Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

METHODIST (ACS) KAMPAR


MINIT MESYUARAT
PANITIA PSV
KALI PERTAMA
( 7 MAC 2024, 9.30 PAGI, MAKMAL BIOLOGI)

BILANGAN 1/2024

Kehadiran :

1. Pn. Asmazura Binti Abd Wahab (Guru Kanan Kemanusiaan)


2. Pn. Nor Azida Binti Ab Rahman
3. Pn. Guneswari Binti Ramachandran
4. Pn. Siti Nadiah Binti Khirul Idris
5. Pn. Zahidah Binti Mohd Isa

1.0 Kata Alu-aluan Pengerusi

1.1 Puan Nor Azida mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
kehadiran Guru Kanan Kemanusiaan dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Seni
Visual kali pertama pada tahun ini. Puan Nor Azida berharap agar semua guru
dapat sama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar ACS
dalam subjek Pendidikan Seni Visual dan juga peratus pencapaian mata pelajaran
PSV dalam Peperiksaan SPM tahun ini.

Tindakan : Makluman
2.0 Sukatan Pelajaran/ DSKP /RPT

2.1 Guru mata pelajaran perlu menyediakan DSKP dan Rancangan Pelajaran Tahunan
mengikut standard KSSM. DSKP dan RPT perlu disahkan oleh Guru Kanan
Kemanusiaan.

Tindakan : Semua Guru PSV

3.0 Persediaan Rekod Mengajar 2024 dan CIDS.

3.1 Guru-guru perlu menyiapkan rancangan pengajaran harian menerusi aplikasi


CIDS dan menghantarnya pada setiap minggu selewat-lewatnya pada hari jumaat.
3.2 Semua guru diingatkan supaya melengkapkan refleksi dalam rekod mengajar
selepas tamat PdPc sebelum menghantar rekod mengajar untuk disahkan. Guru-
guru perlu menyediakan rekod mengajar bagi kelas pertama setiap hari Isnin
minggu berikutnya pada setiap minggu kepada PP1.

Tindakan : Semua Guru PSV


4.0 Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc)

4.1 Ketua Panitia memaklumkan kepada semua guru PSV supaya memberi latihan
tambahan kepada pelajar sepanjang tahun untuk meningkatkan kemahiran
menjawab.
4.2 Guru-guru PSV digalakkan menggunakan dan menvariasikan pelbagai kaedah
PAK-21 semasa sesi PdPc dijalankan mengikut keperluan pelajar.

Tindakan : Semua Guru PSV

5.0 Program Peningkatan Akademik Panitia PSV bagi Tahun 2024/2025

5.1 Beberapa program yang telah dirancang untuk tahun 2024/2025 seperti:-

a) Bengkel Batik
b) Bengkel Menggambar Peringkat Sekolah
c) Bengkel Menggambar Peringkat Daerah
d) Bengkel Kerja Kursus Peringjat Daerah
e) Teknik Menjawab Peringkat Sekolah

Tindakan: Makluman

6.0 Pencerapan Hasil Kerja Pelajar

6.1 Pencerapan buku atau hasil pelajar akan dilaksanakan oleh Pengetua secara rawak
sebanyak 5 buah buku.
6.2 Guru-guru diingatkan supaya menyemak secara berkala (tanda mengikut
penandaan yang betul).

Tindakan: Semua Guru PSV

7.0 Penyelarasan Penggubal soalan Peperiksaan Dalaman 2024/2025.

7.1 Penyediaan soalan bagi PPT DAN UASA/PAT/PPSPM 2024/2025 akan disediakan
oleh:

TING. PAWAD PPT UASA/PAT/PPSPM


PERALIHA - Pn. Siti Nadiah Pn. Siti Nadiah
N
TING.1 - Pn. Siti Nadiah Pn. Guneswari
TING.2 - Pn.Zahidah Pn. Azida
TING.3 - Pn. Siti Nadiah Pn. Azida
TING.4 - Pn. Guneswari Pn. Siti Nadiah
TING.5 - Pn. Guneswari SPM

Tindakan :Semua guru yang berkenaan


8.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

8.1 Pn. Azida membentangkan analisis PBD Fasa 2 Peperiksaan Akhir Tahun 2023
bagi semua tingkatan. Pn. Azida mengingatkan semua guru PSV untuk melaksanakan program
intervensi iaitu Program pengayaan bagi murid yang mendapat TP5 &TP6, program pengukuhan
untuk TP3 & TP4 dan program pemulihan untuk TP1 dan TP2.

Tindakan : Semua guru PSV

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................... ............................................................
(Pn. Siti Nadiah binti Khirul Idris) (Pn.Asmazura binti Abd Wahab)
Setiausaha Panitia PSV Ketua Bidang Kemanusiaan

You might also like