Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA PELANCARAN BULAN ANTI DADAH PERINGKAT

SK GELANG CHINCHIN.

Yang Berusaha, Cikgu Hisham bin Husin


Guru Besar SK Gelang Chinchin

Yang dihormati, Cikgu Haji Md Nazrie bin Mohammad


PGB Kurikulum,

Cikgu Anisah binti Ismail


GPK Hal Ehwal Murid

Cikgu Norhayati binti Ahmad


PGB Kokurikulum

Guru-guru, kakitangan sekolah dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya mulakan pembuka bicara.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya


dapatlah sama-sama kita berkumpul di majlis pelancaran bulan Anti dadah
peringkat Sekolah. Untuk makluman semua saya adalah Tunas Slad-J yang
telah dilantik oleh pihak sekolah.Masyarakat umumnya mengetahui bahaya
musuh nombor 1 negara iaitu dadah durjana. Oleh yang demikian kesedaran
tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam
lapisan komuniti masyarakat.Semoga pelancaran kempen ini akan memberikan
kesedaran dan info berguna kepada semua warga sekolah.

Seterusnya majlis mempersilakan Cikgu Hisham bin Hussin guru besar Sk


Gelang Chinchin untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan bulan
Pendidikan Pencegahan Dadah PPDA peringkat sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hisham bin Husin guru besar SK Gelang
Chinchin atas ucapan yang begitu bermakna itu tadi.

Majlis seterusnya menjemput wakil murid-murid dari kelas tahun 5 untuk


menyampaikan persembahan gimik pelancaran.Untuk makluman kumpulan
murid-murid tahun 5 ini dibimbing oleh Cikgu Siti Nur Jamia’tul Aisyah binti
Omar.
Dipersilakan,

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu sebentar tadi.

Seterusnya,

Majlis mempersilakan Cikgu Anisah binti Ismail GPK Hal Ehwal Murid
mengiringi Cikgu Hisham bin Husin guru besar Sk Gelang Chinchin bagi
menyempurnakan gimik perasmian majlis pelancaran anti dadah peringkat
sekolah.
Dipersilakan,

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Hisham bin Husin guru
besar SK Gelang Chinchin dan Cikgu Anisah binti Ismail GPK HEM SK Gelang
Chinchin atas perasmian sebentar tadi.
Maka dengan penyempurnaan gimik pelancaran itu sebentar tadi,maka
program minggu antidadah telah dirasmikan dan akan berlangsung sepanjang
minggu ini.

Majlis diteruskan lagi


dengan bacaan ikrar antidadah
oleh Ketua Pengawas SK Gelang Chinchin iaitu Raisha Amanda binti Rohaizan
dari kelas 6 UM,

Dipersilakan,
Semua guru dan murid diminta untuk bangun dan bersama-sama membaca
ikrar antidadah serta menyanyikan lagu dadah durjana.
Terima kasih diucapkan kepada Raisha Amanda binti Rohaizan ketua
pengawas SK Gelang Chinchin di atas bacaan ikrar antidadah itu sebentar
tadi .

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu dadah durjana


Dijemput Nurhanani binti Mohd Wahraimy dari kelas 4 UKM bagi mengetuai
nyanyian lagu antidadah serta laungan kami benci dadah.

Diminta semua guru dan murid Bersama-sama menyanyikan lagu dadah


durjana dengan penuh semangat dan melaungkan kami benci dadah.

Terima kasih diucapkan kepada Nurhanani binti Mohd Wahraimy serta guru-
guru dan murid-murid.

Semua guru dan murid dipersilakan duduk.


Untuk makluman semua pada minggu ini pelbagai aktiviti menarik sempena
Minggu Anti Dadah akan diadakan sempena bulan PPDa. Antara aktiviti
tersebut ialah :-

1) Ceramah dan pameran Antidadah oleh Pihak AADK (Agensi Antidadah


Kebangsaan Daerah Segamat
- Diadakan Hari Isnin (7.30 hingga 10.30 pagi) bertempat di bilik
Seminar SKGC.

2) Senamrobik Anti dadah


- Selasa (7.30 hingga 8.30 pagi bertempat di padang sekolah SKGC)

3) Pertandingan mewarna antidadah tahap 1, PPKI dan Pra sekolah


- Rabu 7.30 hingga 9.30 pagi di kelas masing-masing.

4) Pertandingan mereka cipta replika kami benci dadah tahap 2


- Rabu 7.30 hingga 10 pagi di kelas masing-masing.

5) Penyampaian hadiah dan majlis penutup


- Khamis 7.30 hingga 10 pagi di bilik seminar SKGC.
Pelbagai Hadiah istimewa telah disediakan untuk para pemenang.Semua warga
SK Gelang Chinchin adalah di galakkan untuk menyertai aktiviti yang
dijalankan.Diharapkan melalui program ini rakan-rakan akan dapat
mengetahui pelbagai informasi dan bahaya dadah.Dadah musuh negara.

Kalua ada jarum yang patah .


Jangan disimpan di dalam peti
Jika ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah ,


Yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.Assalamualaikum w.b.k.t.

Majlis seterusnya diserahkan kepada guru bertugas minggu ini iaitu Cikgu Sri
Bayu binti Suradi

You might also like