Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SJKC PEI YU

13200 JALAN ABD. KADIR ,


K.BATAS, S. PERAI(U), P.PINANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL


BIL 2 / 2023/2024

Tarikh : 2 / 8 / 2023

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Sains

Kehadiran :

1. CHIN HOOI LING


2. AMIR BIN OMAR
3. OON SIEW IN
4. GOON LIAN SUNG
5. GAN AI PING
6. IMMIE ELLYSHA
7. YAP EE SENG
8. KIM MIN CHYN
9. ROSANIZA BT ABDUL KALIM
10. TAN MARY
11. ZIKI BIN NASIMEN
12. TAN JING MING
13. OOI KO SING
14. NG LAI CHING
15. HEAH WOAN CHEE
16. TNG KAI YAN

Tidak Hadir Bersebab- Tiada

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Penndekatan Bertema
5. PBD dan UASA
6. Bilik PSV
7. Hal-hal Lain
8. Penutup
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat
meluangkan masa untuk hadir mesyuarat pada kali ini serta amat menghargai
komitmen yang telah diberikan oleh semua guru PSV.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

2.1 Pengerusi meminta ahli mesyuarat meneliti minit mesyuarat yang lalu dan
seterusnya mengesahkan minit mesyuarat tersebut.

2.2 Encik Ziki Nasimen mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong
oleh Puan Oon Siew In.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Guru-guru perlu mengemas kini GC untuk setiap kelas yang diajar

3.2 Guru-guru juga boleh mendapatkan bahan yang berkaitan DSKP,RPT dan
KAK 2.0 di dalam GC PSV.

Tindakan : Guru-guru PSV Tahun 1 hingga Tahun 6

4.0 Pendekatan Bertema

4.1 Ketua panitia PSV menjelaskan tentang pendekatan bertema yang perlu
dijalankan sebanyak dua kali iaitu penggal 1 (Mei hingga Julai ) dan penggal 2
(September hingga November)
4.2 Semua guru diingatkan untuk menyediakan RPH dan selepas sesi pdp perlu
sediakan laporan bergambar.
.

Tindakan : Guru-guru PSV Tahun 1 hingga Tahun 6

5.0 PBD Dan UASA 2023/2024

5.1 Ketua Panitia PSV memaklumkan bahawa PBD akan dijalankan pada bulan
Julai dan November dan tahap penguasaan murid ditentukan berdasarkan
kreteria berikut:
TP1 : Murid boleh menamakan bahan atau alat
TP2 : Murid tahu kegunaan bahan atau alat
TP3 : Murid tahu dan boleh menggunakan bahan atau alat tersebut
TP4 : Murid dapat menghasilkan karya yang mudah dan senang
TP5 : Murid dapat menghasilkan karya seni dengan lebih sistematik
TP6 : Murid dapt menghasilkan karya serta menerangkan atau kongsi
pengalaman tentang karya

5.1.1 TP6 Tahap 1 : Tidak perlu menggunakan kata yang berunsur seni
Tahap 2 : Mesti menggunakan unsur seni untuk memberi
Penerangan
5.1.2 Bagi murid yang mendapat TP6, guru perlu mengambil gambar atau
video murid bersama karya atau hasil binaan sebagai bukti.

5.4 Bagi murid tahap 2 pula perlu menjalankan UASA bagi mata pelajaran PSV
bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan dalam bentuk sumatif
5.5 Ketua panitia memaklumkan tentang cadangan dari guru besar dan PKP untuk
UASA bagi tahap 2 iaitu 20% soalan sumatif dan 80% ialah hasil kerja murid
dan itu adalah tertakluk kepada perubahan semasa.

Tindakan : Semua Guru PSV

6.0 Bilik PSV

6.1 Ketua panitia menegaskan supaya semua guru PSV bekerjasama dalam
menjaga kebersihan dan kekemasan bilik PSV.

6.2 Ketua panitia menerangkan tentang penggunaan BBM yang terdapat di dalam
bilik PSV dan penggunaan BBM adalah mengikut keperluan sahaja.

6.3 Ketua panitia PSV menegaskan kepada guru-guru yang menggunakan bilik
PSV serta alatan seni perlu menulis di dalam buku log yang disediakan
sebagai rekod penggunaan.

6.4 Jadual penggunaan bilik seni akan disediakan dan guru seni mesti berada di
dalam bilik seni bersama dengan murid.

6.5 Guru seni diminta untuk menerangkan tentang peraturan bilik seni yang telah
dilekatkan pada papan kenyataan kepada murid.

6.6 Hasil karya terbaik yang dihasilkan oleh murid boleh disimpan dan
dipamerkan di dalam bilik PSV.

Tindakan : Semua Guru PSV

7.0 Hal-hal lain


7.1 Ketua panitia meminta kepada guru-guru supaya meneliti alat bantu mengajar
yang terdapat di dalam kelas supaya berada dalam keadaan baik dan
membuang alatan yang sudah tidak dapat digunakan lagi.

7.2 Ketua panitia meminta kepada guru supaya menyenaraikan alatan atau bahan
yang diperlukan dalam pdpc bagi sesi tahun 2024/2025.

Tindakan : Semua Guru PSV

8.0 Penutup
8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap
semua perancangan dapat berjalan dengan lancar dan dilaksanakan secepat
mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh :

Setiausaha ,
Panitia PSV 2023/2024,
SJKC Pei Yu , Kepala Batas.

You might also like