Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI

PELAJAR LATIHAN SEBELUM PERKHIDMATAN


TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

1. TUJUAN

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pelajar latihan sebelum
perkhidmatan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam dan di luar negara
untuk membuat permohonan tuntutan Elaun Latihan Amali.

2. SYARAT KELAYAKAN TUNTUTAN

(a) Umum

(i) Latihan amali diwajibkan dalam kursus pengajian dan merupakan syarat
untuk bergraduat;

(ii) Tidak menerima apa-apa bayaran dari jabatan/agensi/syarikat tempat


latihan amali sepanjang mengikuti latihan amali tersebut; dan

(iii) Pelajar yang diluluskan pelanjutan penajaan tidak layak menerima elaun
amali.

(b) Khusus

Pelajar tajaan luar negara

Sekiranya pelajar diluluskan untuk menjalani latihan amali di Malaysia, pelajar


TIDAK LAYAK menuntut Elaun Latihan Amali.

3. SYARAT PEMBAYARAN TUNTUTAN

(a) Pelajar tajaan dalam negara

(i) Bayaran terhad kepada maksimum 90 hari sahaja sepanjang pengajian tidak
termasuk hari kelepasan am dan hari kelepasan mingguan.
(b) Pelajar tajaan luar negara

Bayaran terhad kepada maksimum 90 hari sahaja sepanjang pengajian tidak


termasuk hari kelepasan am dan hari kelepasan mingguan kecuali pelajar
yang pengajiannya di United Kingdom yang dihadkan maksimum 90 hari
setahun tidak termasuk hari kelepasan am dan hari kelepasan mingguan.

(c) Bayaran tertakluk kepada permohonan lengkap diterima dan mematuhi syarat
kelayakan yang ditetapkan.

4. BORANG TUNTUTAN DAN DOKUMEN SOKONGAN

(a) Borang Tuntutan seperti di Lampiran A.

(b) Dokumen Sokongan;


(i) Surat Permohonan Penempatan Latihan Amali oleh Universiti Kepada
Majikan seperti contoh di Lampiran B;
(ii) Surat Pengesahan Pelajar Menjalani Latihan Amali daripada Majikan
seperti contoh di Lampiran C;
(iii) Salinan kad perakam waktu / bukti kehadiran yang telah disahkan oleh
Majikan; dan
(iv) Contoh borang kehadiran di Lampiran D bagi jabatan/agensi/syarikat
yang tidak menggunakan sistem perakam waktu/rekod kehadiran.

5. KAEDAH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

(a) Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas


tamat latihan amali. Tuntutan yang dikemukakan melebihi tempoh tersebut
tidak akan dipertimbangkan.

(b) Borang tuntutan dan dokumen sokongan hendaklah dikemukakan melalui


pos/serahan tangan ke alamat berikut;

(i) Pelajar tajaan dalam negara

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,


Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Aras 4, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan)
E-mel: bayaran.lspdn@jpa.gov.my
(ii) Pelajar tajaan luar negara

a) Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) JPA di negara


pengajian masing-masing dan bagi negara tertentu adalah seperti
jadual berikut;

NEGARA PENGAJIAN PPL


Jepun Tokyo, Jepun
United Kingdom London, UK
Perancis Paris, Perancis
India Chennai, India
Jerman/Belanda Frankfurt, Jerman
New Zealand/Australia Wellington, New Zealand
USA/Kanada Washington DC, USA
Korea/China Seoul, Korea

b) Bagi negara selain yang dinyatakan di perenggan 5.(b)(ii)(a), sila


kemukakan kepada Unit Pembangunan Sebelum Perkhidmatan Luar
Negara, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA melalui e-mel
lspln.bmi@jpa.gov.my.

6. TARIKH KUAT KUASA

Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2023.


Kemaskini pada 08 April 2024.
LAMPIRAN A

BORANG PERMOHONAN TUNTUTAN PELAJAR


TAJAAN BIASISWA/PINJAMAN PERSEKUTUAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

NAMA PENUH :

NO. KAD PENGENALAN :


ALAMAT SURAT
:
MENYURAT
NO. AKAUN BANK :

ALAMAT BANK :

NO. TELEFON :

ALAMAT E-MEL :

UNIVERSITI :
PERINGKAT
:
PENGAJIAN
PROGRAM / KURSUS :

TAHUN PENGAJIAN :

TEMPOH TAJAAN :

JENIS TUNTUTAN :
(bil/ invois/ resit yang bukan dalam Bahasa Inggeris/
Malaysia perlulah diterjemahkan terlebih dahulu ke dalam
Bahasa Inggeris/ Malaysia)
JUMLAH TUNTUTAN :

TANDATANGAN PELAJAR:

……………………………………………….
NAMA:
TARIKH:
_________________________________________________________________________

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Jumlah tuntutan yang diluluskan :


Tandatangan pegawai :
Nama pegawai :
Jawatan pegawai :
Tarikh penerimaan :
LAMPIRAN B

CONTOH SURAT PENGESAHAN UNIVERSITI

Letterhead Universiti
No.Rujukan:
Tarikh :

…………………………………
…………………………………
…………………………………

Tuan / Puan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI/AMALI

Nama:
No K/P:
No Pelajar:
Bidang Pengajian:

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa penama seperti di atas adalah pelajar sepenuh masa di
fakulti ini dan diwajibkan untuk menjalani latihan amali bermula dari ..................
sehingga .................... Tujuan latihan industri/amali ini adalah sebagai salah satu syarat
bergraduat selain daripada untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman di industri
yang berkaitan dengan pengajian pelajar berkenaan.

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan bantuan pihak tuan/puan adalah dimohon
bagi menempatkan pelajar berkenaan di syarikat tuan/puan. Semoga peluang yang diberikan
oleh syarikat tuan/puan dapat membantu pelajar tersebut menjalani latihan industri dengan
jayanya.

Segala perhatian dan pertimbangan yang tuan/puan berikan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

…………………………………………..
(NAMA PEGAWAI)
JAWATAN PEGAWAI
BAHAGIAN/ UNIT
UNIVERSITI
LAMPIRAN C

CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN

Letterhead Syarikat

No.Rujukan:
Tarikh:

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan / Alamat Universiti

Tuan / Puan,

PENGESAHAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN AMALI

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan ini disahkan bahawa pelajar telah
menamatkan latihan amali seperti berikut:

Nama :
No K/P :
No Pelajar:
Universiti:
Tarikh Latihan Amali:
Lokasi Penempatan:
Pemberian Elaun: YA TIDAK

Sekian, terima kasih.

…………………………………………..
( NAMA PEGAWAI )
JAWATAN PEGAWAI
NAMA & COP SYARIKAT
LAMPIRAN D

Rekod Kehadiran

Bulan/ Tahun: __________________________________

Tarikh Waktu Masuk Waktu Keluar Tandatangan Penyelia


CONTOH PENGISIAN BORANG TUNTUTAN
LAMPIRAN A

BORANG PERMOHONAN TUNTUTAN PELAJAR


TAJAAN BIASISWA/PINJAMAN PERSEKUTUAN JABATAN
PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

NAMA PENUH : Ali bin Abu


NO. KAD PENGENALAN : 123456-78-9101
ALAMAT SURAT No. 13A Jalan 222, Bandar Baru Jaya, 43650 Bangi,
:
MENYURAT Selangor
NO. AKAUN BANK : 800800700

ALAMAT BANK : Maybank Bangi

NO. TELEFON : 019-1001001

ALAMAT E-MEL : abc@gmail.com

UNIVERSITI : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi


PERINGKAT Ijazah Sarjana Muda
:
PENGAJIAN
PROGRAM / KURSUS : Sains Bioperubatan

TAHUN PENGAJIAN : 4

TEMPOH TAJAAN : 4

JENIS TUNTUTAN : Tuntutan Elaun Latihan Amali


(bil/ invois/ resit yang bukan dalam Bahasa Inggeris/
Malaysia perlulah diterjemahkan terlebih dahulu ke dalam
Bahasa Inggeris/ Malaysia)
JUMLAH TUNTUTAN : RM900.00

TANDATANGAN PELAJAR:

……………………………………………….
NAMA: ALI BIN ABU
TARIKH: 2/9/2022
_________________________________________________________________________

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Jumlah tuntutan yang diluluskan :


Tandatangan pegawai :
Nama pegawai :
Jawatan pegawai :
Tarikh penerimaan :
CONTOH SURAT UNIVERSITI KEPADA MAJIKAN

NOTA PENTNG:
1. MAKLUMAT DIATAS PERLU ADA DALAM SURAT
PENGESAHAN
2. DOKUMEN SALINAN PERLU DICOP DIAKUI SAH /
BENAR OLEH UNIVERSITI
CONTOH SURAT MAJIKAN KEPADA UNIVERSITI

NOTA PENTNG:
1. MAKLUMAT DIATAS PERLU ADA DALAM SURAT
PENGESAHAN
2. DOKUMEN SALINAN PERLU DICOP DIAKUI SAH / BENAR
OLEH UNIVERSITI
CONTOH BORANG KEHADIRAN

NOTA PENTNG:
DOKUMEN PERLU DISAHKAN OLEH PENYELIA LATIHAN
AMALI

You might also like