T3 Sej Mac 2024

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

MAC

Tahap: Tingkatan 3
Subjek: Sejarah
Topik: 2 Pentadbiran Negeri – Negeri Selat

Subtopik:
2.1 Perluasan Kuasa British di Pulau Pinang,
Singapura dan Melaka
2.2 Perjanjian London 1824 dan Kesannya Terhadap
Alam Melayu
2.3 Pembentukan Negeri – negeri Selat
2.4 Pentadbiran Negeri – negeri Selat
BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI – NEGERI SELAT
2.1 Perluasan Kuasa British di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

 Pada abad ke-18, British menggalakkan ekspedisi ke Timur untuk meningkatkan


kekayaan negara melalui perdagangan.
 Persaingan dengan kuasa Barat lain seperti Belanda dan Perancis menyebabkan British
berusaha mendapatkan petempatan-petempatan baharu untuk menjamin kepentingan
British di Timur.
 British menggunakan pelbagai strategi untuk menduduki Pulau Pinang, Singapura dan
Melaka.
 Petempatan strategik ini penting bagi memenuhi keperluan perdagangan dan
keselamatan British di Alam Melayu.

 Latar belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka sebelum perluasan kuasa British:

Pulau Pinang Singapura Melaka


 Pulau Pinang Singapura ialah wilayah Kesultanan Melayu Melaka
merupakan wilayah Kesultanan Johor Riau yang merupakan kerajaan Alam
Kesultanan Kedah dan meliputi Pahang, Johor dan Melayu yang unggul pada
menjadi pusat gugusan kepulauan Riau kurun ke-15.
persinggahan pedagang Lingga.
dari Lingga yang Pada tahun 1511,
berdagang  Johor,
dengan Singapura dan Kesultanan Melayu Melaka
Kedah. Kepulauan Riau ditadbir oleh ditawan Portugis.
 Pulau Pinang menjadi Temenggung Abdul Rahman
pelabuhan dagang bagi yang tinggal di Singapura. Pada tahun 1641-1824,
daerah serantau Melaka menjadi tanah

terutama dengan Acheh. Temenggung Abdul Rahman jajahan Belanda setelah
 Batu Uban merupakan membuka lading - lading berjaya mengalahkan
pelabuhan paling awal gambir yang diusahakan Portugis dengan bantuan
dibina sering dikunjungi oleh orang- orang Melayu Kesultanan Johor-Riau.
oleh pedagang Arab. dan Cina di Singapura.
 Petempatan Batu Uban Belanda menjadikan Melaka
dibuka oleh  Pemerintah
orang Kesultanan sebagai pusat pengumpulan
Melayu Sumatera. Melayu Johor Riau ialah hasil bijih timah dari negeri-
 Sultan Kedah Sultan Abdul Rahman yang negeri Melayu.
menganugerahkan bersemayam di Lingga dan
kawasan tersebut
sebagai membalas jasa mengadakan hubungan baik Belanda lebih
orang Sumatera dengan Belanda. mementingkan Betawi di
membantu Kesultanan Jawa sebagai pusat
Kedah menentang Siam. perdagangan utama di Alam
Melayu.

Perluasan Kuasa British di Pulau Pinang

Faktor Perluasan Kuasa

Pusat Pengumpulan Pelabuhan Persinggahan Pengkalan Tentera


Barang
British memerlukan teh dari British memerlukan sebuah British mempunyai sebuah
China kerana mendapat pelabuhan persinggahan pangkalan tentera laut di
pasaran baik di Eropah. yang terletak di laluan pantai barat India, iaitu di
perdagangan di antara India Bombay.
China tidak memerlukan dan China.
barangan British, sebaliknya Pengkalan tersebut sukar
China memerlukan emas, Pelabuhan persinggahan mengawal petempatan
bijih timah dan rempah ratus diperlukan untuk: British di pantai timur iaitu
yang terdapat di Alam i. Menyediakan bekalan air, Madras.
Melayu. makanan dan minuman
membaiki kapal sebelum ke British memerlukan sebuah
Oleh itu British memerlukan China. pangkalan tentera yang
sebuah pusat mengumpul ii. Tempat berlindung ketika lebih strategik untuk:
emas, Perak, bijih timah dan tiupan angin monsoon. i. Mempertahankan
lada hitam dari Kepulauan iii.Memudahkan perjalanan petempatan British di
Melayu untuk ditukar dengan ke rantau Asia-Pasifik. India daripada ancaman
teh dari China. tentera Perancis.
ii. Menghadapi saingan
Belanda di Alam Melayu.
Kronologi Pendudukan British di Pulau Pinang

 Pada abad ke-18, wujud persengketaan dalam Kesultanan Kedah dan juga ancaman
kuasa asing.
 Sultan Kedah berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan British untuk
mempertahankan kedaulatan negeri.
 British mengambil kesempatan daripada masalah tersebut dengan menggunakan tipu
helah bagi menduduki Pulau Pinang.

1.Perebutan Takhta Kerajaan Kedah


 Berlaku pertikaian dan perebutan takhta dalam kalangan pembesar telah mengancam
kedaulatan Kedah. Pada tahun 1770, Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku
Abdullah sebagai Raja Muda Kedah.
 Pelantikan tersebut tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah
bukan anak gahara.
 Tindakan kerabat diraja ialah: mereka berpakat dengan Bugis di Selangor untuk
menentang Sultan Muhammad Jiwa.
 Sultan Muhamad JIwa memohon bantuan tentera daripada SHTI untuk mempertahankan
kedaulatan negeri daripada serangan Bugis
 SHTI menghantar Edward Monckton berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa.
Rundingan gagal kerana SHTI tidak memberikan jaminan akan melindungi Kedah
daripada ancaman musuh.

2.Ancaman Siam

 Kedah menghentikan penghantaran bunga emas ke Siam semasa Siam berperang


dengan Burma.
 Selepas perang, Siam menuntut Sultan Kedah menghantar ufti Sultan kedah yang
terancam dengan tuntutan Siam. Untuk memelihara kedaulatan Kedah dan kesejahteraan
rakyat, tindakan Sultan Abdullah ialah : mendapat bantuan ketenteraan dari SHTI.
 Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI dengan syarat memberi bantuan
ketenteraan.
 Baginda meminta Francis Light menyampaikan permintaannya kepada Gabenor Jeneral
SHTI di India.
3. Tipu Helah Francis Light Menduduki Pulau Pinang
 Francis Light menyedari kedudukan strategik Pulau Pinang dan berjanji SHTI akan
memenuhi syarat yang diminta Sultan Kedah.
 Sultan Abdullah berpegang pada janji tersebut menawarkan Francis Light membuka
petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786.
 Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island.
 Petempatan ini dinamakan Georgetown sempena nama Raja England.

Pengukuhan Kuasa British Di Pulau Pinang Melalui Perjanjian


 Pada tahun 1786, Siak menakluki Patani dan mengancam Kesultanan Kedah.
 Sultan Abdullah meminta bantuan ketenteraan SHTI seperti yang dijanjikan oleh Francis
Light.
 SHTI enggan memberikan bantuan ketenteraan kerana tiada perjanjian ditandatangani
dengan Sultan Kedah.
 Setelah menyedari ditipu, Sultan Abdullah menghimpunkan tenteranya di Sebrang Perai
untuk mengambil semula Pulau Pinang.
 Angkatan Sultan Kedah dapat ditewaskan oleh Francis Light dengan bantuan tentera
SHTI.
 Sultan Abdullah dipaksa menandatangani perjanjian dengan British pada tahun 1791.
 Perjanjian ini secara rasmi iktiraf pendudukan British di Pulau Pinang.
 Pada tahun 1800, Gabenor Pulau Pinang, George Leith mendesak Sultan Kedah, Sultan
Dhiauddin menandatangani perjanjian dengan British.
 Perjanjian ini membolehkan British menduduki Seberang Perai.
 Pendudukan ini penting sebagai benteng pertahanan dan kawasan pertanian bagi
membekalkan sumber makanan kepada penduduk di Pulau Pinang.

Perluasan Kuasa British di Singapura


 Setelah menguasai Pulau Pinang, British berusaha meluaskan pengaruh ke wilayah lain
di Alam Melayu.
 British dapat menduduki Melaka dan Betawi, iaitu tanah jajahan Belanda berikutan
tercetusnya Perang Napoleon di Eropah.
 Selepas Perang Napoleon tamat, British terpaksa memulangkan semula petempatan
tersebut kepada Belanda.
 British menugaskan Stamford Raffles dan William Farquhar mencari pelabuhan baharu
untuk memecahkan penguasaan Belanda di Alam Melayu, di samping berusaha
menduduki Singapura.
 Belanda ditawan oleh Perancis.
Perang Napoleon
 Raja Belanda berundur ke England dan menandatangani Surat Kew pada tahun 1795.
 Berdasarkan Surat Kew, Belanda menyerahkan tanah jajahannya secara sementara di
Timur kepada British sehingga perang.
 Pada tahun 1804, Napoleon Bonaparte memiliki 350 000 anggota infantri yang
membolehkan Perancis dapat menawan sebahagian besar kawasan Eropah tamat.

Pertapakan British Di Singapura


 Stamford Raffles dan William Farquhar tiba di Singapura pada bulan Januari 1819.
 Pihak British kemudiannya mengadakan perjanjian awal dengan pentadbir Singapura,
iaitu Temenggung Abdul Rahman untuk membenarkan British mendirikan petempatan di
Singapura.
 Temenggung Abdul Rahman menegaskan bahawa perjanjian tersebut perlu mendapat
pengesahan daripada Sultan Abdul Rahman, iaitu pemerintah Kesultanan Johor Riau.
 Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau bagi
mendapatkan pengesahan sultan setelah menyedari Sultan Abdul Rahman mempunyai
hubungan baik dengan Belanda.
 Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga.
 Sultan Hussein bersemayam di Singapura.
 Stamford Raffles mengambil peluang memujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput
Tengku Hussein ke Singapura.
 Kemudian, baginda diisytiharkan sebagai Sultan Johor Riau dengan gelaran Sultan
Hussein Muhammad Shah.

Perjanjian Mengukuhkan Kuasa British di Singapura

British seterusnya mengukuhkan penguasaan ke atas Singapura melalui beberapa


perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.

Perjanjian 6 Februari 1819 Perjanjian 2 Ogos 1824


Stamford Raffles menandatangani Residen Singapura,John Crawfurd (1823-
perjanjian dengan Sultan Hussein dan 1826) menandatangani perjanjian dengan
Temenggung Abdul Rahman. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul
Rahman.

Kesan Perjanjian Kesan Perjanjian


Singapura diserahkan kepada British untuk
Petempatan British di Singapura diiktiraf. selama-lamanya.
British menaikkan bendera Union Jack di Sultan dan Temenggung hilang kedaulatan
Singapura pada 13 Februari 1819. ke atas Singapura.
William Farquhar (1819-1823) dilantik Sebagai ganti,Sultan danTemenggung
sebagai Residen pertama Singapura. diberikan bayaran pampasan dan pencen
bulanan seumur hidup.

Perluasan Kuasa British di Melaka

 Melaka merupakan pelabuhan strategik di Selat Melaka yang berjaya dikuasai oleh British
selepas kejayaan menduduki Pulau Pinang dan Singapura.
 British dapat menguasai Melaka melalui strategi pakatan dengan Belanda.

Faktor Pakatan British - Belanda


 Pakatan British dan Belanda berlaku berdasarkan perkembangan yang berlaku di Alam
Melayu dan di Eropah.
 Faktor yang membawa kepada pakatan antara dua kuasa Eropah adalah untuk
menamatkan pertikaian di Alam Melayu, mengukuhkan persahabatan di Eropah dan
penyelesaian untuk perdamaian.
(a) Menamatkan pertikaian di Alam Melatyu
 Pendudukan British di Singapura menimbulkan pertikaian dan menyebabkan hubungan
antara British dengan Belanda di Alam Melayu semakin tegang.

(b) Dasar persahabatan British dan Belanda di Eropah


 Persahabatan di Eropah penting kerana kedudukan Belanda berdekatan dengan Britain.
 British mengambil pengalaman semasa Perang Napoleon, Perancis menjadikan Belanda
sebagai pangkalan menyerang Britain pada tahun 1795.
 Belanda perlu berbaik-baik dengan British yang menjaga jajahan Belanda di timur semasa
Perang Napoleon.

(c) Penyelesaian untuk perdamaian


 Belanda dan British mahu mengelakkan peperangan yang pernah berlaku pada abad ke-
17
 Belanda tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan yang semakin lemah selepas
Perang Napoleon.
 Oleh itu, penyelesaian mesti dilakukan melalui rundingan ke arah perdamaian.

Kesan Pakatan British - Belanda


 Pakatan British dan Belanda menyebabkan termeterainya Perjanjian London 1824 atau
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
 Perjanjian ini bertujuan menamatkan pertikaian dan hubungan tegang antara dua kuasa
Eropah tersebut demi menjaga kepentingan masingmasing di Alam Melayu.
 Melalui perjanjian ini juga, British dapat menguasai Melaka apabila berlaku pertukaran
wilayah antara British dengan Belanda.
2.2 Perjanjian London 1824 dan Kesannya terhadap Alam Melayu
 Persaingan kuasa-kuasa Barat di Alam Melayu membawa kepada perancangan British
dan Belanda untuk membuat pembahagian kawasan pengaruh masing-masing.
 Perancangan ini terhasil melalui Perjanjian London 1824 yang ditandatangani oleh British
dan Belanda.
 Kandungan perjanjian tersebut yang merangkumi butiran tentang wilayah pengaruh,
perdagangan dan kewangan memberikan kesan penting terhadap Alam Melayu.
 Perjanjian London 1824 dibuat tanpa merujuk Raja-raja Melayu sebagai pemerintah
kerajaan Alam Melayu.
 Perjanjian ini memberikan kesan kepada kerajaan Alam Melayu yang kekal hingga hari
ini.

Kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu


(a) Pembahagian Alam Melayu kepada Dua Lingkungan Pengaruh Barat
 Selat Melaka dan Selat Singapura dijadikan sempadan yang memisahkan wilayah
pengaruh British dan wilayah pengaruh Belanda di Alam Melayu.
 British dan Belanda hanya mengutamakan kepentingan mereka terjamin dan
meminggirkan kedaulatan kerajaan-kerajaan Alam Melayu.
Kandungan syarat perjanjian London 1824:

British Belanda
- Berundur dari Sumatera. - Mengiktiraf petempatan British di
- Menyerahkan Bangkahulu kepada Singapura.
Belanda. - Menyerahkan Melaka dan jajahan
- Tidak membuka petempatan baharu di takluknya kepada British.
Kepulauan Riau Lingga dan kepulauan lain - Tidak membuka petempatan baharu di
di selatan Singapura. Tanah Melayu.

(b) Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau

 Pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda dalam Perjanjian London 1824
sekali gus menamatkan keunggulan empayar Kesultanan Johor Riau yang diwarisi
daripada Kesultanan Melayu Melaka.
 Pemerintahan wilayah kekuasaan Kesultanan Johor Riau yang luas meliputi Johor,
Pahang, Singapura dan Kepulauan Riau Lingga telah berpecah belah.

Singapura Menjadi Tanah Berakhir Kesultanan Riau Pengisytiharan


Jajahan British Lingga Kedaulatan Pahang
- Johor dan Singapura - Kepulauan Riau Lingga - Perpecahan Kesultanan
diperintah oleh Sultan diperintah oleh Sultan Johor Riau berlaku apabila
Hussein Muhammad Shah Abdul Rahman dan berada BendaharaTunAli di Pahang
(SHMH) dan Temenggung di bawah pengaruh cuba membebaskan Pahang
Abdul Rahman (TAR) Belanda. daripada Kesultanan Johor
berada di bawah pengaruh Riau berikutan pengukuhan
British. - Pada tahun 1911,institusi kuasa Barat di Singapura
- Pada Ogos 1824, SHMH Kesultanan Riau Lingga dan Johor serta pergolakan
dan TAR didesak dihapuskan oleh Belanda. di Riau Lingga.
menandatangani perjanjian
menyerahkan Singapura - Wilayah Riau Lingga - Pada tahun 1853, dengan
kepada British. kemudiannya diperintah muafakat pembesar Pahang,
- SHMH meninggalkan secara langsung oleh Bendahara mengisytiharkan
tempat persemayamannya Belanda melalui Residen Pahang sebagai negeri yang
di Kampung Gelam, Riau. bebas dan berdaulat.
Singapura dan berpindah ke
Bandar Hilir Melaka.
- Baginda mangkat tahun
1835 dan dimakamkan di
Melaka.
- Pemerintah Johor
kemudiannya memindahkan
pusat pemerintahan Johor
ke Johor Bahru.

(c) Selat Melaka di bawah Penguasaan British


 Perdagangan di Selat Melaka dikuasai sepenuhnya oleh British kerana memiliki tiga
pelabuhan strategik, iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
 Pengunduran Belanda dari Tanah Melayu membuka peluang kepada British untuk
meluaskan kuasa ke negeri-negeri Melayu.

2.3 Pembentukan Negeri – Negeri Selat


 Negeri-negeri Selat merupakan unit pentadbiran yang dibentuk oleh British untuk
mengukuhkan penguasaan terhadap Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
 Negeri-negeri Selat dibentuk pada tahun 1826 dan dibubarkan pada tahun1946.
 Sebelum pembentukan Negeri-negeri Selat, Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
mempunyai pentadbiran yang tersendiri.

Pulau Pinang (1786-1826)


 Peringkat awal, ditadbir oleh Francis Light sebagai Pesuruhjaya yang bertanggungjawab
kepada Gabenor Jeneral British di India.
 Pada tahun 1787, memperoleh status pelabuhan bebas dan menguasai perdagangan
dengan negeri-negeri Melayu.
 Perdagangan dikuasai oleh pedagang persendirian.
 Pada tahun 1805, dinaiktaraf menjadi Presidensi keempat selepas Benggala, Madras dan
Bombay di India.
 Seorang gabenor dilantik sebagai ketua pentadbir Pulau Pinang.

Singapura (1819 – 1826)


 Ditadbir oleh Residen yang bertanggungjawab kepada Leftenan Gabenor British di
Bangkahulu, Sumatera.
 Pada tahun 1823,diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas.
 Menjadi pusat pertemuan pedagang persendirian mengumpulkan hasil Alam Melayu untuk
diperdagangkan di Melaka.
Melaka (1824 – 1826)
 Melaka ditadbir oleh Residen Konsular.
 Menjadi pusat pertemuan pedagang persendirian mengumpulkan hasil alam.
 Sistem Kapitan diteruskan bagi mewujudkan keamanan dalam komuniti kaum.
 Suku-suku kaum diletakkan dibawah seorang ketua kaum yang berperanan sebagai
penegak undang-undang.
 Bagi masyarakat luar bandar,tanggungjawab tersebut diserahkan kepada penghulu.
 Pada tahun 1826, Pulau Pinang, Singapura dan Melaka digabungkan menjadi satu unit
pentadbiran yang dinamakan Negeri-negeri Selat.
 Penggabungan ini bertujuan menjimatkan perbelanjaan dan menyeragamkan
pentadbiran.

Kepentingan Pembentukan NNS kepada British


 Pada tahun 1826, Pulau Pinang, Singapura dan Melaka digabungkan menjadi satu unit
pentadbiran yang dinamakan Negeri-negeri Selat.
 Penggabungan ini bertujuan menjimatkan perbelanjaan dan menyeragamkan
pentadbiran.
 British dapat menguasai keseluruhan Selat Melaka sebagai laluan utama
perdagangan di Alam Melayu.
 Taraf pelabuhan bebas NNS berjaya menarik kedatangan pedagang tempatan dan
kapal - kapal dagang dari Alam Melayu serta pedagang luar dari Alam Melayu seperti
Arab, India, China, Eropah dan Amerika.
 NNS menjadi pusat pengumpulan hasil - hasil dari Alam Melayu terutama bijih timah
untuk mengimbangi perdagangan British dengan China serta menyaingi pelabuhan -
pelabuhan Belanda di Alam Melayu.
 NNS menjadi pintu masuk bagi buruh luar untuk mempercepatkan pembangunan
ekonomi British. Hal ini juga menyebabkan kewujudan masyarakat berbilang kaum di
Negeri-negeri Selat.
 Penanaman modal oleh pelabur luar menyebabkan perkembangan NNS berlaku
dengan pantas.
2.4 Pentadbiran Negeri – Negeri Selat
 Negeri-negeri Selat mengalami perubahan pentadbiran sejak pembentukannya pada
tahun 1826.
 Pada peringkat awal, NNS ditadbir oleh kerajaan British di India.
 Pada tahun 1867, pentadbiran NNS dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan London.
 NNS di bawah kerajaan British di India.
 Pentadbiran NNS pada mulanya diletakka di bawah Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
di India.
 Selepas SHTI dibubarkan, pentadbiran NNS diletakkan di bawah India Office (Pejabat
India).

NNS di bawah Kerajaan British di India (1826-1867)

NS di bawah SHTI (1826-1857) NNS di bawah pejabat India (1858-1867)


- Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor. - Undang-undang British dikuatkuasakan di
- Residen Konsular dilantik membantu NNS.
Gabenor bmenjalankan pentadbiran. - Pemberontakan yang berlaku di India
- Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran menyebabkan Pejabat India tidak mampu
pertama. mentadbir NNS dengan baik.
- Pada tahun 1832, pusat pentadbiran - Pejabat India tidak memberikan perhatian
dipindahkan ke Singapura kerana lebih yang sewajarnya bagi melindungi pedagang
strategik dan maju berbanding dengan NNS.
Pulau Pinang. - Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan pedagang NNS.
Struktur Pentadbiran NNS

NNS di bawah pejabah tanah jajahan (1867 – 1946)


 Golongan pedagang dan penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran
India Office (Pejabat India) telah mendesak Pejabat Tanah Jajahan di London mengambil
alih pentadbiran Negeri-negeri Selat.

Faktor Pemindahan Pentadbiran NNS ke Pejabat Tanah Jajahan London


 Tiada wakil Negeri-negeri Selat dalam Majlis Perundangan diIndia yang meluluskan
undang - undang bagi NNS.
 Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan terhadap kapal dagang dan
pertelingkahan kumpulan Cina di NNS.
 Pejabat India mahu menjadikan mata wang rupee India sebagai mata wang NNS
menggantikan mata wang Dolar Sepanyol yang telah lama digunakan.
 Cadangan Pejabat India mengenakan cukai pelabuhan di NNS boleh menjejaskan
kemakmuran taraf pelabuhan bebas.
 Pejabat India menjadikan NNS tempat buangan banduan menjejaskan imej Negeri-negeri
Selat sebagai pusat perdagangan.

 Pada 1 April 1867, NNS diisytiharkan sebagai tanah jajahan British dan diletakkan di
bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London.
 Seterusnya, Majlis Perundangan ditubuhkan di NNS untuk meluluskan undang-undang
sendiri.

Struktur pentadbiran NNS di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London


LATIHAN ULANG KAJI
Soalan Objektif

1. Jadual berikut berkaitan dengan kewujudan pelabuhan di negara kita.

Pelabuhan Pernyataan
X Pelabuhan awal yang dibuka di Pulau Pinang.
Apakah pelabuhan X tersebut ?

A Batu Upih B Batu Uban C Pantai Batam D Pantai Acheh

2. Lokasi berikut pernah berada di bawah pentadbiran Temenggung Abdul Rahman ?

Singapura

Apakah tanaman yang diusahakan ketika itu ?

A Padi B Kelapa C Gambir D Lada hitam

3. Apakah peranan Melaka semasa berada di bawah pentadbiran Belanda?

A Pusat pengumpulan hasil laut B Pusat pengumpulan hasil hutan

C Pusat pengumpulan bijih timah D Pusat pengumpulan rempah ratus

4. Mengapakah SHTI enggan membantu Sultan Abdullah apabila Kedah diancam Siam?

A Tiada perjanjian ditandatangani B Tidak mahu menentang Siam

C Menyokong tindakan Francis Light D Merancang untuk menghapuskan Kedah

5. Mengapakah British berminat untuk mendapatkan Seberang Perai ?

I Mengawal kuasa sultan II Menjadi benteng pertahanan

III Memerlukan tanah pertanian IV Menyebarkan agama Kristian

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

6. Bagaimanakah British berjaya menduduki Pulau Pinang?

A Membuat pajakan B Melalui tipu helah

C Pakatan dengan Bugis D Perjanjian dengan pembesar Kedah


7. Jadual yang berikut berkaitan dengan perang di Eropah.

Tahun 1793 - 1814

Perang Perang Napoleon


Apakah kesan perang tersebut terhadap negara kita ?

I Pembentukan Negeri-negeri Selat

II Pendudukan British keatas Singapura

III Menyebabkan rakyat hidup senang dan mewah

IV Menyebabkan negara menjadi maju dan ekonomi berkembang

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

8. Apakah peristiwa yang di manipulasikan oleh Stamford Raffles untuk membolehkan

beliau menduduki Singapura ?

A Kedudukan Singapura B Kemerosotan Johor

C Kelemahan Belanda D Perwarisan takhta Johor

9. Rajah yang berikut menunjukkan masalah yang wujud dalam Kesultanan Melayu ?

Kesultanan Melayu Masalah


Kesultanan Perak Perebutan takhta
Kesultanan Johor Riau Pewarisan takhta
Apakah kesan daripada masalah tersebut terhadap Kesultanan Melayu ?

A Penjajahan Siam B Pembahagian kuasa

C Kebangkitan rakyat D Kehilangan wilayah ditadbir

10. Pada abad ke-19 timbul pertikaian yang menyebabkan hubungan antara British dengan
Belanda di Alam Melayu semakin tegang. Apakah sebab berlaku pertikaian tersebut ?

A Pendudukan British di Singapura

B Pemasalahan perairan Selat Sunda

C Krisis kewangan Belanda semakin sengit

D Kegagalan Belanda membanteras ancaman lanun


11. Apakah yang menyebabkan berlakunya peristiwa berikut ?

 Berakhirnya Kesultanan Riau Linggi


 Perpecahan empayar Kesultanan Johor Riau

A Perjanjian London 1824

B Perjanjian Surat-surat Kew

C Perjanjian Sultan Hussein dengan John Crawfurd

D Perjanjian Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles

12. Jadual yang berikut berkaitan dengan perjanjian antara Belanda dengan British?

Tahun 1824
Perjanjian Perjanjian London

Apakah kesan daripada perjanjian tersebut terhadap Alam Melayu ?

I Perak diisytiharkan negeri yang bebas

II Belanda menguasai kawasan Selat Melaka

III Perpecahan Empayar Kesultanan Johor - Riau

IV Barat membahagikan Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu Belanda dan
British

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

13. Mengapakah Belanda menamatkan pertikaian dengan British meskipun membantah

pendudukan British di Singapura ?

A Tidak mendapat sokongan rakyat

B Berkongsi kekayaan dengan British

C Bersetuju memecahkan Empayar Johor

D Tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan selepas Perang Napoleon

14. Apakah jawatan awal yang disandang oleh Francis Light di Pulau Pinang ?

A Residen Jeneral B Residen Konsular

C Pesuruhjaya British D Penguasa pelabuhan


15. Apakah kepentingan Negeri-negeri Selat terhadap Negeri-negeri Melayu ?

A Menyediakan pelabuhan B Membekalkan bijih timah

C Mempunyai hasil pertanian D Menjamin kedaulatan negeri Melayu

16. Siapakah yang mengetuai pentadbiran Negeri-negeri Selat yang berpusat di Pulau
Pinang?

A Residen B Gabenor C Residen Jeneral D Pesuruhjaya British

17. Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah
Jajahan British di London. Apakah status Negeri-negeri Selat berikutan pemindahan tersebut?

A Tanah jajahan India B Tanah jajahan British

C Negeri-negeri merdeka D Negeri naungan British

18.Tindakan berikut telah dilakukan oleh pentadbir British.

Menggabungkan wilayah X dengan Borneo Utara pada tahun 1890

Apakah X ?

A Sulu B Brunei C Labuan D Pulau Cocos

19. Pejabat India telah mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat. Apakah kesan
terhadap tindakan tersebut ?

A Meluaskan pasaran B Menjejaskan kemakmuran

C Menghalang pertelingkahan D Meningkatkan perdagangan

20. Apakah sumbangan Mohammad Eunos Abdullah ke atas Negeri-negeri Selat?

A Memilih Gabenor India B Mengetuai Pejabat India

C Menjadi Residen Konsular D Menganggotai Majlis Perundangan


Soalan Struktur

1. Batu Uban merupakan pelabuhan paling awal dibuka di Pulau Pinang dan sering
dikunjungi oleh pedagang-pedagang Arab.

(a) Senaraikan dua peranan Batu Uban . (2 Markah)

(i) __________________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________________

(b) Mengapakah British memerlukan pelabuhan persinggahan di Pulau Pinang? (4 markah)

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

(c) Pada pendapat anda, apakah keistimewaan yang diperoleh British apabila memilih Batu
Uban sebagai pelabuhan utama mereka? (4 markah)

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

2. Persaingan kuasa –kuasa Barat di Alam Melayu membawa kepada perancangan British
dan Belanda untuk membuat pembahagian kawasan pengaruh masing-masing. Akibatnya
terhasil Perjanjian London yang telah dtandatangani pada 1824.

(a) Nyatakan syarat –syarat Perjanjian London bagi kuasa Barat berikut: (2 Markah)

(i) British

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

(ii) Belanda

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
(b) Terangkan kesan Perjanjian London terhadap Alam Melayu. (3 markah)

__________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

(c) Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa Perjanjian London. (3 markah)

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

3 Rajah berikut merupakan bendera Negeri-negeri Selat.

Bendera Negeri – negeri selat

(a) Senaraikan dua buah Negeri-negeri Selat. (2 markah )

(i) __________________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________________

(b) Mengapakah British menubuhkan Negeri-negeri Selat? (4 markah)

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
(c) Jelaskan pengajaran yang anda peroleh kesan daripada strategi British membentuk
Negeri-negeri Selat. (4 markah)

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Soalan Esei

1. (a) i. Jelaskan latar belakang Pulau Pinang sebelum peluasan kuasa British. (3 markah)
ii. Terangkan latar belakang Singapura sebelum peluasan kuasa British. (3 markah)
(b) Huraikan faktor-faktor peluasan kuasa British di Pulau Pinang. (6 Markah)
(c) Beri cadangan anda bagi memajukan sektor ekonomi negara? (8 Markah)

2. “Stamford Raffle dan William Farquhar telah menduduki Singapura.


(a) i. Nyatakan kepentingan Singapura kepada British. (3 markah)
ii. Jelaskan strategi Stamford Raffles untuk menguasai Singapura. (3 markah)
(b) Bincangkan kesan perjanjian London terhadap Alam Melayu. (6 Markah)
(c) Huraikan iktibar yang dipelajari daripada strategi peluasan kuasa barat ke negara kita. (8
Markah)

3. “Negeri Selat dibentuk pada tahun 1826 terdiri daripada gabungan negeri Pulau Pinang,
Singapura dan Melaka”.
(a) Jelaskan kepentingan negeri-negeri Selat kepada pihak British. (6 Markah)
(b) “Pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Pejabat India ke pejabat Tanah Jajahan
London’. Mengapakah pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dilaksanakan? (6
Markah)
(c) Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada penubuhan negeri-negeri Selat. (8 Markah)

You might also like