teks ucapan alu-aluan puan pengetua

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL PERPADUAN BAHASA INGGERIS 2024

3 JULAI 2024 (RABU)

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA

Terima kasih saudari pengacara majlis


Selamat pagi dan salam sejahtera
Guru Kanan, Guru-guru pembimbing dan para peserta semua.
Hadirin dan hadirat,

Saya rasa sungguh bertuah dan bersyukur kerana pada pagi ini kita sekali lagi
dapat berkumpul bersama-sama dalam Majlis Penutupan Karnival Perpaduan Bahasa
Inggeris 2024 peringkat Daerah Meradong. Sesungguhnya program ini telah menjadi
kesinambungan yang signifikan dalam pencarian wakil daerah Meradong untuk
pertandingan peringkat negeri yang bakal diadakan di Miri. Pada hari ini, sebanyak 4
pertandingan koakademik Bahasa Inggeris telah dilaksanakan dengan jayanya iaitu
Pertandingan Poetry Recitation, Public Speaking, Scrabble dan Dare to Spell. Saya
mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran tuan puan dan saya percaya
bahawa peluang seumpama ini akan meningkatkan lagi semangat warga semua untuk
terus melakar kejayaan demi kejayaan yang membanggakan di masa-masa hadapan.

Hadirin Hadirat sekalian,


Pihak sekolah juga ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua pihak yang banyak membantu sekolah bagi
melancarkan perjalanan pertandingan pada hari ini. Bagi pihak sekolah, saya
mendoakan agar kalian akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri
sendiri, keluarga dan sekolah di peringkat negeri kelak.

Kepada ahli jawatankuasa majlis hari ini, pada kali ini, saya merakamkan ucapan
terima kasih. Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan akan dikenang sampai
bila-bila.

Jika kita seia sekata


Tiada timbul sengketa
Jika seiring kita berusaha
Pasti semua akan berjaya
Sekian sahaja ucapan saya. Terima kasih..

1
2

You might also like