_minit-agong-lps- - Copy

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

பள்ளி வாரியம் சொகமானா தோட்டத்

தமிழ்ப்பள்ளி
LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH SJK(T) LADANG
SOGOMANA,
32500 CHANGKAT KERUING, PERAK.
Tel : 05-6752967 Email :ABD1079@moe.edu.my

Minit Mesyuarat Agung Tahunan LPS Tahun 2024

Tarikh : 18/2/2024
Masa : 10.00am
Tempat : Bilik Gerakan Guru
Pengerusi : En.Ponnusamy A/L Nadarajan
Pencatat : En.Karunanithy
Jumlah Ahli turut hadir : 10 orang

Kehadiran : Rujuk lampiran borang kehadiran

Agenda 1
Ucapan Pengerusi YDP
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para A J K ke Mesyuarat Agung Tahun
2024.
1.2 Pengerusi mengumumkan Naib Pengerusitelah meletakkan jawatan sejak
Disember tahun lepas atas sebab kesibukan kerja dan kini perlu memilih
jawatankuasa yang baru bagi menerajui LPS.
1.3 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK LPS yang telah
memberi kerjsama tidak berbelah bagi menjalankan tugas dengan cemerlang
sekali.
1.4 Pada tahun 2023 peruntukan sumbangan bantuan SBK dapat dibelanjakan
mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan telus.
1.5 Beliau juga berharap tahun ini pun akan membuat permohonan peruntukan
sumbangan SBK.

Agenda 2
Ucapan Guru Besar
2.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK LPS yang
sudi hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung Lembaga Pengelola Sekolah.
2.2 Lembaga Pengelola Sekolah merupakan salah satu keunikan S e k o l a h
J e n i s Kebangsaan Tamil (SJKT).
2.3 Peranan dan kerjasama Lembaga Pengelola Sekolah adalah amat penting dan
perlu terutamanya dalam pembangunan infrastruktur sekolah.
2.4 Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengerusi dan AJK LPS sesi
2022/2023 kerana telah dapat memberi kerjasama melaksanakan tugasnya.

Tindakan: Makluman Semua


Agenda 3
Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3.1 Setiausaha memberi penerangan dan meminta semua ahli Lembaga Pengelola
menyemak minit mesyuarat yang lalu.
3.2 En.Karunanithy mencadangkan minit mesyuarat yang lalu d i t e r i m a dan
disokong oleh En.Ponnusamy

Tindakan: Makluman Semua

Agenda 4
Membentang Dan Mengesahkan Laporan Kewangan Yang Berakhir
Pada 31 /12/2023.
4.1 Bendahari memberi penerangan dan meminta semua ahli Lembaga Pengelola
menyemak laporan kewangan yang diedarkan.
4.2 En.Ponnusamy mencadangkan laporan kewangan tahun 2023 d i t e r i m a dan
disokong oleh En.Karunanithy
Tindakan: Makluman Semua

Agenda 5
Perkara-perkara Berbangkit
5.1 Tiada

Agenda 6
Pemilihan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) Sesi 2022/2023
6.1 Pengerusi Membubarkan AJK LPS Sesi 2022/2023 dan memberi laluan kepada
pemilihan Jawatan kuasa LPS sesi 2024/2025
6.2 En.Karunanithy mencadangkan En.Subramaniam sebagai sementara bagi
proses pelantikan AJK LPS Sesi 2024/2025.
Jawatan Pengerusi , Naib Pengerusi dan Bendahari
6.3 Pengerusi meminta para AJK membuat pencalonan bagi jawatan pengerusi ,
naib pengerusi dan bendahari
6.4 Pn.Vethavalli mencadang Pn.Loganayagi dicalonkan sebagai pengerusi dan
disokong oleh Pn.Sarojini
6.5 Pn.Vethavally.mencadang En.Muniandy dicalonkan sebagai Naib pengerusi
dan disokong oleh Pn.Loganayagi .
6.6 En.Sellan mencadang En.Ponnusamy dicalonkan sebagai Bendahari dan
disokong oleh Pn.Sarojini
Jawatan Ahli Jawatankuasa
6.7 Pn.Vethavalli mencadang En.Karunanithy dicalonkan sebagai AJK dan disokong
oleh En.Muniandy
6.8 En.Karunanithy mencadang En.Sellan sebagai AJK dan disokong oleh
En.Muniandy
6.9 En.Muniandy mencadang Pn.Vethavalli sebagai AJK dan disokong oleh
En.Karunanithy
6.10 En.Karunanity mencadang Pn.Sarojini sebagai AJK dan disokong oleh
Pn.Vethavalli.
6.11 En.Ponnusamy mencadang En.Ganesen sebagai AJK Tambahan dan disokong
Pn.Loganayagi
Jawatan Ahli Jawatankuasa Tambahan sesi 2024-2025:-
6.12 En.Muniandy mencadang En.Ulaganathan sebagai AJK dan disokong oleh
Pn.Sarojini
6.13 Melalui undian yang telah dilakukan berikut ialah senarai Ahli Jawatankuasa
LPS Sesi 2024/2025.

Yang Di Pertua : Pn.Loganayagi A/P Arumugham (Ibu bapa)


Naib Yang Di Pertua : En. Muniandy A/L Pucheappan (Wakil Penyokong)
Setiausaha : En.Subramaniam A/L Ranggasamy (Guru Besar)
Bendahari Kehormat : En.Ponnusamy A/L Nadarajan (Wakil Bekas
Murid)
Ahli Jawatankuasa :
En.Karunanithy a/l Subramaniam (Wakil Ibu bapa)
En.Ganesen a/l Sockalingam ( Wakil Bekas Murid)
En.Selean a/l Kathiruveloo ( Wakil Penyokong )
Pn.Vethavally a/p Shammugam (Wakil
Penyokong)
Juru Audit 1 Pn.Sarojini a/p Nasanal (Wakil Ibu bapa)
Juru Audit 2 En.Ulaganathan a/l Kummarasamy
(Wakil Bekas Murid)

Agenda 7

7.0 Pengeluaran wang dari Akaun Bank Lembaga Pengelola Sekolah

7.1 Dalam mesyuarat ini semua ahli mengambil keputusan sebulat suara memberi kuasa
kepada salah 2 daripada 3 orang seperti disenaraikan bagi mengeluarkan wang dari
akaun lembaga pengelola sekolah.

1.Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah : Pn.Loganayagi a/p Arumugham


2.Naib Pengerusi Lembaga pengelola Sekolah:En.Muniandy a/l Pucheappan
3.Bendahari Lembaga Pengelola Sekolah : En.Ponnusamy @ Ramesh A/L Nadarajan

Agenda 8

8.0 Hal-hal yang lain


8.1 Guru besar menyeru agar semua ahli LPS harus mengetahui dasar perlembagaan
Lembaga Pegelola Sekolah supaya tidak berlaku ketidakaturan pelaksanaan.

8.2 Pengerusi LPS meminta semua ahli kena menghadirkan diri apabila mengadakan
mesyuarat tanpa gagal dan surat panggilan mesyuarat AJK akan diserahkan 14 hari
sebelum sesuatu mesyuarat akan diadakan.
Agenda 9

Ucapan Penangguhan Mesyuarat


9.1 Pn.Loganayagi selaku YDP. LPS sesi 2024/2025 merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua AJK LPS dan pihak sekolah.
9.2 Mesyuarat ditangguh pada 12.00 th sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan
kelak.

Disediakan oleh Disahkan oleh,

……………………………………………… …….……………………..…………….
( SUBRAMANIAM A/L RANGGASAMY ) (LOGANAYAGI A/P ARUMUGHAM)
Guru Besar Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah
Merangkap Setiausaha Kehormat,
LPS SJK(T) Ladang Sogomana.

You might also like