Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PERTANDINGAN SMART KICK PRASEKOLAH DAERAH LEDANG 2015

1.0 PELAKSANAAN

1.1 PERATURAN PERTANDINGAN

 Bilangan semua pemain untuk pertandingan smart kick termasuk simpanan bagi satu
pasukan ialah 7 orang.
 Peraturan-peraturan semasa pertandingan futsal diberi kelonggaran untuk murid
peringkat prasekolah mengikut persetujuan dari semua pihak.

 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik untuk
pertandingan ini adalah muktamad.

1.2 NAMA PERTANDINGAN

 Pertandingan Smart Kick Prasekolah Daerah Ledang 2015

1.3 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

 Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Smart Kick ialah seperti berikut:-

Pengurus Pasukan : 1 orang

Jurulatih Pasukan : 1 orang

Peserta : 7 orang

Jumlah : 9 orang

1.4 PENYERTAAN

 Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid lelakiKelas Prasekolah DaerahLedang


Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap zon hanya boleh mendaftarkan dua (2) pasukan
sahaja.
 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.

 Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak
dibenarkan.

 Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola
bersama-sama dengan salinan surat beranak semasa mesyuarat pengurus pasukan
diadakan.

1.5 TEMPOH PERLAWANAN

Jangka masa perlawanan adalah seperti berikut:

 Bahagian pertama : 5 minit


 Rehat : 3 minit
PERTANDINGAN SMART KICK PRASEKOLAH DAERAH LEDANG 2015

 Bahagian kedua : 5 minit

2.0 SISTEM PERTANDINGAN

 Dipecahkan mengikut kumpulan A dan B

A. Pusingan Permulaan

6 pasukan (1 zon 2 pasukan) dipecahkan mengikut kumpulan A & B. Pecahan kumpulan


ini dibuat melalui cabutan undi semasa mesyuarat pengurus pasukan diadakan. Dua
pasukan yang mendapat mata tertinggi dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan
separuh akhir manakala satu pasukan lagi yang mendapat markah yang terendah dalam
kumpulannya akan bersaing untuk kedudukan tempat kelima dan keenam.

B. Pusingan Separuh Akhir

i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati.


ii. Johan A menentang Naib Johan B
iii. Johan B menentang Naib Johan A

C. Pertandingan akhir

i. Pemenang bagi setiap pusingan separuh akhir akan ke pusingan akhir.

D. Tempat ketiga dan keempat

i. Bagi pasukan yang kalah dalam separuh akhir akan bertemu bagi menentukan
kedudukan tempat ketiga dan keempat.

E. Tempat kelima dan keenam


i. Pasukan yang mendapat tempat ketiga dalam peringkat kumpulan akan
bertemu untuk penentuan tempat kelima dan keenam.

3.0 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

3.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan futsal secara Liga adalah seperti
berikut :-
Menang - 3 Mata
Seri - 1 Mata
Kalah - 0 Mata
PERTANDINGAN SMART KICK PRASEKOLAH DAERAH LEDANG 2015

3.2 Keputusan Seri

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan
ditentukan seperti berikut:

i. Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai
jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.
ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang
iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan
diisytiharkan sebagai pemenang.

3.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat separuh akhir,


akhir, tempat ketiga & keempat serta tempat kelima & keenam :
i. Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa
sepenuh perlawanan.
ii. Penentuan sepakan penalti akan dibuat dimana 3 sepakan penalti bagi setiap pasukan
akan dibuat. Jika masih seri, sepakan penalty akan diteruskan sehingga adanya
pemenang.

4.0 PAKAIAN

 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk dan
warna yang sama.
 Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set jersi/bib warna yang bernombor sebagai
simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan lain. (Lain warna)

 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek.

 Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan
memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.

5.0 KELEWATAN

 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum
perlawanan dimulakan.
 Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan
yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan
jaringan 3-0.

 Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil
tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain
gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan
Pertukaran Posisi.
PERTANDINGAN SMART KICK PRASEKOLAH DAERAH LEDANG 2015

 Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak
boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas
memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila:-

i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di
posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu.
ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.
ii.Sebaik sahaja selepas rehat

6.0 BANTAHAN DAN RAYUAN

 Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam
selepas tamat perlawanan.
 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Bantahan sebanyak RM50.00
(Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

 Wang tersebutakan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati
tidak wajar.

7.0 JURI RAYUAN

 Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 3 orang (minimum) atau 5 orang (maksimum)
dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada zon berkecuali.

Ahli juri rayuan terdiri daripada:

i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi.

ii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau wakilnya.

iii. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan.

iv. Dua hingga empat orang wakil daripada zon yang berkecuali.

 Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

8.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau


harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat
penginapan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan
dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan
diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan
berlangsung.Setiap Pasukan Prasekolah dikehendaki menyediakan “First Aid Kit” sendiri.
PERTANDINGAN SMART KICK PRASEKOLAH DAERAH LEDANG 2015

9.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu
akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkan memasuki sebarang pertandingan
seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang
terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.

You might also like