panduan briged bestari 2024

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB.

MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

PANDUAN BRIGED BESTARI

1. PENDAHULUAN

Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu pelajar, guru,
pentadbir, pengintegrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau penjaga/komuniti.

Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembang dan menggunakan kemahiran
mereka. Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan memantapkan penggunaan
‘ICT’ di sekolah, ianya juga dapat memberi ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan
kepakaran mereka ke arah yang positif.

Oleh yang demikian, adalah menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manfaat
daripada penubuhan pasukan ini melalui aktiviti sokongan, latihan dan penyenggaraan komputer.

2. RASIONAL

Briged Bestari ditubuhkan sebagai agen pemangkin kepada pembestarian sekolah. Komitmen
pelajar bukan hanya terbatas kepada penggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi
merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan kepada semua warga
sekolah dan masyarakat umum.

3. MATLAMAT

Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Pembestarian Sekolah
serta membantu pelbagai program teknologi maklumat dan komunikasi lain berjalan lancar.

Program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin bertambah di sekolah dan bagi
melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan.

4. OBJEKTIF

Antara objektif penubuhan Briged Bestari adalah untuk:

4.1 Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan pelbagai
aplikasi di sekolah.

4.2 Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan pelaksanaan Sistem Pengurusan
Sekolah Bestari.

4.3 Meningkatkan kemahiran ICT serta keyakinan diri dikalangan ahli Briged Bestari seiring
dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi terkini.

4.4 Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan
pelajar untuk kegunaan positif.

4.5 Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya menyebarkan ilmu
kepakaran mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan
yang lain di sekolah.
PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

5. FUNGSI

Antara fungsi penting Briged Bestari adalah :

5.1 Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi di sekolah.

5.2 Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknikal semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

5.3 Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan perkakasan dan
perisian.

5.4 Membantu menyebarkan maklumat terkini berkaitan Sekolah Bestari.

5.5 Membantu memastikan program ICT di sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan.

5.6 Membantu pihak sekolah dalam pengurusan makmal pengkomputeran dan peralatan ICT.

5.7 Membantu merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti inisiatif ICT sekolah.

6. APLIKASI YANG PERLU DIKUASI AHLI-AHLI BRIGED BESTARI

Pelajar Briged Bestari perlu menguasai aplikasi berikut:

6.1 Emel

6.2 Internet

6.3 CD TLM (Stand-Alone)

6.4 Kolaborasi (contoh:Think.com, Project-Based Learning (PBL), British Council Connecting


Classrooms)

6.5 Pemprosesan perkataan (contoh:MS Word)

6.6 Hamparan Elektronik (contoh:MS Excel)

6.7 Aplikasi Persembahan Elektronik (contoh:PowerPoint / Flash)

6.8 Aplikasi Multimedia (contoh:Movie Maker/Video Cutter)

6.9 Aplikasi Grafik (contoh:Adobe Photoshop)

6.10 Aplikasi Sosial (contoh: Facebook/MySpace/)

6.11 Membangun Laman Web

6.12 Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari


PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

7. KEANGGOTAAN

7.1 Syarat Pemilihan

7.1.1 Pelajar sekolah yang berkenaan.

- Jumlah ahli antara 25 hingga 30 orang yang diwakili oleh pelajar setiap tingkatan
di sekolah menengah atau tahap dua di sekolah rendah.

7.1.2 Berminat serta mempunyai pengetahuan asas dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).

7.1.3 Memiliki rekod akademik yang baik.

7.1.4 Mempunyai rekod disiplin yang baik.

7.2 Prosedur Pemilihan

7.2.1 Pemilihan pelajar atau ahli berdasarkan borang permohonan dan pencalonan guru.

7.2.2 Pelajar yang dicalonkan akan menghadiri sesi temuduga yang akan dikendalikan oleh
Jawatankuasa Pemilih.

7.2.3 Sekurang-kurangnya seorang pelajar daripada setiap kelas dan perlu memenuhi syarat
ditetapkan.

7.2.4 Pelajar-pelajar yang terpilih akan dilantik oleh pihak sekolah.

7.2.5 Keutamaan diberi kepada pelajar yang tidak memegang sebarang jawatan badan khas
lain di sekolah.

7.3 Insentif Keanggotaan

Keanggotaan Briged Bestari memberikan insentif berikut kepada pelajar:

7.3.1 Berpeluang untuk mempelajari dan mengendalikan peralatan teknologi maklumat dan
komunikasi terkini.

7.3.2 Berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan
komunikasi di dalam dan di luar sekolah.

7.3.3 Pengiktirafan dan penghargaan yang sesuai sebagai galakan kepada ahli Briged
Bestari.

7.3.4 Diberi keutamaan untuk menggunakan kemudahan ICT di sekolah.


PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

8. KELAYAKAN MINIMUM LITERASI CALON BRIGED BESTARI

Bagi memastikan pelajar yang layak menyertai Briged Bestari, mereka perlu mencapai
kelayakan minimum literasi komputer.

8.1 Sekolah Menengah

8.1.1 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam mengendalikan perkakasan komputer


seperti papan kekunci, tetikus, pencetak dan sebagainya termasuk fungsinya.

8.1.2 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam menggunakan beberapa perisian


asas seperti MS Word, MS Powerpoint dan MS Excel .

8.1.3 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam perisian asas grafik, multimedia dan
laman web.

8.1.4 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam penyenggaraan asas komputer.

8.1.5 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam melayari internet dan menggunakan


emel.

8.2 Sekolah Rendah

8.2.1 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam mengendalikan perkakasan komputer


seperti papan kekunci, tetikus, pencetak dan lain-lain.

8.2.2 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam menggunakan beberapa perisian


asas seperti MS Word, MS Powerpoint dan MS Excel .

8.2.3 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam melayari internet dan menggunakan


emel.
PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

9. CARTA ORGANISASI

Carta 9.1 menunjukkan cadangan carta organisasi Jawatankuasa Briged Bestari.

Boleh disesuaikan mengikut keperluan sekolah- Carta 9.1


PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

10. BIDANG TUGAS ORGANISASI BRIGED BESTARI

10.1 Penasihat

a. Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa pelajar Briged Bestari bagi


memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

b. Menjalankan aktiviti pemantauan terhadap pelaksanaan semua aktiviti Briged


Bestari bersama Kementerian Pelajaran Malaysia/Bahagian Teknologi
Pendidikan/ Jabatan Pelajaran Melaka/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Melaka.

c. Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah


yang berkaitan dengan Briged Bestari.

10.2 Penyelaras

a. Mengurus pemilihan dan pelantikan AJK Briged Bestari.

b. Merancang dan mengawasi perlaksanaan aktiviti Briged Bestari.

c. Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan lancar.

d. Memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti Briged Bestari.

e. Memastikan tahap keselamatan semasa aktiviti Briged Bestari dijalankan.

f. Membimbing ahli Briged Bestari dalam aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah


Bestari.

g. Menyelaras perhubungan dengan kelab sekolah lain atau agensi luar.

10.3 Pengerusi

a. Bertanggungjawab secara langsung kepada Guru Penyelaras Briged Bestari.

b. Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat Briged Bestari.

c. Berhubung dengan Guru Penyelaras bagi membincangkan setiap masalah dan


membuat keputusan.

d. Membimbing ahli-ahli kelab bagi mencapai matlamat program Pembestarian


Sekolah.

e. Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti tahunan bagi Briged Bestari.


PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

10.4 Timbalan Pengerusi

a. Bertanggungjawab kepada arahan Guru Penyelaras berkaitan dengan


pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah ketika ketiadaan Pengerusi.

b. Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya dan menyediakan


laporan.

c. Membantu Pengerusi contohnya dalam melaksanakan tugas-tugas yang


berkaitan dengan Briged Bestari.

10.5 Setiausaha

a. Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan


pelaksanaan Briged Bestari.

b. Mengemas kini fail dan dokumentasi Briged Bestari.

c. Mencatat dan merekodkan minit mesyuarat Briged Bestari.

d. Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah


yang berkaitan dengan Briged Bestari.

10.6 Penolong Setiausaha

a. Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan Briged


Bestari.

b. Mengambil alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya dan membuat laporan.

c. Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan


Briged Bestari.

10.7 Bendahari

a. Bertanggungjawab kepada guru penyelaras tentang urusan kewangan.

b. Menguruskan sumbangan dan derma daripada ahli atau orang perseorangan.

c. Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.

d. Menguruskan keluar masuk wang melalui Guru Penyelaras.

e. Menyediakan laporan semasa kewangan untuk dibentang dalam mesyuarat.


PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

10.8 Ahli Jawatankuasa

a. Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras berkaitan dengan


pelaksanaan Briged Bestari.

b. Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan


briged.

c. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Briged Bestari.

10.9 Tugas-tugas Biro

a. Biro Infrastruktur Teknologi Memastikan penggunaan peralatan yang dibekalkan


melalui Program Pembestarian Sekolah mengikut peraturan yang telah
ditetapkan. Memastikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi yang
dibekalkan sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
Membantu menyenggara pelbagai peralatan ICT yang ada di sekolah.

b. Biro Latihan Merancang dan melaksanakan latihan atau kursus yang berkaitan
dengan ICT dan Program Pembestarian Sekolah. Mengenalpasti dan
merancang latihan kepada warga sekolah yang kurang mahir ICT.

c. Biro Dokumentasi Dan Penerbitan Menyedia dan menyimpan laporan bagi


setiap aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti sekolah. Menerbit dan
mengedar bahan atau maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti di
sekolah.

d. Biro Laman Web Membantu mengemas kini laman web rasmi sekolah. Menjadi
pembimbing rakan sebaya kepada badan atau persatuan serta kelab pelajar
bagi membina laman web pertubuhan mereka.
PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

11. AKTIVITI BRIGED BESTARI

11.1 Aktiviti Khusus

a. Mengadakan kursus dan latihan berkenaan ICT kepada ahli Briged Bestari.

b. Membantu menguruskan bilik operasi mengikut jadual.

c. Membantu penyenggaraan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi.

d. Membantu guru mata pelajaran semasa sesi P&P dalam penggunaan peralatan ICT.

e. Menghasilkan sekurang-kurangnya satu inovasi tahunan berkaitan ICT sebagai projek


Briged Bestari.

11.2 Aktiviti Sampingan

a. Membantu webmaster mendapatkan bahan-bahan yang sesuai bagi tujuan mengemas


kini laman web sekolah.

b. Mendokumentasikan setiap aktiviti khas yang telah dijalankan oleh sekolah.

c. Membantu Guru Penyelaras Bestari sebagai penyampai maklumat untuk tetamu.

d. Membantu mengendalikan kursus asas literasi komputer kepada warga sekolah.

e. Membantu pengambilan gambar untuk profil pelajar.

f. Mengadakan lawatan ke sekolah lain bagi tujuan penanda aras.

g. Membantu pihak sekolah mempromosi budaya Bestari.


PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

12. PEMANTAUAN

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia / Bahagian Teknologi Pendidikan / Jabatan Pelajaran Melaka
/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan memantau pelaksanaan aktiviti Briged Bestari
dijalankan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Penyelaras bagi memastikan organisasi ini
berjalan dengan lancar dan berkesan. Borang senarai semak boleh digunakan sebagai instrumen
pemantauan.

13 SUMBER KEWANGAN

Sumber Kewangan untuk Briged Bestari boleh dikumpul melalui:

13.1 Sumbangan ahli.

13.2 Sumbangan dari sektor swasta, individu atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru. (PIBG)

13.3 Jualan hari terbuka dan aktiviti-aktiviti lain.

14 PENUTUP

Penubuhan Briged Bestari di semua sekolah diharap akan dapat menjadi pemangkin kepada
matlamat menggunakan teknologi sebagai pengupaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar-pelajar yang terpilih menganggotai briged ini merupakan sekumpulan pelajar yang istimewa
kerana mereka akan bertindak sebagai perangsang dan model kepada rakan-rakan pelajar yang
lain.
PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

PERLEMBAGAAN BRIGED BESTARI

1. NAMA

Briged Bestari

2. OBJEKTIF

2.1 Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan aplikasi di
sekolah.

2.2 Menjadi agen penggerak membantu kelancaran pelaksanaan Program Pembestarian


Sekolah.

2.3 Melatih kumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam bidang ICT.

3. SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

3.1 Syarat Pemilihan

a. Terbuka kepada semua pelajar setiap tingkatan/tahap 2.

b. Berminat dan berpengetahuan dalam bidang ICT.

c. Mempunyai rekod akademik yang baik.

d. Tahap kesihatan yang memuaskan.

e. Mempunyai rekod disiplin yang baik.

3.2 Prosedur Pemilihan

a. Pemilihan pelajar berdasarkan borang permohonan dan pencalonan guru.

b. Setiap pelajar yang dicalonkan akan ditemuduga oleh Jawatankuasa Pemilih.

c. Sekurang-kurangnya seorang pelajar dari setiap kelas dan memenuhi syarat.

d. Pelajar yang terpilih akan dilantik oleh pihak sekolah.

e. Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak memegang sebarang jawatan badan
khas di sekolah.
PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

4. PEMBATALAN KEAHLIAN

4.1 Seseorang murid dianggap hilang atau batal kelayakan menjadi ahli Briged Bestari ini
apabila

a. Tidak lagi dianggap sebagai pelajar.

b. Melanggar peraturan Briged Bestari.

c. Melanggar Akujanji.

d. Disabitkan dengan kesalahan disiplin sekolah (sederhana dan berat mengikut


Buku Peraturan Disiplin Sekolah).

5. CARTA ORGANISASI BRIGED BESTARI

5.1 CARTA ORGANISASI

Carta 5.1 menunjukkan cadangan carta organisasi Jawatankuasa Briged Bestari.


PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

6. BIDANG TUGAS ORGANISASI BRIGED BESTARI

6.1 Penasihat

a. Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa pelajar Briged Bestari bagi


memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

b. Menjalankan aktiviti pemantauan terhadap pelaksanaan semua aktiviti Briged Bestari


bersama Kementerian Pelajaran Malaysia/Bahagian Teknologi Pendidikan/ Jabatan
Pelajaran Melaka/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.

c. Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah yang


berkaitan dengan Briged Bestari.

6.2 Penyelaras

a. Mengurus pemilihan dan pelantikan AJK Briged Bestari.

b. Merancang dan mengawasi perlaksanaan aktiviti Briged Bestari.

c. Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan lancar.

d. Memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti Briged Bestari.

e. Memastikan tahap keselamatan semasa aktiviti Briged Bestari dijalankan.

f. Membimbing ahli Briged Bestari dalam aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.

g. Menyelaras perhubungan dengan kelab sekolah lain atau agensi luar.

6.3 Pengerusi

a. Bertanggungjawab secara langsung kepada Guru Penyelaras Briged Bestari.

b. Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat Briged Bestari.

c. Berhubung dengan Guru Penyelaras bagi membincangkan setiap masalah dan


membuat keputusan.

d. Membimbing ahli-ahli kelab bagi mencapai matlamat program Pembestarian Sekolah.

e. Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti tahunan bagi Briged Bestari.


PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

6.4 Timbalan Pengerusi

a. Bertanggungjawab kepada arahan Guru Penyelaras berkaitan dengan pelaksanaan


Program Pembestarian Sekolah ketika ketiadaan Pengerusi.

b. Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya dan menyediakan laporan.

c. Membantu Pengerusi contohnya dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan


dengan Briged Bestari.

6.5 Setiausaha

a. Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan pelaksanaan


Briged Bestari.

b. Mengemas kini fail dan dokumentasi Briged Bestari.

c. Mencatat dan merekodkan minit mesyuarat Briged Bestari.

d. Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah yang


berkaitan dengan Briged Bestari.

6.6 Penolong Setiausaha

a. Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan Briged Bestari.

b. Mengambil alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya dan membuat laporan.

c. Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan


Briged Bestari.

6.7 Bendahari

a. Bertanggungjawab kepada guru penyelaras tentang urusan kewangan.

b. Menguruskan sumbangan dan derma daripada ahli atau orang perseorangan.

c. Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.

d. Menguruskan keluar masuk wang melalui Guru Penyelaras.

e. Menyediakan laporan semasa kewangan untuk dibentang dalam mesyuarat.


PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

6.8 Ahli Jawatankuasa

a. Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras berkaitan dengan


pelaksanaan Briged Bestari.

b. Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan briged.

c. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Briged Bestari.

6.9 Tugas-tugas Biro

a. Biro Infrastruktur Teknologi Memastikan penggunaan peralatan yang dibekalkan


melalui Program Pembestarian Sekolah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Memastikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi yang dibekalkan sentiasa
berada dalam keadaan selamat untuk digunakan. Membantu menyenggara pelbagai
peralatan ICT yang ada di sekolah.

b. Biro Latihan Merancang dan melaksanakan latihan atau kursus yang berkaitan dengan
ICT dan Program Pembestarian Sekolah. Mengenalpasti dan merancang latihan
kepada warga sekolah yang kurang mahir ICT.

c. Biro Dokumentasi Dan Penerbitan Menyedia dan menyimpan laporan bagi setiap
aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti sekolah. Menerbit dan mengedar
bahan atau maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti di sekolah.

d. Biro Laman Web Membantu mengemas kini laman web rasmi sekolah. Menjadi
pembimbing rakan sebaya kepada badan atau persatuan serta kelab pelajar bagi
membina laman web pertubuhan mereka.
PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

7. PEMILIHAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA

7.1 Pemilihan ahli-ahli jawatankuasa Briged Bestari perlu diadakan dalam satu mesyuarat yang
dihadiri oleh sekurang-kurang dua pertiga daripada jumlah ahli.

7.2 Walau bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu penasihat Briged Bestari dengan
kuasa yang ada padanya boleh membenarkan mesyuarat dijalankan walaupun kehadiran ahli
kurang dari majority sebagaimana yang dikehendaki.

8. PENGGUGURAN/PEMECATAN AJK

8.1 AJK yang dipilih boleh dipecat atau digugurkan apabila:

a. Tidak lagi menjadi warga sekolah

b. Didapati bersalah dalam kes disiplin yang berat

c. Tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik

d. Meletak Jawatan

8.2 Pengguguran/pemecatan boleh dibuat melalui mesyuarat khas sekurang-kurangnya 2 atau 3


ahli yang hadir bersetuju dengan pengguguran/pemecatan tersebut.

8.3 Pengguguran/pemecatan berlaku secara automatic apabila pelajar tidak lagi menjadi warga
sekolah atau meletak jawatan.

8.4 AJK yang ada berhak melantik mana-mana AJK atau ahli untuk memegang jawatan AJK yang
gugur/dipecat sehingga mesyuarat pemilihan AJK yang berikutnya.

85. Semua pengguguran/pemecatan perlu mendapat persetujuan Penyelaras dan dimaklumkan


kepada Penasihat.
PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

9. PERJUMPAAN BRIGED BESTARI

9.1 Mesyuarat Tergempar

a. Mesyuarat tergempar badan ini boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja jika
difikirkan mustahak apabila sesuatu tindakan segera perlu diambil mengenai sesuatu
isu yang berbangkit atau perkara yang melibatkan ahli atau Briged Bestari ini.

9.2 Kekerapan Mesyuarat Biasa Jawatankuasa

a. Jawatankuasa badan ini hendaklah mengadakan perjumpaan atau mesyuarat


sekurang-kurangnya sekali dalam masa satu bulan dengan tujuan untuk berhubung
serta berbincang demi kepentingan Briged Bestari serta ahli-ahlinya.

b. Dalam setiap mesyuarat jawatankuasa, kehadiran pengerusi atau timbalannya, dan


enam anggota lain adalah dianggap mencukupi korum, dan mesyuarat tersebut boleh
dijalankan.

9.3 Minit-minit Mesyuarat

a. Setiap minit mesyuarat hendaklah ditulis dan direkodkan dengan baik oleh setiausaha
atau jika ketiadaannya oleh penolong setiausaha.

10. TABUNG BRIGED BESTARI

10.1 Sumber Kewangan

a. Sumbangan ahli

b. Sumbangan dari sector swasta, individu atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

c. Jualan hari terbuka dan aktiviti-aktiviti lain.

10.2 Akaun

a. Semua sumbangan yang diterima hendaklah diserah kepada Penyelaras.

10.3 Pembelanjaan

a. Setiap perbelanjaan yang hendak dikeluarkan mesti mendapat kelulusan daripada


Penyelaras.

b. Dalam keadaan apabila perbelanjaan segera diperlukan yang tidak memungkinkan


untuk dipanggil mesyuarat serta merta, maka atas nasihat Penyelaras, boleh dengan
kuasa yang ada padanya meluluskan seberapa banyak perbelanjaan yang diperlukan
mengikut peruntukan yang dibenarkan oleh Undang-undang Kecil briged Bestari.
PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

11. PROJEK DAN AKTIVITI BRIGED BESTARI

11.1 Briged Bestari ini dari semasa ke semasa hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti-
aktivitinya sendiri untuk menjadikan Briged Bestari ini sebuah organisasi yang bergerak aktif
dan dinamis.

11.2 Briged Bestari boleh mengambil apa-apa bahagian dalam projek dan aktiviti yang dijalankan
oleh organisasi lain di sekolah ini atau di sekolah lain.

11.3 Keputusan sama ada ingin melibatkan diri atau tidak bagi cerian 11.2 di atas boleh sama ada
dibuat menerusi mesyuarat biasa atau tergempar oleh ahli jawatankuasa. Keputusan itu
hanya memerlukan suara majority mudah dan tidaklah memerlukan suara majority dua
pertiga.

11.4 Berkaitan cerian 11.2 dan 11.3, Penyelaras mempunyai kuasa penuh bagi memberi kata
putus selepas dirujuk terlebih dahulu kepada Penaung.

12. PINDAAN PERLEMBANGAAN

12.1 Sebarang pndaan perlembangaan ini hendaklah diluluskan dengan suara majority dua pertiga
oleh AJK setelah dipersetujui oleh Penyelaras.

13. TARIKH PERLEMBANGAAN DIGUBAL DAN TARIKH BERKUAT KUASA

13.1 Perlembangaan ini telah digubal pada hh/bb/tt dan mula berkuat kuasa pada tarikh digubal.

14. PEMAKAIAN PERLEMBANGAAN

14.1 Perlembangaan ini hendaklah digunakan dengan sahnya. Sebarang Perlembangaan Briged
Bestari sebelum ini, jika ada, hendaklah terbatal setakat yang berlawan dengan
perlembangaan ini.
PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

UNDANG-UNDANG KECIL BRIGED BESTARI

1. Pakaian Seragam

1.1 Memakai baju T atau vest atau blazer yang menggunakan logo rasmi Briged Bestari,
logo sekolah, logo BTP dan tanda nama.

2. Dasar Keselamatan

2.1 Ahli Briged Bestari mesti mematuhi peraturan penggunaan makmal/Bilik Komputer,
Pusat Akses Sekolah dan Dasar Keselamatan ICT.

3. Penggunaan Infrastruktur ICT

3.1 Ahli Briged Bestari mesti pada setiap masa mematuhi peraturan penggunaan
infrastruktur ICT Sekolah.

4. Penggunaan Bilik

4.1 Ahli Briged Bestari mesti sentiasa mematuhi peraturan penggunaan Bilik
Operasi/Makmal Komputer/Pusat Akses Sekolah.

5. Peraturan Sekolah

5.1 Ahli Briged Bestari adalah tertakluk kepada peraturan sekolah.

6. Tugas dan Tanggungjawab

a. Ahli Briged Bestari wajib bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Ketidakhadiran sebanyak tiga kali tanpa sebarang alasan yang munasabah akan
dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah.

b. Ahli Briged Bestari boleh dipanggil bertugas pada bila-bila masa mengikut keperluan.

c. Setiap ahli Briged Bestari perlu merekodkan tugas harian mereka.

7. Keselamatan

a. Ahli tidak dibenarkan menyimpan kunci Bilik Operasi/makmal Komputer/Pusat Akses


Sekolah.

b. Ahli bertugas perlu merekodkan pengambilan dan pemulangan kunci.


PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

8. Penyalahgunaan / Kerosakan

8.1 Sebarang penyalahgunaan atau kerosakan peralatan ICT hendaklah direkod dan
dilaporkan kepada Guru Penyelaras Briged Bestari.

8.2 Kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT hanya boleh dilakukan oleh penyelaras dan
pegawai yang diberi kuasa oleh Guru Penyelaras Briged Bestari.

9. Kewangan

9.1 Wang Briged Bestari hanya boleh digunakan dengan kelulusan mesyuarat atau Guru
Penyelaras Briged Bestari.

9.2 Penggunaan wang untuk kes-kes kecemasan sekolah adalah mengikut budi bicara
Guru Penyelaras Briged Bestari.

9.3 Penyalahgunaan wang akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah.

9.4 Laporan kewangan hendaklah sentiasa dikemaskini, dibentang dan disahkan dalam
mesyuarat.

9.5 Sekiranya Briged Bestari menerima sumbangan berupa wang, wang tersebut
hendaklah dimasukkan ke dalam akaun PIBG sekolah. Jika sumbangan yang diberi itu
berbentuk peralatan atau bahan-bahan lain, ia hendaklah didaftar sebagai harta modal
sekolah.

10. Peraturan-peraturan Lain

10.1 Segala peraturan Briged Bestari adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan
semasa yang berkuatkuasa sama ada peraturan sekolah atau sebarang peraturan
tambahan yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa Briged Bestari.
PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI

Bil Perkara Tindakan Tarikh / Catatan


Bulan
1. Membentuk jawatankuasa induk Pentadbir Dis
Briged Bestari
2. Mengadakan mesyuarat jawatan Pentadbir Jan
kuasa induk
3. Mengadakan iklan atau promosi Penyelaras Jan
keahlian
4. Pengambilan keahlian Penyelaras Akhir Jan
5. Sesi temu duga Jawatankuasa Feb
Induk
pengurusan
6. Penapisan ahli Jawatankuasa Feb
Induk
7. Kursus latihan/ tempoh Jawatankuasa Mac Ahli Baru
percubaan Induk
8 Pelantikan jawatan kuasa ahli Jawatankuasa Mac
Briged Induk
9. Majlis pelantikan Jawatan kuasa Mac
Induk
10. Mengadakan mesyuarat Jawatan kuasa Mac
jawatankuasa Briged Bestari kali Briged Bestari
pertama
11. Mengadakan aktiviti yang Jawatan kuasa Sepanjang Tahun
dirancang Briged Bestari
12. Mengadakan mesyuarat Jawatan kuasa Bermula April 4 kali setahun
Briged Bestari
13. Mengadakan penilaian dan Jawatan kuasa Jun dan Sept
pemantauan Induk
14. Anugerah dan pengiktirafan Jawatan kuasa Okt
Induk
PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI MBA0039 - SEK. KEB. MENGGONG, MELAKA

________________________________________________________________________________________________________________________

Format Perancangan Tahunan Aktiviti Briged Bestari

Bulan Aktiviti
a. Mesyuarat awal tahun AJK lama
JANUARI b. Promosi dan Pemilihan calon ahli baru
c. Membantu guru dalam pendaftaran murid secara on-line (ahli lama)
FEBRUARI Sesi temuduga dan penapisan calon
a. Kursus /latihan / aktiviti dalam tempoh percubaan
MAC b. Majlis Pelantikan
c. Mesyuarat kali pertama AJK baru
a. Kursus Asas Literasi Komputer /Penyelenggaraan komputer 1
APRIL b. Minggu ICT
c. Kem IT peringkat sekolah
a. Kursus Fotografi Digital
MEI
b. Pengumpulan imej digital berasaskan tema atau topik
JUN Bengkel pengendalian peralatan ICT
a. Penyelenggaraan Komputer 2
b. Mesyuarat Pertengahan Tahun
JULAI
c. Pertandingan membina bahan pengajaran dan pembelajaran
d. Pertandingan Online Game
Pertandingan membina dokumen atau penerbitan berunsurkan patriotisme
OGOS
dalam media digital
SEPTEMBER Pemantauan dan penilaian prestasi ahli
a. Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Anugerah
OKTOBER
b. Mesyuarat Akhir Tahun

You might also like