Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK

The Scouts Association Of Malaysia Perak State


Wisma Pengakap No. 31& 31A, Jalan Jelapang 6, Pusat Komersial Jelapang, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel/Fax: 019-559 5822 Website: www.ppmperak.net Email : ppmperak@yahoo.com
Ruj.Kami: Bil.PPMPk/Pentadbiran/(12)
Tarikh : 19 April 2024

Pengetua,
Guru Besar,
Negeri Perak
(u.p: Pemimpin Kumpulan Pengakap Sekolah)

Tuan/ Puan,

PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA TAHUNAN BAGI TAHUN 2024.

Dengan hormat dan sukacitanya saya menarik perhatian Tuan / Puan mengenai perkara
di atas. Surat makluman daripada Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM.100-3/1/1(004)
bertarikh 18 April 2024 adalah berkaitan.

2. Sehubungan itu, Pendaftaran keahlian pengakap negeri Perak bagi Tahun 2024
boleh diakses melalui Sistem Pendaftaran Keahlian Pengakap Negeri Perak melalui pautan
https://pendaftaran.pengakapperak.org.my/login.php. Sila hubungi Pesuruhjaya
Pengakap Daerah masing-masing untuk mendapatkan id sekolah/kumpulan dan
katalaluan.

3. Kadar bayaran pendaftaran keahlian tahunan adalah seperti yang dinyatakan


berikut:
i. Pengakap Kanak-kanak - RM 7.00
ii. Pengakap Muda - RM 7.00
iii. Pengakap Remaja - RM 7.00
iv. Pengakap Kelana - RM 7.00
v. Pemimpin / Penolong Pemimpin - RM10.00
vi. Pesuruhjaya / Penolong Pesuruhjaya - RM10.00
vii. Persaudaraan B-P - RM10.00
viii. Persaudaraan Pengakap Raja - RM10.00
ix. Ahli Biasa (Pengetua/Guru Besar/Ahli Majlis) - RM10.00
x. Penubuhan Kumpulan Baru - RM50.00
xi. Permohonan Salinan Sijil Pendaftaran - RM 20.00

4. Semua urusan pembayaran hendaklah melalui Persekutuan Pengakap Daerah


masing-masing. Slip bayaran adalah sebagai bukti pembayaran, ia perlu ditunjukkan
kepada Bendahari, PPM Daerah masing-masing.
Ruj.Kami: Bil.PPMPk/Pentadbiran/(12)
Tarikh : 19 April 2024

PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA TAHUNAN BAGI TAHUN 2024

5. Proses pendaftaran keahlian pengakap negeri Perak ini hendaklah diselesaikan


sebelum 31 Julai 2024.

6. Untuk makluman Tuan / Puan, setelah urusan pendaftaran dan bayaran disah terima
oleh PPM Daerah, salinan Kad Keahlian (digital) boleh disemak dan dicetak dari pautan
https://www.pengakapperak.org.my/search/ .

Sekian untuk makluman pihak tuan, kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan
disanjung tinggi, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”


“PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI”

Saya yang menjalankan tugas,


Persekutuan Pengakap Malaysia,

(HAJI KHAIRUL BIN HAJI ABU KASSIM, A.M.P)


Ketua Pegawai Operasi – Pendaftaran
Merangkap
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
b.p Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Persekutuan Pengakap Malaysia
Perak Darul Ridzuan.

Salinan kepada-

1. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak


2. Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak
3. SEMUA Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah
4. SEMUA Pesuruhjaya Pengakap Daerah

You might also like