Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BESAR

09300 KUALA KETIL, KEDAH


NO TEL: 011-65735399

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 2 SESI 2023/24

TARIKH : 21 OGOS 2023 (ISNIN)


MASA : 1:15 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK PEMULIHAN

KEHADIRAN : 4/4

1. En Azahar Bin Md Rodizh (Penolong Kanan Kokurikulum)


2. En Andisyam Bin Ahmad (Ketua Panitia)
3. En Hasri Bin Ishak (AJK)
4. Pn Normala Binti Ya’acob (Guru Pemulihan)

AGENDA :

1. Perutusan Pengerusi
2. Perutusan Penolong Kanan HEM
3. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil 1 2023/24
4. Perkara Berbangkit
5. Pengurusan Panitia Sesi 2023/24
6. Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (Pbd) Dan Ujian Akhir Sesi Akademik
7. Kewangan
8. Perancangan Aktiviti Sepanjang Sesi 2023/24
9. Pemulihan
10. Hal-hal lain
11. Penutup
1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mengucapkan terima kasih atas komitmen guru-guru, juga kepada pentadbir di atas
kerjasama yang diberikan.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummu Kitab Al-Fatihah.
1.3 Menjemput En Azahar untuk menyampaikan perutusan.

2. PERUTUSAN PENOLONG KANAN HEM

2.1 En Azahar menyatakan keperluan melakukan kerja sehabis baik untuk kemenjadian
murid. Murid perlulah menyertai program luar bukan sekadar memenuhi arahan dan
keperluan, bahkan ianya merupakan medan penting murid untuk terdedah kepada
persaingan dan menyerlahkan bakat murid.
Tindakan : Makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1 SESI 2023/24

3.1 Minit mesyuarat bilangan 1 sesi 2023/24 telah disahkan tanpa pindaan

Pencadang : En Hasri Bin Ishak


Penyokong : Pn Normala Binti Ya’acob

4. PERKARA BERBANGKIT

4.1 Perkara 10.2, sepanduk sifir untuk setiap kelas akan kita ubah kepada kad sifir untuk
setiap murid.

Tindakan : Makluman

5. PENGURUSAN PANITIA MATEMATIK BAGI SESI 2023/24

5.1 Guru-guru perlu membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebelum kelasa bermula.
Dengan adanya perancangan pengajaran, guru-guru dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid.
5.2 Pihak pentadbir meminta semua guru untuk menghantar buku latihan murid kepada
barisan pentadbir untuk tujuan semakan. Jadual penghantaran buku latihan boleh dirujuk
di dalam Buku Pengurusan SK Paya Besar 2023.
(Tindakan: Semua guru Matematik)
6. PENTAKSIRAN BERASASKAN BILIK DARJAH (PBD) DAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

6.1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) akan dijalankan pada 2 – 27 Januari 2023 bagi Tahap 2
sahaja. Bagi tahap 1, hanya PBD yang dijalankan melainkan pihak sekolah bersetuju untuk
menjalankan UASA bagi Tahap 1.
6.2 Pihak sekolah akan menyediakan soalan Matematik bagi UASA Tahap 2.
(Tindakan: Semua guru Matematik)

7. KEWANGAN

7.1 Baki peruntukan sesi 2023/24 Panitia Matematik adalah sebanyak RM723.64.
7.2 Peruntukan ini akan digunakan untuk Program Sinar Pagi Matematik 2023 serta Program
Jejak Angka 2023 anjuran Unit Pemulihan.
(Tindakan: Semua guru Matematik, Pn Normala)

8. PERANCANGAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2023/24

8.1 Berikut adalah program yang akan dianjurkan sepanjang sesi 2023/24
Bil Nama Program Tarikh Pelaksanaan Catatan
1 Program 5 minit awal Sepanjang tahun Masih berjalan
2 Program Jejak Angka (Pemulihan) November 2023 21 November 2023
3 Minggu STEM November 2023 Tidak dapat
dijalankan dan
digantikan Program
Sinar Pagi
Matematik 2023
4 Laluan Sudut Matematik Sepanjang tahun Ditangguhkan atas
faktor kewangan
(Tindakan: Semua guru Matematik)

9. PEMULIHAN

9.1 Program Jejak Angka 2023 anjuran Unit Pemulihan akan dilaksanakan pada 21 November
2023 bermula pada jam 10:45 pagi hingga 12:45 tengahari. Seramai 18 orang murid
pemulihan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 akan menyertai program ini.
9.2 Objektif utama program ini adalah bagi memastikan murid-murid pemulihan dapat
mengaplikasi matematik dalam kehidupan seharian dan bukanlah semata-mata hanya di
dalam kelas.
(Tindakan: Guru Pemulihan dan Guru Matematik)
10. HAL-HAL LAIN

10.1 En Hasri berharap program Sinar Pagi yang bakal dijalankan akan dijadikan sebagai
program berterusan bagi menjamin kemenjadian murid dalam menghafal sifir.

(Tindakan: Semua guru Matematik)

11. PENUTUP

11.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli yang hadir pada mesyuarat hari ini.
Semoga semua guru Matematik dapat berganding tenaga dan idea untuk meningkatkan
kecemerlangan murid-murid di dalam matapelajaran Matematik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

____________________ _________________
ANDISYAM BIN AHMAD SABRI BIN OTHMAN
Ketua Panitia Matematik Guru Besar
SK Paya Besar SK Paya Besar

You might also like