Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Prasekolah SJKT SUNGAI BESI,

57000 Kuala Lumpur.


Mesyuarat Prasekolah Sesi 1/2015

Tarikh :19 JAN 2015


Hari : ISNIN
Masa : 7.15 pagi
Tempat : BILIK PRASEKOLAH
Kehadiran:
1. Guru Besar – Pn.S.Letchumy
2. Guru Prasekolah – Pn.K.Theivanai
3. Ibu bapa dan kanak-kanak

Agenda:
1. Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Pn.S.Letchumy.
2. Penerangan pelaksanaan program prasekolah oleh Puan Theivanai,
Guru Prasekolah, SJKT Sungai Besi,KL.
3. Pelantikan AJK Pewaris Ibu Bapa sesi 2015.
4. Membincangkan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2015.
5. Hal-hal lain.

Ucapan alu-aluan Guru Besar


1. Mengalu-alukan kedatangan ibu bapa.
2. Mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kerana anak mereka terpilih mengikuti kelas
prasekolah pada tahun ini.
3. Menjelaskan mengenai Program Saranan Inbubapa yang mengutamakan penglibatan ibu bapa
yang datang ke sekolah sekiranya berminat untuk bersama-sama membantu perlaksanan aktiviti
di prasekolah.

Pemilihan AJK Pewaris Ibu Bapa 2015


Penasihat - Guru Besar
Pengerusi – En.Kengkatharan
Naib Pengerusi – En.Vijaya Kumaran
Setiausaha – Puan.K.Theivanai
Bendahari - Puan Nor Linawati BT Ali
Ahli Jawatan Kuasa :Pn.Saraswathy
Pn.Vasanti
Pn.Sivagami
Pn.Rameswary

Aktiviti Sepanjang Tahun 2015


1. Program Parents of the month
Aktiviti ini akan dijalankan pada hari Isnin minggu pertama setiap bulan. Aktiviti ini akan
dijalankan pada pukul 8.00-8.30 pagi sebagai sesi perbualan mengikut tema. Ibubapa bersetuju
untuk menjalankan aktiviti perbualan dalam masa yang ditetapkan.
Tindakan : AJK Pewaris
2. Taman Herba
Guru Prasekolah Pn.Theivanai telah mencadangkan bahawa pihak prasekolah harus mewujudkan
satu Taman Herba berhampiran dengan prasekolah. Ibubapa telah bersetuju untuk projek tersebut
dan berjanji untuk menyumbangkan tumbuh-tumbuhan herba dan tenaga untuk menjayakan
projek ini.
Tindakan : AJK Pewaris
3. Perkhemahan
Suatu perkemahan berkelompok akan diadakan pada bulan Mei di SJK(T) Saraswathy . Agenda
program akan dimaklumkan kepada ibubapa.
Tindakan : Guru Prasekolah & PPM

4. Lawatan
Murid-murid prasekolah akan dibawa ke Zoo Negara pada bulan Julai. Perkara berkaitan akan
diumumkan kepada ibubapa.
Tindakan : Guru Prasekolah & PPM

5. Hari Usahawan muda


Pada hari inovasi ini murid - murid akan menghasilkan sesuatu bahan dan menjualnya kepada
warga sekolah.
Tindakan : Guru Prasekolah & PPM

6. Sukan
Sukan Prasekolah akan dijalankan serentak dengan Sukan Tahunan Sekolah.
Tindakan : Guru Prasekolah & PPM
7. Hari konvokesyen prasekolah
Hari konvokesyen prasekolah akan diadakan pada bulan November.

Tindakan : Guru Prasekolah & PPM

Hal-hal lain
1. Pn.Gomathi berkata bahawa tandas prasekolah kotor yang menyebabkan anak beliau menahan
daripada buang air kecil. Pn.Theivanai menjelaskan bahawa PPM sedang berada dalam cuti.
Tindakan : PPM

2. Pn.Suganthi telah memberitahu bahawa sarapan pagi tidak diberi kepada pelajar sebelum kelas
bermula. Penerangan yang sama telah diberi oleh Pn.Theivanai dan beliau berjanji akan
membuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini.
Tindakan : PPM

3.En.Kengkatharan selaku AJK Persatuan Agama Hindu telah menyatakan bahawa beliau
sanggup menjalankan ajaran agama pada setiap hari Jumaat dari pukul 7.30 – 8.00 pagi.
Tindakan : Guru Prasekolah

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 8.00 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. ……………………………..
Puan.K.Theivanai Pn.S.Letchumy
Guru Prasekolah Guru Besar

You might also like