Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA PELANCARAN NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA

PUSAT SUMBER SEKOLAH


SK SERI NILAM,KUALA LUMPUR

1.0 PENGENALAN

Program NILAM yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada dasarnya adalah suatu agenda
utama untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. NILAM adalah akronim daripada Nadi
Ilmu Amalan Membaca merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan
di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan harapan bertindak
sebagai salah satu kaedah untuk membudayakan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan rakyat Malaysia
amnya.

Program NILAM di SK Seri Nilam perlu ditambahbaik dan dimurnikan bagi mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pembelajaran dan pengajaran selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang
dan berterusan bagi sepanjang tahun sekaligus membuka ruang dan peluang yang besar kepada murid-murid agar
melibatkan diri secara aktif melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SK Seri Nilam adalah membina tabiat membaca dalam kalangan murid serta
meningkatkan sifat berdaya saing melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

3.0 OBJEKTIF

1. Memastikan sekurang-kurangya 80 peratus murid mencapai rekod bacaan Nilam minimum 40 rekod bacaan.
2. Menyediakan sekurang-kurangnya 2 orang murid untuk calon Anugerah Nilam 2024 melalui aktiviti Nilam.
3. Melibatkan 100 peratus murid dalam aktiviti Nilam sepanjang tahun.
4. Menyediakan sekurang-kurangya 10 murid untuk mencapai Anugerah Bintang Nilam PAJSK.
5. Memastikan sekurang-kurangnya 50 murid membuat resensi buku melalui aktiviti Mantap Nilam dan Bicara Buku
sepanjang tahun.

4.0 SASARAN

Semua murid dan guru SK Seri Nilam


5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

1. Majlis Pelancaran NILAM akan dijalankan pada 22 April 2024 mengikut ketetapan berikut.

Tarikh : 22 April 2024


Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Seri Nilam

2. Aktiviti akan dijalankan mengikut Takwim NILAM seperti yang ditunjukkan di bawah. Promosi akan dibuat secara berkala
melalui poster dan group whatsapp sekolah.

Bil Nama program Tarikh Keterangan


1 Pelancaran NILAM 22 April 2024 Melancarkan program NILAM yang akan dilaksanakan di sekolah bagi
sepanjang tahun 2024
2 Program Jom Baca 10 minit 23 April 2024 Setiap murid serentak membaca buku selama 10 minit . Selepas 10 minit
murid membuat ulasan buku di hadapan kelas. Seorang murid yang
terbaik bagi setiap kelas akan diberikan hadiah saguhati oleh guru MP.
3 Anugerah NILAM Unggul April –
Murid yang mencapai rekod 2 bintang dan ke atas dalam PAJSK.
Disember 2024
4 Program Speed NILAM 1.0 Jun 2024
2024 Pembaca terbanyak setiap kelas.
5 Program Speed NILAM 2.0 Oktober 2024
2024
8 Pertandingan Bicara Buku 22 April 2024 – Terbuka kepada semua murid tahun 1 hingga tahun 5. Guru MP BM dan BI perlu
22 Mei 2024 menghantar seorang murid bagi setiap kelas untuk pertandingan ini.
10 Pencarian Tokoh NILAM Mencari dan melatih bakat baru untuk Anugerah Tokoh NILAM Peringkat
Daerah
12 Program Persada NILAM April 2024 – Diuruskan oleh Skuad NILAM yang telah dilantik. Skuad NILAM akan
Januari 2024 membantu mengira data bacaan NILAM bagi setiap kelas.

14 Anugerah Nilam 2024 Mei 2024 –


Murid telah merekod lebih 320 bahan bacaan, mewakili sekolah dalam
Individu B.Melayu Januari 2024 pertandingan peringkat daerah
Individu B.Inggeris
6.0 AHLI JAWATANKUASA

6.1 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Noor Asmah bt Shariff (Guru Besar)


Timb.Pengerusi : En Raziman bin Ramlee (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Pn Nasharehan bt Abdullah (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II : En Mohd Norul Haffisz bin Nordin (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi III : Cik Haszanarita bt Hasim (GPK PPKI)
Penyelaras : Pn Nurul Aina bt Mohd Azmi (Guru Perpustakaan & Media)

6.2 JAWATANKUASA KERJA

Sijil & Hadiah : Pn Norazmawatie bt Mat Ghani


: Pn Norhazlinda bt Zainudin
Gimik Pelancaran : En Azrul Zai bin Zainul Abidin
: En Nor Zaini bin Darso
: En Mohd Khairul Haisyam bin Deraman
: En Tarmizi bin Che Soh
Jurugambar : En Sollah bin Mohamed Kenapiah
Pengerusi Majlis : Pn Nur Syafiqah bt Abd Wahid
PA Sistem & Siaraya : En Hasrey bin Haris
Persembahan : Pn Nik Nur Izzati binti Abd Rahman
: Pn Rubiaah Adhuwiah bt Yusoff

7.0 ATUR CARA PROGRAM

7:45 pagi : Semua guru dan murid berkumpul di dewan terbuka.


8.00 pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis
Bacaan doa
Ucapan aluan Ketua Panitia Bahasa Melayu
Ucapan aluan Penyelaras NILAM
Ucapan perasmian oleh Guru Besar
Gimik Pelancaran Program Nilam dan Panitia Bahasa Melayu
8.45 pagi : Penyampaian sumbangan buku daripada pihak Blink
Ceramah motivasi daripada pihak Blink
8.0IMPLIKASI KEWANGAN

8.1 SUMBER KEWANGAN


SUMBER KEWANGAN JUMLAH
PCG PUSAT SUMBER RM 2000.00
JUMLAH PENDAPATAN RM 2000.00

8.2 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERBELANJAAN KUANTITI KOS SUMBER KEWANGAN (RM)
(RM)
PCG
1. Pertandingan Mewarna & Melukis Kulit Buku
(Tahun 1 & 2)
- Plak Tempat Pertama 7 10.00 70.00

- Plak Tempat Kedua 7 8.00 56.00

- Plak Tempat Ketiga 7 6.00 42.00

2. Pertandingan Bicara Buku


(Tahun 3,4,5 & 6)
- Plak Tempat Pertama 16 10.00 160.00

- Plak Tempat Kedua 16 8.00 128.00

- Plak Tempat Ketiga 16 6.00 96.00

3 Anugerah Persada Nilam (Plak) 23 15.00 345.00


(Pembaca Terbanyak Sepanjang Tahun Mengikut
Kelas)
4 Anugerah Nilam Unggul (Plak) 30 20.00 600.00
(Pencapaian 3 bintang ke atas dalam PAJSK)
5 Anugerah Tokoh NILAM (Plak) 20 20.00 400.00
(Kategori Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)
6. Carta Pembelajaran 1 103.00 103.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 2000.00


9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.Semoga segala
ilmu dan pelajaran yang disampaikan di dalam program ini akan dipratikkan dalam kehidupan seharian
mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru itu
diharapkan segala perancangan dan perlaksanaan nanti akan membuahkan hasil dan mencapai objektif
yang dikehendaki.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NURUL AINA BINTI MOHD AZMI) (RAZIMAN BIN RAMLEE)


Guru Perpustakaan & Media, GPK Pentadbiran,
SK Seri Nilam. SK Seri Nilam.

Disahkan oleh:

(NOOR ASMAH BINTI SHARIFF)


Guru Besar,
SK Seri Nilam.

You might also like