Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

2022, Volume 7, Issue 3, e001326


DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1326

Keberkesanan Didik Hibur Terhadap Empati Sejarah dalam


kalangan Murid Tahun Empat di Daerah Kota Setar, Kedah

(The Effectiveness of Fun Learning on Historical Empathy Among Year


Four Students in Kota Setar District, Kedah)

Ooi Wan Yee1* , Abdul Razaq Ahmad2, Shakila Che Dahalan3


1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Email: ooiwanyee81@gmail.com
2Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.

Email: razaq@ukm.edu.my
3Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900, Tanjong Malim, Perak,

Malaysia.
Email: shakilacd@fsk.upsi.edu.my

ABSTRAK
CORRESPONDING Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan
AUTHOR (*): teknik didik hibur terhadap empati sejarah yang dinilai dari
Ooi Wan Yee segi empati peristiwa dan empati tokoh dalam kalangan
(ooiwanyee81@gmail.com) murid tahun empat di daerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini
turut mengenal pasti perbezaan empati sejarah dalam
KATA KUNCI: kalangan murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
Didik hibur bagi ujian pos berdasarkan jantina. Kajian ini merupakan
Empati sejarah kajian kuantitatif yang berbentuk kuasi eksperimental.
Kemahiran Pemikiran Sejarah Sampel kajian terdiri daripada 18 orang murid tahun
(KPS) empat. Kumpulan kawalan dan rawatan masing-masing
mempunyai sembilan orang murid. Tempoh pelaksanaan
KEYWORDS: kajian ini adalah selama 10 minggu. Instrumen kajian yang
Fun learning digunakan ialah soal selidik. Data dianalisis menggunakan
Historical empathy SPSS 26.0 yang melibatkan analisis deskriptif dan
Historical thinking skills inferensi. Kaedah didik hibur ini terbukti berkesan dan
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
CITATION: berbanding dengan pengajaran lazim dalam penerapan
Ooi, W. Y., Abdul Razaq Ahmad, & Shakila empati sejarah dalam kalangan murid. Bagi analisis ujian
Che Dahalan. (2022). Keberkesanan Didik
Hibur Terhadap Empati Sejarah dalam pos yang menggunakan ujian-t tidak bersandar
kalangan Murid Tahun Empat di Daerah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan empati
Kota Setar, Kedah. Malaysian Journal of sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan
Social Sciences and Humanities (MJSSH),
7(3), e001326. rawatan. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1326 empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan berdasarkan jantina bagi ujian pos.

ABSTRACT
This study was conducted to identify the effectiveness of
fun learning techniques on historical empathy which was
evaluated in terms of empathy of events and empathy of
figures among fourth year students in the district of Kota
Setar, Kedah. This study also identified the differences in
historical empathy among students of the control group and

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
2
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

the treatment group for the post test based on gender. This
study is a quasi-experimental quantitative study. The study
sample consisted of 18 primary year four students. The
control and treatment groups each had nine students. The
implementation period of this study was for 10 weeks. The
research instrument used was questionnaires. Data were
analyzed using SPSS 26.0 which involved of descriptive and
inferential analysis. This method of entertaining learners
proved to be effective and showed that there were
significant differences compared to conventional teaching
in the application of historical empathy among students.
Post-test analysis using independent t-test shows there was
a significant difference of historical empathy in the control
group and treatment group.

Sumbangan/Keaslian: Kajian ini adalah salah satu daripada kajian yang telah
menyiasat keberkesanan teknik didik hibur terhadap empati sejarah murid sekolah
rendah. Data yang diperoleh berguna kepada penggubal kurikulum, pentadbir sekolah
dan para guru untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang
berkesan.

1. Pengenalan

Mata pelajaran Sejarah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM) di sekolah rendah pelbagai aliran sejak tahun 2014 adalah usaha yang bertepatan
dalam memupuk nilai patriotisme dan nasionalisme seawal usia muda murid-murid.
Sebelum itu elemen sejarah hanya diterapkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.
Dengan pelaksanaan mata pelajaran Sejarah sekolah rendah ini maka pengajaran dan
pembelajaran subjek berkenaan menjadi lebih berfokus kepada sumber dan
penghayatan nilai sejarah itu sendiri. Mata pelajaran Sejarah yang diajar kepada murid
Tahap Dua sekolah rendah iaitu murid Tahun 4, 5 dan 6 bertujuan untuk memberi
pemahaman dan penghayatan mendalam kepada murid-murid mengenai tanah air
sendiri di samping memastikan mereka mengenali tokoh-tokoh negarawan terbilang
yang berjasa kepada tanah air suatu ketika dulu sehingga membolehkan wujudnya
sebuah negara bangsa bernama Malaysia pada masa kini. Pendidikan Sejarah sangat
penting dan perlu diberi keutamaan dalam usaha melahirkan warga negara yang setia,
mempunyai jati diri dan cinta akan tanah air sendiri.

Salah satu elemen yang ditekankan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Sejarah ialah Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). Melalui KPS murid dibimbing untuk
berfikir secara kritis dan analitis terhadap sumber dan peristiwa sejarah. Hal ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan intelek murid di samping menjadikan
sejarah sebagai satu mata pelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Penguasaan
elemen dalam KPS membolehkan murid melihat sesuatu peristiwa yang telah berlaku
secara empati. Dengan itu, kita dapat merumuskan bahawa KPS merupakan satu proses
berfikir secara analitis, kritis dan kreatif yang membolehkan murid memahami
peristiwa masa lalu untuk dihubungkaitkan dengan masa kini dan membuat persediaan
untuk masa hadapan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).

Namun demikian, empati sejarah tidak dilahirkan secara semula jadi dalam diri murid.
Empati sejarah itu datangnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
3
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

berkesan dalam bilik darjah. Guru Sejarah yang akan menerapkan empati sejarah itu
dalam minda murid mereka. Kajian Khairunnajwa (2017) menunjukkan bahawa
hubungan antara amalan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas dengan
amalan nilai empati sejarah kepada pelajar sekolah menengah masih lagi berada di
tahap yang rendah.

Melalui tinjauan kajian lepas, didapati kajian tentang empati sejarah di Malaysia masih
kurang dijalankan jika berbanding dengan luar negara (Siti Hawa, 2019). Oleh itu, kajian
ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan teknik didik hibur terhadap empati
sejarah dalam kalangan murid sekolah rendah.

Persoalan kajian ini dipaparkan seperti berikut:


i. Adakah terdapat perbezaan nilai empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra dan pos?
ii. Adakah terdapat perbezaan nilai empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan jantina bagi ujian pos?

2. Sorotan Literatur

2.1. Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

Setiap pengajaran dan pembelajaran adalah saling berkait rapat dengan rangsangan dan
tindak balas terhadap rangsangan tersebut. Noriyani (2017) telah menjelaskan bahawa
tindak balas positif terhadap sesuatu rangsangan akan memberi satu hasil yang baik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau menegaskan bahawa pembelajaran
akan lebih efektif dan akan lebih diingati jika diajar dalam suasana yang sesuai dengan
kehendak pelajar. Oleh itu, beliau menyatakan bahawa suatu pengajaran yang efektif
bermula dengan pengetahuan tentang apa yang hendak diajar atau disampaikan dan
disertai dengan rangsangan yang sesuai.

Teknologi maklumat dan multimedia dalam pendidikan abad ke-21 telah meluas
digunakan dalam kalangan pendidik kerana mampu memberi kesan dalam
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid masa kini mempunyai
pelbagai cara berinteraksi dalam persekitaran yang dicipta melalui teknologi digital
seperti permainan komputer, telefon bimbit dan dunia maya. Kajian-kajian penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi pada peringkat awal kanak-kanak menunjukkan
pendedahan kepada komputer multimedia boleh merangsang dan mendorong kanak-
kanak belajar dengan lebih baik, cepat dan berkesan (Siti Zaharah et al., 2018).

Pada era globalisasi ini, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah menjadi
semakin penting dalam kehidupan seharian kita. Penggunaan TMK telah memudahkan
kehidupan kita dengan menjadikan perkara yang susah menjadi senang. Perkembangan
TMK yang semakin pesat turut mengubah situasi di dunia pendidikan. Menurut Kaviza
(2020), perkembangan teknologi yang pesat dalam sistem pendidikan di Malaysia telah
menyebabkan berlaku perubahan dari aspek penggunaan pendekatan, strategi, kaedah,
teknik, alat, sumber dan bahan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan bagi
kurikulum sejarah yang telah menyarankan kepada penggunaan TMK. TMK bukan
sahaja dapat mengubah cara seseorang memperoleh ilmu dan menyesuaikan maklumat
malahan turut meningkatkan mutu para pendidik untuk mengajar (Riski, 2019).

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
4
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Kajian Kaviza et al. (2021) yang bertajuk “Kesan Pembelajaran Abad Ke-21 Melalui
Aplikasi Google Classroom Terhadap Pencapaian Penguasaan Pengetahuan Sejarah”
menunjukkan penggunaan Google Classroom sebagai medium pembelajaran abad ke-21
sangat berkesan terhadap pencapaian Sejarah dalam kalangan murid. Pencapaian murid
meningkat disebabkan pembelajaran berteraskan TMK dan berpusatkan murid ini telah
membentuk ruang pembelajaran yang aktif dalam talian. Selain itu, elemen-elemen
seperti kemahiran komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti yang
terkandung dalam pembelajaran abad ke-21 turut menarik minat dan memotivasikan
murid untuk belajar secara efektif dan seterusnya memberi kesan positif dalam
meningkatkan pencapaian mereka dalam Sejarah (Izwan et al., 2016; Noor Lela et al.,
2019; Institut Aminuddin Baki, 2017).

2.2. Didik Hibur dan Empati Sejarah di Malaysia

Di sekolah rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur bagi


merealisasikan hasrat transformasi kurikulum. Melalui pendekatan didik hibur,
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih interaktif dan lebih mudah dihayati
dan difahami oleh murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh
guru perlu mengambil kira latar belakang murid agar aktiviti yang dijalankan
bersesuaian dengan latar belakang mereka (Rosmadi & Hafizhah, 2020). Kajian Siti
Rahaimah dan Farah (2017) menunjukkan bahawa teknik didik hibur ini membolehkan
murid berinteraksi dan belajar nilai sosial di samping membantu perkembangan dari
segi fizikal, sosial dan emosi.

Didik hibur dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Nur Aliah
(2019) dalam kajiannya menunjukkan bahawa murid lebih suka belajar melalui
pendekatan didik hibur. Pendekatan ini dapat melibatkan murid secara menyeluruh
dalam proses pengajaran dan pembelajaran jika dibandingkan dengan kaedah
konvensional iaitu chalk and talk.

Menurut kajian Aswaniza dan Rosadah (2018) yang melibatkan guru-guru Sekolah
Dalam Hospital, ketakutan kanak-kanak Finland berumur antara empat hingga enam
tahun ketika menerima rawatan di hospital dapat ditangani dengan strategi yang
berunsurkan permainan dan main peranan. Ini menunjukkan pengajaran yang
berasaskan didik hibur dapat menarik perhatian murid untuk mengikuti pelajaran.
Kajian ini dapat disokong dengan kajian Azman et al. (2017) yang menyatakan minat
dan penglibatan murid akan meningkat sekiranya gamifikasi digunakan dalam
pembelajaran Sejarah. Dalam kajian ini kaedah permainan Global Zakat Game (GZG)
yang berasaskan pembelajaran abad ke-21 digunakan untuk meningkatkan kefahaman
murid terhadap konsep zakat. Melalui GZG, konsep didik hibur diterapkan melalui
soalan, denda, perintah dan pembelian tapak perniagaan untuk menimbulkan
persaingan bersih serta meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Secara tidak
langsung, suasana pembelajaran yang aktif dan interaktif dapat diwujudkan antara guru
dan murid.

Selain itu, kajian Norma et al. (2021) juga menunjukkan bahawa didik hibur dapat
membantu guru mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan. Dalam kajian yang
bertujuan mengenal pasti perbezaan sikap guru Pendidikan Islam dalam pengajaran
berpusatkan murid, dapatan menunjukkan kaedah bercerita dan aktiviti nyanyian sesuai
digunakan dalam kelas. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti ini dapat menjadikan
pembelajaran lebih menyeronokkan di samping memberi peluang kepada murid untuk

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
5
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang dan mengubah persepsi mereka terhadap
sesuatu mata pelajaran. Malahan aktiviti nyanyian juga dapat meringankan stres yang
dihadapi oleh murid akibat pembelajaran yang bosan di dalam kelas.

Kajian Nur Aliah (2019) tentang penggunaan kaedah didik hibur berasaskan nyanyian
dalam pembelajaran Matematik menunjukkan kaedah ini berkesan dalam membantu
murid mengingati sesuatu mata pelajaran. Guru yang ditemu bual dalam kajian ini
menyatakan prestasi murid meningkat setelah kaedah ini digunakan. Gabungan kaedah
pengajaran tradisional dan didik hibur dapat memberi kesan yang positif kerana murid
dapat menghayati fakta dan formula yang diresapi ke dalam jiwa mereka ketika proses
pembelajaran berlangsung. Dapatan kajian turut mendapati enam daripada sepuluh
orang murid mempunyai motivasi ekstrinsik dalam pembelajaran Matematik. Ini
bermakna kaedah nyanyian yang digunakan dalam kelas telah menjadi sokongan untuk
meningkatkan motivasi belajar mereka. Manakala tiga orang murid yang lain
mempunyai motivasi intrinsik di mana Matematik merupakan mata pelajaran
kegemaran mereka. Minat dan kesungguhan yang lahir secara semula jadi ditambah
dengan penggunaan didik hibur menjadikan mereka lebih bersemangat dalam
pembelajaran Matematik untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Walaupun
demikian, dapatan kajian ini juga memaparkan terdapat beberapa isu dan cabaran
penggunaan didik hibur dalam Matematik. Yang pertama, murid gagal
menghubungkaitkan formula dalam lagu dengan latihan yang diberi. Kedua, segelintir
guru mendapati kaedah didik hibur tidak sesuai kepada sesetengah murid disebabkan
mereka menganggap lagu formula sebagai hiburan semata-mata tanpa menerima ilmu
yang hendak disampaikan melalui nyanyian. Kesannya, mereka sukar menyiapkan
latihan dan memahami konsep dalam lagu. Ketiga, guru menghadapi cabaran
melaksanakan kaedah didik hibur di sekolah luar bandar kerana capaian Internet yang
terhad untuk mendapatkan sumber bahan mengajar. Keempat, para waris yang kurang
faham konsep didik hibur dan beranggapan guru hanya mengajar bernyanyi setiap kali
kelas Matematik.

Berdasarkan dapatan kajian Mohd Zahar dan Affero (2016), didapati bahawa purata
nilai min bagi penerapan didik hibur dalam kalangan murid adalah tinggi. Kajian ini
menunjukkan bahawa setiap murid mengharapkan guru dapat mempelbagaikan kaedah
pengajaran sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah didik hibur amat
berkesan memberi motivasi belajar kepada murid-murid sekolah rendah. Kesan
motivasi belajar tersebut merupakan pengalaman bermakna yang akan menjadikan
murid tersebut meminati sesuatu mata pelajaran. Dapatan kajian mereka turut
mendapati bahawa penampilan guru memainkan faktor yang penting dalam
meningkatkan motivasi murid. Penerangan yang jelas, ganjaran, menetapkan matlamat,
mengambil berat kepada murid serta dapat melibatkan murid semaksimum yang boleh
menjadi kunci dalam merangsang tahap motivasi ekstrinsik murid dan seterusnya
mampu menanamkan motivasi intrinsik dalam diri murid-murid sehingga dewasa.
Penerapan didik hibur terhadap motivasi belajar murid sekolah rendah menjadikan
guru-guru lebih kreatif dan inovatif dalam menarik minat murid dan menimbulkan
tahap motivasi belajar yang tinggi kepada muridnya.

Ros Anita dan Abdul Halim (2021) telah menjalankan kajian kepustakaan untuk melihat
keberkesanan elemen sastera Melayu terhadap perkembangan kognitif murid dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah rendah. Dapatan kajian menunjukkan
pengajaran melalui didik hibur yang meliputi aktiviti seperti nyanyian, lakonan,
berpantun dan sebagainya membolehkan murid memahami fakta Sejarah yang

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
6
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

dipelajari dengan berkesan kerana dapat mengingati fakta tersebut untuk jangka masa
yang panjang. Namun demikian, tiga faktor utama yang menentukan keberkesanan
penggunaan elemen sastera dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah
hendaklah diambil kira iaitu guru, pendekatan yang digunakan dalam kelas dan elemen
sastera yang dipilih. Dalam konteks ini, guru perlulah berpengetahuan dan
berkemahiran untuk mengajar Sejarah berasaskan elemen sastera di kelas. Selain itu,
elemen sastera yang digunakan perlu mencabar pemikiran murid supaya mereka dapat
berfikir secara kritis dan analitis. Hal ini penting kerana guru dapat mengeksploitasi isu
dan persoalan yang timbul dalam bahan sastera tersebut dan kemudiannya dapat
mengajar murid ke arah pemikiran yang lebih kritis dan mampu menyelesaikan masalah
dengan cara yang berkesan dalam kehidupan mereka.

Khairunnajwa (2017) telah menjalankan kajian tinjauan ke atas 400 orang pelajar
Tingkatan 5 yang melibatkan empat buah sekolah di sekitar Batu Pahat, Johor. Kajiannya
yang bertajuk “Amalan Nilai Empati Sejarah Sekolah Menengah” merupakan kajian
tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Dapatan kajiannya menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan pengajaran dan pembelajaran guru di
dalam kelas dengan amalan nilai empati sejarah berdasarkan jantina pelajar tetapi tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan pengajaran dan pembelajaran guru di
dalam kelas berdasarkan etnik pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang
signifikan antara amalan nilai empati sejarah berdasarkan etnik pelajar. Dapatan kajian
ini membuktikan bahawa guru memainkan peranan penting dalam pembentukan
empati sejarah pelajar di dalam kelas.

Kajian kuasi eksperimen Shakila (2020) yang bertajuk “Keberkesanan Modul KPSA-21
Terhadap Pengetahuan dan Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Serta Empati
Sejarah” membuktikan keberkesanan Modul Kemahiran Pengajaran Sejarah Abad ke-21
(KPSA-21). Kajian ini mendapati pendekatan pedagogi pengajaran yang berbentuk
kreativiti dan inovatif, pemikiran kritis, penggunaan TMK serta kepelbagaian
pendekatan berteraskan futuristik dapat meningkatkan kemahiran dan penghayatan
murid dalam menguasai mata pelajaran Sejarah. Kajian turut menunjukkan pengetahuan
dan amalan KBAT penyumbang kepada empati sejarah.

Ringkasannya, kaedah didik hibur dapat meningkatkan tahap pencapaian murid jika
dirancang dengan baik oleh guru. Minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran juga
akan meningkat kerana kaedah didik hibur membolehkan mereka belajar sesuatu
dengan berseronok dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang. Oleh itu, kaedah
ini dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah untuk meningkatkan
penghayatan empati sejarah dalam kalangan murid sekolah rendah.

3. Metod Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimental. Reka


bentuk ini dipilih kerana pengagihan rawak tidak dapat dilakukan. Reka bentuk kajian
ini dibahagikan kepada dua kumpulan sampel kajian iaitu kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menggunakan kelas
murid tahun empat di sekolah rendah penyelidik mengajar. Reka bentuk ini dipilih
kerana kajian ini menggunakan kelas yang sedia ada di sekolah. Reka bentuk kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan akan diberikan Ujian Pra dan Ujian Pos seperti yang
digambarkan melalui Jadual 1.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
7
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Jadual 1: Reka Bentuk Kumpulan Kawalan Tidak Setara Menggunakan Ujian Pra dan
Ujian Pos

Ujian Pra Kaedah Ujian Pos


Kumpulan Rawatan A1 X1 A2
Kumpulan Kawalan A3 X2 A4

Jadual 1 menunjukkan reka bentuk bagi dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
A1 dan A3 ialah Ujian Pra yang dijalankan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan. Ujian Pra dijalankan untuk memastikan kesamaan atau homogen antara
kedua-dua kumpulan dan pengawalan secara sistematik. X1 dan X2 merupakan kaedah
pembelajaran yang diberikan oleh penyelidik kepada kedua-dua kumpulan ini. Bagi X1
kaedah pembelajaran yang digunakan ialah didik hibur kepada kumpulan rawatan
manakala X2 ialah kaedah pembelajaran lazim kepada kumpulan kawalan. Kedua-dua
kumpulan dalam kajian menerima bahan pengajaran yang sama seperti rujukan buku
teks Tahun Empat. Jumlah tempoh masa kajian diselaraskan sama iaitu selama 10
minggu. Akhir sekali, A2 dan A4 iaitu Ujian Pos akan diberikan kepada kedua-dua
kumpulan. Ujian Pos dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan pengajaran
menggunakan kaedah didik hibur dan pengajaran secara lazim kepada sampel kajian.

Sampel kajian melibatkan sebuah kelas tahun empat yang dibahagikan kepada
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Pemilihan sampel kajian adalah mengikut
kelas yang telah ditentukan oleh pentadbir sekolah. Kesemua murid dalam kelas akan
dijadikan sampel kajian.

Jumlah sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini seramai 18 orang. Disebabkan
sampel kajian yang dipilih mempunyai ciri kesamaan atau homogenus dari segi populasi,
maka saiz sampel yang kecil adalah mencukupi (Chua, 2011). Kumpulan kawalan
seramai sembilan orang dan kumpulan rawatan juga seramai sembilan orang. Kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan masing-masing diwaliki empat orang murid lelaki dan
lima orang murid perempuan. Kumpulan kawalan dan rawatan diperincikan seperti
Jadual 2.

Jadual 2: Bilangan Sampel Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan

Kumpulan Jantina Jumlah


Lelaki Perempuan
Kumpulan 4 5 9
Kawalan
Kumpulan 4 5 9
Rawatan

Pengajaran bagi kedua-dua kelas rawatan menggunakan kaedah didik hibur dengan 20
kali perjumpaan selama 10 minggu. Setiap kali perjumpaan selama sejam. Pengajaran
menggunakan kaedah didik hibur bermula pada akhir bulan Jun hingga akhir bulan
September.

Pembinaan instrumen kajian ini mengandungi satu bahagian iaitu pembinaan instrumen
soal selidik. Instrumen soal selidik dibina untuk mengenal pasti nilai empati sejarah
iaitu empati tokoh dan peristiwa. Kajian ini mengandungi dua bahagian iatu Bahagian A:
Demografi dan Bahagian B: Empati Sejarah. Pembinaan instrumen soal selidik
diperincikan seperti Jadual 3.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
8
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Jadual 3: Jadual Instrumen

Bil. Bahagian Konstruk Item Jumlah Sumber


1. A Demografi A1-A2 2 Profil Kendiri
Responden
2. B Empati Peristiwa Sejarah B1.1- 8
B1.8
Shakila (2020)
3. Empati Tokoh Sejarah B2.1- 7
B2.7

Pembinaan instrumen soal selidik terbahagi kepada empati sejarah yang merangkumi
empati tokoh dan peristiwa. Pembinaan instrumen soal selidik empati sejarah adalah
berdasarkan kerangka dari kajian Shakila (2020). Skala lima likert yang digunakan
dalam bahagian soal selidik ialah 1. Sangat tidak menjiwai, 2. Tidak menjiwai, 3. Hampir
menjiwai, 4. Menjiwai dan 5. Sangat menjiwai. Keseluruhannya merujuk kepada
penghayatan nilai-nilai Sejarah dalam kalangan murid.

Untuk memerihalkan data kuantitatif kedua-dua statistik iaitu analisis deskriptif dan
inferensi digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menggunakan Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Analisis deskriptif melibatkan statistik
peratusan, nilai skor min dan sisihan piawai bagi menjawab soalan-soalan kajian.
Analisis inferensi pula melibatkan Ujian-t tidak bersandar dan ANOVA sehala untuk
menguji hipotesis-hipotesis kajian. Jadual 4 menunjukkan analisis dapatan kajian.

Jadual 4: Analisis Data Kajian

Soalan Kajian Hipotesis Null Anaisis Data


Adakah terdapat perbezaan nilai Ho1: Tidak terdapat perbezaan Inferensi
empati sejarah dalam kumpulan yang signifikan nilai empati (Ujian t tidak
kawalan dan kumpulan rawatan sejarah dalam kumpulan kawalan bersandar)
berdasarkan ujian pra dan pos? dan kumpulan rawatan
berdasarkan ujian pra.
Adakah terdapat perbezaan nilai Ho2: Tidak terdapat perbezaan Inferensi
empati sejarah dalam kalangan yang signifikan nilai empati (Ujian t tidak
murid kumpulan kawalan dan sejarah dalam kumpulan kawalan bersandar)
kumpulan rawatan berdasarkan dan kumpulan rawatan
jantina bagi ujian pos? berdasarkan ujian pos.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan Inferensi
yang signifikan nilai empati (ANOVA Sehala)
sejarah dalam kalangan murid
kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan berdasarkan
jantina bagi ujian pos.

Statistik deskriptif digunakan untuk melihat dan menghuraikan secara menyeluruh


tentang responden. Peratus, skor min dan sisihan piawai akan dilihat dalam analisis
deskriptif ini. Soalan-soalan berdasarkan soalan soal selidik lima skala Likert ditentukan
dengan jadual interpretasi skor min di bawah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
9
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Jadual 5: Skala Skor Min

Julat Interpretasi skor min


1.00-1.99 Lemah
2.00-2.99 Rendah
3.00-3.99 Sederhana
4.00-5.00 Tinggi
Sumber: Jamil (2002)

Analisis inferensi dalam kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti amalan empati sejarah
yang merangkumi empati tokoh dan empati peristiwa dengan menggunakan kaedah
didik hibur dan kaedah lazim. Di samping itu, analisis ini juga digunakan bagi mengenal
pasti konstruk-konstruk tersebut berdasarkan jantina dalam kumpulan rawatan bagi
ujian pos dan juga sumbangan antara pemboleh ubah kajian dalam kumpulan rawatan
bagi ujian pos.

Ujian-t tidak bersandar digunakan untuk membandingkan min bagi dua kumpulan
dalam pemboleh ubah yang dikaji. Dalam kajian ini, analisis ujian-t tidak bersandar
digunakan untuk membandingkan tahap pencapaian dan empati sejarah murid yang
diajar dengan kaedah pengajaran lazim dan murid yang menggunakan kaedah
pengajaran didik hibur. Manakala analisis ANOVA sehala digunakan untuk mengukur
perbezaan tahap pencapaian dan empati Sejarah murid dalam kumpulan kawalan dan
rawatan dari segi jantina.

Sebelum menjalankan kajian, penyelidik telah mendapatkan surat kebenaran


menjalankan kajian daripada Fakulti Pendidikan untuk ditunjukkan kepada pentadbir
sekolah. Disebabkan kajian dijalankan di sekolah penyelidik bertugas, maka penyelidik
terus berjumpa dengan pentadbir sekolah untuk mendapatkan persetujuan daripada
pihak sekolah bagi menjalankan kajian. Murid-murid kelas tahun empat yang dipilih
sebagai sampel kajian turut dimaklumkan bahawa mereka akan terlibat dalam kajian
yang akan dijalankan agar mereka dapat menghadiri kelas dalam talian pada waktu yang
ditetapkan. Murid-murid tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan akan diajar
menggunakan kaedah pengajaran lazim yang berpusatkan guru manakala kumpulan
rawatan pula diajar menggunakan kaedah didih hibur.

Seterusnya, kajian sebenar mula dijalankan di sekolah yang dipilih selama 10 minggu
bermula pada akhir bulan Jun hingga ke akhir bulan September 2021. Pada permulaan
kelas, kedua-dua kumpulan murid dikehendaki menjawab soal selidik kajian (ujian pra).
Selepas itu, kelas yang melibatkan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan akan
berlangsung selama 10 minggu berturut-turut dalam talian. Masa yang ditetapkan bagi
setiap sesi perjumpaan selama sejam bagi setiap minggu. Kandungan pengajaran yang
disampaikan kepada murid sama dan yang berbeza hanyalah kaedah pengajaran.
Sepanjang sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) penyelidik akan memastikan
aktiviti di dalam kelas berjalan dengan lancar. Setelah tamat tempoh kajian, sampel
kajian akan menjawab soal selidik (ujian pos) yang dikendalikan oleh penyelidik sekali
lagi. Pelaksanaan kajian secara ringkasnya melibatkan ujian pra, diikuti dengan rawatan
dan ujian pos.

Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
kajian sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian rintis ini dijalankan pada awal bulan
Jun 2021 di sebuah sekolah rendah harian Kementerian Pendidikan Malaysia yang

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
10
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

terletak di Alor Setar, Kedah. Sebanyak 10 orang murid Tahun Empat yang dipilih secara
rawak dari sekolah lain terlibat dalam kajian rintis ini. Mereka telah menjawab borang
soal selidik yang diberikan oleh penyelidik. Indeks kebolehpercayaan empati sejarah
ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 6: Indeks Kebolehpercayaan Empati Sejarah

Konstruk Item Kolerasi item Nilai Cronbach Nilai Cronbach


dengan jumlah Alpha jika item Alpha
skor yang digugurkan
diperbetulkan
Empati B.1.1 0.885 0.880 0.905
Berasaskan B.1.2 0.691 0.896
Peristiwa B.1.3 0.697 0.894
B.1.4 0.749 0.889
B.1.5 0.816 0.882
B.1.6 0.745 0.888
B.1.7 0.516 0.911
B.1.8 0.738 0.898
Empati B.2.1 0.878 0.933 0.945
Berasaskan B.2.2 0.878 0.933
Tokoh B.2.3 0.667 0.957
B.2.4 0.855 0.934
B.2.5 0.878 0.933
B.2.6 0.878 0.933
B.2.7 0.855 0.934

Jadual 6 menunjukkan nilai Cronbach Alpha bagi kesemua item dalam konstruk empati
berasaskan peristiwa ialah 0.905. Nilai kolerasi item dengan jumlah skor yang
diperbetulkan antara 0.516 hingga 0.885 manakala nilai Cronbach Alpha jika item
digugurkan antara 0.880 hingga 0.911. Dari aspek empati berasaskan tokoh pula nilai
Cronbach Alphanya menunjukkan 0.945. Nilai kolerasi item dengan jumlah skor yang
diperbetulkan antara 0.667 hingga 0.878 manakala nilai Cronbach Alpha jika item
digugurkan berada antara 0.933 hingga 0.957. Menurut Chua (2014), nilai Cronbach
Alpha antara 0.65 hingga 0.95 dianggap memuaskan. Justeru, berdasarkan analisis
jadual di atas, 15 item yang berkaitan empati sejarah menunjukkan indeks
kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima sebagai item dalam kajian sebenar.

4. Hasil Kajian

Persoalan Kajian 1: Adakah terdapat perbezaan empati sejarah dalam kumpulan


kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra dan pos?

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra.

Berdasarkan Jadual 7, dapatan analisis menunjukkan min kumpulan kawalan ialah


M=24.0000, SP=5.47723 manakala min bagi kumpulan rawatan pula ialah M=23.8889,
SP=5.41859. Analisis data menunjukkan bahawa empati sejarah bagi kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan hampir sama.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
11
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Jadual 7: Analisis Skor Min dan Sisihan Piawai

Kumpulan N Min Sisihan Sisihan Piawai Min


Piawai
Ujian Kawalan 9 24.0000 5.47723 1.82574
Pra
Rawatan 9 23.8889 5.41859 1.80620

Berdasarkan Jadual 8, dapatan ujian Levene menunjukkan F=0.095, Sig.=0.762 iaitu


p>0.05. Oleh itu, varians diandaikan sama bagi kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan. Nilai p (Sig.(2-tailed)) pada baris pertama dirujuk iaitu p=0.966. Keputusan
kajian adalah tidak signifikan (t=0.043, df=16, p>0.05). Oleh kerana nilai p yang dikaji
0.966>0.05, maka hipotesis nol pertama (Ho1) adalah gagal ditolak iaitu tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra.

Jadual 8: Analisis Ujian-T

Levene's Test
for Equality
of Variances t-test for Equality of Means
Mean
Differenc Std. Error
F Sig. t df Sig. (2-tailed)e Difference
Equal variances assumed .095 .762 .043 16 .966 .11111 2.56821
Equal variances not .043 15.998 .966 .11111 .2.56821
assumed

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pos.

Berdasarkan Jadual 9, dapatan analisis menunjukkan min kumpulan kawalan ialah


m=2.4741, sp=0.44152 manakala min bagi kumpulan rawatan pula ialah m=3.5185,
sp=0.67969. Analisis data menunjukkan bahawa empati sejarah bagi kumpulan rawatan
adalah tinggi daripada empati sejarah bagi kumpulan kawalan.

Jadual 9: Analisis Skor Min dan Sisihan Piawai

Kumpulan N Min Sisihan Piawai Sisihan Piawai Min


Ujian Pos Kawalan 9 2.4741 0.44152 0.14717
Rawatan 9 3.5185 0.67969 0.22656

Berdasarkan Jadual 10, dapatan ujian Levene menunjukkan F=1.208, Sig.=0.288 iaitu
p>0.05. Justeru itu, varians diandaikan sama bagi kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan. Maka nilai p (Sig.(2-tailed)) pada baris pertama dirujuk iaitu p=0.001 (p<0.05).
Oleh kerana nilai p 0.001<0.05, maka hipotesis nol kedua (Ho2) adalah ditolak iaitu
terdapat perbezaan yang signifikan antara empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan berdasarkan ujian pos.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
12
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Jadual 10: Analisis Ujian-T

Levene's Test for


Equality of
Variances t-test for Equality of Means
Mean Std. Error
F Sig. t df Sig. (2-tailed)Difference Difference
Equal variances 1.208 .288 -3.866 16 .001 -1.04444 .27017
assumed
Equal variances -3.866 13.731 .002 -1.04444 .27017
not assumed

Jadual 11 menunjukkan murid dari kumpulan kawalan (min=1.62 dan sisihan piawai
=0.52) mempunyai min yang hampir sama dengan kumpulan rawatan (min=1.64 dan
sisihan piawai=0.50) bagi ujian pos.

Jadual 11: Analisis Dapatan Skor Min dan Sisihan Piawai

Bil Item Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan


Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos
Min SP Min SP Min SP Min SP
1 Saya dapat merasai 1.67 0.50 2.56 0.53 1.67 0.50 3.56 1.13
perkembangan kegiatan
sosial dan ekonomi
manusia zaman prasejarah
bagi menghadapi
perubahan persekitaran.
2 Saya dapat menghayati 1.67 0.50 2.44 0.53 1.67 0.50 4.00 1.00
artifak yang digunakan
untuk membuktikan
kewujudan zaman
prasejarah di negara kita.
3 Saya dapat mendalami dan 1.56 0.53 2.44 0.89 1.56 0.53 3.67 1.32
memahami kegemilangan
Kerajaan Melayu Awal.
4 Saya dapat menyelami 1.67 0.50 2.56 0.53 1.67 0.50 2.89 1.36
sikap positif manusia
zaman prasejarah yang
perlu dicontohi.
5 Saya dapat merasai 1.56 0.53 2.56 0.73 1.56 0.53 3.56 1.01
sumbangan teknologi
zaman prasejarah kepada
kamajuan inovasi pada
masa kini.
6 Saya dapat merasai 1.56 0.53 2.44 0.53 1.67 0.50 3.44 1.33
kesetiaan rakyat Melaka
terhadap institusi
pemerintahan.
7 Saya dapat menjiwai betapa 1.67 0.50 2.56 0.73 1.78 0.44 3.56 1.33
pentingnya peninggalan
sejarah seperti monumen
dalam membuktikan
pengaruh Hindu-Buddha di
Alam Melayu.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
13
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

8 Saya dapat menghayati 1.56 0.53 2.33 0.71 1.56 0.53 3.56 1.24
sumbangan zaman
prasejarah terhadap
peradaban negara.
Min Keseluruhan 1.62 0.52 2.49 0.65 1.64 0.50 3.53 1.22

Interpretasi skor min ini menunjukkan kedua-dua kumpulan ini berada di tahap yang
lemah dalam empati Sejarah berasaskan aspek peristiwa. Bagi ujian pra pula, didapati
murid kumpulan kawalan (min=2.49 dan sisihan piawai =0.65) mempunyai skor min
yang lebih rendah berbanding murid kumpulan rawatan (min=3.53 dan sisihan
piawai=1.22). Hal ini menunjukkan empati sejarah berasaskan aspek peristiwa bagi
kumpulan kawalan berada pada tahap rendah sebaliknya empati Sejarah berasaskan
aspek peristiwa bagi kumpulan rawatan berada pada tahap sederhana. Item yang
mempunyai min yang paling tinggi ialah item “Saya dapat menghayati artifak yang
digunakan untuk membuktikan kewujudan zaman prasejarah di negara kita”. Manakala
item yang paling rendah minnya ialah “Saya dapat menghayati sumbangan zaman
prasejarah terhadap peradaban negara”.

Jadual 12 menunjukkan murid dari kumpulan kawalan (min=1.59 dan sisihan piawai
=0.52) mempunyai min yang hampir sama dengan kumpulan rawatan (min=1.54 dan
sisihan piawai=0.53) bagi ujian pra. Interpretasi skor min ini menunjukkan kedua-dua
kumpulan ini berada di tahap yang lemah dalam empati Sejarah berasaskan aspek
tokoh. Bagi ujian pos pula, didapati murid kumpulan kawalan kawalan (min=2.46 dan
sisihan piawai =0.75) mempunyai min yang lebih rendah berbanding murid kumpulan
rawatan (min=3.51 dan sisihan piawai=1.24). Hal ini menunjukkan empati sejarah
berasaskan apek tokoh bagi kumpulan kawalan berada pada tahap rendah. Manakala
empati sejarah berasaskan aspek tokoh bagi kumpulan rawatan berada pada tahap yang
sederhana. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah item “Saya dapat
menyelami sikap toleransi dan kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah yang
mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan dalam negeri serta menjaga
kebajikan rakyat”. Manakala item yang paling rendah minnya ialah “Saya dapat menjiwai
semangat yang dimiliki oleh Sultan Mansur Shah dalam usaha menjadikan Melaka
sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat pendidikan”.

Jadual 12: Analisis Dapatan Skor Min dan Sisihan Piawai

Bil Item Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan


Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos
Min SP Min SP Min SP Min SP
1 Saya dapat menjiwai sifat 1.67 0.50 2.44 0.89 1.56 0.53 3.56 1.59
kesetiaan Bendahara Tun
Perak terhadap
pemerintah.
2 Saya dapat merasai 1.67 0.5 2.67 0.50 1.56 0.53 3.22 1.09
kehebatan Bendahara Tun
Perak selaku penasihat
sultan dalam urusan
pentadbiran dan ketua
pembesar dalam
pentadbiran negeri.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
14
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

3 Saya dapat merasai 1.56 0.53 2.33 0.87 1.56 0.53 3.67 1.22
kejayaan kepimpinan
Parameswara yang
memajukan Melaka sebagai
pusat perdagangan
terkenal.
4 Saya dapat menjiwai 1.56 0.53 2.44 0.53 1.56 0.53 3.33 1.22
kebijaksanaan Bendahara
Tun Perak dalam
mempertahankan
Kesultanan Melayu Melaka
daripada ancaman luar.
5 Saya dapat menyelami 1.56 0.53 2.56 0.89 1.56 0.53 4.0 1.12
sikap toleransi dan
kepimpinan Sultan
Alauddin Riayat Shah yang
mengambil berat tentang
keamanan dan keselamatan
dalam negeri serta menjaga
kebajikan rakyat.
6 Saya dapat merasai 1.56 0.53 2.56 0.89 1.56 0.53 3.0
keberanian Laksamana 1.12
Hang Tuah untuk
memastikan keselamatan
perairan Melaka dan
menjadi utusan Kesultanan
Melayu Melaka.
7 Saya dapat menjiwai 1.56 0.53 2.22 0.67 1.44 0.53 3.78
semangat yang dimiliki oleh 1.30
Sultan Mansur Shah dalam
usaha menjadikan Melaka
sebagai pusat penyebaran
agama Islam dan pusat
pendidikan.
Min Keseluruhan 1.59 0.52 2.46 0.75 1.54 0.53 3.51 1.24

Persoalan Kajian 2: Adakah terdapat perbezaan empati sejarah dalam kalangan murid
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina?

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kalangan murid
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina.

Berdasarkan Jadual 13, analisis ujian-t tidak bersandar menunjukkan F=0.051,


Sig.=0.825 iaitu p>0.05. Justeru itu, varians diandaikan sama bagi jantina lelaki dan
perempuan. Maka nilai p (Sig.(2-tailed)) pada baris pertama dirujuk iaitu p=0.066
(p>0.05). Oleh kerana nilai p yang dikaji 0.066>0.05, maka hipotesis nol ketiga (Ho3)
adalah gagal ditolak iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam
kalangan murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan
jantina.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
15
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Jadual 13: Analisis Ujian-T

Levene's Test for


Equality of
Variances t-test for Equality of Means
Sig. (2- Mean Std. Error
F Sig. t df tailed) Difference Difference
Equal .051 .825 -1.971 16 .066 -.66833 .33914
variances
assumed
Equal -1.962 14.885 .069 -.66833 .34059
variances not
assumed

Berdasarkan Jadual 14, dapatan analisis menunjukkan skor min ujian pos bagi murid
lelaki dan perempuan daalm kumpulan kawalan berada pada tahap yang rendah.
Manakala bagi kumpulan rawatan pula kesemua murid lelaki dan perempuan berada
pada tahap yang sederhana. Min empati sejarah berasaskan peristiwa bagi kumpulan
kawalan jantina lelaki ialah m=2.1875, sp=0.21651 manakala bagi perempuan ialah
m=2.7250, sp=0.27099. Dari segi aspek tokoh pula, min murid lelaki menunjukkan
2.0000, sp=0.50843 manakala min murid perempuan menunjukkan m=2.8286,
sp=0.38333. Bagi kumpulan rawatan, min murid lelaki ialah m=3.2550, sp= 0.77055
manakala min bagi perempuan ialah m=3.7500, sp=0.45928 dalam empati Sejarah
berasaskan peristiwa. Manakala bagi empati berasaskan tokoh pula, min bagi murid
lelaki ialah m=3.0357, sp= 0.58757 manakala min bagi perempuan ialah m=3.8857,
sp=0.77854. Analisis data menunjukkan bahawa empati Sejarah berasaskan peristiwa
dan tokoh bagi murid perempuan adalah lebih tinggi daripada empati Sejarah bagi
murid lelaki sama ada dalam kumpulan kawalan atau rawatan.

Jadual 14: Analisis Skor Min dan Sisihan Piawai Empati Sejarah Ujian Pos bagi
Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan Berdasarkan Jantina

Kumpulan Empati Jantina N Min Sisihan Sisihan Interpretasi


Sejarah Piawai Piawai
Min
Peristiwa Lelaki 4 2.1875 0.21651 0.10825 Rendah
Kumpulan Perempuan 5 2.7250 0.27099 0.12119 Rendah
Kawalan Tokoh Lelaki 4 2.0000 0.50843 0.25422 Rendah
Perempuan 5 2.8286 0.38333 0.17143 Rendah

Peristiwa Lelaki 4 3.2500 0.77055 0.38528 Sederhana


Kumpulan Perempuan 5 3.7500 0.45928 0.20540 Sederhana
Rawatan Tokoh Lelaki 4 3.0357 0.58757 0.29374 Sederhana
Perempuan 5 3.8857 0.77854 0.34817 Sederhana

5. Perbincangan Kajian

Dapatan kajian berdasarkan analisis ujian t tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat
perbezaan nilai empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
berdasarkan ujian pra. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Shakila (2020)
yang berkaitan pengetahuan dan amalan KBAT dan nilai empati sejarah dalam kalangan
murid sekolah menengah. Dapatan kajian ini disebabkan murid-murid dari kedua-dua
kumpulan tersebut mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang sama tentang empati

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
16
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

sejarah dan dikategorikan sebagai homogenous. Homogenous penting untuk menentukan


sama ada kuasi eksperimen ini dapat diteruskan. Menurut Cohen et al. (2017), kajian
kuasi eksperimen terpaksa dihentikan jika murid tidak mempunyai homogenous dalam
ujian pra dan pos. Perkara ini penting untuk memastikan murid yang dijadikan sampel
kajian tiada perbezaan dari segi tahap dan mengelakkan berlakunya bias dalam
eksperimen.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pos. Dapatan analisis
menunjukkan min kumpulan kawalan ialah m=2.4741, sp=0.44152 manakala min bagi
kumpulan rawatan pula ialah m=3.5185, sp=0.67969. Dapatan ini menunjukkan bahawa
empati Sejarah bagi kumpulan rawatan adalah tinggi daripada empati sejarah bagi
kumpulan kawalan.

Hal ini membuktikan bahawa kaedah didik hibur yang menerapkan literasi teknologi
maklumat dan komunikasi dan kemahiran inisiatif terarah kendiri dalam kajian ini
dapat diterima baik oleh murid kumpulan rawatan dan seterusnya meningkatkan nilai
empati sejarah dalam diri mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid
dalam kumpulan rawatan menerima baik kaedah didik hibur dalam pembelajaran
Sejarah. Minat dan empati sejarah murid dapat ditingkatkan melalui kaedah didik hibur
kerana mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang oleh guru dan bukan
sebagai pendengar sahaja ketika kelas berlangsung. Dapatan ini boleh disokong dengan
kajian Ros Anita dan Abdul Halim (2021) yang menyatakan kaedah didik hibur dapat
melahirkan murid yang memahami fakta Sejarah yang diajar oleh guru dengan berkesan
dan dapat mengingati fakta tersebut untuk jangka masa yang panjang. Pendekatan yang
sesuai dengan latar belakang murid dan minat yang dipupuk sejak kecil merupakan
elemen penting untuk seseorang murid menghayati sejarah dan memperteguh persepsi
mereka terhadap Sejarah (Siti Nor Azhani et al. 2019; Shakila, 2020). Oleh itu, kaedah
didik hibur dikatakan berkesan dalam meningkatkan empati sejarah dalam kalangan
murid sekolah rendah.

Dapatan kajian turut mendapati empati sejarah bagi aspek peristiwa adalah lebih tinggi
daripada aspek tokoh sama ada dalam kumpulan kawalan atau kumpulan rawatan. Min
keseluruhan kumpulan kawalan bagi aspek peristiwa telah meningkat daripada 1.62
kepada 2.49 manakala bagi kumpulan rawatan pula minnya telah meningkat daripada
1.64 kepada 3.53. Bagi aspek tokoh pula, min keseluruhan kumpulan kawalan
meningkat daripada 1.59 kepada 2.46 manakala bagi kumpulan rawatan min
keseluruhannya berubah daripada 1.54 kepada 3.51.

Namun, dapatan kajian di atas berbeza dengan dapatan kajian Khairunnajwa (2017)
yang menyatakan bahawa murid lebih menghayati tokoh tempatan daripada peristiwa
bersejarah. Min keseluruhan bagi konstruk menghayati tokoh tempatan sebanyak 4.61
(s.p=1.358) manakala konstruk menghayati peristiwa bersejarah sebanyak 3.90
(s.p=1.133). Ini menunjukkan murid lebih menghayati tokoh tempatan daripada
peristiwa bersejarah. Beliau berpendapat perbezaan ini wujud disebabkan masih
terdapat sesetengah murid yang menganggap mata pelajaran Sejarah sebagai subjek
hafalan dan sekadar lulus peperiksaan sahaja. Selain itu, empati sejarah tidak dapat
dirasai dengan baik oleh murid telah dikaitkan dengan kekurangan penggunaan sumber
digital oleh guru Sejarah di dalam kelas.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
17
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Melalui ujian ANOVA sehala yang dijalankan, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan tentang nilai empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina. Murid perempuan dari
kumpulan kawalan dan rawatan mempunyai nilai empati sejarah yang lebih tinggi
berbanding dengan murid lelaki dari kumpulan kawalan dan rawatan. Dapatan kajian ini
selari dengan dapatan kajian Khairunnajwa (2017) dan Shakila (2020) iaitu murid
perempuan lebih merasai empati sejarah berbanding dengan murid lelaki. Dapatan
kajian ini dapat disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Hanita dan Norzaini (2018)
yang menunjukkan pencapaian akademik murid perempuan lebih tinggi berbanding
murid lelaki. Hal ini disebabkan murid perempuan mempunyai persepsi yang tinggi
terhadap keterlibatan dan sokongan pembelajaran berbanding murid lelaki.

Kajian ini dijalankan dalam talian. Murid yang terlibat menggunakan telefon pintar atau
komputer riba untuk mengikuti kelas. Mereka perlu mempunyai kemahiran asas TMK
dalam pengendalian aplikasi Google Meet yang dijadikan medium utama untuk kelas
Sejarah. Mereka juga perlu mempunyai talian Internet yang stabil di rumah agar tidak
mengganggu pembelajaran atas talian. Namun, kebanyakan murid lelaki ini tidak
mempunyai kemahiran asas TMK untuk mengatasi masalah dalam talian yang berlaku
sewaktu kelas berlangsung. Talian mereka juga sering terputus disebabkan Internet
yang tidak stabil. Oleh itu, mereka tidak dapat mengikuti kelas dalam talian dengan
sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengambil bahagian dalam
aktiviti yang dijalankan. Tambahan pula, kebanyakan murid lelaki ini kurang aktif dalam
aktiviti pembelajaran dalam kelas. Mereka hanya memberi respons apabila disoal oleh
guru. Jika mereka kurang faham tentang topik yang diajar, mereka hanya mendiamkan
diri. Mereka juga tidak mengulang kaji topik yang diajar selepas kelas. Faktor-faktor
seperti talian Internet yang tidak stabil, kekurangan kemahiran asas TMK dan gaya
pembelajaran mereka sendiri yang menyebabkan tahap nilai empati sejarah mereka
lebih rendah daripada murid perempuan.

Bagi murid perempuan pula, mereka akan bertanya kepada guru jika menghadapi
sebarang masalah dalam pengendalian telefon pintar atau komputer riba sebelum kelas
bermula. Mereka juga terlibat aktif dalam aktiviti yang dirancang oleh guru. Ada juga
antara mereka yang membuat nota sendiri sewaktu kelas dan terus bertanya soalan
kepada guru jika tidak memahami topik yang diajar. Mereka juga mencari maklumat
tambahan berkaitan topik yang diminati. Maka, penghayatan empati sejarah dalam
kalangan murid perempuan lebih tinggi daripada murid lelaki.

Melalui kajian ini, didapati kaedah didik hibur merupakan salah satu cara yang dapat
meningkatkan empati sejarah dalam kalangan murid. Implikasi kajian ini dapat
membantu guru Sejarah bagi menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih kreatif
dan inovatif selari dengan perkembangan kontemporari pengajaran Sejarah. Kaedah
didik hibur ini dapat merangsang minat dan menarik tumpuan murid untuk
mempelajari Sejarah dengan lebih berkesan dan seronok.

Dalam kajian kuasi eksperimen ini, analisis yang digunakan berbentuk kuantitatif iaitu
deskriptif dan inferensi. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai
keberkesanan teknik didik hibur dalam penerapan empati sejarah, dicadangkan kajian
lanjutan yang menggunakan kaedah temu bual digunakan untuk memperkayakan data
kajian kuasi eksperimen.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
18
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Selain itu, kajian ini boleh diperluaskan ke dalam bentuk kajian tinjauan kerana dapat
melibatkan sampel kajian yang lebih banyak. Dalam kajian tinjauan, penyelidik boleh
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi dan meningkatkan empati sejarah
dalam kalangan murid. Murid-murid dari seluruh negara boleh terlibat dalam kajian
tinjauan agar maklumat dan data yang dikutip dapat mewakili setiap populasi di negara
kita. Di samping itu, kajian tinjauan yang dijalankan juga boleh melibatkan guru Sejarah
dari seluruh negara supaya dapat mengumpulkan cadangan tentang kaedah atau
pendekatan pengajaran yang sesuai untuk murid-murid di sekolah rendah bagi
meningkatkan tahap empati sejarah mereka.

6. Implikasi

Kajian ini memberikan keberkesanan didik hibur terhadap empati sejarah dalam
kalangan murid. Secara ringkas, implikasi kajian ini kepada pihak Kementerian
Pendidikan dan praktikal melibatkan kurikulum dan pedagogi Sejarah. Implikasi kajian
ini dapat membantu guru Sejarah bagi menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih
kreatif dan inovatif selari dengan perkembangan kontemporari pengajaran Sejarah.
Kaedah didik hibur dapat merangsang minat dan menarik tumpuan murid untuk
mempelajari Sejarah dengan lebih berkesan dan seronok. Hal ini penting disebabkan
pendekatan yang berkesan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang
disampaikan oleh guru kepada murid. Pengaplikasian kaedah dan pendekatan yang
sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengatasi masalah perbezaan
pembelajaran murid dari segi pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran, motivasi dan
minat (Norazlin & Siti Rahaimah, 2019).

Berdasarkan dapatan kajian ini, murid perempuan mempunyai nilai empati sejarah yang
lebih tinggi berbanding murid lelaki. Guru Sejarah perlulah sentiasa melengkapkan diri
dengan kemahiran disiplin Sejarah dan pedagogi Sejarah untuk melahirkan murid yang
dapat menerapkan nilai empati sejarah dalam pembelajaran Sejarah. Untuk mengatasi
masalah murid tidak berminat terhadap mata pelajaran ini, stigma mengajar semata-
mata untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan harus dibuang. Pendekatan yang berlandaskan pembelajaran abad
ke-21 harus ditekankan supaya murid dapat bergiat dengan aktif dalam pembelajaran
Sejarah di sekolah.

7. Kesimpulan

Kajian ini menunjukkan empati sejarah murid dapat diterapkan melalui kaedah didik
hibur. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah
dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pos. Namun, tidak
terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan jantina bagi ujian pos. Kaedah didik hibur
dalam pembelajaran Sejarah seterusnya dapat dilaksanakan secara bersemuka untuk
kelas tahun lima dan enam di sekolah agar dapat meningkatkan tahap pencapaian dan
minat mereka terhadap mata pelajaran Sejarah. Walau bagaimanapun, guru perlulah
sentiasa meningkatkan pengetahuan pedagogi mereka untuk menyampaikan pengajaran
kepada murid dengan berkesan di samping meningkatkan tahap empati sejarah murid.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
19
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Penghargaan (Acknowledgement)

Terima kasih kepada penyelia saya iaitu Prof. Dato Dr. Abdul Razaq Ahmad dan Dr.
Shakila Che Dahalan serta responden yang telah memberikan kerjasama dalam
menjayakan kajian ini.

Kewangan (Funding)

Kajian dan penerbitan ini tidak menerima sebarang tajaan atau bantuan kewangan.

Konflik Kepentingan (Conflict of Interests)

Penulis tidak mempunyai sebarang konflik kepentingan dalam kajian dan penerbitan ini.

Rujukan

Aswaniza Shamsudin & Rosadah Abd Majid. (2018). Efikasi kendiri guru sekolah dalam
hospital di Malaysia. Jurnal of Social Sciences and Humanities, l(13-3), 020-028.
Azman Ab Rahman, Ibrahim Hussin Ibrahimi, Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin &
Ahmad Anis Muhd Fauzi. (2017). Gamifikasi dalam pendidikan islam berasaskan
global zakat game: bijak zakat versi 1.0 (gzg). International Journal of Islamic
Studies, 6(1).
Chua, Y.P. (2011). Kaedah penyelidikan (Edisi ke-2). McGraw-Hill Education.
Chua, Y.P. (2014). Asas statistik penyelidikan (Edisi ke-3). McGraw-Hill Education.
Cohen, L., Lawrence, M. & Morrison, K. (2017). Research Methods in Education (8th
Edition). Routledge Taylor and Francis Group.
Hanita Mohd Yusoff & Norzaini Azman. (2018). Pencapaian akademik murid lelaki dan
perempuan: peranan sokongan pembelajaran dan keterlibatan murid. Malaysian
Journal of Learning and Instruction, 15(2), 257-28.
Institut Aminuddin Baki. (2017). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Izwan Nizal Mohd Shahranee, Jastini Mohd Jamil & Sarah Syamimi Mohamed Rodzi.
(2016). Google Classroom as a tool for actice learning. Proceeding of the
International Conferences on applied Science and Technology, 1-7.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: satu
penilaian. [Tesis doktor falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia].
Kaviza, M. (2020). Kesediaan murid terhadap penggunaan aplikasi google classroom
sebagai platform pembelajaran sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities, 5(4), 108-115.
Kaviza, M., Shaharudin Saad, Asiah Dahaman. (2021). Kesan Pembelajaran Abad Ke-21
Melalui Aplikasi Google Classroom Terhadap Pencapaian Penguasaan Pengetahuan
Sejarah. Journal of ICT in Education, 8(1), 92-103.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum standard sekolah rendah sejarah:
dokumen standard kurikulum dan pentaksiran tahun 4. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Khairunnajwa Samsudin. (2017). Amalan nilai empati sejarah sekolah menengah. [Tesis
ijazah sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia].
Mohd Zahar Hj Kusnun & Affero Ismail. (2016). Penerapan kaedah didik hibur terhadap
motivasi belajar di kalangan murid di sebuah sekolah rendah daerah Kluang.
Seminar Pendidikan Johor 2016.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
20
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21. Proceedings of the International Conference on Islamic
Civilization and Technology Management, 87-105.
Noor Lela Ahmad, Sho, S.L., Hariyaty Ab. Wahid & Rohaila Yusof. (2019). Kepentingan
amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 terhadap pembangunan pelajar.
International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(28), 28-51.
Noriyani Doman. 2017. Implikasi google apps dalam pengajaran dan pembelajaran
pelajar pesisir uthm. [Tesis ijazah sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia].
Norma Jusof, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Ahmad Syukran Baharuddin, Lukman Abdul
Mutalib, Hasnizam Hashim & Zulfaqar Mamat. (2021). Sikap guru terhadap
pengajaran berpusatkan murid di kalangan guru pendidikan islam dalam mata
pelajaran al-quran di sekolah kebangsaan: satu tinjauan. Proceedings of the 7 th
International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021) FPQS,
Universiti Sains Islam Malaysia.
Nur Aliah Izzaty Hisamudin. (2019). Penggunaan kaedah didik hibur untuk pembelajaran
matematik dalam kalangan murid sekolah rendah Taman Sri Rampai. [Tesis ijazah
sarjana. Universiti Malaya Kuala Lumpur].
Ros Anita Kartini Mohamed & Abdul Halim Ali. (2021). Implikasi elemen sastera melayu
terhadap perkembangan kognitif murid dalam pengajaran dan pembelajaran
sejarah di sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 116-126.
Rosmadi Salleh & Hafizhah Zulkifli. (2020). Penggunaan didik hibur dalam pendidikan
islam sekolah kebangsaan. Malaysian Online Journal of Education, 4(2), 1-16.
Riski Nurida Rahmawati. (2019). Actual usage penggunaan e-learning dengan
technology acceptance model (tam). Jurnal Inovasi Teknologi Pendidikan, 6(2), 127-
136.
Shakila Che Dahalan. (2020). Keberkesanan modul KPSA-21 terhadap pengetahuan dan
amalan kemahiran berfikir aras tinggi serta empati sejarah. [Tesis doktor falsafah.
Universiti Kebangsaan Malaysia].
Siti Hawa. (2019). Pendidikan sejarah: pemikiran, pemahaman dan empati. Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Siti Rahaimah Ali & Farah Mukhtar. (2017). A case study of fun learning with numeracy
of preschoolers. International Journal of Early Childhood Education Care. 6.
Siti Zaharah Mohid, Roslinda Ramli, Khodijah Abdul Rahman & Nurul Nadhirah
Shahabudin. (2018). Teknologi multimedia dalam pendidikan abad 21. 5th
international research management & innovation conference.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).

You might also like