MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1 SEKOLAH RENDAH

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BESAR

09300 KUALA KETIL, KEDAH


NO TEL: 011-65735399

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1 SESI 2023/24

TARIKH : 3 APRIL 2023 (ISNIN)


MASA : 1:15 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK PEMULIHAN

KEHADIRAN : 4/4

1. En Azahar Bin Md Rodizh (Penolong Kanan Kokurikulum)


2. En Andisyam Bin Ahmad (Ketua Panitia)
3. En Hasri Bin Ishak (AJK)
4. Pn Normala Binti Ya’acob (Guru Pemulihan)

AGENDA :

1. Perutusan Pengerusi
2. Perutusan Penolong Kanan HEM
3. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil 4 2022/23
4. Perkara Berbangkit
5. Pengurusan Panitia Sesi 2023/24
6. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)
7. Kewangan
8. Perancangan Aktiviti Sepanjang Sesi 2023/24
9. Pemulihan
10. Hal-hal lain
11. Penutup
1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mengucapkan terima kasih atas komitmen guru-guru, juga kepada pentadbir di atas
kerjasama yang diberikan.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummu Kitab Al-Fatihah.
1.3 Pengerusi memberitahu ini adalah mesyuarat bersemuka setelah bermesyuarat secara
dalam talian sebelum ini.
1.4 Menjemput En Azahar untuk menyampaikan perutusan.

2. PERUTUSAN PENOLONG KANAN HEM

2.1 En Azahar menyatakan keperluan melakukan kerja sehabis baik untuk kemenjadian
budak. Menghantar murid menyertai program luar bukan sekadar memenuhi arahan
dan keperluan, bahkan ianya merupakan medan penting murid untuk terdedah kepada
persaingan dan menyerlahkan bakat murid.
2.2 Menyentuh program Minggu STEM 2022, ianya bertujuan memupuk minat murid-murid
dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Guru-guru Matematik boleh meneruskan
kerjasama ini untuk menganjur minggu STEM yang lebih efektif.
Tindakan : Makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 4 SESI 2022/23

3.1 Minit mesyuarat Kali ke-4 sesi 2022/23 telah disahkan tanpa pindaan

Pencadang : En Hasri Bin Ishak


Penyokong : Pn Normala Binti Ya’acob

4. PERKARA BERBANGKIT

4.1 Perkara 9.1, oleh kerana En Hasri telah mengajar Matematik Tahun 6 Arif. Beberapa
perubahan guru Matematik terpaksa dilakukan. Berikut adalah senarai guru yang
mengajar Matematik mengikut kelas.

Bil Nama Guru Kelas Yang Diajar

1 En Hasri bin Ishak 1 Arif

2 En Hasri bin Ishak 1 Bestari

3 En Azahar bin Md Rodizh 2 Arif

4 En Azahar bin Md Rodizh 3 Arif

5 En Andisyam bin Ahmad 4 Arif


6 En Andisyam bin Ahmad 5 Arif

7 En Hasri bin Ishak 6 Arif

8 En Andisyam bin Ahmad 6 Bestari

Tindakan : Makluman

5. PENGURUSAN PANITIA MATEMATIK BAGI SESI 2023/24

5.1 Guru-guru diminta untuk melengkapkan Fail Rancangan Mengajar (FRM). Dokumen
Standard Kurikulum Dan Pentaksiran KSSR Semakan (DSKP) dan Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT) mestilah diletakkan di dalam FRM.
5.2 Setiap minggu FRM mestilah dihantar kepada barisan pentadbir mengikut jadual yang
telah ditetapkan.
5.3 Bagi penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), guru mestilah mengutamakan 3
elemen iaitu Objektif, Aktiviti dan Refleksi. Terpulang keda guru-guru untuk menuliskan
lebih daripda 3 elemen yang utama.
5.4 Barisan pentadbir juga akan mengadakan pencerapan dan pemantauan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
(Tindakan: Semua guru Matematik)

6. PENTAKSIRAN BERASASKAN BILIK DARJAH (PBD) DAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)

6.1 T6 T5 T4 T3 T2 T1
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
TP
0 0 0 0 0 0 0 0 1 2 0 0
1
TP
0 0 0 0 2 7 3 8 7 17 4 11
2
TP
14 29 3 7 11 37 6 16 16 38 8 21
3
TP
16 33 32 74 9 30 20 54 8 19 9 24
4
TP
18 37 7 16 8 27 8 22 10 24 17 45
5
TP
1 2 1 2 0 0 0 0 0 0 0 0
6
Analisis PBD Akhir Sesi 2022/23
6.2 Analisis UASA Sesi 2022/23

Tahun 6 Tahun 5 Tahun 4


Bilanga
n Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus
TP1 0 0 0 0 2 7
TP2 10 20 15 35 2 7
TP3 18 37 11 26 12 40
TP4 14 29 7 16 12 40
TP5 7 14 7 16 2 7
TP6 0 0 3 0 0 0

6.3 Setiap guru boleh merujuk kepada edaran analisis PBD dan UASA untuk mengenal murid-
murid yang mendapat TP1 dan TP2 semasa 2022/23.
6.4 Setiap guru boleh membuat intervensi secara individu ataupun kumpulan kecil bagi
kumpulan murid yang mendapat TP1 dan TP2.
(Tindakan: Semua guru Matematik)

7. KEWANGAN

7.1 Baki peruntukan sesi 2022/23 Panitia Matematik adalah sebanyak RM104.62.
7.2 Peruntukan awal bagi sesi 2023/24 ialah sebanyak RM273.67. Jumlah peruntukan terkini
adalah RM378.29.
7.3 Peruntukan ini juga akan digunakan untuk Program Science, Technology, Engineering and
Mathematics (STEM) Week 2023/24 serta pembelian Bahan Bantu Mengajar (BBM).
(Tindakan: Semua guru Matematik)
7.4 Sebanyak RM100 akan digunakan untuk Program Jejak Angka (program pemulihan).
(Tindakan: Pn Normala)

8. PERANCANGAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2023/24

8.1 Berikut adalah program yang akan dianjurkan sepanjang sesi 2023/24
Bil Nama Program Tarikh Pelaksanaan
1 Program 5 minit awal Sepanjang tahun
2 Program Jejak Angka (Pemulihan) November 2023
3 Minggu STEM November 2023
4 Laluan Sudut Matematik Sepanjang tahun
(Tindakan: Semua guru Matematik)

9. PEMULIHAN

9.1 Pn Normala memaklumkan bahawa murid-murid yang layak mengikuti kelas pemulihan
adalah murid yang mendapat TP1 dan TP2 semasa pentaksiran Tahun 1 bagi
matapelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. Jika ada murid arus perdana yang
mendapat TP2 semasa darjah 2 hingga darjah 5, mereka tidak layak mengikuti kelas
pemulihan. Ini kerana, silibus pemulihan bagi matapelajaran Matematik adalah adalah
sehingga nombor 1 000.
9.2 Beliau memohon maaf kerana tidak dapat melaksanakan Program Jejak Angka di kalangan
peringkat murid-murid pemulihan. Ini kerana faktor kekangan masa dan juga kesihatan.
9.3 Program Jejak Angka ini akan diadakan pada sesi 2023/24.
9.4 Bagi sesi 2022/23, bilangan murid pemulihan adalah 20 orang murid. 9 orang murid telah
melepasi tahap pemulihan. Bagi sesi 2023/24, bilangan murid baru pemulihan (Tahun 2
Arif) adalah sebanyak 8 orang murid. Jadi jumlah murid pemulihan terkini adalah 22 orang
murid.

9.5 Senarai nama murid pemulihan baru bagi sesi 2023/24.


Bil Nama Murid Kelas
1 Muhammad Aiman Ekhram Bin Mohd Ezauri 2 Arif
2 Muhammad Iman Wafi Bin Mohd Solahhuddin 2 Arif
3 Muhammad Darwisy Bin Mohd Azroie 2 Arif
4 Muhammad Hazim Assyraf Bin Mohd Helmi 2 Arif
5 Aina Batrisyia Binti Mohamad Zaki Yudin 2 Arif
6 Fatihatul Farhana Binti Abdul Razak 2 Arif
7 Lili Amni Binti Mohd Shaizan 2 Arif
8 Nurul Afiqah Binti Mohamad Sabri 2 Arif
(Tindakan: Guru Pemulihan dan Guru Matematik)

10. HAL-HAL LAIN

10.1 En Andisyam menyatakan buku latihan matematik akan bertukar dari buku pendek
kepada buku panjang. Tempahan akan dibuat pada bulan Oktober 2023. Perbincangan
awal telah dilakukan untuk mendapat persetujuan daripada pihak kedai buku.
(Tindakan: En Andisyam)
10.2 En Hasri mencadangkan membuat sepanduk berkaitan sifir untuk setiap kelas.
10.3 En Hasri juga mencadangkan agar murid-murid tahun 6 mempunyai buku latih tubi
Matematik untuk digunakan oleh murid semasa sesi awal pembelajaran.
(Tindaka: En Hasri)

11. PENUTUP

11.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli yang hadir pada mesyuarat hari ini.
Semoga semua guru Matematik dapat berganding tenaga dan idea untuk meningkatkan
kecemerlangan murid-murid di dalam matapelajaran Matematik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:30 petang.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

____________________ _________________
ANDISYAM BIN AHMAD SABRI BIN OTHMAN
Ketua Panitia Matematik Guru Besar
SK Paya Besar SK Paya Besar

You might also like