Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

KERTAS KERJA PERTANDINGAN

SMART KICK PRASEKOLAH DAERAH


LEDANG 2015

1
KERTAS KERJA PERTANDINGAN SMART KICK

PRASEKOLAH DAERAH LEDANG

TAHUN 2015

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Smart Kick Prasekolah Daerah Ledang adalah disertai oleh murid Prasekolah
berumur dari 4 - 6 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri
selaras dengan matlamat Standard Kurikulum Prasekolah untuk melahirkan murid yang
sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ).

2.0 MATLAMAT

Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang
positif.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai oleh mereka.
3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.
3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.
3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Sekolah yang mempunyai kelas Prasekolah KPM di Daerah Ledang.


4.2 7 orang murid lelaki dari setiap pasukan.

5.0 CADANGAN PERTANDINGAN SMART KICK

5.1 Dijalankan mengikut pecahan kumpulan iaitu kumpulan A & B


5.2 Setiap kumpulan terdiri daripada 3 pasukan.
5.3 Johan dan Naib Johan bagi bagi setiap kumpulan akan ke pusingan separuh akhir.
5.4 Pemenang bagi pusingan separuh akhir akan layak ke peringkat akhir bagi
menentukan johan pertandingan smart kick Prasekolah Ledang tahun 2015.
5.5 Pasukan yang kalah dalam separuh akhir akan bertemu untuk menentukan pemenang
tempat ketiga dan keempat.
5.6 Pasukan yang tidak layak ke separuh akhir akan bertemu untuk penentuan tempat
kelima dan keenam.
5.7 Pertandingan ini dijalankan dalam tempoh satu hari sahaja.

2
6.0 SUMBER KEWANGAN

6.1 Yuran penyertaan dari sumber Panitia Prasekolah Daerah Muar

7.0 PERBELANJAAN ( anggaran dan ikut kesesuaian )

7.1

Bil. Perkara Jumlah Catatan

1. Bayaran Pengadil RM20.00 X 8 orang RM 160.00

2. Hadiah Tempat Pertama :Plak RM 6.00 x 7 RM 42.00


murid

3. Hadiah Tempat Kedua :Plak RM 5.00 X 7 RM 35.00


murid

4. Hadiah Tempat Ketiga: Plak RM 4.00 X 7 RM 28.00


murid

5. Saguhati tempat keempat hingga keenam: RM 63.00


Plak RM3.00 X 21 murid

6. Piala Pusingan RM 100.00

7. Sewa dewan futsal RM 180.00

8. Urusetia (Wisel, pen marker, kertas A4, RM 50.00


kertas mahjong dll)
9. Air mineral RM 70.00

10. Banner RM 100

JUMLAH RM

3
8.0 PELAKSANAAN

8.1 PERATURAN PERTANDINGAN

 Bilangan semua pemain untuk pertandingan smart kick termasuk simpanan bagi satu
pasukan ialah 7 orang.
 Peraturan-peraturan semasa pertandingan futsal diberi kelonggaran untuk murid
peringkat prasekolah mengikut persetujuan dari semua pihak.
 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik untuk
pertandingan ini adalah muktamad.

8.2 NAMA PERTANDINGAN

 Pertandingan Smart Kick Prasekolah Daerah Ledang.

8.3 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

 Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Smart Kick ialah seperti berikut:-

Pengurus Pasukan : 1 orang

Jurulatih Pasukan : 1 orang

Peserta : 7 orang

Jumlah : 9 orang

8.4 PENYERTAAN

 Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid lelaki Kelas Prasekolah Daerah
Ledang Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap zon hanya boleh mendaftarkan dua
(2) pasukan sahaja.
 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.
 Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah
tidak dibenarkan.
 Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola
bersama-sama dengan salinan surat beranak semasa mesyuarat pengurus pasukan
diadakan.

8.5 TEMPOH PERLAWANAN

Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:

 Bahagian pertama : 5 minit


 Rehat : 3 minit
 Bahagian kedua : 5 minit

4
8.6 SISTEM PERTANDINGAN

 Dipecahkan mengikut kumpulan A dan B

A. Pusingan Permulaan

6 pasukan (1 zon 2 pasukan) dipecahkan mengikut kumpulan A & B. Pecahan


kumpulan ini dibuat melalui cabutan undi semasa mesyuarat pengurus pasukan
diadakan. Dua pasukan yang mendapat mata tertinggi dalam setiap kumpulan akan
masuk ke pusingan separuh akhir manakala satu pasukan lagi yang mendapat markah
yang rendah dalam kumpulannya akan bersaing untuk kedudukan tempat kelima dan
keenam.

B. Pusingan Separuh Akhir

i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati.

ii. Johan A menentang Naib Johan B

iii. Johan B menentang Naib Johan A

C. Pertandingan akhir

i. Pemenang bagi setiap pusingan separuh akhir akan ke pusingan akhir.

D. Tempat ketiga dan keempat

i. Bagi pasukan yang kalah dalam separuh akhir akan bertemu bagi menentukan

kedudukan tempat ketiga dan keempat.

E. Tempat kelima dan keenam

i. Pasukan yang mendapat tempat ketiga dalam peringkat kumpulan akan

bertemu untuk penentuan tempat kelima dan keenam.

8.7 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

8.7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan futsal secara Liga adalah seperti

berikut :-

Menang - 3 Mata

Seri - 1 Mata

5
Kalah - 0 Mata

8.7.2 Keputusan Seri

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan
ditentukan seperti berikut:

i. Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai

jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.

ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang

iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan

diisytiharkan sebagai pemenang.

8.7.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat separuh akhir,

akhir, tempat ketiga & keempat serta tempat kelima & keenam :

i. Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa

sepenuh perlawanan.

ii. Masa tambahan selama dua (2) x lima (5) minit setiap bahagian akan dimainkan.

ii. Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan

yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

iv. Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.

v. Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran

Tengah berikutnya.

vi. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,penentuan sepakanan penalti akan

dibuat dimana 3 sepakan penalti bagi setiap pasukan akan dibuat.Jika masih lagi seri

lambungan duit akan digunapakai untuk mencari pemenang.

6
9.0 PERTUKARAN PEMAIN

9.1 Penggantian dan Pertukaran posisi

 Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang
lain.
 Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga
kali di setiap satu – satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan
untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira.
 Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemain di gelanggang bertukar posisi.
 Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama
ada:

i. Masa rehat

ii. Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit.

Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang

menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian

dan atau pertukaran posisi.

 Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang telah di
daftarkan

9.2 Kecederaan dan kesakitan

Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan

permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat.

Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya

atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang

terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke

gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung.

9.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas

waktu rehat separuh masa.

9.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana

kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas


7
waktu rehat separuh masa.

10.0 PAKAIAN

 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk dan
warna yang sama.
 Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set jersi/bib warna yang bernombor atau
huruf sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan
lain.(Lain warna)
 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku
pendek.
 Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan
memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.

11.0 GELANGGANG DAN PERALATAN

 Gelanggang futsal

1. Cadangan luas padang futsal ialah 25 m X 18 m ( panjang (p) X lebar(l) )

25 m

18 m 5m 3m

3m

1.5 m

i. Gol adalah ukuran keluasan 3 m lebar di depan gol 5 m


ii. Lebar di tengah untuk separuh bulatan adalah 1.5 m

2. Peralatan Futsal

8
 2 biji bola perlu disediakan atau digunakan adalah bersaiz 3 atau 4.
 Tiang gol seperti tiang gol Bola Baling.

12.0 KELEWATAN

 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum
perlawanan dimulakan.
 Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa
alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak
lawan dengan jaringan 3-0.
 Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil
tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain
gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan
Pertukaran Posisi.
 Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak
boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas
memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila :-

i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di
posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu.
ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.
ii.Sebaik sahaja selepas rehat

13.0 BANTAHAN DAN RAYUAN

 Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam
selepas tamat perlawanan.
 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Bantahan sebanyak RM50.00
(Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
 Wang tersebut akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati
tidak wajar.

14.0 JURI RAYUAN

 Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 3 orang (minimum) atau 5 orang
(maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada zon berkecuali.

Ahli juri rayuan terdiri daripada:

i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi.

ii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau wakilnya.

iii. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan.

iv. Dua hingga empat orang wakil daripada zon yang berkecuali.

9
 Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

15.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang


atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan
tempat penginapan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa
pertandingan dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah
keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa
kejohanan berlangsung. Setiap Pasukan Prasekolah dikehendaki menyediakan “First Aid
Kit” sendiri.

16.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN

Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan
lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya,
maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak
menangguhkan perlawanan.

Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :-

1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan

disambung mengikut baki masa yang tinggal.

2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah

dimainkan semula.

3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu

jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan

secara serta merta.

4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Futsal akan menetapkan semula

perlawanan yang tertangguh itu.

17.0 PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK

Panitia Prasekolah Ledang akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Smart kick di
mana pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh Pejabat Pelajaran
Daerah yang menganjurkan Mini Sukan tersebut untuk menyediakan borang
pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring,
kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman.
10
18.0 CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG- PENGELOLAAN

Bangku - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan)

Kerusi -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1

pencatat skor)

Meja - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa)

Borang pertandingan - borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan

Jam randik - 1 buah

Papan skor - 1 unit

Bola pertandingan - 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding) setiap pertandingan

19.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh
pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkanmemasuki sebarang
pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam
perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan
keputusan kumpulan.

11
20.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Naib Setiausaha :
Bendahari :
Naib Bendahari :
Ahli Jawatankuasa :

i. Pendaftaran dan Borang

ii. Persiapan Tempat / Padang

iii. Teknikal / Peralatan

iv. Jamuan

v. Hadiah dan Cenderahati

vi. Buku Program / Jemputan

vii. Juruacara

viii. Penyelia Peserta

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

12
21.0 LAMPIRAN

1. Jadual Perlawanan Liga Futsal


2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan
3. Borang Penyertaan Pertandingan
4. Borang Senarai Nama Pasukan

13
LAMPIRAN 1 & 2

KUMP A
A1
A2
A3
KUMP B
B1
B2
B3

JADUAL PERLAWANAN

(A) Peringkat Kumpulan

BIL PERLAWANAN MASA GELANGGANG


1 A1 vs A2 8.00 – 8.15 A
2 B1 vs B2 8.00 – 8.15 B
3 A3 vs A1 8.20 – 8.35 A
4 B3 vs B1 8.20 – 8.35 B
5 A2 vs A3 8.40 – 8.55 A
6 B2 vs B3 8.40 – 8.55 B

(B) Penentuan Tempat ke-5 & ke-6

BIL PERLAWANAN MASA GELANGGANG


7 KE-3 KUMP A vs KE-3 KUMP B 9.10 – 9.30 A

(C) Separuh Akhir

BIL PERLAWANAN MASA GELANGGANG


8 JOHAN A vs NAIB JOHAN B 9.30 – 9.50 A
9 JOHAN B vs NAIB JOHAN A 9.30 – 9.50 B

(D) Penentuan Tempat ke-3 & ke-4

BIL PERLAWANAN MASA GELANGGANG


10 TEWAS SEMI 1 vs TEWAS SEMI 2 10.00 – 10.20 B

(E) Perlawanan Akhir

BIL PERLAWANAN MASA GELANGGANG

14
11 PEMENANG SEMI 1 vs PEMENANG SEMI 2 10.30 – 10.50 A

PERINGKAT KUMPULAN (LIGA)

KUMPULAN A

A1 A2 A3 JUMLAH MATA
A1
A2
A3

KUMPULAN B

B1 B2 B3 JUMLAH MATA
B1
B2
B3

CARTA LIGA (KUMPULAN A)


BI PASUKAN P M S K J B MT
L

CARTA LIGA (KUMPULAN B)


BI PASUKAN P M S K J B MT
L

15
Nota: P=Perlawanan, M=Menang, S=Seri, K=Kalah, J=Jaringan, B=Bolos, MT=Mata

PERINGKAT KALAH MATI

Separuh Akhir (1)

JOHAN A

NAIB JOHAN B Akhir

PEMENANG SEMI 1

Separuh Akhir (2) PEMENANG SEMI 2

JOHAN B
Penentuan ke-3 & ke-4
NAIB JOHAN A
TEWAS SEMI 1

TEWAS SEMI 2

Penentuan ke-5 & ke-6


KE-3 KUMPULAN A

KE-3 KUMPULAN B

SENARAI AKHIR PEMENANG

Johan

Naib Johan

Ketiga

Keempat

16
Kelima

Keenam

LAMPIRAN 3

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

NAMA ZON :

NAMA PASUKAN :

NAMA PENGURUS :

NAMA JURULATIH/PEN JURULATIH :

WARNA BIP/JERSI :

BIL NAMA PESERTA NO. S/B POSISI NO. JERSI

17
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………….. ………………………………………….

LAMPIRAN 4

SENARAI NAMA PASUKAN

BIL NAMA SEKOLAH JURULATIH / PENGURUS PASUKAN

18
19

You might also like