Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teks Pengacara Majlis

PELANCARAN PROGRAM KECEMERLANGAN TIADA TANDINGAN


bil Perkara teks
1 Persediaan Mohon Kerjasama semua guru dan murid bersedia kerana majlis akan
majlis dimulakan sebentar lagi. Guru-guru dan murid diminta berdiri Ketika
ketibaan perasmi dan barisan pentadbir.
2 Salutasi Yang dihormati Puan Marilou De Guzman, Penolong Pegawai Unit Pra
Sekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah Sandakan.

Yang Dihormati, Tuan Haji Jainal Bin Sulaiman, Naib Yang Dipertua
PIBG SMK Elopura 2

Yang berusaha Tuan Awang Tajudin Bin Awangku Arsad, Pengetua SMK
Elopura 2

Yang dihormati,
Puan Noormah Binti Pannuh, Penolong Kanan pentadbiran, SMK
Elopura 2
En Sim Chee Vui Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Elopura 2
Puan Sharifah Binti Osman, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Elopura
2
En Amir Bukhari Bin Mohd Razali, Penolong Kanan Tingkatan Tingkatan
6 SMK Elopura 2

Barisan Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian

3 Nyanyian lagu Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam majlis Pelancaran
Program Kecemerlangan Tiada Tandingan tahun 2024 pada hari ini
Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita nyayikan lagu
Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu sekolah,

Hadirin dijemput Berdiri

- Nyanyian lagu negaraku, sabah tanah airku, lagu sekolah

Terima kasih atas nyayian lagu Sebentar tadi, hadirin dijemput duduk
- Pelajar dan guru akan duduk

4 Bacaan doa Bagi memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan
bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat Rahmat.

Justeru itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Ariffin


Bin Ibrahim untuk memimpin bacaan Doa. Majlis dengan segala hormat
mempersilakan.
- Ustaz baca doa

Amin Ya rabbi alamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan


bacaan doa itu tadi

5 Makluman Untuk pengetahuan semua, program Kecemerlangan Tiada Tandingan


umum merupa Aspirasi daripada Pengetua SMK Elopura 2, Tuan Awang Tajudin
Bin Awangku Arsad. Objektif utama program ini adalah untuk memberi
motivasi kepada calon-calon SPM dan STPM untuk mencapai tahap
pencapaian maksimum, mengalakkan calon-calon SPM dan STPM
berdaya saing dan memberi dorongan kepada calon-calon SPM dan
STPM tanpa ada yang tercicir.
6 Ucapan alu- Hadirin dihormati sekalian.
aluan pengetua Majlis seterusnya mempersilakan yang berusaha tuan pengetua Tuan
Awang Tajudin Bin Awangku arsad untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
- Tuan pengetua berucap
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua
atas ucapan sebentar tadi.

7 Ucapan Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput


perasmian yang dihormati puan Marilou De Guzman, Penolong Pegawai Unit Pra
Sekolah & Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah Sandakan untuk menyampaikan ucapan perasmian. Majlis dengan
penuh takzimnya mempersilakan.
- Perasmi berucap
Gimik Majlis menjemput sekali lagi puan Marilou De Guzman ke depan untuk
perasmian memotong riben sebagai gimik perasmian. Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan.
- Perasmi memotong riben
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada puan Marilou De
Guzman atas gimik pelancaran sebentar itu tadi.

8 Penutup Hadirin hadirat sekalian

Dengan rasminya pelancaran program kecemerlangan tiada tandingan itu


tadi, Majlis memohon kepada perasmi, barisan pentadbir dan semua guru-
guru agar dapat bersama-sama pelajar untuk sesi bergambar.
- Perasmi dan barisan pentadbir bergambar
Dengan berakhirnya sesi bergambar, maka berakhirlah Majlis pelancaran
program kecemerlangan tiada tandingan tahun 2024 pada hari ini. Majlis
mempersilakan yang berusaha tuan pengetua Tuan Awang Tajudin Bin
Awangku Arsad mengiringi yang dihormati puan Marilou De Guzman,
tetamu jemputan dan barisan pentadbir untuk menikmati jamuan ringan
yang disediakan di kantin sekolah. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin kerana sudi hadir
ke majlis pada pagi ini. Aktiviti seterusnya diserahkan kepada guru
bertugas.

Sekian terima kasih

You might also like