Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN

TANJUNG LABIAN,
PETI SURAT 61130,
91120 LAHAD DATU, SABAH.

KERTAS CADANGAN
MEMBINA DEWAN
TERBUKA

“Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi


Harapan”

#budayapenyatubangsa

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)


SK TANJUNG LABIAN
LAHAD DATU, SABAH

1
KERTAS CADANGAN
MEMBINA DEWAN TERBUKA
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG LABIA

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian, Lahad Datu Sabah merupakan sebuah sekolah harian
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelbagai kemudahan fizikal dan infrastruktur disediakan
termasuk gelanggang yang diberi gelaran tapak perhimpunan.

Tapak perhimpunan ini merupakan tempat untuk semua guru dan murid berkumpul bagi
menjalani aktiviti perhimpunan mingguan dan pelbagai aktiviti sukan seperti senamrobik
diadakan.

Aktiviti perhimpunan di tapak perhimpunan yang sedia ada ini tidak dapat dilaksanakan
ataupun terpaksa ditunda sekiranya mengalami cuaca hujan. Selain itu, sekiranya pihak sekolah
ingin menjalankan sesuatu aktiviti, masa aktiviti yang hendak dijalankan amat terhad atas faktor
cuaca panas bermula sekitar jam 8:00 pagi serta keadaan sekolah yang berhadapan dengan laut
turut menjadi punca cuaca bertambah panas.

Atas dasar keselesaan semua guru dan murid, maka pihak sekolah berganding bahu
bersama pihak PIBG SK Tanjung Labian begitu proaktif mengambil inisiatif membina dewan
terbuka berbumbung ini.

2.0 MATLAMAT
SK Tanjung Labian memerlukan sebuah dewan terbuka berbumbung yang sama taraf
seperti sekolah rendah yang lain. Matlamat yang utama ialah bertujuan untuk menampung
keperluan ruang bagi menjalankan program sekolah seperti perhimpunan mingguan, bacaan
yasin setiap hari Jumaat, aktiviti sukan dan permainan dan sebagainya.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Dewan terbuka akan memberikan kemudahan dan perlindungan kepada semua
murid terutamanya ketika hari hujan dan cuaca panas terik semasa perhimpunan rasmi dan
program sekolah.
3.2 Dewan terbuka yang luas akan dapat memudahkan murid-murid menjalankan
aktiviti terutamanya aktiviti yang melibatkan kumpulan yang besar.
3.3 Dewan terbuka ini juga dapat dijadikan gelanggang sukan seperti bola jaring, bola
tampar, futsal dan sepak takraw.
3.4 Dewan terbuka ini juga dapat dijadikan tempat ibu bapa berkumpul dalam aktiviti
PIBG SK Tanjung Labian.

4.0 PELAKSANAAN

2
Tarikh : Segera
Tempat : SK Tanjung Labian, Lahad Datu Sabah

5.0 KUMPULAN SASARAN

300 orang murid SK Tanjung Labian

6.0 TAPAK CADANGAN


Tapak dewan terbuka berbumbung yang dicadangkan ini terletak di atas tapak
perhimpunan yang sedia ada yang mempunyai keluasan yang terhad iaitu lebih kurang 150 kaki
x 75 kaki.
Kedudukannya yang strategik berada di hadapan sekolah dan berdekatan dengan pintu
utama sekolah memudahkan murid berkumpul ketika hujan atau semasa menunggu ibu bapa
mengambil ketika waktu pulang.
Ianya merupakan tempat yang sesuai untuk murid berkumpul kerana tapak ini berdekatan
juga dengan kawasan kelas.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Dewan terbuka berbumbung - 40’ x 100’ RM100,000.00

Jumlah Besar RM140,000.00

8.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan dan iltizam kepada Warga Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian pada
tahun 2024 ini di mana keseluruhan keperluan yang dirangka dan dibentangkan merupakan
manifestasi dari keazaman yang kental dan waja untuk menjana kecemerlangan murid.
Sehubungan dengan itu, adalah ditegaskan bahawa niat yang murni ini memerlukan
sokongan dan kerjasama yang kuat serta padu daripada pihak pentadbiran negeri.

SEMAKAN DAN KELULUSAN

Dokumen ini disediakan oleh:

PUAN NORKHAMISAH BINTI HUSSEIN

3
Setiausaha
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK TANJUNG LABIAN, LAHAD DATU SABAH

DILULUSKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

ENCIK MOHAMMAD ALI BIN PUAN NINANG BINTI KONG KONG @


ENAU ANANG

YANG DIPERTUA Guru Besar


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) PENASIHAT
SK Tanjung Labian, SK Tanjung Labian,
LAHAD DATU, SABAH LAHAD DATU, SABAH

Tarikh: Tarikh:

Cop PIBG :

Permohonan ini diluluskan / Tidak diluluskan :

Catatan :

............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................

You might also like