek


keselamatan projek-projek yang bertanding. Dewan/ bilik pameran
hendaklah dikunci apabila tidak digunakan.

12.13.2 Setiap peserta hendaklah memastikan semua projek dikemaskan dan


tidak meninggalkan sebarang bahan atau peralatan projek sebaik sahaja
tamat pertandingan.

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI| 16


BORANG PERMARKAHAN INNOVATORS FOR TOMORROW PERINGKAT NEGERI
KOD KUMPULAN : …………………………………………………………….
TAJUK PROJEK : …………………………………………………………….
KOMPONEN KRITERIA SKALA PEMARKAHAN JUMLAH
Aplikasi pengetahuan dan prinsip sains, teknologi,
1 2 3 4 5 6 7 8 G 10
PAMERAN PROJEK / kejuruteraan dan matematik (STEM)
PROTOTAIP Persembahan poster atau infografik 1 2 3 4 5 /25
(25%) Keaslian 1 2 3 4 5
Kreativiti 1 2 3 4 5
Kemahiran penyampaian 1 2 3 4 5 6 7 8 G 10
PEMBENTANGAN Kemahiran saintifik 1 2 3 4 5
/25
(25%) Kemahiran interaksi dan menjawab soalan 1 2 3 4 5
Personaliti keseluruhan 1 2 3 4 5
Abstrak 1 2 3 4 5
Pengenalan dan Sorotan Kajian (Literature Review)
1 2 3 4 5
PENULISAN Tinjauan Literature
LAPORAN Methodologi 1 2 3 4 5 /30
(30%) Hasil Kajian 1 2 3 4 5
Perbincangan dan kesimpulan 1 2 3 4 5
Rujukan / Apendiks 1 2 3 4 5
Pemikiran saintifik atau matlamat kejuruteraan 1 2 3 4 5
PROJEK SIGNIFIKAN Sumbangan/impak kepada keperluan dan
1 2 3 4 5 /15
(15%) kemandirian pembangunan masyarakat
Kesan kepada kualiti alam sekitar dan masyarakat 1 2 3 4 5
KEISTIMEWAAN Kolaborasi 1 2 3 /3
PRODUK
(5%) Patent / Daftar myIPO 1 2 /2
JUMLAH MARKAH /100
Disediakan oleh: Tarikh:

……………………………………….. …………………………………….
NAMA HAKIM:

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI| 17


BORANG PENGUMPULAN MARKAH HAKIM
PERTANDINGAN INNOVATORS FOR TOMORROW
KATEGORI SEKOLAH RENDAH

PASUKAN HAKIM 1 HAKIM 2 HAKIM 3 PURATA RANKING

SR 1

SR 2

SR 3

SR 4

SR 5

SR 6

SR 7

SR 8

SR G

SR 10

SR 11

SR 12

SR 13

SR 14

SR 15

SR 16

Disediakan oleh; Disahkan oleh:

……………………………………… ………………………………………

(Ketua Hakim) (Pegawai Teknikal)

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI | 18


BORANG PENGUMPULAN MARKAH HAKIM
PERTANDINGAN INNOVATORS FOR TOMORROW
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

PASUKAN HAKIM 1 HAKIM 2 HAKIM 3 PURATA RANKING

SM 1

SM 2

SM 3

SM 4

SM 5

SM 6

SM 7

SM 8

SM G

SM 10

SM 11

SM 12

SM 13

SM 14

SM 15

SM 16

Disediakan oleh; Disahkan oleh:

……………………………………… ………………………………………

(Ketua Hakim) (Pegawai Teknikal)

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI | 19


BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN INNOVATORS FOR TOMORROW PERINGKAT NEGERI

NAMA SEKOLAH ALAMAT NO TEL / FAKS E-MEL

NAMA GURU PEMBIMBING JANTINA BANGSA NO. MYKAD NO. TEL

BIL NAMA PESERTA JANTINA BANGSA NO MYKAD


1
2
3

BILANGAN VEGETARIAN

GURU MURID

STATUS PROJEK
KATEGORI (√) NAMA PRODUK PROJEK PROJEK
BAHARU KESINAMBUNGAN
SAINS

TEKNOLOGI

KEJURUTERAAN

MATEMATIK

* Jika projek tersebut merupakan projek kesinambungan, sila lengkapkan Borang Deklarasi
Projek Kesinambungan (Continuation Project Declaration Form)

Pengesahan JPN: Cop Rasmi Jabatan:

………………………………………………...

( ) Tarikh:

KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI | 20

You might also like