Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

BAHASA MELAYU PT3 PEMINDAHAN MAKLUMAT

DSKP TING 3: 3.5.1 DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL

RINGKASAN 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang ciri-ciri
seseorang telah diserang masalah nomofobia. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80
hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Nomofobia ialah ketagihan tingkah laku yang berkaitan dengan telefon bimbit secara berlebihan ialah
satu penyakit baharu dalam kalangan remaja. Oleh sebab itu, mereka perlu diberikan didikan dan
ajaran tentang penggunaan telefon bimbit yang betul. Sebelum itu, mereka yang mempunyai ciri-ciri
nomofobia perlu dikenal pasti.
Satu daripada ciri nomofobia ialah seseorang banyak menghabiskan waktu untuk
mengemas kini status dalam media sosial. Hal ini berlaku demikian kerana dia selesa meluahkan
perasaan dan ketidakpuasannya agar berasa puas hati. Selain itu, dia juga mahu mencari simpati
dan perhatian orang lain. Seseorang yang mengalami gangguan emosi jika capaian Internet
terganggu juga dapat dikenal pasti sebagai pesakit nomofobia.
Pesakit nomofobia juga dikatakan menggunakan telefon bimbit melebihi empat jam. Hal
ini menyebabkan kehidupannya tidak terurus, terutamanya remaja yang tidak menyiapkan kerja
rumah yang diberikan oleh guru kerana ketagihan penggunaan telefon bimbit. Seseorang yang
memberikan respons kepada telefon bimbit walaupun berada dalam keadaan bahaya juga
merupakan sifat nomofobia. Hal ini berlaku terutamanya seseorang sedang memandu.
Seseorang pesakit nomofobia juga akan berasa panik apabila telefon bimbitnya tidak
berada di sisinya. Selain itu, dia juga akan berasa panik apabila telefon bimbit kehabisan bateri.
Masalah nomofobia semakin hari semakin serius dan memerlukan perhatian daripada semua pihak.
Adakah anda diserang nomofobia?

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Halaman 30, Buku Teks Tingkatan 3,
KSSM, Dewan Bahasa dan Pustaka)

JAWABAN CADANGAN

Ciri-ciri nomofobia ialah seseorang banyak menghabiskan waktu untuk mengemas kini
status dalam media sosial. Selain itu, seseorang yang mengalami gangguan emosi jika
capaian Internet terganggu juga dapat dikenal pasti sebagai pesakit nomofobia. Di samping
itu, pesakit nomofobia juga dikatakan menggunakan telefon bimbit melebihi empat jam.
Seterusnya, seseorang yang memberikan respons kepada telefon bimbit walaupun berada
dalam keadaan bahaya juga merupakan sifat nomofobia. Bukan itu sahaja, seseorang pesakit
nomofobia juga akan berasa panik apabila telefon bimbitnya tidak berada di sisinya.
Tambahan pula, dia juga akan berasa panik apabila telefon bimbit kehabisan bateri.
(90 patah perkataan)
(Terima mana-mana 5 isi penting daripada petikan)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM (BPK) | – K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A

You might also like