Penilaian Prestasi Sem 2 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bahagian A [ 50 markah ]

Jawab semua soalan.

1 i. Huraikan maksud pengurusan. [2]

ii. Berikan dua kepentingan pengurusan dalam organisasi perniagaan. [2]

2 Huraikan tiga fungsi pengurusan dalam sesebuah organisasi. [6]

3 Nyatakan empat prinsip yang diperkenalkan oleh Henry Fayol. [4]

4 Huraikan dua peranan pengurus sebagai pembuat keputusan ( decision maker ). [4]

5 Huraikan tiga peringkat pengurusan dalam sesebuah organisasi. [6]

6 Huraikan maksud pemusatan dan pemencaran autoriti dalam pengorganisasian [4]

7 Huraikan tiga gaya kepimpinan bagi seorang pemimpin. [6]

8 Bezakan pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal dari aspek matlamat, jawatan dan bidang
kuasa. [6]

9 Huraikan dua kepentingan kerja berpasukan terhadap pembuatan keputusan. [4]

10 Huraikan tiga jenis kawalan dalaman yang dilakukan oleh sesebuah perniagaan. [6]

Bahagian B [ 50 markah ]
Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

11 Kejayaan Apple Inc.

Apple Inc. merupakan syarikat korporat yang paling berjaya di dunia dengan nilai pasaran
saham sekitar US$200 billion (RM600 billion). Produk keluaran Apple Inc. mempunyai golongan
pelanggan setia walaupun kebanyakan produknya lebih mahal berbanding produk jenama lain.
Kejayaan syarikat ini dipengaruhi oleh pendekatan pengurusan yang unik.

Steve Jobs, setelah mengambil alih semula jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Apple Inc. telah berjaya memulihkan syarikat yang berjaya di ambang kejatuhan dan menaikkan
keuntungan serta imej syarikat. Steve Jobs ialah pencipta iPod dan iPhone yang meletakkan tanda
aras yang tinggi terhadap inovasi. Beliau merupakan seorang CEO yang sangat obses dalam
memastikan produk keluaran Apple sempurna dari setiap aspek. Steve Jobs memastikan produknya
adalah yang terbaik kerana beliau percaya bahawa jika ‘anda menghasilkan sesuatu yang amat hebat,
maka setiap orang akan mahu menggunakannya’. Dedikasi beliau pada penemuan baru dan
kecemerlangan ini telah menjadikan Apple sebagai simbol inovasi.

Dalam menguruskan Apple Inc., Steve Jobs telah menggunakan kemahiran pengurusan yang
tinggi. Beliau berusaha untuk mencari jurutera dan pereka produk yang mempunyai kemahiran
teknikal dan kecerdasan emosi (EQ) yang sesuai dengan budaya kerja Apple Inc. yang memerlukan
pasukan kerja yang istimewa. Walaupun pekerja di Apple Inc. mempunyai fungsi tugas tersendiri
tetapi mereka mesti bekerjasama antara satu sama lain. Pereka produk mestilah seorang yang obses
dalam menghasilkan produk yang sempurna sehinggakan bentuk skru di bawah MacBook pun
dipastikan selari dengan reka bentuk keseluruhan produk tersebut. Di samping itu, syarikat
memerlukan pereka produk yang mempunyai kepercayaan dan komitmen dalam mencapai
kesempurnaan. Ternyata, Apple Inc. memilih untuk menggunakan pendekatan yang berbeza dalam
pengurusannya, bertentangan dengan pendekatan pengurusan tradisional oleh syarikat-syarikat lain.
Perbezaan pendekatan pengurusan inilah yang meletakkan Apple sebagai satu daripada jenama dan
syarikat korporat yang paling berjaya di dunia.

Berdasarkan kes di atas,

(i) Jelaskan jenis kemahiran pengurusan dalam setiap peringkat pengurusan Apple Inc. [15]
(ii) Jelaskan tiga jenis kuasa dalam pengurusan Steve Jobs. [15]

Jawab satu soalan sahaja.

12 Jelaskan proses perancangan bagi sesebuah organisasi. [20]

13 Jelaskan lima proses penjabatanan dalam sesebuah organisasi. [20]


Kertas soalan tamat

You might also like