SURAT JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN KO-AKADEMIK BAHASA TAMIL PERINGKAT DAERAH TEMERLOH TAHUN 2024

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh


Jabatan Pendidikan Pahang
28000 Temerloh Tel : 09-2961210/20
Pahang Darul Makmur Faks : 09-2961989
Laman Web : jpnpahang.moe.gov.my/ppdtemerloh

Ruj. Kami : PPDT.600-5/4/1 Jld.18(20)


Tarikh : 28 Jun 2024
22 Zulhijjah 1445H

Semua Guru Besar


SJK (T) Daerah Temerloh

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN KO-AKADEMIK BAHASA TAMIL


PERINGKAT DAERAH TEMERLOH TAHUN 2024

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Temerloh


dengan kerjasama SJK(T) Ladang Lanchang sebagai sekolah pengelola akan
menganjurkan Pertandingan Karnival Ko-Akademik Bahasa Tamil Peringkat
Daerah Temerloh Tahun 2024 seperti berikut:

Tarikh : 04 Julai 2024 (Khamis)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : SJK(T) Ladang Lanchang

3. Sehubungan dengan itu, sekolah tuan dijemput untuk bersama-sama


menyertai pertandingan tersebut. Pihak sekolah diwajibkan agar mematuhi
peraturan-peraturan yang sedia ada sepanjang program berlangsung:

i. mendapat kebenaran daripada guru besar sekolah yang terlibat;


ii. mematuhi semua pekeliling dan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
iii. penyertaan murid dan guru hendaklah tidak mengganggu atau
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran mereka;
iv. penganjur bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan
murid yang terlibat dengan program ini;
v. murid, warga sekolah mahupun pihak sekolah sendiri tidak boleh
dipaksa atau diwajibkan terlibat dengan program yang
dirancang/dilaksanakan;
vi. penyertaan murid hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu
bapa atau penjaga;
vii. penggunaan kenderaan / kereta perlu menepati keselamatan dan
undang-undang pihak berkuasa (Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan
Polis Trafik);
viii. pendaftar berhak menarik balik surat kelulusan/kebenaran sekiranya
pihak penganjur gagal mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan
atau bercanggah dengan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa;

…2/-

TEMERLOH PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN


PPDT.600-5/4/27(20)

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN KO-AKADEMIK BAHASA TAMIL


PERINGKAT DAERAH TEMERLOH TAHUN 2024

4. Pihak sekolah dimohon menyediakan guru pengiring yang sesuai berdasarkan


jumlah murid yang terlibat dan mematuhi Garis Panduan Prosedur Operasi Standard
(SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sedang berkuat kuasa.

5. Kebenaran dan pelepasan ini hanya untuk tujuan yang dinyatakan sahaja dan
tarikh luput pada 04 Julai 2024. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan
program, sila hubungi Encik Ahmad Nazri bin Haji Abdul Khorid, Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah, Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Pejabat
Pendidikan Daerah Temerloh menerusi talian 019-9091091.

Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SAUFIE BIN ABDUL MANAF)


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh
Tel : 09-2961210
Faks : 09-2961989
Emel : ppd.temerloh@moe.gov.my

s.k. : Fail

TEMERLOH PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

You might also like