Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PERUTUSAN PENGERUSI

- ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua guru kerana menghadirkan diri di mesyuarat kali ini

II PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


- Minit Mesyuarat Bil.4 /202022 dicadang untuk disahkan oleh
Cadangan :
Sokongan :

III PERKARA BERBANGKIT

TIADA

IV AGENDA

I PENGURUSAN PANITIA
- Semua Ketua Panitia perlu memastikan semua fail Panitia dilengkapkan dengan baik sebelum tahun
2023 berakhir. Fail Panitia merupakan evidens yang cukup penting dalam menunjukkan pengurusan
Panitia masing-masing.
- Ketua Panitia diarahkan untuk mengadakan Mesyuarat Panitia Bil 01/2023 mengikut tarikh dan masa
yang ditetapkan. Segala agenda yang dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat perlu
dilaksanakan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Ketua Panitia perlu mengambil perhatian
untuk menyampaikan maklumat yang diperolehi dalam Mesyuarat Kurikulum disampaikan kepada
semua ahli Panitia dalam Mesyuarat Panitia.

- panitia Sejarah bertanggungjawab menyediakan kajian tindakan dihantar ke PPD. Tarikh menghantar
kertas cadangan dan laporan akan dimaklum sebaik sahaja mendapat surat dari PPD.

ii. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK SEKOLAH


- program peningkatan akademik perlu dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat panitia.
peranan panitia sangat penting dalam peningkatan akademik murid.
- Aktiviti tahunan yang dirancang dalam panitia mestilah dilaksanakan dengan berkesan supaya dapat
membantu dalam peningkatan prestasi akademik murid disamping membentuk modal insan yang
berguna.
- Ketua panitia bersama AJK panitia perlu membincangkan kekuatan dan kelemahan dalam
pelaksanaan sesuatu program peningkatan akademik bagi tahun 2022. Hal ini akan membantu guru-
guru untuk menambahbaik pelaksanaan sesuatu
program di bawah panitia masing-masing pada sesi 2023/2024.

iii. STATUS PERBELANJAAN PCG


- Permohonan duit untuk sebarang aktiviti perlu dibuat lebih awal untuk tujuan pengisian borang
permohonan. Nota Minta perlu diisi dan tidak membenarkan membuat sebarang pembelian terlebih
dahulu sebelum mengisi nota minta. Sepanjang pemantauan, semua panitia bagi tahun 2022 telah
melaksanakan prosedur perbelanjaan Wang Panitia dengan baik.
- memohon ketuaPanitia sentiasa merancang sebelum membuat sebarang perbelanjaan.
perbingcangan juga perlu berkisar tentang ABM dan Anggaran Belanja Mengurus bagi tahun 2023
- mengingatkan semua ketua panitia untuk menggunakan wang untuk manfaat Panitia atau pelajar.
- Anggaran Belanja Mengurus bagi Panitia bagi tahun 2023 perlu dapat dari CC.

iv. LDP/PLC/CPD
- Program PLC perlu diteruskan untuk penambahbaikkan PdP. Semua ahli dalam panitia ambil giliran
untuk menjadi ketua dalam pengurusan PLC.
- sistem SPLKPM perlu dikemaskini oleh semua guru bagi memastikan mata kredit bagi setiap guru
mencukupi. Bagi guru yang belum mencukupi mata kredit untuk membuat kursus secara dalam talian.
- kita kekalkan ambil hari Selasas dan masa dari 1:30 hingga 4:30 untuk mengadakan mesyuarat/
bengkel/ LDP/PLC/

v. STATUS PERLAKSANAAN PROGRAM PPD/JPN/KPM


- tahniah kepada guru kerana telah membudayakan penghantaran minit curai selepas setiap kursus
dan program yang disertai. budaya ini perlu dikekalkan untuk memastikan maklumat disebarkan dan
diambil tindakan segera oleh Pihak Pentadbiran.
- setiap program yang dilaksanakan oleh PPD/JPN/KPM perlu diikuti oleh semua guru yang berkaitan
dan maklumat yang diperolehi perlu disampaikan kepada seluruh warga sekolah.

vi. SEMAKAN BUKU KERJA/AKTIVITI/ LATIHAN MURID


- Perbincangan bergaitan jumlah latihan yang perlu disiapkan oleh murid perlu dilakukan semasa
mesyuarat panitia kali pertam ini.
- Guru-guru perlulah mengikut jadual semakan guru yang terdapat di buku pengurusan sekolah.
- Guru-guru diingatkan untuk memastikan murid-murid menyiapkan buku kerja dan buku latihan di
sekolah, pembetulan nperlu dibuat selepas disemak oleh guru jika ada keselahan
- Mengingatkan murid menulis bilangan dan tarikh latihan yang diberi pada muka kulit buku latihan.
vii. PECERAPAN PdP GURU
- senarai pencerap telah diberi dalam buku pengurusan sekolah, semua guru diingatkan sentiasa
bersedia sebelum pencerapan untuk mendapatkan markah yang baik.
- pemantau mencerap PdP guru, instrument dalam borong pencerapan SKPMg2 dan borang in
strument KBAT digunakan, pengajaran dan pembelajaran hendaklah lebih kepada KBAT, inkuiri dan
projek serta berpusatkan murid.
viii. eRPH GURU
- Masih gunu sistem Mypdp untuk menyediakan RPH setiap hari. semua guru diingatkan untuk
siapkan RPH sehari sebelum. Rekod Pengajaran Harian adalah dokumen penting dan akan
termasuk dalam penilaian prestasi guru. Masih ada guru tidak sediakan RPH secara tidak
konsisten.
- Ketua Panitia perlu sentiasa mengingatkan semua ahli Panitia bahawa penyelaras Penyediaan
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) - Setiap guru
perlulah mempunyai RPT yang terkini dan setiap RPH mengandungi sekurang-kurang tiga perkara
utama iaitu objektif, aktiviti dan refleksi.
- Untuk tahun ini, semua guru tidak perlu menghantar RPH melalui Googel classroom. Guru Besar
akan membuat pengesahan RPH pada hari JUmmat dan guru perlu download RPH mingguan
untuk simpanan sendiri.
- Semua guru perlu cetak RPH minggu ke-4 setiap bulan untuk disah dan ditandatangani oleh Guru
Besar. Selepas itu, bahan cetakan perlu difailkan dalam fail biru RPH yang disediakan sebelum ini
ix. JADUAL WAKTU
- Program transisi tahun satu berlangsing selama 4 minggu, untuk memastikan murid bersedia
sepenuhnya mengikuti pembelajaran sepenuh di sekolah rendah.
- Mana-mana guru yang CRK/berkursus perlu merekod dan memaklumkan Guru Besar dan GPK
Pentadbiran serta mencatat dalam buku kehadiran guru.
- Guru yang telah mengetahui akan menjalankan tugas di luar sekolah digalakkan menawarkan
waktu P&P mereka kepada guru lain. Mencari pengganti terlebih dahulu.
- Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti. Menggantikan pelajaran yang tertinggal pada
masa lain. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh GPK Pentadbiran.
x. PENGGUNAAN ABM
- bahan bantu mengajar dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara
berkesan.
- Pengajaran berkesan dapat disimpulkan sebagai pengajaran yang menyedia dan mewujudkan
suasana yang sihat bagi menggalakkan pelajar untuk terus belajar
- guru-guru memilih dan menggunakan ABM dalam talian yang sepadan mengikut kemampuan
pelajar kelas masing-masing.
xi. PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS
- Sentiasa memastikan penggunaan Bilik-bilik Khas di rekod sebagai bukti penggunaan, guru mesti ada
bersama sekiranya pelajar diarahkan untuk masuk ke dalam Bilik-bilik Khas ini untuk mengelakkan
perkara yang tidak diingin terjadi.

- semua guru yang terlibat dengan bengkel dan makmal untuk menjaga keselamatan pelajar untuk
mengelakkan kecederaan. Latih pelajar untuk sentiasa membudayakan langkah keselamatan di dalam
Bilik-bilik Khas

xiii. UJIAN, PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN (PS/PBD)

- semua Ketua Panitia perlu mengadakan perbincangan format kertas ujian dan sentiaa memantau
soalan yang dibuat oleh guru-guru bagi memastikan soalan yang dihasilkan ada standard. Soalan yang
dihasilkan perlu berkualiti untuk mentaksir pelajar dengan berkualiti. Keputusan yang akan diperoleh
juga akan berkualiti.

- untuk mesyuarat kali pertama ini, Ketua Panitia perlu menfokuskan analisis item, isu yang berbangkit
tentang subjek dalam Panitia masing-masing dan mencari program intervensi yang sesuai untuk
menyelesaikan isu yang timbul.

xiv. SUKATAN MATA PELAJARAN/ DSKP


- Sukatan pelajaran merupakan dokumen penting dan rasmi yang perlu sentiasa menjadi rujukan guru-
guru sepanjang proses PdP berlangsung. Jadi semua guru perlu akur, faham dan hadam sukatan dan
DSKP berdasarkan sukatan KSSR semakan terkini.
- Panitia perlu memastikan sukatan dan rancangan pengajaran disediakan dan sentiasa terkini. Ketua
Panitia perlu memastikan guru-guru sentiasa bersedia untuk mengajar dan Sukatan pelajaran
hendaklah dihabiskan setiap tahun seperti berikut :-
Akhir bulan Akhir bulan Akhir bulan Akhir bulan
Jun 2023 September 2023 Disember 2023 Januari 2024
Tahap 1 30% 60% 90% 100%
Tahap 2 35% 70% 100% Pemulihan / pengayaan

V HAL-HAL LAIN

You might also like