Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Rujukan Kami : SKS.

600- 3/1/4 ( )
Tarikh : 12/7/2023

Guru Besar,
SK Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang, Selangor

Tuan/Puan,
MOHON MENGADAKAN PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, kami ingin mengadakan perlawanan persahabatan bersama


pasukan bola jaring sekolah tuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kedua-dua
sekolah serta memberi pendedahan dan penilaian persediaan ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah
Daerah Sepang (MSSD) tahun 2023.

3. Berikut merupakan maklumat berkaitan perlawanan persahabatan bola jaring


Tarikh : 14 Julai 2023
Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Lestari SK Salak

4. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan, kami dahului dengan ucapan terima
kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AZIRA BINTI IBRAHIM)


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,
SK SALAK, SEPANG, SELANGOR

You might also like