Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEGAH

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA MATEMATIK

BIL 1 / TAHUN 2024

Tarikh / Hari : 1 Februari 2024 / Khamis

Masa : 1.45 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Taman Megah

Pengerusi : Encik Zul Azmi bin Saad

Kehadiran :

1. En. Zul Azmi bin Saad


2. Pn. Nurmawani binti Mohd Haron
3. Cik Kwek Chen Chen
4. Pn. Nik Rafidah binti Nik Yusoff
5. Pn. Preeta Devi A/P Jaya Ram
6. Pn. Suffiah binti Jamel
7. En Muhammad Yusof bin Nawi

Tidak Hadir Bersebab :

Tiada.

MINIT MESYUARAT

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran para guru pada Mesyuarat Pengurusan
Panitia Matematik Kali Pertama bagi Sesi 2024/2025 ini.
1.2 Ucapan tahniah kepada Ketua Panitia dan guru-guru atas kerja buat anda untuk Tahun 2023.
1.3 Pendigitalan Kurikulum masih belum sempurna kerana ada banyak bahagian yang belum
lengkap.
1.4 Ketua Panitia tidak mengisi data di bahagian Penyelarasan dan Pengesanan untuk
Penjaminan Kualiti sedangkan Dialog Prestasi Kali Kedua sudah dilaksanakan.
Makluman : Semua
Guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Dicadang untuk disahkan : Pn. Suffiah binti Jamel
2.2 Disokong oleh : Pn Nik Rafidah binti Nik Yusoff

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Guru Kelas perlu mencetak dua salinan rekod PBD murid iaitu satu untuk ibu bapa dan
penjaga
dan satu lagi disimpan dalam fail peribadi murid. Pastikan salinan tersebut dicop terlebih
dahulu dan dihantar kepada En.Zubir bin Yaacob untuk ditandatangan.
Makluman : Semua Guru Kelas

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU


4.1 Pengurusan Kurikulum
4.1.1 Pendigitalan Kurikulum akan sepenuhnya berpusat di Dashboard Kurikulum yang
mana
semua dokumen perlu dimuat naik ke dalam Dahsboard dan diharapkan pengurusan
kurikulum akan menjadi lebih mantap pada sesi 2024/2025.
4.1.2 Hasrat Unit Kurikulum bagi tahun 2024 agar Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
guru akan lebih mantap bagi merealisasikan hasrat untuk meningkatkan prestasi murid.
4.1.3 Semua Ketua Panitia, Jawatankuasa Kurikulum dan Ahli Jawatankuasa yang dilantik
bagi sesi 2024 akan berkuatkuasa bermula pada 1 Februari 2024.
Makluman : Semua Guru

4.2 KPI Kurikulum 2023/2024


4.2.1 95% guru telah mencapai tahap minimum kualiti guru iaitu 90% dalam Standard 4
SKPMg2.
Makluman : Semua
Guru
4.2.2 Bagi semua aspek pengurusan kurikulum dan Standard 3.1.2 bagi semua mata pelajaran
dalam SKPMg2 telah mencapai 95%.
Makluman : Semua
Guru
4.2.3 Data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik yang telah mencapai
sasaran peratus Menguasai Tahap Minimum adalah seperti berikut :

Mata Pelajaran Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


Matematik 4.32% 12.94% 9.03% 7.33% 2.92% 0%

Makluman : Semua Guru

4.3 Ketetapan Penulisan dan Penghantaran Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi
(DSKP), Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH)
4.3.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP)
4.3.1.1 Ketua Panitia perlu memastikan DSKP Tahun 1 hingga Tahun 6 dimuat naik di
dalam Dashboard Kurikulum.
Tindakan : Ketua Panitia
4.3.1.2 Ketua Panitia perlu menyediakan DSKP yang tiada di dalam simpanan tersebut.
Tindakan : Ketua Panitia
4.3.2 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
4.3.2.1 Rancangan Pelajaran Tahunan perlu mempunyai 42 minggu persekolahan dan
disediakan oleh guru yang telah ditetapkan oleh panitia masing-masing.
Pastikan
RPT yang disediakan diasingkan mengikut ketetapan minggu.
Makluman : Semua Guru

4.3.2.2 Pastikan RPT yang disediakan mempunyai tahun semasa, tarikh dan aktiviti
utama
sekolah berpandukan takwim. Selain itu, RPT tersebut juga perlu dinyatakan
maklumat lengkap pada setiap minggu yang dirancang berpandukan DSKP
yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Makluman : Semua Guru
4.3.2.3 Ketua Panitia perlu mngumpul satu salinan RPT dan menyemak ketetapan
penyediaan RPT tersebut. Salinan yang sudah lengkap dan tepat perlu
diserahkan
kepada Penolong Kanan Pentadbiran pada hari pertama persekolahan.
Tindakan : Ketua
Panitia
4.3.2.4 Semua guru yang menyediakan RPT perlu memuat naik bahan tersebut di dalam
Dashboard Kurikulum.
Tindakan : Penyedia
RPT
4.3.2.5 Perancangan aktiviti Program Transisi Tahun 1 perlu dijadikan lampiran bagi
RPT
semua mata pelajaran Tahun 1 selama empat minggu persekolahan.
Tindakan : Penyedia
RPT

4.3.3 Rekod Pembelajaran dan Pemudahcaraan


4.3.3.1 Format Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu mempunyai
butiran
berikut :
Makluman : Semua Guru

4.3.3.2 Semua Ketua Pantia WAJIB menyelaraskan format penulisan RPH dan
diseragamkan bagi kegunaan semua guru.
Tindakan : Semua Panitia

4.3.3.3 Semua guru perlu memastikan objektif pembelajaran mengikut tahap murid dan
aktiviti mestilah berfokuskan murid yang berteraskan Pembelajaran Abad ke-21
(PAK21).
Tindakan : Semua Guru

4.3.3.4 Pada akhir pembelajaran, semua guru perlulah menyatakan secara bertulis
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) iaitu penilaian yang dilaksanakan terhadap
murid. Selain itu,guru perlu menulis refleksi dengan menyatakan
penambahbaikan atau tindakan susulan yang perlu dilaksanakan untuk
membantu
murid tersebut.
Tindakan : Semua Guru

4.4 Penghantaran Rekod Pembelajaran dan Pemudahcaraan (e-RPH)


4.4.1 RPH perlu dimuat naik di dalam Dahboard Kurikulum pada setiap hari Jumaat atau hari
Isnin sekiranya guru mempunyai urusan rasmi atau cuti pada hari Jumaat.
Makluman : Semua
Guru
4.4.2 Semua RPH perlu disatukan dalam satu fail sahaja bagi minggu tersebut dan dihantar
dalam bentuk word.
Makluman : Semua
Guru
4.4.3 Semua guru perlu melampirkan sasaran kerja tahunan dalam fail rekod mengajar dan
pastikan perkara yang perlu dinyatakan adalah seperti berikut :
4.4.3.1 Tahun 4 hingga Tahun 6 – Nama murid, markah TOV dan ETR
4.4.3.2 Tahun 2 dan Tahun 3 – Nama murid, TOV (tahap penguasaan) serta ETR
(peningkatan tahap penguasaan).
4.4.3.3 Tahun 1 – Markah TOV perlu dilengkapkan selepas selesai Program Transisi
Tahun 14
Tindakan : Semua Guru

4.4.4 Semua guru peru menghantar RPT yang telah dilengkapkan kepada pentadbir masing-
masing. Pada minggu berikutnya, fail rekod mengajar perlu dihantar pula.
Tindakan : Semua Guru
4.5 Pelantikan Jawatankuasa Kurikulum dan Ketua Panitia
4.5.1 Semua jawatan ketua panitia, setiausaha dan penyelaras serta ahli jawatankuasa bagi
semua nama yang tersenarai dalam Manual Pengurusan Sekolah 2024/2025 adalah
dilantik secara rasmi bermula 1 Februari 2024.
Makluman : Semua
Guru
4.5.2 Surat lantikan akan diedarkan oleh Setiausaha Kurikulum.
Tindakan : Setiausaha Kurikulum

4.5.3 Semua yang dilantik perlu memahami bidang tugas dan melaksanakan tugas-tugas
yang
diamanahkan dengan baik.
Makluman : Semua
Guru
4.5.4 Ketua Panitia dan Penyelaras Jawatankuasa perlu menyelaras dan melaksanakan semua
program atau aktiviti yang dirancang berdasarkan Perancangan Strategik masing-
masing.
serta memastikan pengurusan adalah mematuhi SPSK dan SKPM@sekolah.
Tindakan : Ketua Panitia
4.5.5 Ketua Panitia perlu memastikan semua ahli melaksanaan PdPc mengikut ketetapan
KPM.
Tindakan : Ketua Panitia
4.5.6 Semua panitia wajib menguruskan panitia berpandu SKPM Std 3.1.2
Tindakan : Semua Panitia
4.6 Penetapan Bilangan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Dan Panitia
4.6.1 Semua panitia dan jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali
setahun untuk menyebarkan perkara yang perlu diambil tindakan oleh guru-guru.
Tindakan : Semua Panitia dan
Jawatankuasa
4.6.2 Agenda mesyuarat panitia dan jawatankuasa mestilah sama dengan agenda mesyuarat
kurikulum.
Makluman : Semua Guru

4.6.3 Mesyuarat panitia dan jawatankuasa mestilah diadakan dalam tempoh dua minggu
selepas mesyuarat kurikulum dijalankan.
Makluman : Semua
Guru
4.6.4 Draf minit mesyuarat mestilah disiapkan dalam tempoh tiga hari selepas mesyuarat dan
minit tersebut mestilah diuar-uarkan dalam tempoh tujuh hari selepas mesyuarat.
Makluman : Semua
Guru
4.6.5 Pastikan borang maklum balas perlu dilengkapkan dengan tahap tindakan sebenar oleh
pihak berkenaan.
Makluman : Semua Guru
4.7 Penetapan Penggunaan Buku Teks, Buku Aktiviti, Buku Latihan Dan Buku Kerja.
4.7.1 Semua panitia telah bersetuju dan membuat keputusan untuk tidak menggunakan buku
kerja bagi sesi 2024/2025.
Makluman : Semua
Guru
4.7.2 Semua guru wajib menggunakan buku teks, buku aktiviti dan buku latihan murid.
Tindakan : Semua Guru
4.7.3 Guru perlu menyemak buku latihan dan buku aktiviti murid dalam tempoh tiga hari.
Tindakan : Semua
Guru
4.7.4 Semua guru mestilah memastikan murid-murid melengkapkan maklumat yang
terdapat pada bahagian hadapan buku tulis dan buku aktiviti.
Tindakan : Semua Guru
4.7.5 Semua guru wajib menggunakan buku aktiviti bagi murid Tahap 1.
Tindakan : Semua Guru Tahap
1
4.7.6 Buku kerja bagi murid Tahap 2 perlu digunakan sebagai tugasan tambahan hujung
minggu atau cuti persekolahan dan mestilah disemak.
Tindakan : Semua Guru Tahap
2
4.7.7 Semakan guru perlu disertakan dengan tandatangan, tarikh, dan penghargaan atau
catatan dan guru perlu memastikan setiap kesalahan perlu dibuat pembetulan oleh
murid.
Tindakan : Semua Guru

4.7.8 Bilangan buku tulis sebagaimana yang ditetapkan dalam Mesyuarat Kurikulum Bil 1
2024/2025 :

BM BI SN MT PI BA RBT PK PM sej
Tahun 1 1 2 1 1 1 1 1 1
Tahun 2 1 2 1 1 1 1 1 1
Tahun 3 1 2 1 1 1 1 1 1
Tahap 2 2 2 1 2 1 1 1 1 1 1
Makluman : Semua
Guru
BM BI SN MT PI BA/ RBT PK PM SEJ
BC
/BT
Tahun 1 2 2 1 2 1 1 1 1
Tahun 2 2 2 1 2 1 1 1 1
Tahun 3 2 2 1 2 1 1 1 1
Tahap 2 2 2 1 2 2 1 1 1 1 1
Bilangan latihan seminggu sebagaimana yang ditetapkan dalam Mesyuarat Kurikulum Bil1
2024/2025:

Makluman : Semua
Guru
4.8 Peruntukan Dan Pengurusan PCG Mata Pelajaran
4.8.1 Semua panitia perlu mematuhi ketetapan apabila menggunakan peruntukan PCG. Perkara
ini mestilah dibincangkan dalam mesyuarat panitia. Serahkan satu salinan senarai
perancangan pembelian kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
Tindakan : Ketua Panitia
4.8.2 Ketua Panitia perlu berbincang dengan ahli panitia senarai pembelian barang yang
diputuskan dalam mesyuarat panitia.
Tindakan : Ketua Panitia
4.8.3 Ketua Panitia perlu memastikan hanya membeli barang yang diperlukan untuk PdPc
sahaja.
Tindakan : Ketua Panitia
4.8.4 Semua Ketua Panitia mestilah membelanjakan peruntukan sebelum bulan September dan
menyimpan baki sebanyak 5% untuk tahun 2024/2025.
Tindakan : Ketua Panitia
4.8.5 Semua Ketua Panitia perlu sedar bahawa PCG panitia bukan sekadar untuk membeli
hadiah sebaliknya peruntukan tersebut adalah untuk kegunaan di dalam bilik darjah.
Makluman : Semua Ketua
Panitia
4.8.6 Ketua Panitia diingatkan untuk menempatkan semua bahan atau peralatan yang dibeli di
bilik khas atau bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM).
Tindakan : Ketua Panitia
4.8.7 Ketua Panitia adalah dilarang sama sekali menempatkan bahan yang dibeli di dalam bilik
guru, surau atau mana-mana tempat melainkan bilik BBM mulai 11 Mac 2024.
Makluman : Ketua Panitia
4.8.8 Semua Ketua Panitia wajib mematuhi tatacara perbelanjaan yang betul.
Makluman : Ketua Panitia
4.8.9 Semua Ketua Panitia wajib menyediakan rekod penggunaan barang dan pastikan
ditulis oleh ahli panitia jika menggunakan barang yang disediakan.
Tindakan : Ketua Panitia
4.9 Semakan Buku Latihan
4.9.1 Semakan buku latihan oleh pentadbir bertujuan menjamin kualiti PdPc guru. Semakan ini
akan dilaksanakan oleh pentadbir berdasarkan tarikh yang ditetapkan di dalam Takwim
Sekolah.
Makluman : Semua
Guru
4.9.2 Guru perlu menghantar buku latihan murid kepada pentadbir yang telah ditetapkan.
Pastikan semua buku latihan murid iaitu buku tulis, buku kerja, buku aktiviti dan buku
PKJR dihantar. Buku tersebut mestilah dihantar bersama-sama borang semakan buku
latihan.
Makluman : Semua Guru
4.9.3 Semua guru diingatkan agar menyemak buku dengan teliti dan memberi komen serta
penghargaan kepada murid.
Makluman : Semua Guru

4.10 Pencerapan Guru


4.10.1 Guru perlu merujuk Manual Pengurusan Sekolah bagi mengetahui nama pencerap
masing-masing.
Makluman : Semua
Guru
4.10.2 Guru mestilah berjumpa dengan pentadbir untuk berbincang setelah dimaklumkan untuk
dicerap. Setelah selesai pencerapan, guru perlu berbincang dengan pentadbir tentang
penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti PdPc.
Makluman : Semua
Guru
4.10.3 Guru perlu membawa Folder Rekod Perkembangan Murid (RPM) yang lengkap berserta
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan
(DSKP) serta rekod Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) semasa pencerapan dilaksanakan.
Sediakan laptop dan paparkan dokumen sekiranya menggunakan softcopy. Walau
bagaimanapun, satu salinan hardcopy RPH perlu diserahkan untuk rekod pencerapan.
Makluman : Semua
Guru
4.10.4 Semua pencerap dan guru perlu memahami setiap bahagian instrumen pencerapan agar
sesi PdPc akan lebih berkesan.
Makluman : Semua
Guru

4.11 Pengurusan Pentaksiran Dan Penilaian


4.11.1 Pihak sekolah belum memperoleh apa-apa maklumat berkaitan ujian atau peperiksaan
bagi sesi 2024.Oleh itu, pentaksiran sepenuhnya akan dilaksanakan sehingga maklumat
terkini diperoleh.
Makluman : Semua
Guru
4.11.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan bagi semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
Makluman : Semua
Guru
4.11.3 Semua Ketua Panitia perlu menyediakan nama pentaksir dan perkara tersebut perlu
dimaklumkan kepada guru dalam mesyuarat panitia.
Tindakan : Ketua
Panitia
4.11.4 Semua Ketua Panitia perlu memastikan guru-guru menyediakan Rekod Perkembangan
Murid (RPM).
Tindakan : Ketua
Panitia
4.11.5 Semua guru perlu mempunyai eviden pentaksiran dan disimpan di dalam fail masing-
masing.
Tindakan : Semua Guru
4.11.6 Pentaksiran Bilik Darjah dilaksanakan mengikut ketetapan takwim sekolah.
Makluman : Semua
Guru
4.11.7 Dialog prestasi perlu diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Makluman : Semua
Guru
4.11.8 Dokumen yang perlu ada di dalam Rekod Perkembangan Murid ialah senarai nama
murid, tov murid, rubrik PBD, rekod pentaksiran dan eviden.
Makluman : Semua
Guru

4.12 Analisis Post Mortem Pentaksiran Bilik Darjah Mata Pelajaran 2023/2024
4.12.1 Analisis post mortem mata pelajaran adalah merujuk dialog Prestasi PBD
2023/2024.
PENCAPAIAN SEBENAR PBD 2023 BERDASARKAN KPI 2024 :
M/PELAJARAN Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
BAHASA 21 9 3 1 1 0
MELAYU
BAHASA 7 3 0 1 1 0
INGGERIS
MATEMATIK 12 5 0 0 1 0
SAINS 9 2 0 1 2 1
TIDAK MENCAPAI KPI

ANALISIS POST MORTEM PBD 2


2024/2025

MATA PELAJARAN / TAHUN T1 T2 T3 T4 T5 T6

BAHASA MELAYU 142 162 152 151 171 143


BAHASA INGGERIS 156 168 155 151 171 143
SAINS 154 169 155 151 169 142
MATEMATIK 151 166 155 152 171 143
SEJARAH - - - 152 171 143
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI - - - 152 171 143
PENDIDIKAN MUZIK 161 171 155 152 171 143
PENDIDIKAN SENI VISUAL 162 171 155 152 171 143
PENDIDIKAN JASMANI &
162 171 155 152 171 143
PENDIDIKAN KESIHATAN
BAHASA ARAB 50 57 34 42 54 46
PENDIDIKAN MORAL 87 85 91 81 92 87
PENDIDIKAN ISLAM 75 86 64 70 79 56

Tidak
Mencapai
TAHUN % Menguasai CATATAN
Tahap Minima

TAHUN 1 132 81 31
TAHUN 2 158 92 13
TAHUN 3 151 97 4
TAHUN 4 151 99 1
TAHUN 5 171 99 1
TAHUN 6 143 100 0

Makluman : Semua Guru


4.13 Perancangan Aktiviti Panitia
4.13.1 Panitia perlu menetapkan empat aktiviti murid dan empat aktiviti guru.Pastikan aktiviti
tersebut dilaksanakan berpandukan takwim sekolah dan ditetapkan perkara
tersebut dalam mesyuarat masing-masing.
Tindakan : Semua Panitia
4.13.2 Semua panitia perlu muat naik satu salinan laporan program dalam Dahsboard Kurikulum
seminggu selepas program dijalankan.
Makluman : Semua
Guru
4.13.3 Panitia perlu menyediakan perancangan strategik organisasi dan pastikan Jadual 3 diisi
setiap kali program dilaksanakan. Jadual 3 yang lengkap bersama gambar diambil kira
sebagai laporan.
Tindakan : Semua Panitia
4.13.4 Panitia perlu mengemaskini folder pengurusan panitia dalam Dashboard Kurikulum dari
semasa ke semasa.
Tindakan : Semua Panitia
4.13.5 Semua panitia diharapkan telah melengkapkan dokumen 2024/2025 di dalam drive
kurikulum. Harap semua diselesaikan sebelum cuti persekolahan mulai 8 Februari 2024.
Tindakan : Semua Panitia

4.14 Penggunaan Sumber Pendidikan


4.14.1 Ketua Panitia perlu mengambil semua buku kerja yang ada di pejabat dan
mengedarkannya kepada ahli panitia masing-masing.
Tindakan : Ketua Panitia

4.14.2 Guru perlu mengajar menggunakan sumber pendidikan dalam setiap PdPc.
Makluman : Semua Guru
4.14.3 Semua Ketua Panitia perlu memastikan sumber pembelajaran hanya ditempatkan di bilik
khas atau di bilik BBM sahaja.
Tindakan : Ketua Panitia

4.15 Program Peningkatan Dan Intervensi


4.15.1 Semua panitia perlu menjalankan aktiviti intervensi yang telah dirancang semasa
melaksanakan PdPc.
Tindakan : Semua guru
4.15.2 Ketua Panitia perlu memberi senarai intervensi mata pelajaran kepada semua guru.
Tindakan : Ketua
Panitia
4.15.3 Guru perlu menilai keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan dan membuat
penambahbaikan jika perlu.
Tindakan : Semua Guru
4.15.4 Aktiviti intervensi yang dilaksanakan perlu berdasarkan perancangan.
Makluman : Semua
Guru
4.15.5 Semua guru perlu merekod perkembangan murid untuk melihat tahap penguasaan murid
setelah selesai sesi PdPc.
Tindakan : Semua Guru

4.15.6 Ketua Panitia perlu menyebarkan aktiviti intervensi kepada semua guru untuk diambil
tindakan apabila sesi 2024 bermula.
Tindakan : Ketua
Panitia
4.15.7 Guru perlu melaksanakan aktiviti intervensi 1 sehingga Dialog Prestasi PBD 1. Jika tidak
berkesan, aktiviti tersebut mestilah ditambahbaik untuk dilaksana bagi tempoh
seterusnya.
Tindakan : Semua Guru

4.16 Program Kecemerlangan Mencapai Tahap Minimum (MTM)


4.16.1 Program Kecemerlangan Akademik dirancang untuk meningkatkan jumlah murid
Mencapai Tahap Minimum.
Makluman : Semua
Guru
4.16.2 Program ini akan dilaksanakan pada hari Selasa dan Khamis selepas waktu
persekolahan.
Makluman : Semua
Guru
4.17 Pelaksanaan Program PPD, JPN DAN KPM
4.17.1 Penggunaan I-Think, KBAT & Google Classroom
4.17.1.1Semua guru kelas perlu menampal peta i-Think di dalam kelas.
Tindakan : Semua Guru
Kelas
4.17.1.2Semua guru perlu menggunakan peta i-Think dan KBAT sebagai alat
pembelajaran dalam PdPc.
Tindakan : Semua Guru
4.17.1.3Semua guru perlu menggunakan Google Classroom sebagai salah satu
platform pembelajaran digital.
Tindakan : Semua Guru

4.18 Pembelajaran Abad Ke-21


4.18.1 PdPc berasaskan PAK21 perlu dilaksanakan agar PdPc semua guru lebih menarik.
Tindakan : Semua Guru
4.18.2 Pastikan aktiviti yang dirancang perlu berteraskan murid sekaligus mengutamakan
pembelajaran yang bermakna.
Tindakan : Semua
Guru
4.18.3 Pembelajaran Koperatif perlu dilaksanakan oleh guru kepada murid untuk memastikan
setiap murid dapat bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat
sama.
Tindakan : Semua
Guru

4.19 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


4.19.1 PBD perlu dilaksanakan mengikut takwim sekolah.
Makluman : Semua Guru
4.19.2 Guru perlu telus dalam penilaian yang dilakukan terhadap murid.
Makluman : Semua
Guru
4.19.3 Kutipan borang PBD akan dijalankan dua kali dalam setahun.
Makluman : Semua
Guru
4.19.4 Semua guru boleh mendapatkan tapak PBD daripada laman web.
Makluman : Semua
Guru
4.19.5 Penjaminan kualiti PBD 4P wajib dilaksanakan melalui Task Force PBD yang mana
Jawatankuasa perlu sediakan google form bagi borang-borang berkaitan bagi
pengumpulan data di Dashboard Kurikulum.
Makluman : Semua guru
4.19.6 Pementoran akan dilaksanakan dengan cara yang lebih berkesan melalui :
4.19.6.1 Sesi perbincangan
4.19.6.2 Sesi bimbingan
4.19.6.3 Sesi penilaian PdPc
4.19.6.4 Profesional Learning Community (PLC)

4.19.7 Pementoran PBD

MATA
BIL MENTOR MENTEE PEMANTAUAN
PELAJARAN
Semua Guru
BAHASA Bahasa Melayu,
1 LOKMAN BIN HUSSAIN Guru Besar
MELAYU Bahasa Tamil,
Bahasa Cina
Semua Guru
BAHASA SELINDERJIT KAUR A/P SARAN
2 Bahasa PK HEM
INGGERIS SINGH
Inggeris,PJPK
Semua Guru
NURMAWANI BINTI MOHD Matematik, Muzik
3 MATEMATIK PKP
HARON dan Reka Bentuk
Teknologi
Semua Guru Sains
4 SAINS JAGATHIS A/L RAVI CHANDRAN PKP
dan Sejarah

Semua Guru
PENDIDIKAN
NORHASNAH BINTI ABD WAHID Pendidikan Islam &
5 ISLAM & PK KO
NOR HAMDAN BIN ZAKARIA Bahasa Arab,
BAHASA ARAB
Pendidikan Moral

Makluman : Semua Guru

14.19.7.1 Mentor wajib melaksanakan penjaminan kualiti PBD yang dilaksanakan oleh
Mentee.
14.19.7.2 Tindakan Mentor adalah seperti :
14.19.7.3 Berbincang masalah atau isu pelaksanaan pentaksiran
14.19.7.4 Melihat PdPc guru bagi mengesan masalah atau isu pelaksanaan pentaksiran
14.19.7.5 Menyemak penulisan RPH Mentee bagi mengesan masalah atau isu pelaksanaan
pentaksiran
14.19.7.6 Membimbing Mentee tentang penyelesaian masalah atau pelaksanaan pentaksiran
14.19.7.7 Melaksanakan penyelarasan tahap penguasaan bagi pentaksira yang dilakukan
oleh Mentee.
14.19.7.8 Menghantar laporan kepada Pemantau (Pentadbir) mengikut jadual yang
ditetapkan.
14.19.7.9 Melaksanakan team teaching bersama Mentee sebagai sokongan dalam PdPc.
Tindakan : Ketua Panitia
14.19.8.1 Tindakan Mentee adalah seperti :
14.19.8.2 Sentiasa bersikap terbuka bagi membincangkan masalah atau isu pelaksanaan
pentaksiran.
14.19.8.3 Wajib mengemukakan dokumen atau perkara yang diperlukan Mentor bagi
melancarkan sesi pementoran.
14.19.8.4 Wajib membenarkan Mentor untuk melihat PdPc guru.
14.19.8.5 Menghantar Rekod Pentaksiran Bilik Darjah kepada Pemantau (Pentadbir)
mengikut jadual.
Tindakan : Semua Mentee
14.19.8.6 Tindakan Pemantau (Pentadbir) adalah seperti :
14.19.8.7 Memantau pelaksanaan pementoran berdasarkan senarai yang disediakan.
14.19.8.8 Merekod pemantauan yang telah dijalankan.
14.19.8.9 Membantu Mentor dalam menyelesaikan masalah atau isu pelaksanaan
pentaksiran Mentee.
14.19.8.10 Menyemak dan mengesahkan Pelaporan dan Rekod PBD yang dihantar mengikut
jadual.
Makluman : Semua guru

14.20 Latihan Personel


14.20.1 Semua guru perlu mencukupkan bilangan latihan personel iaitu 7 hari termasuk
HEM dan Kokurikulum selewat-lewatnya bulan Jun 2024.
Tindakan : Semua Guru
14.20.2 Penyelaras Jawatankuasa Latihan Personel perlu memastikan guru memasukkan
data pelaksanaan Profesional Learning Community (PLC) di dalam sistem SPLKPM.
Makluman : Semua guru
14.20.3 Prestasi SPLKPM perlu dipapar dan diumumkan secara bulanan sebagai langkah
peringatan kepada semua guru dan staf.
Makluman : Semua guru
14.21 Profesional Learning Community (PLC)
14.21.1 Semua guru wajib menjalankan PLC Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Makluman : Semua Guru
14.21.2 PLC perlu dijadikan sebagai budaya untuk meningkatkan profesionalisme guru.
Makluman : Semua Guru

14.21.3 PLC akan melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains serta Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Makluman : Semua Guru
14.21.4 PLC wajib dilaksanakan berpandukan jadual yang disediakan.
Makluman : Semua guru

14.21.5 Penyelaras perlu memperkukuhkan pelaksanaan PLC dengan memberi kesedaran


dan kefahaman kepada semua guru.
Makluman : Semua guru
14.22 Kajian Tindakan
14.22.1 Kajian tindakan perlu dibuat setiap tahun secara bergilir mengikut panitia.
Makluman : Semua
Guru
14.22.2 Panitia yang akan membuat kajian tindakan pada tahun 2024 ialah Panitia
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Islam.
Makluman : Semua guru
14.23 Program Transformasi Sekolah (TS25)
14.23.1 Coaching dan Mentoring serta Learning Walk perlu dilaksanakan secara
berterusan.
Makluman : Semua
Guru
14.23.2 PdPc guru perlu berteraskan amalan PAK21, iaitu 4K+1N yang berfokuskan
kepada penglibatan murid dalam PdPc serta penilaian guru.
Makluman : Semua
Guru
14.23.3 Jawatankuasa boleh merancang lawatan penanda aras untuk mengukuhkan
pelaksanaan program TS25 sekolah.
Tindakan : Jawatankuasa
TS25
14.24 Project Based Learning (PBL)
14.24.1 Tahniah kepada semua atas kerja buat kalian sepanjang melaksanakan PBL
2023.Segala kelemahan dalam pelaksanaan PBL akan dijadikan sebagai
Makluman : Semua Guru
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Guru-guru diingatkan supaya mengisi google form pementeron di dashboard sekolah
setiap
kali selesai menjalani PLC.
Makluman : Semua
Guru

6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi berharap agar semua guru dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan
baik.
6.2 Mesyuarat Pengurusan Panitia Matematik Bil 1 2024/2025 ditangguhkan pada jam 3:30
petang.

Disediakan oleh,
KWEK CHEN CHEN
Setiausaha Panitia Matematik
Sekolah Kebangsaan Taman Megah.

You might also like