2021

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

STPM S2 2021

1.(a) Bagaimanakah penipisan lapisan ozon berlaku? (3)

Penipisan lapisan ozon berlaku disebabkan oleh aktiviti letusan gunung berapi dan
aktiviti perindustrian yang membebaskan asap yang mengandungi gas seperti
sulfur dioksida, karbon monoksida dan gas karbon dioksida ke udara yang
mampu memutuskan ikatan molekul ozon menyebabkan gas ozon akan berkurang
kesannya, berlaku penipisan lapisan ozon.

(b) Huraikan tiga aktiviti manusia yang menyebabkan berlakunya penipisan ozon.

Fakta Huraian
Aktiviti perindustrian Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas karbon
dioksida,karbon monoksida dan nitrogen dioksida yang memutuskan
ikatan ozon akan menyebabkan kandungan gas ozon di atmosfera
berkurang dan menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon.
Aktiviti Pembalakan Penebangan pokok secara besar-besaran akan menyebabkan
peningkatan kandungan gas karbon dioksida di udara yang akan
memutuskan ikatan ozon dan menyebabkan kandungan gas ozon di
atmosfera berkurang dan menyebabkan berlakunya penipisan lapisan
ozon.
Aktiviti Pengangkutan Pembakaran bahan api fosil kenderaan bermotor yang banyak
menyumbang kepada pelepasan gas karbon dioksida, karbon
monoksida dan sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera
menyebabkan kandungan gas ozon berkurang dan berlakunya
penipisan lapisan ozon.
Aktiviti pertanian Pembakaran sisa pertanian secara besar-besaran akan membebaskan
gas karbon dioksida ke atmosfera memutuskan ikatan ozon
menyebabkan kandungan gas ozon berkurang dan menyebabkan
berlakunya penipisan lapisan ozon.
Aktiviti domestik Penggunaan pendingin hawa membebaskan gas CFC ke atmosfera
memutuskan ikatan ozon dan mengurangkan kandungan gas ozon
kesannya berlaku penipisan lapisan ozon.
Ujian nuklear Pelancaran nuklear akan membebaskan gas nitrogen dioksida ke
atmosfera dan akan memutuskan ikatan ozon, mengurangkan
kandungan gas ozon dan menyababkan berlakunya penipisan lapisan
ozon.
Aktiviti penternakan secara Najis haiwan membebaskan gas metana ke atmosfera dan
besar-besaran memutuskan ikatan ozon, mengurangkan kandungan gas ozon dan
menyebabkan berlaku penipisan lapisan ozon.
(c) Jelaskan tiga kesan penipisan lapisan ozon terhadap alam sekitar fizikal. (6)

Fakta Huraian
1-Suhu tinggi Peningkatan suhu akan menyebabkan kadar sejatan menjadi
tinggi yang menyebabkan tanah menjadi kering dan tandus
2-Proses sejatpeluhan tinggi Penipisan lapisan ozon akan meningkatkan kadar sejat
peluhan menyebabkan pengeluar layu dan mati. Kesannya
rantaian makanan terjejas.
3-Kadar kelembapan udara Penipisan lapisan ozon akan mengurangkan kadar
rendah kelembapan udara di mana udara menjadi kering dan
menyebabkan debu dan partikel terampai berterbangan ke
udara. Kesannya, pencemaran udara berlaku.
4-Peningkatan sinaran UV Penerimaan UV yang banyak ke permukaan bumi
menyebabkan sel haiwan dan tumbuhan mati lalu berlakunya
kemusnahan flora dan fauna.
5-Proses pergurunan Permukaan bumi menjadi tandus dan semakin luas
menyebabkan landskap fizikal berubah
6-Berlaku pencairan ais di Peningkatan aras lautan akan menyebabkan berlakunya
kutub hakisan pinggir pantai yang giat
7- Gangguan ekosistem Penerimaan sinaran UV menyebabkan plankton berkurang
akuatik menganggu rantaian makanan. Kesannya hidupan akuatik
terjejas
2. (a) (i) Lukis graf yang sesuai bagi menunjukkan suhu di bandar-bandar utama
dunia pada bulan September tahun 2019. (6M)
Bandar Suhu (oC)
Johannesburg 19o
Alexandria 25o
Buenos Aires 12o
Rio De Janeiro 25o
Antarctica -37o
Nuuk 3o
Beijing 26o
Kuala Lumpur 32o
London 21o
Paris 25o
Madinah 44o
Ar Rayyan 39o

Suhu Bandar-bandar Utama Dunia pada Bulan September Tahun 2019


50
40
30
20
Suhu (°C)

10
0
rg s a k r ris ah
-10 sbu ria ire ei
ro t ic u ji ng pu on ya
n
d A n ta
r Nu ei m nd Pa in y
e an s a u o ad Ra
nn ex no eJ An B
aL L M
-20
h a A l e D a l Ar
Jo Bu Ri
o
Ku
-30
-40
-50

Bandar

Skala: 1cm bersamaan 10 (°C)


i. Tajuk Graf-1
ii. Skala-1
iii. Label Paksi-1
iv. Plot bandar -1

Faktor Huraian
1-Sudut Zenith Kawasan bandar yang berada di garisan khatulistiwa akan menerima
Matahari pancaran matahari dalam keadaan yang tepat dan kawasan bandar ini
mempunyai suhu yang tinggi. Kawasan bandar di garisan lain akan
menerima cahaya matahari dalam keadaan condong dan suhu rendah.
2-Nilai Albedo Kawasan bandar yang mempunyai permukaan bumi yang gelap akan
mengalami suhu yang tinggi kerana banyak bahangan matahari yang
diserap dan permukaan bumi yang cerah akan mengalami suhu yang
rendah kerana warna yang cerah mampu membalikkan lebih banyak
bahangan bumi
3-Kedudukan Kawasan bandar yang terletak di garisan khatulistiwa mempunyai suhu
Garis Lintang yang tinggi. Ini kerana garisan khatulistiwa adalah lebih dekat dengan
matahari. Kawasan bandar yang jauh daripada matahari akan kurang
menerima sinaran matahari dan suhu rendah.
4-Peredaran Bumi Matahari berada tegak di atas Garisan Khatulistiwa pada musim
bunga( 21 Mac) dan Musim Luruh (23 September) manakala pada
musim panas (21Jun) matahari berada tegak di atas Garisan Sartan dan
pada musim sejuk(22 Disember) ,matahari tegak di atas Garisan Jadi.
5-Kebenuaan Negara yang ada di tengah-tengah benua mempunyai suhu yang lebih
panas berbanding negara yang berada hampir dengan lautan
6-Ketinggian Negara yang berada di kedudukan yang tinggi dari aras laut mempunyai
suhu yang rendah kerana semakin tinggi sesuatu tempat semakin rendah
suhu
2 (a) (ii) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan suhu di bandar-bandar berkenaan berbeza
pada masa tersebut.

Fakta Huraian
1-Meningkatkan Ini kerana bahangan yang tinggi menyebabkan pengembangan dan
Luluhawa Fizikal pengecutan batuan berlaku secara berterusan sehingga batuan retak,pecah dan
tersepai.Ini menyebabkan berlakunya pencemaran udara
2-Tanah Kering Ini menyebabkan tanah kurang kesuburan.Oleh itu, berlaku kemusnahan flora
dan fauna
3-Kadar Sejatan Ini menyebabkan tanah menjadi kering dan menjejaskan simpanan air bawah
Tinggi tanah.
4-Litupan Awan Ini menyebabkan suhu meningkat kerana permukaan bumi mendapat cahaya
Berkurang matahari secara langsung. Oleh itu,kerpasan akan berkurang.
5-Suhu Permukaan Ini menyebabkan berlaku kebakaran hutan secara semula jadi. Oleh itu,
Bumi Meningkat berlaku kemusnahan flora dan fauna
6-Bahangan Bumi Ini menyebabkan tanah menjadi kering. Oleh itu, debu dan habuk akan
Meningkat bertebangan di udara menyebabkan pencemaran udara.
7- Kerpasan rendah Litupan awan yang rendah menyebabkan kerpasan rendah. Kesannya tanah
kering dan hilang kesuburan
8- Penggurunan Menyebabkan luluhawa fizikal giat berlaku. Kesannya debu dan habuk
berterbangan menyebabkan berlakunya pencemaran udara
(b) Bincangkan enam kesan penerimaan bahangan matahari yang tinggi terhadap alam
sekitar fizikal (13M)

3(a) Huraikan tiga proses mendatar kitaran hidrologi. [9M]


Fakta Huraian

Alir lintang Pergerakan angin secara melintang yang membawa bersama wap air
atmosfera
dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan bertekanan rendah
menyebabkan berlakunya kerpasan

Larian air Air hujan yang turun//lebihan air yang tidak diresap ke dalam tanah
permukaan
dan mengalir di atas permukaan dan mengalir masuk ke badan air
seperti kolam,tasik, Sungai dan laut

Aliran air bawah Air hujan yang diresap masuk ke dalam tanah melalui proses resapan
tanah
dan mengalir sehingga ke zon tepu (batuan tak telap air) dan mengalir
ke Sungai,tasik dan laut

(b) Jelaskan empat faktor fizikal yang mempengaruhi proses mendatar kitaran
hidrologi. [8M]
Fakta Huraian

Litupan tumbuhan yang • Banyak: mempengaruhi proses cegatan silara iaitu


banyak/sikit melambatkan jatuhan titisan hujan ke permukaan bumi
kesannya larian air permukaan rendah dan aliran air bawah
tanah meningkat

• Sikit: Air diterima secara langsung oleh permukaan tanah


menyebabkan larian air permukaan tinggi

Cerun curam/landai • Curam: Meningkatkan halaju air menyebabkan resapan


semakin rendah kesannya larian air permukaan tinggi dan
aliran air bawah tanah berkurang.

• Landai: Mengurangkan halaju air dan meningkatkan


resapan menyebabkan larian air permukaan berkurang.

Kandungan air dalam • Kandungan air dalam tanah yang banyak akan
tanah/Kelembapan tanih mengurangkan kadar resapan air dalam tanah disebabkan tanah
tersebut telah tepu dan tidak lagi berupaya menyerap air
terutamanya semasa musim tengkujuh. Keadaan ini
menggalakkan larian air permukaan.

• Sekiranya kandungan air dalam tanah kurang terutamanya


semasa kemarau kadar resapan air ke dalam tanah adalah
tinggi dan keadaan ini akan menyebabkan larian air
permukaan rendah

Ketelapan batuan • Batuan yang telap air akan meningkatkan kadar resapan.
Kesannya, larian air permukaan menjadi rendah.

Intensiti hujan • Lebat - Kebolehan air untuk meresap ke dalam tanah akan
berkurang kerana jatuhan air hujan akan menutupi liang pori
tanih menyebabkan kadar larian air permukaan bertambah.

• Renyai - Keadaan hujan yang renyai akan mengurangkan


kadar larian air permukaan kerana kebolehan air untuk
meresap ke dalam tanah adalah tinggi menyebabkan aliran air
bawah tanah meningkat

Liang pori tanah/struktur • Padat - Struktur tanah seperti tanah liat akan

tanah mengurangkan kadar resapan kerana mempunyai liang pori


tanah yang kecil menyebabkan kadar larian air permukaan
tinggi.
• Longgar - Struktur tanah seperti tanah pasir akan
meningkatkan kadar resapan kerana mempunyai liang pori
tanah yang besar menybabkan kadar larian air permukaan
rendah.

Tekanan udara tinggi/rendah • Tinggi - Tekanan udara yang tinggi menyebabkan sejatan
rendah dan alir lintang atmosfera rendah
• Rendah - Tekanan udara yang rendah menyebabkan
sejatan tinggi dan alir lintang atmosfera meningkat. Kesannya,
pembentukan awan giat berlaku.

(c) Huraikan empat aktiviti manusia yang boleh menjejaskan proses mendatar kitaran
hidrologi. [8M]
Fakta Huraian Kesan
1) Pembalakan Penebangan pokok akan menggondolkan -Larian air permukaan
tanah. Apabila hujan turun, proses cegatan tinggi.
silara akan berkurang.

2) Pertanian Pembukaan kawasan pertanian, - Larian air


menyebabkan berlakunya proses permukaan tinggi
penyahutanan menyebabkan tanah gondol -Kadar resapan
rendah
-Aliran air bawah
tanah berkurang
3) Pembinaan Penurapan tanah dengan simen, tar dan - Larian air
bitumen menyebabkan liang pori tanah permukaan berkurang
ditutup - Kadar resapan
rendah
-Aliran air bawah
tanah berkurang
4) Pembinaan Takungan air Kawasan empangan - Storan simpanan air
empangan menyebabkan aliran air bawah tanah bawah tanah
terganggu. berkurang
5) Perikanan Tanah dikorek untuk membina kolam ikan - Storan simpanan air
akuakultur menyebabkan aliran air bawah tanah bawah tanah
terganggu berkurang
6) Perlombongan Tanah dikorek untuk mewujudkan Kawasan menyebabkan aliran
takungan air air bawah terjejas
4(a) Nyatakan tiga ciri industri bioteknologi di Malaysia.[3]

Skema pemarkahan

a1 Taburan/lokasi luar bandar/bandar


a2 Modal sederhana/besar
a3 Buruh mahir/separuh mahir
a4 Bahan mentah tempatan/luar negara
a5 Teknologi sederhana/tinggi
a6 Skala sederhana/besar
a7 Orientasi pengeluaran eksport/tempatan
Mana-mana 3 x 1m = 3m

(b) Jelaskan tiga kepentingan industri bioteknologi kepada pembangunan ekonomi negara.(6)

Fakta Huraian Contoh


1-Meningkatkan Hal ini kerana dengan adanya Contohnya Industri Kecil
pendapatan negara industri ini sektor seperti pertanian Sederhana (IKS) dapat
dapat menguntungkan hasil yang mempelbagaikan lagi variasi
banyak dan juga berkualiti. Oleh produk pengeluaran mereka.
itu, eksport ke luar negara akan
meningkat dan pendapatan negara
juga turut meningkat.
2-Menyediakan Industri ini dapat menyediakan Contohnya seperti pembantu
peluang pekerjaan peluang pekerjaan kepada makmal yang bekerja dalam
masyarakat. industri bioteknologi untuk
sektor pembuatan.
3-Memperluaskan saiz Hal ini kerana industri Contohnya,
pasaran bioteknologi yang membuat penambahbaikan terhadap
penambahbaikan terhadap sektor sektor pertanian yang
pembuatan dan pertanian dapat menjadikan hasil pertanian
meluaskan lagi pasaran. lebih bermutu dapat menarik
minat negara luar terhadap
hasil pertanian negara kita.
4-Pemindahan Wujudnya pemindahan teknologi Contohnya teknologi dari
teknologi dari negara lain dalam industri ini negara maju kepada negara
yang dapat membangunkan yang sedang membangun
ekonomi negara.
5-Mewujudkan kesan Industri bioteknologi berkembang Contohnya industri
pengganda maju dan industri lain turut perkhidmatan berkembang
berkembang pesat dan jalan raya dibina untuk
membuat perkhidmatan
penghantaran
6-Meningkatkan modal Pelaburan langsung asing
pelaburan langsung meningkat kerana pelabur minat
asing untuk melabur dalam industri
bioteknologi.

(c) Huraikan tiga cabaran yang dihadapi dalam industri bioteknologi di Malaysia. (6)

Fakta Huraian
1- Kos yang Industri bioteknologi ini memerlukan kos yang tinggi dalam
tinggi melaksanakannya. Hal ini kerana alat atau bahan yang diperlukan
untuk melaksanakan R&D dan sebagainya memerlukan kos yang
tinggi.
2- Kurang buruh Hal ini kerana kurang buruh yang mahir atau professional seperti
mahir saintis dalam industri ini terutamanya dalam sektor pertanian dan
pembuatan yang terlibat dalam industri ini.
3- Teknologi yang Teknologi yang rendah di Malaysia telah mengehadkan
masih rendah pengembangan industri ini. Hal ini kerana industri ini memerlukan
teknologi yang tinggi bagi menjayakannya
4- Keselamatan Bioteknologi yang melibatkan penggunaan biologi menyebabkan
orang ramai meragui tentang aspek keselamatan terhadap hasil
industri ini. Contohnya proses ujikaji di makmal memberi risiko
tinggi kerana bahan kimia yang digunakan tidak selamat.
5- Bahan mentah Industri bioteknologi tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana
yang sedikit bahan mentah yang sedikit
6- Sikap yang Ramai yang masih menggunakan cara yang konvensional untuk
tidak bersedia membuat penanaman dan tidak bersedia tentang perubahan dalam
terhadap industri bioteknologi .
bioteknologi
7- Modal yang Ini menyebabkan tidak dapat membina kilang untuk melaksanakan
rendah industri bioteknologi dengan berkesan
5(a) Jelaskan enam aktiviti manusia yang mempengaruhi kemerosotan sumber perikanan di
pinggir pantai.

Fakta Huraian
Aktiviti perikanan Penggunaan pukat tunda menggalakkan tangkapan ikan
dibuat secara besar-besaran seterusnya menyebabkan
bekalan sumber perikanan di pinggir Pantai berkurang
berkurang.

Aktiviti pembalakan secara Pembalakan pokok bakau secara besar-besaran


bersar- besaran. menyebabkan habitat pemula hidupan akuatik musnah
dan seterusnya mengakibatkan sumber perikanan di
pinggir Pantai merosot.

Aktiviti pelancongan Pembuangan sisa hotel seperti sisa kumbahan


menyebabkan pencemaran air meningkat dan
menyebabkan hidupan akuatik mati mengakibatkan
sumber perikanan di pinggir Pantai merosot.

Aktiviti perindustrian Sisa pepejal dari industri yang dibuang kedalam sungai
lalu disalirkan kelaut. Hal ini menyebabkan hidupam
akuatik musnah akibat termakan sisa tersebut
mengakibatkan sumber perikanan di pinggir Pantai
merosot.

Aktiviti Pengangkutan Pengangkutan seperti feri dan bot akan menggalakkan


berlakunya tumpahan minyak yang mampu menganggu
pertumbuhan plankton. Oleh itu, rantaian makanan
hidupan akuatik akan terjejas.

Pembinaan Pembinaan chalet dan jeti akan menyebabkan sisa


bahan binaan tersebut masuk ke dalam laut
menyebabkan pencemaran air. Kesannya hidupan
akuatik akan terjejas dan mengakibatkan sumber
perikanan di pinggir Pantai merosot.

Aktiviti IKS Pembuangan sisa dialirkan kelaut menyebabkan air


tercemar dan memusnahkan habitat hidupan akuatik
mengakibatkan sumber perikanan di pinggir Pantai
merosot.

Aktiviti pertanian Penggunan baja kimia akan menyebabkan berlakunya


proses larut resap kedalam tanah dan mengalir ke sungai
dan seterusnya mengalir kelaut . Kesannya hidupan
akuatik terjejas mengakibatkan sumber perikanan di
pinggir Pantai merosot..
Aktiviti domestik Amalan membuang sisa pepejal kelaut menyebabkan
hidupan akuatik mati apabila memakannya. Oleh itu,
sumber perikanan di pinggir Pantai akan merosot.
Aktiviti perlombongan Perlombongan di Kawasan beting pasir akan
memusnahkan habitat hidupan akuatik disekitarnya.
Kesannya sumber perikanan di pinggir Pantai merosot.

Penternakan Pembersihan sisa najis haiwan akan dibuang kesungai


dan seterusya disalirkan kelaut. Oleh itu, laut akan
tercemar dan menjejaskan hidupan akuatik.

Kesimpulan: Terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan sumber
perikanan dalam negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan agar
sumber ini dapat dipelihara untuk masa akan datang.

(b) Bincangkan enam langkah pengurusan strategik yang boleh diambil untuk
meningkatkan sumber perikanan negara.[13]

Fakta Huraian
1-Meningkatkan insentif kepada Pemberian insentif seperti bantuan kewangan kepada
pengusaha dalam sektor pengusaha perikanan marin kultur dan akuakultur bagi
perikanan menjamin sumber perikanan di negara ini.

2-Memajukan industri Dapat meningkatkan sumber perikanan air tawar dalam


akuakultur menjamin sumber perikanan di negara ini.

3-Meningkatkan kemajuan Penggunaan teknologi moden seperti pukat moden yang


teknologi selektif yang membuat penagkapan ikan besar sahaja.
Oleh itu, ikan kecil dapat dipelihara dan membiak.

4-Program pelihara dan pulihara Mewujudkan kawasan pembiakan ikan. Contohnya


dengan memperbanyak penanaman pokok bakau agar
habitat pemula hidupan akuatik tidak musnah. Oleh itu,
sumber perikanan akan meningkat.

5-Meningkatkan R&D Agensi LKIM boleh menjalankan pembiakbakaan ikan


serta pembenihan ikan. Hal ini dapat memperbanyakkan
lagi spesis ikan

6-Kempen kesedaran Kempen seperti kempen pembersihan pantai dan gotong


royong perlu diperbanykkan agar kelestarian habitat
akuatik terjaga.

7-Akta Perikanan Negara 1985 Mewartakan taman laut negara bagi memelihara
hidupan akuatik. Contohnya seperti Pulau Tioman.

8-Pemantauan / Seliaan / Seliaan daripada agensi seperti Maritim bagi


Rondaan memastikan tiada pencerobohan nelayan luar negara
terhadap perairan negara.

9-Pendidikan Khususnya bagi mata Pelajaran yang menekankan


penjagaan alam sekita seperti Pendidikan moral, sains
dan geografi. Hal ini dapat memberikan kesedaran
kepada Masyarakat sedari kecil

10-Mengenakan hukuman / Dikenakan kepada pesalah yang membuang sampah


denda kedalam laut atau melakukan pembalakan haram hutan
paya bakau.

6a) Bincangkan enam fokus kerjasama segitiga pertumbuhan dalam rantau Asia Tenggara[13]
Fakta Huraian Contoh
1-Aktiviti Pertanian Projek perladangan getah, kelapa sawit
di Sumatera dan padi di Dataran
Kedah-Perlis
2-Aktiviti Memajukan projek pelancongan Pantai dan pulau seperti di
Pelancongan bersama bagi meningkatkan aktiviti Langkawi dan Phuket
ekonomi pelancongan antara negara

3-Aktiviti Menyediakan dan memajukan sistem Perkhidmatan feri antara Pulau


Pengangkutan pengangkutan bagi menjana aktiviti Langkawi-Phuket-Medan
ekonomi perdagangan dan pelancongan
antara negara melalui jalinan
pengangkutan dan perhubungan
udara,air,darat
4-Aktiviti Membangunkan industri pemprosesan Getah
Perindustrian berasakan sumber pertanian,pembuatan
dan perhutanan
5-Aktiviti Memajukan dan meningkatkan Kawasan bebas cukai di Langkawi
Perdagangan dan dagangan antara negara segi tiga
Perniagaan pertumbuhan melalui perwujudan
kawasan perniagaan bebas cukai di
sempadan bersama
6-Aktiviti Membolehkan perkongsian bersama Program Muhibah
Perkhidmatan projek internet ASEAN, pertukaran
Telekomunikasi siaran radio dan televisyen

7-Aktiviti Pelabur dalam industri perkayuan Perabot jati


Pembalakan dan
Pemuliharaan
Hutan
8-Aktiviti Pusat kewangan luar persisir di labuan
Kewangan dan
Perbankan

9-Aktiviti Cari gali petroleum dan gas asli di Projek Usahasama Malaysia-
Perlombongan Teluk Siam Thailand

10-Aktiviti Rumpai laut Filipina, Sabah


Perikanan

Kesimpulannya,fokus kerjasama segi tiga pertumbuhan dapat meningkatkan kemajuan


ekonomi negara yang terlibat. Oleh itu,jika kerjasama segitiga pertumbuhan meningkat maka
pendapatan negara meningkat.
6b) Jelaskan enam peranan segi tiga pertumbuhan BIMP-EAGA dalam memajukan negara
anggota.
Fakta Huraian Contoh
1-Perkongsian Teknologi Pemindahan teknologi dari Pemindahan teknologi dari
negara jiran yang lebih maju Malaysia ke Indonesia dan
ke kawasan segi tiga Filipina
pertumbuhan. Sumber alam
dapat dibangunkan dengan
cepat
2-Pengaliran buruh dan Kekurangan buruh dan Kekurangan buruh di
tenaga pakar kepakaran dapat ditampung Malaysia ditampung oleh
oleh tenaga buruh dan kemasukan buruh dari
tenaga pakar dari negara Indonesia
jiran
3-Penggunaan Sumber Perkongsian sumber bahan Projek Pembalakan dan
/Perkongsian Sumber Bahan mentah digunakan secara Pemeliharaan hutan di
Mentah bersama dengan negara Kalimantan
anggota yang dapat Sumber kayu balak di
menggalakkan aktiviti Indonesia
eksport
4-Pelancongan Mengalakkan pelancongan Pulau Langkawi,Pulau
dalam wilayah negara Pangkor
anggota
5-Perdagangan dan Meningkatkan aliran Kawasan bebas cukai di
Perluasan Pasaran dagangan antara wilayah Langkawi
dalam negara anggota
6-Pengangkutan Peningkatan laluan air,darat, Projek Jalan Kereta Api
dan udara bagi memudahkan Trans Borneo
penghantaran barangan dan
perkhidmatan kepada
penduduk
7-Pelaburan/Modal Negara yang mempunyai Brunei melabur dengan
banyak modal melabur ke Malaysia
negara yang kurang modal
untuk memperoleh
keuntungan
8-Perindustrian Memproses sumber hutan Indonesia
dan pertanian
9-Perhubungan Meningkatkan hubungan
telekomunikasi melalui
rancangan radio dan
televisyen

You might also like