Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh


Jabatan Pendidikan Pahang
28000 Temerloh Tel : 09-2961210/20
Pahang Darul Makmur Faks : 09-2961989
Laman Web : jpnpahang.moe.gov.my/ppdtemerloh

Ruj. Kami : PPDT.600-5/4/20(45)


Tarikh : 04 Julai 2024
27 Zulhijjah 1445H
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Temerloh

Tuan,

KEBENARAN DAN PELEPASAN AJK / GURU PEMIMPIN BULAN SABIT MERAH


MALAYSIA (BSMM) MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MESYUARAT PENGURUSAN
BSMM DAERAH TEMERLOH 2024

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas dan surat daripada BSMM Daerah
Temerloh BSMMTEMERLOH/C-06-05/JLD.1 (028) bertarikh 01 Julai 2024 adalah
berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah


Temerloh akan mengadakan Taklimat Dan Mesyuarat Pengurusan BSMM Daerah
Temerloh 2024 seperti berikut:
Tarikh : 10 Julai 2024 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat , SK Temerloh Jaya
Pakaian : Uniform No.2 / baju korporat PBSM / Vest BSMM
3. Sehubungan itu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Temerloh mengambil
maklum dan TIADA HALANGAN membenarkan AJK BSMM Daerah Temerloh dan
seorang (1) guru pemimpin bagi setiap sekolah hadir ke taklimat dan mesyuarat
tersebut. Pengetua/guru besar diminta memberikan kebenaran dan pelepasan guru
berkenaan untuk hadir mengikut ketetapan yang dinyatakan.
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn. Hj. Mohamad Ali
Hanafiah bin Hj. Abu menerusi talian 017-9106868.

Sekian, terima kasih.


“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

(SAUFIE BIN ABDUL MANAF)


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh
Tel : 09-2961210
Faks : 09-2961989
Emel : ppd.temerloh@moe.gov.my
s.k. : S/U Kehormat BSMM Daerah Temerloh
Fail

TEMERLOH PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

You might also like