Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A:

1. Huraikan empat tanggungjawab Syarikat Garuda terhadap pemodal atau /pelabur


perniagaannya.

Tanggungjawab Perniagaan Garuda terhadap pemodal atau pelabur perniagaannya ialah :


i) Meningkatkan nilai saham atau dividen yang dibayar kepada pemodal melalui kejayaan
perniagaan dan meningkatkan kekayaan pemodal.[1m]
ii) Membuat pembahagian untung perniagaan atau pemberian dividen secara adil kepada
pemodal.[1m]
iii) Bertanggungjawab memberikan kadar pulangan yang terbaik ke atas jumlah pelaburan
yang dilabur oleh pemodal atau pelabur.[1m]
iv) Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat tentang operasi dan prestasi perniagaan
kepada pemodal.[1m]
(4F x 1m = 4m)

2. Huraikan dua sebab sesebuah perniagaan milikan tunggal perlu ditukar kepada bentuk
syarikat.

Dua sebab sesebuah perniagaan milikan tunggal perlu ditukar kepada bentuk syarikat iailah :
i) Sukar berkembang [1m] kerana modal terhad.[1m]
ii) Liabiliti tidak terhad[1m] menyebabkan harta pemilik boleh digunakan untuk membayar
hutang perniagaan.[1m]
iii) Perniagaan tidak akan berkekalan[1m] jika pemilik meninggal dunia.[1m]
iv) Pemilik mempunyai kemahiran pengurusan yang terhad[1m[ dan bergantung kepada
kemahiran sendiri/tiada kemahiran langsung.[1m]
v) Sukar mendapat pinjaman daripada pihak bank [1m] kerana bank kurang yakin dengan
prestasi syarikat.[1m]
vi) Kerugian dan risiko ditanggung sendiri.[1m] kerana hanya di miliki oleh seorang pemilik

mana-mana 2 jawapan pertama(2F x 2m = 4m)

1
3. Nyatakan enam faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pengeluar sebelum memilih sesuatu
lokasi untuk dijadikan tapak kilang. (6)

Enam faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pengeluar sebelum memilih sesuatu lokasi
untuk dijadikan tapak kilang ialah :
i) Bekalan tenaga buruh [1m]
ii) Sistem pengangkutan dan logistic[1m]
iii) Peraturan dan kawalan undang-undang[1m]
iv) Pembekal bahan mentah[1m]
v) Kemudahan infrastruktur[1m]
vi) Faktor persekitaran[1m]
vii) Pengguna sasaran[1m]

Mana-mana 6 fakta pertama(6F x 1m = 6m)

4. Berikan empat prinsip dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). (4)

Empat prinsip dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) ialah :


i) Kualiti produk atau perkhidmatan berfokuskan kepada pelanggan agar dapat memenuhi
keperluan pelanggan.[1m]
ii) Pihak pengurusan memberi autoriti kepada pekerja untuk membuat keputusan.[1m]
iii) Hubungan antara ahli-ahli kumpulan berdasarkan kepercayaan dan semangat
kerjasama.[1m]
iv) Pengurus akan memberi galakan kepada pekerja untuk sentiasa menngkatkan kualiti
kerja.[1m]
v) Pihak pengurusan perlu menjadi contoh amalan berkualiti kepada pekerja.[1m]
vi) Penambahbaikan yang berterusan menjadi teras aktiviti pengeluaran produk atau
perkhidmatan melalui semakan dan pemantauan proses kualiti.[1m]

Mana-mana 4 jawapan pertama(4F x 1m = 4m)

2
5. Jelaskan dua elemen yang terdapat dalam Model Gelagat Pengguna. (4)

Dua elemen yang terdapat dalam Model Gelagat Pengguna yang digunakan untuk mengkaji
faktor keputusan pembelian dan maklum balas pengguna ialah :
i) Rangsangan pemasaran dan persekitaran[1m]
- Pengguna terpengaruh untuk membuat pembelian sesuatu produk apabila tertarik
dengan harga psikologi, promosi jualan, kaedah pengiklanan,pembungkusan dan lain-
lain rangsangan campuran pemasaran.[1m]
- Keadaan ekonomi yang tidak stabil juga telah menyebabkan kuasa beli pengguna
terhad kepada produk yang penting sahaja seperti barangan makanan.[1m]

ii) Kotak hitam pengguna[1m]


- Pemikiran pengguna dipengaruhi oleh minda pengguna yang terdedah kepada pelbagai
rangsangan pemasaran dan persekitaran.[1m]
- Rangsangan ini akan berinteraksi dengan ciri-ciri pengguna seperti psikologi, budaya,
sosial serta lain-lain.[1m]

iii) Maklum balas atau respons pengguna/Tindakan pengguna[1m]


- Pengguna akan membuat keputusan untuk membeli atau tidak membuat
pembelian.[1m]
- Tindakan seseorang membuat keputusan sama ada ingin membeli /tidak membeli.[1m]

Mana-mana 2 jawapan pertama(2F,2HC = 4m)

6. Huraikan tiga langkah pertama dalam proses pembelian produk pengguna. (6)

Tiga langkah pertama dalam proses pembelian produk pengguna ialah :


i) Mengenal pasti keperluan[1m]
- Pengguna perlu mengenal pasti sama ada barang yang hendak dibeli dapat
memenuhi keperluan atau mengatasi masalah.[1m]

ii) Mencari maklumat[1m]


- Pengguna akan mendapatkan maklumat lengkap secara aktif berkenaan barang
yang dibeli daripada pelbagai sumber seperti sumber peribadi, sumber komersil
dan sumber awam.[1m]

iii) Menilai alternative[1m]


- Setelah memperoleh segala maklumat yang dikehendaki, pengguna akan menilai
alternatif yang ada dalam satu set pilihan berdasarkan situasi pembelian yang
dihadapi, budi bicara sendiri dan nasihat daripada jurujual atau rakan.[1m]
(3F, 3H = 6m)

3
7. Terangkan tiga perkaitan antara Jabatan Kewangan dengan Jabatan Pengeluaran dalam
sesebuah organisasi. (6)

Tiga perkaitan antara Jabatan Kewangan dengan Pengeluaran dalam sesebuah organisasi
ialah :
i) Jabatan Pengeluaran memerlukan sumber kewangan dari Jabatan Kewangan untuk
membeli bahan mentah, mesin dan belanja pengeluaran yang lain [1m] manakala
jabatan kewangan memerlukan anggaran kos daripada jabatan pengeluaran untuk
membuat perancangan kewangan syarikat.[1m]
ii) Jabatan pengeluaran memerlukan perbelanjaan kewangan yang besar [1m] manalaka
jabatan kewangan akan membantu dalam memastikan pembelian input pengeluaran
mengikut piawai yang diperlukan oleh jabatan pengeluaran.[1m]
iii) Jabatan pengeluaran perlu menjelaskan kepada jabatan kewangan tindakan operasi
pengeluaran yang dapat menjimatkan kos [1m] manakala jabatan kewangan
membantu mendapatkan dana untuk membiayai aktiviti pengeluaran.[1m]

(Setiap jawapan mesti menunjukkan perkaitan di antara kedua-dua jabatan)

(3 perkaitan x 2m = 6m)

8. Berikan empat tindakan yang diambil oleh seseorang peniaga apabila mengalami kurangan
tunai .

Empat tindakan yang diambil apabila peniaga mengalami kurangan tunai ialah :
i) Melambatkan atau melewatkan pembayaran kepada pemiutang.[1m]
ii) Mendapatkan overdraf di bank atau pinjaman jangka pendek.[1m]
iii) Menggalakkan jualan secara tunai dengan menawarkan diskaun kepada pelanggan
yang membeli secara tunai.[1m]
iv) Mempercepatkan atau memendekkan tempoh pungutan jualan kredit.[1m]
v) Membuat jualan secara tunai sahaja.[1m]

Mana-mana 4 jawapan pertama (4F x 1m = 4m)

4
9. Huraikan tiga kaedah yang digunakan dalam pengurusan sumber manusia strategik. (6)

Tiga kaedah dalam pengurusan sumber manusia strategik ialah :


i) Menarik sumber manusia[1m]
- Perancangan keperluan sumber manusia berdasarkan kuantiti dan kualiti.[1m]

ii) Membangun sumber manusia[1m]


- Perubahan persekitaran menyebabkan setiap pekerja perlu menyerap,
mendapatkan dan mengasah kemahiran dan pengetahuan baharu.[1m]

iii) Mengekal sumber manusia[1m]


- Organisasi perlu menyediakan ganjaran dan faedah yang baik dan kompetitif
untuk mengekalkan sumber manusia.[1m]
(3F,3H x 1m = 6m)

10. a) Takrifkan maksud disiplin. (1)


b) Senaraikan lima jenis hukuman yang boleh dikenakan terhadap pekerja yang melanggar
disiplin sesebuah organisasi. (5)

Maksud disiplin ialah kepatuhan pekerja kepada dasar, peraturan dan prosedur
organisasi bertujuan untuk menjaga ketenteraman di tempat kerja agar piawai dan objektif
organisasi dapat dicapai. [1m]

Lima jenis hukuman dikenakan terhadap pekerja yang melanggar disiplin ialah :
i) Turun pangkat
ii) Gantung kerja
iii) Pemecatan
iv) Menahan kenaikan gaji tahunan
v) Kehilangan faedah kerja
(5F x 1m = 5m)

5
Malaysia Airlines
Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines harus dibubarkan kerana sudah tidak
boleh diselamatkan lagi, dengan penularan COVID-19, kewangan syarikat itu semakin sukar
diatasi. Prestasi syarikat semakin merosot dan Malaysia Airlines sememangnya mempunyai isu
legasi sejak bertahun lamanya. Berbilion dolar diperlukan untuk memperbetulkan kembali
syarikat berkenaan namun tiada jaminan ia akan berhasil. Pemansuhan Malaysia Airlines boleh
digantikan dengan sebuah syarikat penerbangan baharu yang lebih kecil dengan visi dan budaya
tenaga kerja baharu serta kepimpinan syarikat diberikan kebebasan mengemudi mengikut
dinamika pasaran.

Malaysia Airlines mempunyai sekitar 13,000 tenaga kerja. Ia terlalu besar untuk keadaan
sekarang ini dan sekiranya COVID-19 berakhir sekali pun, ia mengambil masa dua hingga tiga
tahun sebelum pelancong berani untuk mengembara kembali. Malaysia Airlines menjalani
penjenamaan semula pada 2014, namun ketika itu ia adalah satu bentuk perpindahan aset dan
bukannya mewujudkan syarikat baharu. Langkah pemindahan itu tidak berjaya mengatasi
masalah Malaysia Airlines kerana landskap penerbangan dunia sekarang sudah berubah.

Malaysia Airlines tidak mempunyai pilihan lain selain mengecilkan tenaga kerja jika
mahu terus bernaung di bawah bumbung Malaysia Airlines Berhad (MAB). Tidak boleh lari dari
soal pembuangan pekerja. Tiada guna penstrukturan dilakukan tanpa memperkemaskan kembali
tenaga kerja. penilaian harus dilakukan oleh Khazanah sama ada pemilikan syarikat penerbangan
nasional adalah relevan pada masa kini terutama jika dibandingkan dengan jumlah populasi
penduduk Malaysia. Malaysia yang mempunyai sekitar 31 juta penduduk tidak sesuai
mempunyai sehingga tiga syarikat penerbangan. Ia terlalu banyak dan kapasiti berlebihan. Harus
lakukan satu kajian dan melihat tahap optimum jumlah penerbangan yang sepatutnya ada di
Malaysia serta syarikat mana yang harus dibubarkan.

Malaysia Airlines memperkenalkan MH EDGILE, program meningkatkan kemahiran dan


latihan semula yang terbuka kepada lebih 2,000 pekerja. Program itu menawarkan peluang
kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran dan dilatih semula untuk kecekapan pekerjaan
lain sama ada dalam kecekapan khusus seperti pengurusan kemudahan dan audit atau bidang am
dan boleh dilatih seperti jualan dan meja bantuan IT. Program itu membolehkan pekerja syarikat
penerbangan nasional itu memberikan kepakaran dan perkhidmatan mereka untuk menyokong
kemampanan perniagaan jangka panjang dan mengkaji ruang baharu untuk berkembang dan
membangunkan potensi mereka .

Tertakluk kepada kelulusan, kumpulan pekerja ini akan ditugaskan semula secara
sementara untuk membantu jabatan lain yang memerlukan tenaga kerja untuk jawatan kritikal
atau fungsi pekerjaan akibat daripada kekangan tenaga kerja. inisiatif ini ditawarkan secara
sukarela dan tertakluk kepada prasyarat pekerjaan dan kriteria pemilihan jabatan yang menerima.
Semua tugasan akan dilakukan secara sepenuh masa. Pekerja masih dibenarkan untuk
mengekalkan kesahihan lesen pekerjaan mereka.

6
Tempoh tugasan sementara akan bergantung kepada keperluan perniagaan dan operasi
syarikat. Pekerja dengan permohonan yang diluluskan akan dilengkapi dengan pengetahuan dan
kemahiran baharu melalui bimbingan dan latihan sebagai persediaan kepada jawatan baharu.
Menerapkan budaya kerja pendigitalan secara serentak untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang
yang ditawarkan dalam norma baharu. Oleh itu, meningkatkan kualiti kerja dan pembelajaran
adalah teras kepada kejayaan.

(Disesuaikan daripada https://www.astroawani.com/berita-bisnes/malaysia-airlines-lancar-


program-tingkat-kemahiran-latih-semula-kakitangan-262710 dan
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/malaysia-airlines-sudah-tidak-boleh-dibaiki-pakar-
262577 yang dicapai pada 10 Oktober 2020)

11. Berdasarkan kes di atas,


a) Terangkan faktor penentuan keperluan sumber manusia yang dilakukan oleh Malaysia
Airlines. [20m]
b) Jelaskan jenis latihan yang diberikan oleh Malaysia Airlines kepada pekerjanya. [10m]

7
SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B

a) Terangkan faktor penentuan keperluan sumber manusia yang dilakukan oleh


Malaysia Airlines. [20]

faktor penentuan keperluan sumber manusia yang dilakukan oleh Malaysia Airlines ialah

Fakta Huraian Kaitan kes


1. Perubahan Kemampuan  Syarikat penerbangan negara Malaysia
sosioekonomi organisasi untuk Airlines harus dibubarkan kerana sudah tidak
[1m] memenuhi boleh diselamatkan lagi, dengan penularan
keperluan COVID-19[1M]
pekerjaan  kewangan syarikat itu semakin sukar
bergantung pada diatasi[1M]
daya saing tenaga  Malaysia Airlines mempunyai sekitar 13,000
kerja yang ada tenaga kerja. Ia terlalu besar untuk keadaan
dalam sesebuah sekarang ini dan sekiranya COVID-19
masyarakat[1m] berakhir sekali pun, ia mengambil masa dua
hingga tiga tahun sebelum pelancong berani
untuk mengembara kembali.[1m]
 penilaian harus dilakukan oleh Khazanah
sama ada pemilikan syarikat penerbangan
nasional adalah relevan pada masa kini
terutama jika dibandingkan dengan jumlah
populasi penduduk Malaysia[1m]

2. Pertumbuhan Bergantung  Prestasi syarikat semakin merosot [1M]


perniagaan kepada  Malaysia Airlines sememangnya mempunyai
[1m] pertambahan isu legasi sejak bertahun lamanya[1M]
pertumbuhan  Berbilion dolar diperlukan untuk
sesebuah memperbetulkan kembali syarikat berkenaan
perniagaan[1m] namun tiada jaminan ia akan berhasil
Pemansuhan Malaysia [1m]

 Airlines boleh digantikan dengan sebuah


syarikat penerbangan baharu yang lebih kecil
dengan visi dan budaya tenaga kerja baharu
serta kepimpinan syarikat diberikan
kebebasan mengemudi mengikut dinamika
pasaran.[1m]

8
3. Penamatan Satu keputusan  Malaysia Airlines tidak mempunyai pilihan
perhidmatan yang diambil lain selain mengecilkan tenaga kerja jika mahu
[1m] untuk menamatkan terus bernaung di bawah bumbung Malaysia
kontrak kerja Airlines Berhad (MAB). [1m]
antara pekerja dan
pihak majikan[1m]  Tidak boleh lari dari soal pembuangan pekerja.
[1m]

 Tiada guna penstrukturan dilakukan tanpa


memperkemaskan kembali tenaga kerja. [1m]

4. Permintaan Bergantung pada  Malaysia yang mempunyai sekitar 31 juta


perkhidmatan faktor permintaan penduduk tidak sesuai mempunyai sehingga
[1m] perkhidmatan tiga syarikat penerbangan. Ia terlalu banyak
terhadap sesuatu dan kapasiti berlebihan[1m]
bidang pekerjaan
[1m]  Ia terlalu banyak dan kapasiti berlebihan.
Harus lakukan satu kajian dan melihat tahap
optimum jumlah penerbangan yang
sepatutnya ada di Malaysia serta syarikat
mana yang harus dibubarkan.[1m]

[F4,H4,KK12 = 20M]

9
b) Jelaskan jenis latihan yang diberikan oleh Malaysia Airlines kepada pekerjanya. [10m]

Jenis latihan yang diberikan oleh Malaysia Airlines kepada pekerjanya ialah

Fakta Huraian Kaitan kes

1. Pembelajaran Memerlukan penglibatan  Malaysia Airlines memperkenalkan


kendiri[1m] secara peribadi, berinisiatif MH EDGILE, program
bagi memastikan tahap meningkatkan kemahiran dan latihan
penguasaan dan memberi semula yang terbuka kepada lebih
kesan yang berterusan.[1m] 2,000 pekerja.[1m]

 Program itu menawarkan peluang


kepada pekerja untuk meningkatkan
kemahiran dan dilatih semula untuk
kecekapan pekerjaan lain[1m]

 sama ada dalam kecekapan khusus


seperti pengurusan kemudahan dan
audit atau bidang am dan boleh
dilatih seperti jualan dan meja
bantuan IT.[1m]

 Program itu membolehkan pekerja


syarikat penerbangan nasional itu
memberikan kepakaran dan
perkhidmatan mereka untuk
menyokong kemampanan
perniagaan jangka panjang dan
mengkaji ruang baharu untuk
berkembang dan membangunkan
potensi mereka .[1m]

2. Latihan Latihan yang dijalankan di  Tertakluk kepada kelulusan,


sambil bekerja premis semasa bekerja kumpulan pekerja ini akan
[1m] [1m] ditugaskan semula secara sementara
untuk membantu jabatan lain yang
memerlukan tenaga kerja untuk
jawatan kritikal atau fungsi
pekerjaan akibat daripada kekangan
tenaga kerja. [1m]

10
 inisiatif ini ditawarkan secara
sukarela dan tertakluk kepada
prasyarat pekerjaan dan kriteria
pemilihan jabatan yang menerima.
[1m]

 Semua tugasan akan dilakukan


secara sepenuh masa. [1m]

3. Pembelajaran Menggunakan arahan  Menerapkan budaya kerja


secara dalam secara online dengan pendigitalan secara serentak untuk
talian [1m] bantuan komputer[1m] memanfaatkan sepenuhnya peluang
yang ditawarkan dalam norma
baharu. [1m]

[F3,H3,KK4= 10M]

11
Cadangan jawapan

12. Jelaskan lima alat kawalan kualiti [20]

lima alat kawalan kualiti ialah

1. Kawalan proses secara statistik. [1m]

- Sampel produk diambil secara berkala semasa proses kerja pengeluaran. [1m]

- Sampel diperiksa sama ada sampel tersebut berada dalam had kawalan statistik atau
sebaliknya. [1m]

- Alat kawalan ini menggunakan skala had atas dan had bawah bagi tahap kualiti yang
perlu dipatuhi bagi suatu produk yang telah dikeluarkan.[1m]

- Contohnya sekiranya ukuran purata sampel produk berada di dalam had kawalan,
pengeluaran produk akan diteruskan. Jika sebaliknya tindakan pembetulan perlu
dilaksanakan secara segera terhadap bahagian yang didapati tidak menepati standard
kualiti yang telah ditetapkan.[1m]

2. Analisis tambah nilai [1m]

- Satu proses mengeluarkan ciri-ciri dalam suatu produk bagi menghasilkan produk
mengikut spesifikasi yang dipersetujui oleh pelanggan tanpa menjejaskan kualiti
produk tersebut.[1m]

- Suatu produk akan diberi ciri tambahan untuk kepuasan pelanggan .[1m]

- Walaupun menambah ciri yang ada pada suatu produk tidak melibatkan penambahan
kos pengeluaran yang tinggi.[1m]

- Contohnya aktiviti meringkaskan manual penggunaan produk oleh pengguna dapat


menjimatkan kos percetakan. Hal ini berupaya membantu menjimatkan kos
pengeluaran dan memberi kefahaman yang lebih kepada pengguna.[1m]

12
3. Carta kawalan [1m]

- Mengambil sampel produk daripada proses pengeluaran yang sedang dijalankan


memantau sejauhmana produk memenuhi spesifikasi bagi kualiti dan hasil
pemantauan direkodkan dalam bentuk carta.[1m]

- Kaedah kawalan bentuk grafik yang menunjukkan had kawalan atas dan had
kawalan bawah.[1m]

- Penghasilan grafik akan digunakan untuk menentukan tahap kualiti produk yang telah
diperiksa.[1m]

- Contohnya jika sampel berada diluar had yang ditetapkan maka tindakan untuk
mencari punca masalah akan diambil.[1m]

4. Kajian kualiti/kos [1m]

- Kaedah untuk meningkatkan kualiti produk dengan membuat penilaian tentang kualiti
yang berkaitan dengan kos semasa bagi sebuah firma.[1m]

- Cuba mengenalpasti bahagian yang berupaya mengurangkan kos dengan banyak.


[1m]

- Kos kualiti adalah kos yang berkaitan dengan pencegahan, mengesan dan
memperbaiki kerja yang defensive.[1m]

- Contohya seorang jurutera kualiti perlu memastikan ia mengurangkan jumlah kos


kualiti yang berkaitan dengan sesuatu produk. Antara kos yang berkaitan dengan
pengurusan kualiti adalah kos pencegahan, kos penilaian, kos kegagalan luaran dan
kos kegagalan dalaman.[1m]

5. Pasukan penambahbaikan kualiti [1m]

- Melibatkan sekumpulan pekerja dari jabatan /proses kerja yang berlainan bertemu
secara kerap untuk mengenalpasti masalah.[1m]

- Pasukan ini akan menganalisis perubahan yang berkaitan dengan masalah kualiti
produk.[1m]

- Mengimplementasikan perubahan yang berkaitan dengan kualiti produk.[1m]

- Contohnya pasukan ini akan mengorganisasikan kerja mereka seperti memilih ketua
dan cuba mengatasi masalah di tempat kerja.[1m]

13
6. Penanda aras [Benchmarking][1m]

- Aktiviti peningkatan prestasi organisasi.[1m]

- Kaedah organisasi mendapatkan cara terbaik untuk aktiviti pengawalan kualiti


produk.[1m]

- Dimensi yang biasanya diukur ialah kualiti, masa dan kos.[1m]

- Organisasi yang mempunyai amalan dan kaedah pengurusan kawalan terbaik akan
dijadikan contoh rujukan.[1m]

- Contohnya sebuah syarikat yang ingin menggalakkan pengeluaran produk berkualiti


boleh menganalisis dan meniru kaedah lain yang diamalkan oleh firma terbaik dalam
industry.[1m]

[fakta 5 = 5m, huraian 2 x 5 =10m, contoh 5 = 5m]

14
13 Terangkan lima faktor yang mempengaruhi Gelagat Pengguna. [20]
Cadangan jawapan

lima faktor yang mempengaruhi Gelagat Pengguna ialah

1. Budaya [1m]

- Budaya adalah nilai, norma, amalan masyarakat setempat, kelas sosial, persepsi,
kehendak dan sikap yang dipelajari oleh individu daripada ahli keluarga dan institusi
lain.[1m]

- Amalan nilai ini mempengaruhi cita rasa masyarakat/pengguna.[1m]

- Ciri lain yang wujud dalam budaya ialah kelas sosial berdasarkan pekerjaan, tahap
pendidikan dan tempat tinggal masyarakat/pengguna.[1m]

- Contohnya seorang yang dilahirkan di dalam kelompok kelas atasan lebih suka
berbelanja di tempat yang mewah berbanding kelompok kelas sederhana dan
rendah.[1m]

2. Sosial [1m]

- Faktor sosial terdiri daripada kumpulan rujukan, ahli keluarga, peranan dan status
pengguna.[1m]

- Taraf sosial menetukan bagaimana individu diiktiraf dalam sesuatu masyarakat. [1m]

- Faktor sosial mempunyai pengaruh secara langsung atau tidak langsung terhadap
gelagat pengguna.[1m]

- Contohnya corak pembelian yang dipengaruhi kitaran hayat keluarga boleh membawa
kesan kepada permintaan pasaran secara keseluruhan di mana anggota keluarga yang
berumur akan cenderung membeli makanan dan minuman kesihatan.[1m]

15
3. Individu[1m]

- Ciri individu seperti umur, pekerjaan, gaya hidup akan memberikan pengaruh kepada
keputusan pembelian seseorang.[1m]

- Pengeluar perlu memahami setiap ciri individu demi merancang strategi pemasaran
yang sesuai supaya dapat menarik perhatian pengguna terhadap produknya di
pasaran.[1m]

- Contohnya pengguna yang berada dalam peringkat umur yang berlainan akan
mempunyai cita rasa yang berbeza terhadap produk. Golongan remaja lebih
cenderung membeli pakaian yang berwarna terang berbanding golongan yang lebih
berumur.[1m]

4. Psikologi [1m]

- Melibatkan faktor dalaman seseorang individu.[1m]

- Elemen dalam faktor psikologi seperti persepsi atau tanggapan pengguna, motivasi,
personaliti, pembelajaran dan sikap pengguna.[1m]

- Persepsi merupakan memilih, mengorganisasi dan mentafsir maklumat yang diterima


untuk membentuk suatu gambaran yang bermakna.[1m]

- Contohnya sikap seseorang pengguna yang sentiasa mengagung-agungkan barang


import sudah tentu tidak akan membeli barang buatan tempatan walaupun harga lebih
murah dan kualitinya juga terjamin.[1m]

5. Situasi[1m]

- Faktor seperti tempat membeli, masa dan musim, perasaan dan emosi pengguna
ketika membuat pembelian dapat mempengaruhi gelagat pembelian.[1m]

- Penguna yang gemar membeli di pusat membeli belah yang mempunyai banyak
pilihan produk akan berasa tidak selesa membeli di kedai pasar raya yang biasa.[1m]

- Contohya semasa cuti sekolah banyak potongan harga ditawarkan kepada pembeli,
maka pengguna yang suka membeli belah akan mengambil peluang untuk membuat
pembelian.[1m]

[fakta 5 = 5m, huraian = 10m, contoh 5 = 5m]

Kertas Skema Tamat

16

You might also like