Copy of MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33_2024

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33/2024

Tarikh : 22 Jun 2024

Masa : 7:30 pagi - 2:00 petang

Tempat : Dewan Sri Tanjung, SMK Sri Tanjung

Pengerusi : En. Rahmat bin Abdullah (YDP PIBG)

Kehadiran (Bilangan) :

Perasmi : YB Datuk Seri Utama Ir Haji Hasni Bin Mohammad

Turut Hadir (Jika ada) :

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi YDP PIBG memulakan mesyuarat dengan bacaan ummulkitab


1.2 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran ibu bapa, guru dan
Jawatankuasa PIBG yang sama-sama turut hadir dan serta dalam mesyuarat pada
Kali ini. Akan tetapi, kehadiran ibu bapa agak kurang memuaskan dan
Mengharapkan kerjasama ibu bapa untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat
PIBG.
1.3 Pengerusi menekankan tanggungjawab ibu bapa yang harus cakna berkaitan
Kehadiran anak-anak ke sekolah. Ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti-aktiviti
Anak-anak agar senantiasa melakukan perkara yang positif.
1.4 Pengerusi juga menggucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada calon SPM 2023
Yang cemerlang dengan jayanya. Disamping itu juga, pengerusi mengucapkan
Tahniah kepada warga sekolah terutamanya pendidik yang telah bertungkus-lumus
Dalam mendidik pelajar spm 2023 ini.
1.5 Pengerusi menekankan dan berbincang bersama ibu bapa serta guru-guru bagi
Hala tuju anak-anak dan juga pendidikan anak-anak.

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat kali-31

Dicadang untuk disahkan oleh : Puan Siti Dahlia binti Abdullah


Dicadang untuk disokong oleh : En Abd Rahman bin Abdullah

2.2 Isu berbangkit : Tiada isu berbangkit


3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN 2022

3.1 Wakil bendahari Puan Siti Anizahi binti Mohd Yasin membentangkan laporan
Kewangan 2023

Dicadang untuk disahkan oleh : En Abdul Rahman bin Abdullah


Disokong untuk pengesahan oleh : Puan Nor Susilawati binti Abdullah

3.2 Isu berbangkit : Tiada isu berbangkit

4.0 PERKARA - PERKARA BERBANGKIT

TIADA

5.0 USUL DAN MAKLUM BALAS

5.1 Usul oleh : Puan Lily Suriyani binti Masro


- Kelas aliran agama perlu diteruskan di tingkatan 4 dan 5 dan tidak hanya di tingkatan
1 hingga 3. Ini kerana pelajar yang mahu meneruskan untuk mengambil subjek
Bahasa Arab terpaksa berpindah ke sekolah lain.

- Maklum Balas : En Muzakkir Mohd Sidek, Pengetua SMK Sri Tanjung


Pertama sekali, pihak sekolah menerima cadangan tersebut dengan baik. Pengetua
menyatakan bahawa sebelum ini pernah mewujudkan kelas KAA secara tidak rasmi.
Pewujudan kelas tersebut perlu mengambil masa yang agak lama termasuklah
pengambilan guru yang berikhtisas seperti alquran dan sunnah dan perlu mengambil
masa lebih kurang 3 tahun.

5.2 Usul oleh : Guru


- Mengharapkan ibu bapa/penjaga tidak membuat pusingan U atau memakir kereta di
kawasan pintu pagar utama. Hal ini menganggu urusan lalu lintas keluar masuk dan
membahayakan pengguna jalan raya yang lain kerana kawasan sekolah
berhampiran dengan lampu isyarat. Kereta yang diletakkan di kawasan papan tanda
jalan pula menghalang pandangan kereta yang keluar dari sekolah.

5.3 Usul oleh : Guru


- Cadangan agar ajk PIBG 2023/2024 dikekalkan terutamanya jawatan YDP dan
NYDP serta ajk kalangan guru. Penambahan ajk dalam kalangan ibu bapa seramai
10 orang amat perlu bagi memantapkan lagi peranan ibu bapa di sekolah.

5.4 Usul oleh : Guru


- Kehadiran anak-anak ke sekolah hendaklah di oantau oleh ibu bapa. Masalah
ponteng sekolah masih lagi menjadi isu utama di sekolah. Kehadiran dalam
seminggu tidak mencapai 95 peratus.
5.5 Usul oleh : Guru
- Kebenaran untuk unit disiplin mengambil tindakan terhadap murid-murid yang
melanggar peraturan sekolah seperti membawa telefon bimbit, rokok dan kekemasan
diri seperti pakaian dan rambut serta motor yang diubah suai.

6.0 UCAPAN PENGETUA SMK SRI TANJUNG

You might also like