Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PRASEKOLAH AZ-ZAHRAH

SK SAYONG PINANG
P/S 18 KAMPUNG ORANG ASLI SAYONG PINANG
81440 BANDAR TENGGARA, JOHOR

KERTAS
KONSEP
USAHAWAN CILIK
TARIKH : 1 APRIL HINGGA 30 OKTOBER 2019
TEMPAT : PRASEKOLAH AZ-ZAHRAH,
SK SAYONG PINANG
1.0 PENGENALAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang
daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum pendidikan prasekolah turut
diselaraskan begi melahirkan murid-murid prasekolah yang mampu membawa dimensi baharu
dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat kepentingan keperluan pendidikan pada peringkat
awal, pelbagai program telah dirancang sebagai langkah untuk mencapai matlamat di atas.

Penyertaan murid prasekolah adalah secara langsung mahupun tidak langsung di dalam atau di
luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Pada peringkat
pendidikan awal seumpama ini, murid perlu meneroka pelbagai dimensi dan sudut kehidupan
yang merangkumi ilmu, kemahiran dan pengalaman. Sehubungan itu, satu projek
keusahawanan telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi
melehirkan murid prasekolah yang berupaya berdikari, mampu merancang seterusnya
mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.

Mengambil pandangan daripada ramai pengkaji tentang keperluan komponen


keusahawan untuk para pelajar tidak dapat disangkal lagi. Human (1988) umpamanya
menyarankan agar latihan keusahawanan perlu untuk memberi pendedahan kepada para
pelajar semasa usia masih muda. Sexton dan Kasarda (1992) berpendapat para pelajar
memerlukan kefahaman konsep yang berkaitan dengan keusahawanan serta penerapan ilmu
pengetahuan perniagaan merentasi bidang lain agar dapat mengenal pasti bakat yang ada
serta merangsang kemahiran dan perubahan sikap. Meyer (1992) menyarankan adalah
sesuatu yang bijak untuk melatih atau menyediakan murid untuk proses keusahawanan kerana
apabila mereka tamat persekolahan nanti, minat untuk memulakan perniagaan akan wujud.

2.0 MATLAMAT

Matlamat pendidikan keusahawan prasekolah adalah untuk membentuk dan melatih murid yang
berupaya mencipta peluang dan kerjaya yang berpotensi. Di samping itu, pendedahan di
peringkat awal ini mampu melatih murid secara tidak langsung melalui pelbagai aktivit dan
perancangan. Melalui apresiasi ini, murid dapat memperkukuhkan ilmu dan pengalaman
mereka berdasarkan pelbagai elemen merentas kurikulum seperti kesepaduan tunjang dan
kemahiran-kemahiran yang perlu diberikan perhatian dalam (Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan) KSPK.

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kepimpinan, pengurusan
disiplin, pengurusan diri, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, membina keyakinan,
ketajaman mental, ketahanan fizikal serta manipulasi potensi diri. Aktiviti, produk dan modal
yang disusun di dalam program ini adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat dan kemahiran
para pelajar dalam menempuh cabaran globalisasi yang bakal mendatang.
3.0 OBJEKTIF

i. Menyungkil potensi diri murid prasekolah melalui aktiviti keusahawanan di samping


mengasah bakat murid dari aspek pengurusan, kemahiran, dan pemerolehan
pengalaman.
ii. Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan
supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar yang sejajar dengan
nilai etika perniagaan.
iii. Memupuk sifat kreatif, inovatif, rajin berusaha ,jujur, bekerjasama dan mengamalkan
cara kerja yang sistematik, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab.
iv. Memberi peluang kepada murid prasekolahuntuk merasai pengalaman sebenar
menjalankan aktiviti keusahawanan.
v. Memberi peluang kepada murid prasekolah untuk berinteraksi dengan pelajar perdana,
masyarakat dan sebagainya.
vi. Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan dalam kalangan murid-
murid prasekolah.
vii. Melatih murid prasekolah dalam bidang perniagaan secara amali.
viii. Memberi pendedahan peringkat awal kepada murid prasekolah tentang pelbagai
cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan.

ix. Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan melatih


mengamalkan nilai-nilai etika dan perniagaan.

x. Menjadikan PdP lebih menarik, berharga dan selari dengan KSPK sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung melalui elemen-elemen merentas kurikulum serta
memperkukuh kemahiran intrapersonal dan interpersonal.

4.0 TARIKH PERLAKSANAAN

1 April 2019 - 30 Oktober 2019


5.0 TEMPAT

Tempat yang telah dipilih untuk aktiviti ini adalah sekitar kelas prasekolah dan kantin kerana
kedudukannya yang strategik untuk murid prasekolah dan pelajar perdana. Kawasan ini dipilih
juga kerana tempat yang terbuka dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid prasekolah Az-Zahrah, SK Sayong Pinang

7.0 SASARAN PEMASARAN

Guru-guru, kakitangan,Murid-murid Prasekolah SK Sayong Pinang serta ibu bapa dan


masyarakat setempat.

8.0 PRODUK JUALAN DAN RASIONAL

Antara produk keusahawanan yang bakal dilaksanakan terbahagi kepada empat bidang, iaitu :

1) Bidang Seni dan Kraf,


2) Bidang Koperasi,
3) Bidang Kulinari, dan;
4) Bidang Perkhidmatan.

Rasional jualan produk yang disebutkan adalah untuk mengasah potensi murid prasekolah
melalui aktiviti perniagaan yang bersifat mudah-bimbing serta selari dengan keperluan Standard
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan(KSPK). Bidang keusahawanan yang dinyatakan di atas
juga dapat menarik minat muri untuk meneroka pelbagai bidang keusahawanan serta dapat
mengintegrasikan murid-murid dengan pelbagai jenis bidang keusahawanan.

9.0 PELAN PERLAKSANAAN STRATEGI

Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah


dilantik untuk menjayakan program ini.

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN


PROGRAM USAHAWAN CILIK
PRASEKOLAH AZ-ZAHRAH, SK SAYONG PINANG

Pengerusi : Encik Azmi bin Wahid


Naib Pengerusi : Encik Alfian bin Mansor
Setiausaha : Puan Suhaila binti Rahamat
Bendahari : Puan Rozain binti Ibrahim

AJK
Ketua Bidang Perkhidmatan : Encik Faizal Anuar Mohamad Sani
Ketua Bidang Kulinari : Puan Rozalita binti Khalid
Ketua Bidang Seni dan Kraf : Puan Norain binti MOhd. Yusof
Ketua Bidang Koperasi : Encik Abdul Halim bin Roseli

Rakan Penasihat : Seni Ilham Kreatif


Al-Fateh Enterprise

10.0 STRATEGI

Murid-murid prasekolah akan dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan


dianggotai oleh murid-murid yang berumur lima dan enam tahun. Setiap kumpulan akan
dibimbing oleh seorang Ketua dalam kalangan guru arus perdana, serta dua orang dari
kalangan majlis permuafakatan.

Setiap kumpulan akan melaksanakan portfolio keusahawanan yang berbeza setiap bulan bagi
memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman mengendalikan pelbagai bidang
keusahawanan yang disediakan.

Limitasi murid dalam setiap kumpulan adalah untuk memaksimukan impak dan objektif dalam
sesuatu aktiviti yang dijalankan.
11.0 JADUAL PROGRAM

Masa : Aktiviti Pemasaran akan dilaksanakan selepas waktu PdP Prasekolah, iaitu selepas jam
11.30 pagi. Namun demikian, beberapa aktiviti akan dijalankan berdasarkan keperluan semasa
yang selari dengan KSPK dan sesuai dilakasanakan dalam PdP.

JADUAL PROGRAM

BULAN BIDANG SENI & BIDANG BIDANG BIDANG


KRAF PERKHIDMATAN KULINARI KOPERASI
(MINGGU 1) (MINGGU 2) (MINGGU 3) (MINGGU 4)

APRIL PERANCANGAN DAN STRATEGI

MEI KUMP. WAJA KUMP. SATRIA KUMP. PERSONA KUMP. PREVE

JUN KUMP. PREVE KUMP. WAJA KUMP. SATRIA KUMP. PERSONA

JULAI KUMP. PERSONA KUMP. PREVE KUMP. WAJA KUMP. SATRIA

OGOS KUMP. SATRIA KUMP. PERSONA KUMP. PREVE KUMP. WAJA

SEPTEMBER KUMP. WAJA KUMP. SATRIA KUMP. PERSONA KUMP. PREVE

OKTOBER KUMP. PREVE KUMP. WAJA KUMP. SATRIA KUMP. PERSONA


11.0 BELANJAWAN

Kos perbelanjaan modal adalah bersifat “sifar modal” menggunakan 100% sumber sedia ada di
dalam kelas prasekolah serta menggunakan modal pusingan hasil keuntungan perniagaan.

12.0 LATAR BELAKANG PROGRAM KEUSAHAWANAN

Pelaksanaan program dibuat melalui dua pendekatan iaitu latihan dalam kelas dan latihan
praktikal yang dijalankan di sekolah seperti di koperasi dan parker kereta guru.

1. Latihan Dalam Kelas

Program akan dikendalikan pada dua peringkat iaitu program pengenalan/Asas


Keusahawanan yang dijalankan pada awal tahun dan program pengukuhan dan
penilaian yang dibuat pada akhir tahun.

2. Latihan Praktikal akan dijalankan berdasarkan konsep sebenar keusahawanan yang


disesuaikan dengan aras kemampuan dan kemahiran murid-murid prasekolah.

13.0 Modul Program Pengenalan/Asas Keusahawanan

Pendedahan secara teori dan latihan akan diberikan melalui modul-modul yang telah dibina
khas untuk program ini iaitu;

i) Mengenali Dunia Keusahawanan


Sesi Perkongsian Pengalaman dengan usahawan-usahawan yang terpilih bagi menarik minat
murid-murid dalam bidang keusahawanan.
ii) Kepimpinan dan Amalan Kerja berpasukan
Aktiviti berkumpulan tertumpu kepada membina kekuatan kumpulan dan kepimpinan.

iii) Asas Pengurusan dan Pemasaran


Melalui program ini murid-murid didedahkan dengan konsep tentang asas kewangan, modal,
perbelanjaan dan pendapatan.

Melalui program ini juga mereka dikehendaki membuat latihan role play berkaitan aktiviti
pengurusan kewangan dan aktiviti jualan.

Murid-murid akan diberi bimbingan melalui sesi perbincangan, bengkel, permainan,simulasi


perniagaan dan latihan keusahawanan untuk mengukur sejauh mana kefahaman murid-murid
mengenai konsep keusahawanan yang disampaikan secara asas.

Segala aktiviti murid-murid akan direkod dan dibimbing melalui guru pembimbing, rakan
penasihat serta ibu bapa.

14.0 RUMUSAN

Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di samping
menimbulkan semangat yang lebih membara dalam kalangan murid-murid prasekolah untuk
memaksimumkan potensi diri mereka. Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya
dengan sokongan padu pihak pengurusan terutamanya dari segi kewangan, masa serta
sokongan daripada ibu bapa dan pihak luar. Dengan adanya sokongan ini dapat memberikan
gambaran yang positif terhadap keupayaan murid prasekolah Az-Zahrah, SK Sayong Pinang
ini. Selain daripada itu, program ini juga akan dapat membantu murid-murid menjalani proses
PdP dengan lebih menarik dan kreatif.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................... .....................................

ALFIAN BIN MANSOR ENCIK AZMI BIN WAHID


GURU PRASEKOLAH AZ-ZAHRAH GURU BESAR
SK SAYONG PINANG SK SAYONG PINANG
P/S 18 KG ORANG ASLI SAYONG PINANG P/S 18 KG ORANG ASLI SAYONG PINANG
81440 BANDAR TENGGARA, JOHOR 81440 BANDAR TENGGARA, JOHOR

You might also like