Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

SMK PERMATANG BONGLAI

KAJIAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3

2023/2024

AMALAN KITAR SEMULA

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ALIF JAZLI BIN AZMI

KELAS :3 ARIF

ALAMAT : KAMPUNG PIDA 2 MEGAT DEWA

NAMA GURU : PUAN SHARIZATON BINTI MAD KASA


SENARAI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

PENGHARGAAN 1

PENDAHULUAN 1

OBJEKTIF KAJIAN 2

KAWASAN KAJIAN 2

KAEDAH KAJIAN 3

HASIL KAJIAN 3

RUMUSAN 10

RUJUKAN 11

LAMPIRAN 12
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada TUAN
NORDIN BIN ABDULLAH Pengetua SMK PERMATANG BONGLAI
kerana memberi kebenaran kepada saya dan rakan – rakan yang lain
untuk menjalankan kerja lapangan ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru
Geografi saya iaitu PUAN SHARIZATON BINTI MAT KASA kerana
banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sehingga kerja
lapangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih ditujukan kepada
kedua- dua ibu bapa saya yang tercinta kerana banyak memberi
sokongan moral kepada saya .
Akhir sekali , ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan
seperjuangan saya dan semua respondan serta orang sumber saya di
KG PIDA 2 MEGAT DEWA yang banyak memberi bantuan dan
kerjasama kepada saya sepanjang melaksanakan kerja lapangan ini.

PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk “AMALAN KITAR SEMULA” sebagai
tajuk kajian saya. Hal ini kerana kitar semula merupakan satu amalan
penting yang sedang dititikberatkan oleh semua pihak di negara kita .

Saya memilih KAMPUNG PIDA 2 sebagai lokasi kajian kerana


kawasan tersebut merupakan kawasan tempat tinggal saya dan ahli
keluarga. Hal ini telah memudahkan usaha saya mengumpul dan
menyusun maklumat yang diperlukan untuk menyempurnakan
kerja lapangan ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian Amalan Kitar Semula di kawasan sekitar saya , saya
dapat :-

1. Menjelaskan definisi tentang amalan kitar semula


2. Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula
3. Mengenalpasti masalah atau halangan yang dihadapi semasa
menjalankan aktiviti kitar semula
4. Mengenalpasti produk yang dapat dihasilkan menggunakan
barangan kitar semula
5. Mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah dalam
melaksanakan aktiviti kitar semula

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah di KG PIDA 2 MEGAT DEWA , JITRA
KEDAH . Saya memilih kawasan ini kerana jaraknya yang dekat iaitu
hanya 5 km dari sekolah dan sekitar saya. Kampung ini mempunyai
bilangan penduduk seramai kira-kira 900 orang.

Kawasan ini terletak berdekatan dengan institusi


pendidikan dan kawasan perniagaan. Bentuk muka bumi di kawasan ini
ialah tanah pamah, iaitu kawasan rata dan sesuai untuk membina
pelbagai jenis petempatan seperti rumah, bangunan kedai, sekolah dan
masjid. Kawasan ini juga merupakan salah satu kawasan yang
mempunyai kadar pembuangan sisa pepejal dan sisa domestik yang
tinggi.

KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:

Pemerhatian

Dengan kaedah ini, saya memerhatikan sekitar KG PIDA 2


untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti pandang darat fizikal,
pola petempatan dan masalah petempatan yang ada disana.

Rujukan Internet

Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui tentang


konsep dan elemen kitar semula. Saya merujuk beberapa
laman web untuk mendapatkan beberapa maklumat tambahan
bagi kajian saya.

Rujukan Bahan Bercetak

Rujukan bahan bercetak seperti buku buku teks tingkatan 3, majalah


dan surat khabar digunakan untuk mengetahui konsep dan elemen kitar
semula.

Temu bual

Saya menggunakan kaedah ini untuk . Saya pergi ke 30 buah rumah di


KG PIDA 2 dan sekitar 5 km dengannya untuk menanyakan soalan –
soalan yang telah disediakan oleh saya .

HASIL KAJIAN
1 . Konsep dan elemen Kitar Semula :

Kitar semula ialah kegiatan mengolah semula bahan buangan untuk


menghasilkan barangan yang baru, dalam kata lain proses memperolehi
atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk
diguna semula. Ia merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan
buangan moden dan tiga komponen bagi 3R ialah Reduce (Kurangkan),
Reuse (Guna semula), Recycle (Kitar Semula). Contohnya, barangan
keluli yang tidak lagi terpakai seperti kereta rosak, akan diambil kelulinya
dan menjadi bahan mentah untuk membuat kereta yang baru. Selain itu,
sisa makanan atau buangan organik lainnya dapat mereput menjadi
baja organic yang boleh digunakan untuk pertanian mahupun kegunaan
rumah tangga.

Kitar semula dilakukan untuk mengurangkan pencemaran


mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan tenaga
dan mengurangkan pengelauaran gas rumah hijau. Kitar semula juga
dapat menjimatkan penggunaan bahan mentah baru. Kitar semula
merupakan kaedah pelupusan buangan yang mesra alam dan dapat
menjaga warisan generasi yang akan datang di masa hadapan nanti

2. Jenis-jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula :


Terdapat pelbagai jenis bahan kitar semula yang terdapat di Kampung
Pida 2. Antaranya terdiri daripada kertas, air, getah, plastik, dan
tekstil. Kertas dapat dikitar semula sama ada berwarna atau tanpa
warna seperti akhbar, majalah , buku−buku lama dan katalog. Air
pula seperti air basuhan beras digunakan untuk menyiram pokok.
Botol air plastik dan beg plastik merupakan bahan plastik yang juga
boleh digunakan semula. Getah pula seperti tayar digunakan untuk
tanaman, buaian dan pelampung. Tekstil pula didermakan dalam
bentuk pakaian kepada orang yang miskin, rumah orang tua dan
rumah anak yatim.

Masih terdapat dalam kalangan penduduk di Kampung Pida 2 yang


mengamalkan 3R di rumah mereka. Walaupun bukan dalam skala
yang besar, namun mereka tetap menyahut seruan kerajaan yang
ingin melahirkan rakyat yang cinta akan alam sekitar.
Antara amalan kitar semula yang banyak dilakukan di Kampung Pida 2
ialah:

a. Mengitar semula barangan.

Penduduk akan mengitar semula barangan


mengikut warna tong kitar semula yang biasa dilihat di
tempat awam. Seterusnya, amalan menjual bahan kitar
semula juga diamalkan oleh penduduk kawasan kajian
saya. Antara bahan yang dikitar semula adalah botol plastik
dan akhbar akhbar lama. Wang akan diperoleh mengikut
berat bahan yang dijual. Hal ini menunjukkan bahawa
mereka amat bersyukur kerana dapat menikmati alam
sekitar anugerah Tuhan.

b. Mendermakan pakaian dan barangan yang masih elok


Penduduk Kampung Pida 2 telah berganding bahu untuk
mendermakan pakaian dan barangan yang tidak digunakan
kepada beberapa pusat kebajikan yang kerap dating ke
kawasan ini . Hal ini menunjukkan bahawa mereka amat
prihatin dan bersedia membantu sesiapa yang memerlukan
pertolongan.

c. Mengguna Semula Barangan


Komuniti Kampung Pida 2 juga mengamalkan amalan menghasilkan
bahan baru. Misalnya , botol − botol plastic dijadikan sebagai pasu
bunga kecil dan kraftangan yang lain untuk menghiaskan rumah
mereka. Selain itu , tayar −tayar lama digunakan sebagai buaian , pasu
bunga dan juga kerusi . Penduduk taman ini mempunyai daya kreativiti
dan inovatif yang sangat tinggi. Hal ini membuktikan bahawa penduduk
di kawasan ini suka berjimat – cermat dan selalu peka terhadap alam
sekitar.

d. Penggunaan beg mesra alam menggantikan beg plastic penduduk di


Kampung Pida 2 juga mula menggunakan beg mesra alam untuk
menggantikan beg plastik ketika membeli barangan di pasar raya. Ini
dapat menjimatkan duit kerana beg plastik akan dicaj dan mereka dapat
menjaga alam sekitar juga.

3. Kepentingan Amalan Kitar Semula di kawasan kajian


Kepentingan amalan kitar semula di Kampung Pida 2 Megat Dewa ,Jitra
Kedah adalah seperti yang berikut:

a) Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa

Apabila sisa pepejal dan sisa domestic dasingkan dan dilupuskan


dengan kaedah yang betul, persekitaran kawasan perumahan
tersebut akan menjadi lebih bersih. Penduduk akan hidup dengan
lebih selesa dan mempunyai tahap kesihatan yang berkualiti.

b) Mengurangkan pencemaran

Amalan kitar semula dapat megurangkan sampah di tempat


pelupusan kerana sisa akan diurus dengan sistematik. Jadi,
pencemaran bau dapat diatasi.

c) Menjamin bekalan sumber semula jadi

Sikap prihatin terhadap isu-isu alam sekitar akan menjadikan


penduduk lebih mengambil berat mengenai kepentingan
memelihara dan memulihara sumber semula jadi, terutamanya
sumber hutan. Mereka juga sedar akan kesan yang akan berlaku
sekiranya sumber semula jadi tersebut tidak dijaga.
4. Masalah/Halangan Amalan Kitar Semula

Ketika menjalankan kerja lapangan ini, bebrapa masalah telah


dikenalpasti iaitu:

a) Ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula

Melalui pemerhatian saya, oleh kerana tiada pusat kitar


semula di sekitar Kampung Pida 2 , penduduk membuat keputusan
untuk tidak mengumpulkan barangan yang boleh dikitar
semula di rumah. Keadaan itu juga dalam masa yang sama
tidak mewujudkan kerjasama antara penduduk untuk
mengamalkan amalan ini.

b) Sikap negatif dalam diri individu

Melalui pemerhatian saya juga, sikap penduduk yang masih


berdegil dan tidak mahu menggunakan beg mesra alam
ketika membeli barang. Bagi mereka, perkara ini tidak penting
kerana lebih mudah menggunakan beg plastik.

c) Memilih untuk membakar atau membuang barangan

Penduduk juga lebih memilih jalan yang lebih mudah iaitu


membuang dan membakar barangan yang tidak digunakan
lagi. Disebab kan sudah terbiasa dengan amalan tersebut,
mereka tidak terfikir untuk mengguna atau mengitar semula
barang yang masih baik .

5. Cadangan mengurangkan masalah amalan kitar semula di


kawasan kajian
a) Menyediakan pusat kitar semula

Dengan menyediakan pusat kitar semula di Kampung Pida 2,


penduduk tidak perlu bersusah payah untuk membawa
barangan yang berat ke pusat pengumpulan kitar semula.
Selain itu, mengganti semua tong sampah dengan tong kitar
semula merupakan kaedah yang berkesan untuk
memudahkan orang mengamalkan amalan kitar semula. Jadi,
semua buangan yang boleh dikitar semula akan pergi ke pusat
kitar semula, dan bilangan sampah yang keluar setiap tahun
akan berkurang secara signifikan.

b) Mengadakan kempen kesedaran secara berkala

Semangat untuk menjaga alam sekitar dapat disuntik kepada


masyarakat dengan mengadakan kempen cintai alam sekitar.
Dalam kempen tersebut, kepentingan serta cara-cara untuk
menjaga lama sekitar akan diterangkan supaya penduduk
akan lebih faham dengan amalan kitar semula. Maka, pihak
kerajaan dan bukan kerajaan perlu berganding bahu untuk
memastikan misi ini terlaksana.

c) Menjadikan amalan kitar semula sebagai aktiviti mingguan

Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak dari kecil dengan


mengadakan amalan ini sebagai rutin mingguan. Dengan itu,
ia akan menjadi tabiat dan ikutan yang berterusan .

RUMUSAN

Dalam kajian di Kampung Pida 2 ini, saya mendapati amalan kitar


semula merupakan salah satu kaedah mengurangi jumlah buangan
dengan memproses sampah dan membuatnya menjadi barangan
yang berguna semula. Amalan tersebut juga mudah dan praktikal
kerana kita hanya perlu menghantar barangan kita ke pusat
pengumpulan kitar semula yang terdekat, dan hampir semua
barangan yang kita buang adalah barang yang boleh dikitar
semula.

Amalan kitar semula sangat penting untuk mengurangkan jumlah


sampah serta mencegah penerokaan sumber baru yang berlebihan
dan menjaga alam. Jadi, amalan kitar semula amatlah digalakkan
dan mesti diamalkan.

Tetapi, ada juga masalah dalam mengamalkan kitar semula, seperti


kemudahan yang tidak mencukupi dan kurangnya kesedaran
masyarakat tentang kepentingan amalan kitar semula. Tetapi,
dengan kerjasama antara kerajaan, pihak berkuasa dan
masyarakat, masalah-masalah tersebut pasti dapat ditangani dan
kitar semula dapat terus diamalkan.

Selain itu, saya juga telah mendapat banyak pelajaran dalam kajian
ini, salah satunya ialah berusaha untuk tidak merosakkan alam
dengan mengamalkan 3R.

RUJUKAN

1. Buku
Ahmad Ridzuan Bin Abdul Rahman, Rajini Gauri
Muthusamy, Pau Anak Utek (2018). Geografi Tingkatan 3
Johor: IMS Books Trading Sdn. Bhd.
2. Internet
•http://ms.wikipedia.org/wiki/kitar_semula.htm
• http://maps.google.com/
• http://geogarang.blogspot.com/2009/07/aneka-jenis-tong-
kitar-semula.html
• (PDF Document) Mohd Rashidi Mohd Nor, Recycle, Mei
2009

LAMPIRAN

Contoh tong kitar semula yang boleh menggantikan tong sampah biasa.
6
7
8
9
10
11
12

You might also like