Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SK SG KAWI, MERADONG

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG


BIL.1/2023-2024

Tarikh : 18 Mac 2023


Hari : Sabtu
Masa : 08:30 pagi
Tempat : Dewan kelas SK Sungai Kawi

HADIR

1. En. Abdul Latip bin Morshidi Guru Besar


2. En. Hu Tiong Ann Penolong Kanan Pentadbiran
3. En. Wan Muhamad Zulfadli bin Wan Zawawi Penolong Kanan HEM
4. En. Ahswandi bin Johny Penolong Kanan Kokurikulum
5. Cik Dayang Nurmalisa binti Abang Mohd. Selanie Guru Akademik Biasa
6. Pn Cathleen anak Rantai Guru Akademik Biasa
7. Pn. Annie Ai Nei Epoi Guru Akademik Biasa
8. Cik Anis Amalina binti Malek Guru Pendidikan Islam
9. Pn. Khajijah binti Sa’aid Guru Pra Sekolah
10.Cik Kisty anak George Guru Akademik Biasa
11.Puan Nur Imana Agnes binti Barnabas Guru Data
12.Puan Cecilia anak Andar Guru Akademik Biasa
13.Encik Mohd Aysraf Akmal Guru Akademik Biasa
14.Puan Dorina Duya anak Michael Munan Pembantu Pengurusan Murid
15.Puan Hartini binti Ahmad Pembantu Operasi
16. Heyati anak Jame Unchu Ibu bapa / Penjaga
17. Alissa anak Jilan Ibu bapa / Penjaga
18. Saripah anak Janin Ibu bapa / Penjaga
19. Nuan anak Awi Ibu bapa / Penjaga
20. Janie anak Junis Ibu bapa / Penjaga
21. Roselimah anak Awi Ibu bapa / Penjaga
22. Rahiza binti Rajabat Ibu bapa / Penjaga
23. Josephine anak Jawa Ibu bapa / Penjaga
24. Pauline anak Bala Ibu bapa / Penjaga
25. Nur Liana Diyana binti Sinjay Ibu bapa / Penjaga
26. Tupang anak Itam Ibu bapa / Penjaga
27. Limau anak Kundi Ibu bapa / Penjaga
28. Veronica Winnie anak Puji Ibu bapa / Penjaga
29. Tima anak Juing Ibu bapa / Penjaga
30. Saloma anak Maling Ibu bapa / Penjaga
31. Jenny anak Umpoh Ibu bapa / Penjaga
32. Ziah anak Anthony Ibu bapa / Penjaga
33. Yii Siew Kam Ibu bapa / Penjaga
34. Shirly anak Suni Ibu bapa / Penjaga
35. Minda anak Chandong Ibu bapa / Penjaga
36. Joana anak Mensor Ibu bapa / Penjaga
37. Evelyn anak Gerunsin Ibu bapa / Penjaga
38. Lucy anak Albert Ibu bapa / Penjaga
39. Siti Namirah binti Abdullah Ibu bapa / Penjaga
40. Sapiya anak Jeffery Ibu bapa / Penjaga
41. Lanja anak Tawan Ibu bapa / Penjaga
42. Jasmin anak Kendawang Ibu bapa / Penjaga
43. Mohd. Bakti bin Roslan Ibu bapa / Penjaga
44. Anastasia Adryana anak Ina Ibu bapa / Penjaga
45. Chirstina Chela anak Jambar Ibu bapa / Penjaga
46. Satah anak Busang Ibu bapa / Penjaga
47. Ziton Lim Ibu bapa / Penjaga
48. Limah anak Jeluka Ibu bapa / Penjaga
49. Santa anak Pading Ibu bapa / Penjaga
50. Lensie anak Pading Ibu bapa / Penjaga
51. Jenah anak Juan Ibu bapa / Penjaga
52. Esah anak Janin Ibu bapa / Penjaga
53. Ribia anak Janin Ibu bapa / Penjaga
54. Vincent Nyelang Ibu bapa / Penjaga
55. Jelumie anak Maling Ibu bapa / Penjaga
56. Rozanna anak Jalin Ibu bapa / Penjaga
57. Melody Landan anak Isop Ibu bapa / Penjaga
58. Suzan anak Bawet Ibu bapa / Penjaga
59. Lina Lau Ibu bapa / Penjaga
60. Nency anak King Ibu bapa / Penjaga

2
61. Hayati Mohamad Hanafiah Ibu bapa / Penjaga
62. Sawan anak Muk Ibu bapa / Penjaga
63. Roma anak Duman Ibu bapa / Penjaga
64. Balan anak Julin Ibu bapa / Penjaga
65. Donny anak Igang Ibu bapa / Penjaga
66. Lawrence anak Enternie Ibu bapa / Penjaga
67. Bonica anak Ampan Ibu bapa / Penjaga
68. Julia anak Antau Ibu bapa / Penjaga
69. Etta anak Benedick Ego Ibu bapa / Penjaga
70. Muna anak Meliba Ibu bapa / Penjaga
71. Evelyn Salina anak Munggun Ibu bapa / Penjaga
72. Perada anak Juan Ibu bapa / Penjaga
73. Jenny anak Jimy Ibu bapa / Penjaga
74. Tonny anak Sabai Ibu bapa / Penjaga
75. Michael anak Ahan YDP PIBG
76. Han bin Rahman Ibu bapa / Penjaga

TIDAK HADIR (BERSEBAB)


1. Puan Khristiana binti Busri – MAT PIBG di sekolah anak

URUS SETIA
1. Khajijah binti Sa’aid
Setiausaha PIBG ( Pencatat Minit )

1.0 Kata-kata aluan YDP PIBG


1.1 YDP mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ibu bapa, EXCO PIBG dan
staf SK Sungai Kawi.
1.2 YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar selaku Penasihat PIBG di
atas sumbangan dan jasa beliau dalam mendidik anak-anak murid sepanjang 20
tahun berkhidmat di SK Sungai Kawi.
1.3 YDP mengingatkan kepada Setiausaha PIBG agar mengeluarkan surat kepada ibu
bapa yang belum menjelaskan sumbangan yuran pintu PIBG.

3
2.0 Kata-kata aluan Penasihat PIBG
2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ibu bapa, EXCO PIBG
yang sangat menggalakkan pada Mesyuarat Agung Tahunan Bil.1/2023-2024.
2.2 Penasihat memaklumkan jumlah staf SK Sungai Kawi sesi akademik 2023/2024
pada kali ini seramai 16 orang.
2.3 Penasihat memaklumkan bahawa sekolah terikat dengan Surat Pekeliling Ikhtisas
(SPI) untuk memohon derma dan menjemput pihak luar terutamanya ahli politik.
2.3.1 Sekiranya ingin menjemput perlu 3 bulan sebelum majlis atau jemputan.
2.3.2 Permohonan hendaklah melalui PPD dan memerlukan kelulusan pihak JPN.
2.4 Penasihat merakamkan terima kasih kepada semua EXCO PIBG dan ibu bapa
penjaga atas kerjasama sepanjang Sesi Akademik 2022/2023
2.5 Penasihat juga berharap kerjasama dan hubungan yang erat antara pihak sekolah, ibu
bapa penjaga, EXCO PIBG untuk Sesi Akademik 2023/2024
Tindakan: Makluman semua

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum

3.1 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Bil.1/2023-2024 telah disahkan dengan
pindaan.
Pencadang : Puan Rahiza binti Rajabat
Penyokong : Puan Etta anak Benedick Ego

Tindakan: Makluman semua


3.0 Perkara Berbangkit Dari Minit Yang Lepas

3.1 Perkara 8.3.2.1, Usul pemberian insentif, Penasihat akan memaklumkan pemberian
insentif akan dibincangkan dalam agenda hal-hal lain.
3.2 Perkara 8.6, sumbangan yuran pintu berjumlah RM30, Bendahari PIBG
memaklumkan rentetan penularan wabak COVID19, pihak urusetia menangguhkan
pembayaran bagi yang belum menjelaskan.
3.3 Perkara 8.5, berkenaan dengan kutipan sumbangan yuran PIBG berjumlah RM30
yang sepatutnya bermula Julai 2022, Setiausaha akan mengeluarkan surat kepada
mereka yang berkenaa untuk menjelaskan yuran dengan kadar segera.
Tindakan: Makluman semua

4
4.0 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan
4.1 Rujuk lampiran Penyata Kewangan
Tindakan: Makluman semua

5.0 Pengurusan Prasekolah


5.1 Guru prasekolah memaklumbalas Jawatankausa Pemuafakatan Prasekolah sesi 2023-
2024.
5.1.1 Pengerusi : Puan Rahiza binti Rajabat
5.1.2 Naib Pengerusi : Puan Hartini binti Ahmad
5.1.3 Setiausaha : Puan Cathleen anak Rantai
5.1.4 Penolong Setiausaha : Puan Dayana Batrisya binti Andrew
5.1.5 Ahli Jawatankuasa : Semua staf Prasekolah & Ibu bapa murid
Prasekolah.
5.2 PPM memaklumkan pembelian apron digunakan bagi mengelakkan pakaian sekolah
murid kotor terutamanya ketika mereka makan dan melakukan aktiviti yang
melibatkan warna.
5.3 Guru prasekolah memaklumkan pakaian sekolah dibeli sendiri oleh ibu bapa.
Tindakan: Makluman semua

6.0 Pengurusan Hal Ehwal Murid


6.1 Rujuk lampiran.
6.2 Penolong Kanan HEM memaklumkan untuk Program pada hari Rabu ada melibatkan
slot bersama ibu bapa atau penjaga.

Tindakan: Makluman semua


7.0 Pengurusan Kokurikulum
7.1 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan setiap program Kokurikulum sekolah
sekiranya ada perjumpaan kepada ibu bapa.
7.2 Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa
sepanjang penglibatan dan kerjasama mereka pada sesi 2022-2023.
7.3 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan aktiviti Kokurikulum berjalan seperti
biasa sepertimana tahun sebelum.

5
7.3.1 Aktiviti Kokurikulum hanya melibatkan murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja,
manakala murid Tahun 3 hanya digalakkan.
7.3.2 Setiap murid wajib melibatkan sekurang-kurangnya 3 aktiviti Kokurikulum.
Kelab dan Persatuan Doktor Muda, Sukan dan Permainan Kelab Bola
Keranjang dan Badan Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah.
7.3.3 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan aktiviti akan bermula pada 02
Mei 2023, Selasa selepas cuti sambutan Hari Raya. Surat pemakluman akan
diedarkan kepada ibu bapa.
7.3.4 Aktiviti akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :
7.3.4.1 Isnin – Kelab Doktor Muda
7.3.4.2 Selasa – Sukan dan Permainan Bola Keranjang
7.3.4.3 Rabu – Badan Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah
7.3.5 Masa aktiviti Kokurikulum bermula pada pukul 2 – 4 petang selama 2 jam
setiap sesi perjumpaan.
7.3.6 Selepas sesi persekolahan murid-murid tidak dibenarkan untuk balik ke rumah
sebaliknya mereka diarahkan untuk berehat dan makan tengahari di sekolah
sementara menunggu masa aktiviti Kokurikulum bermula.
7.4 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan sekali lagi bahawa penglibatan murid
Tahap 2 di dalam aktiviti KK adalah wajib sepertimana kehadiran mereka di sekolah
pada waktu pagi. Melainkan ada kes kecemasan ibu bapa perlu memaklumkan
kepada pihak sekolah untuk membawa anak mereka pulang.
7.5 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa aktiviti KK merupakan
kesinambungan sepertimana kelas formal pada waktu pagi.
7.6 Penglibatan murid Tahap 2 juga akan dinilai dan markah penglibatan mereka selama
3 tahun akan ditaksirkan di dalam portal PAJSK.
7.7 Markah penglibatan murid di dalam PAJSK ini akan dibawa ke sekolah menengah
untuk rujukan guru-guru di sekolah menengah melihat kecenderungan dan kelebihan
murid semasa berada di sekolah rendah.
7.8 Penolong Kanan Kokurikulum juga memamklumkan bahawa sistem pemarkahan di
dalam PAJSK amat penting terutamanya kepada murid Tahun 6 sekiranya ada
dikalangan ibu bapa atau penjaga ingin memohon kemasukan anak mereka ke
sekolah khas seperti Sekolah Sukan atau Sekolah Seni.
7.9 Pihak sekolah akan mendaftarkan murid ke dalam sistem PAJSK. Murid Tahun 5
dan Tahun 6 telah didaftarkan semasa mereka berada di Tahun 4.

6
7.10 Penolong Kanan Kokurikulum juga memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga,
pihak sekolah akan memaklumkan sekiranya aktiviti Kokurikulum dibatalkan.
Sekiranya PK Kokurikulum tidak memaklumkan apa-apa pembatalan aktiviti,
bermakna aktiviti berjalan seperti biasa.
7.11 Sukan Tahunan Sekolah dan Perkhemahan TKRS akan dijalankan sepertimana yang
dirancang. Ketetapan tarikh pelaksanaan akan dimaklumkan kemudian.
7.12 PK Kokurikulum memaklumkan penglibatan murid untuk setiap pertandingan akan
dijalankan secara bersemuka.
7.12.1 Ibu bapa atau penjaga perlu melengkapkan isi borang kebenaran deklarasi
sekiranya penglibatan murid diluar kawasan sekolah.
7.12.2 Sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak menandatangani borang kebenaran
maka, pihak sekolah tidak akan membawa murid keluar untuk menyertai
pertandingan.
7.12.3 Murid juga tidak akan dibenarkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti
disekolah sekiranya tiada kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.
7.12.4 Aktiviti Kokurikulum waktu petang, murid digalakkan untuk memakai
pakaian yang sesuai.

8.0 Hal-hal Lain


8.1 YDP PIBG bertanya tentang pakaian yang diguna oleh murid Prasekolah, yang dibeli
menggunaka kewangan PIBG.
8.1.1 Guru prasekolah memaklumkan, pakaian berkenaan disimpan di dalam kelas
prasekolah dan ditempatkan dalam satu tempat untuk kegunaan masa akan
datang.
8.2 Encik Lorence mencadangkan satu jalan pintas dari jambatan konkrit (baru) ke
sebelah bangunan Prasekolah disebabkan jambatan kayu sudah roboh dan murid-
murid terpaksa berjalan jauh untuk ke sekolah.
8.2.1 Penasihat PIBG memaklumkan bahawa beliau telah pun meminta pandangan
pihak jurutera JKR Sarikei dan memaklumkan bahawa pembinaan jalan pintas
adalah tidak selamat untuk murid kerana :
8.2.1.1 Keadaan jalan raya yang berbukit.
8.2.1.2 Jalan raya tidak ada laluan pejalan kaki.
8.3 Penasihat memaklumkan jumlah insentif yang telah dibelanjakan pada sesi 2022
yang lepas berjumlah RM970.00.

7
8.3.1 Penasihat memohon untuk mengubah maksud belanja berkaitan dengan duit
insentif.
8.3.2 Penasihat memaklumkan wang insentif hanya diserahkan kepada murid
mewakili sekolah berada di luar sekolah sahaja. Penyertaan di dalam talian
tidak diberikan.
8.3.2 Penasihat memaklumkan pemberian wang insentif tersebut untuk kegunaan
perbelanjaan makan dan minum murid sekiranya mewakili sekolah di luar.
8.3.3 Penasihat memaklumkan pihak sekolah mencadangkan agar pemberian wang
insentif seperti yang telah dipersetujui sebelumnya diubah maksud belanja
khas bagi pencapaian murid diluar kawasan sekolah seperti berikut:
8.3.3.1 Johan – RM30
8.3.3.2 Naib Johan – RM20
8.3.3.3 Ketiga – RM10
8.3.4 Pemberian wang insentif ini bagi mengurangkan kos pengeluaran aliran wang
tunai yang terlalu banyak.
8.3.5 Kesemua ibu bapa atau penjaga yang hadir mempersetujui cadangan agihan
wang insentif yang dibentangkan oleh Penasihat.
8.3.6 Penasihat memohon pendapat daripada semua ibu bapa atau penjaga yang hadir
akan penggunaan atau pengeluaran wang PIBG samada disaluran yang betul
atau tidak.
8.3.6.1 Maklumbalas daripada semua ibu bapa atau penjaga bersetuju untuk
mengekalkan cara penggunaan dan pengeluaran wang PIBG dengan tujuan
yang betul sepertimana yang telah dibentangkan oleh Bendahari PIBG.
8.4 YDP PIBG memohon maaf kerana terpaksa mengundurkan diri dan tidak dapat
bersama sehingga akhir mesyuarat atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebarang
keputusan diserahkan kepada wakil iaitu NYDP PIBG yang hadir.
8.5 Encik Han bin Rahman, bapa kepada murid baharu Tahun 2 dan Tahun 6 bertanya
kepada pihak sekolah, adakah kedua orang anaknya perlu membawa bekal
memandangkan di sekolah lama mereka peneriman RMT.
8.5.1 Maklumbalas daripada Penolong Kanan HEM mereka layak meneriman RMT
sekiranya disekolah lama mereka adalah penerima RMT. Pihak sekolah akan
memohon pindah masuk peruntukan RMT mereka dari sekolah lama.

8
8.6 Penasihat memaklumkan untuk perancangan aktiviti tahunan PIBG akan
dibincangkan kemudian bersama EXCO PIBG memandangkan kekangan masa yang
tidak mengizinkan.
8.7 Penasihat memohon agar ibu bapa atau penjaga menggalakkan anak-anak mereka
yang akan masuk ke sekolah menengah untuk bermalam di asrama bagi
mengurangkan kos perbelanjaan yang sangat tinggi.

Tindakan: Makluman semua

9.0 Penutup
Penasihat mengucapkan terima kasih di atas kehadiran sekali lagi. Kerjasama daripada
semua pihak terutamanya ibu bapa dan EXCO PIBG amatlah dihargai. Mesyuarat
ditangguhkan pada 1335.

Pencatat Minit: Disahkan oleh:

(KHAJIJAH BINTI SA’AID) (MICHEAL ANAK AHAN)


Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Sungai Kawi SK Sungai Kawi

Tarikh : 31 Mac 2023

You might also like