Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SJK (C) TUN TAN CHENG LOCK

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


BILANGAN 1 TAHUN 2024/2025

Tarikh : 7 Mac 2024


Masa : 10.30 pagi hingga 11.20 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran (Bilangan) : 18/18
Bil Nama Jawatan
1.
Pn. Yong Kim Fong Guru Besar (Pengerusi)
2.
Pn. Chua Siu Chun Guru Penolong Kanan Kurikulum
3.
En. Sian Ming Hwee Guru Penolong Ko-kurikulum
4.
Lim Pei Shan Ketua Panitia Matematik
5.
Wong Pooi Man Setiausaha
6. Guru Akedemik Biasa
Lim Yang Kiow
7. Guru Akedemik Biasa
Yew Peik Yee
8. Guru Akedemik Biasa
Lee Mun Wei
9. Guru Akedemik Biasa
Liyu Yoke Chen
10. Guru Akedemik Biasa
Lim Ke Qin
11. Guru Akedemik Biasa
Chan Poh Wah
12. Guru Akedemik Biasa
Ng Chiew Ping
13. Guru Akedemik Biasa
Yew Soo Sing
14. Guru Akedemik Biasa
Tan Siew Lar
15. Guru Akedemik Biasa
How Mei Ling
16. Guru Akedemik Biasa
H’Ng Jing Xuan
17. Guru Akedemik Biasa
Tan Yien Leng
18. Guru Akedemik Biasa
Ooi Lee Fuan

1
Turut Hadir :
Bil Nama Jawatan
1. ---- ----

Tidak Hadir (Bersebab) :


Bil Nama Jawatan
1. ----- ---

Urus Setia Mesyuarat :


Bil Nama Jawatan
1. Cik Wong Pooi Man

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan
semua guru atas kesudian menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Panitia
Matematik kali pertama bagi sesi tahun 2024/2025.
1.2 Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk perancangan panitia matematik pada tahun
persekolahan 2024/2025.
Tindakan: Makluman

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT.


2.1 Cik Wong Pooi Man membentangkan minit mesyuarat Jawatankuasa Panitia
Matematik Bil 4/2023. Pembentangan telah disahkan oleh semua ahli jawatankuasa
tanpa sebarang pindaan.
Tindakan: Makluman

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran
Harian
3.1.1 Guru-guru diminta membuat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi tahun 2023/2024 bermula pada
minggu ke-2 (18 Mac 2024).
Tindakan: Makluman

2
3.1.2 Rancangan Pengajaran Tahunan perlu dimuatnaik ke dalam fail panitia
matematik (Teams) dan disimpan dalam fail setiap guru yang mengajar
mata pelajaran tersebut.
Tindakan: Makluman

3.1.3 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) perlu dirancang dengan rapi dan
mengandungi butiran seperti berikut:
a) Mata pelajaran, kelas dan masa
b) Tajuk
c) Objektif Pembelajaran (OP)
d) Kriteria Kejayaan (KK)
e) Aktiviti P&P
f) Bahan bantu mengajar (BBM)
g) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
h) Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
i) Nilai
j) Refleksi
Tindakan: Semua Guru Matematik

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN:


4.1 Menentukan Target Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

4.1.1 Rajah 1 menunjukkan analisis pencapaian PBD akhir tahun subjek


Matematik Tahun 2023/2024.
Bil Murid % Murid % Murid
(TP1 & TP2) (TP3 – TP 6)

Tahun 1 126 3.97 96.03


Tahun 2 141 4.96 95.04
Tahun 3 142 3.52 96.04
Tahun 4 137 6.57 93.43
Tahun 5 143 2.8 97.2
Tahun 6 95 10.53 89.47
Purata % Murid (TP3-6) 94.61%

3
4.1.2 Rajah 2 menunjukkan pencapaian ujian akhir sesi akademik (UASA) subjek
Matematik tahun 2023/2024.
Bil Murid % Murid % Murid
(TP1 & TP2) (TP3 – TP 6)

Tahun 4 138 10.87 89.13


Tahun 5 144 12.5 87.5
Tahun 6 107 11.25 88.75
Tindakan: Makluman

4.1.3 Ketua Panitia menentukan target PBD murid-murid tahun 1 hingga tahun 6
seperti berikut:
i. 96% daripada murid-murid tahap 1 ( tahun 1 hingga tahun 3 ) perlu
menguasai TP3 dalam PBD setiap mata pelajaran.
ii. 95% daripada murid-murid tahap 2 ( tahun 4 hingga tahun 6 ) perlu
menguasai TP3 dalam PBD setiap mata pelajaran.
iii. 96% daripada murid-murid Tahun 6 perlu menguasai sekurang-
kurangnya TP3 dalam PBD dan UASA setiap mata pelajaran.
iv. Mengurangkan jumlah murid pemulihan khas Matematik Tahun 2 &
3.
a. Matematik Tahun 2: Dari 4 orang ke 2 orang
b. Matematik Tahun 3: Dari 4 orang ke 0 orang
Tindakan: Makluman

4.1.4 Pentaksiran akan dijalankan sebanyak 2 kali bagi murid tahap 2 pada tahun
ini, iaitu Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) dan Ujian Akhir Sesi
Akademik (UASA). Manakala PBD akan dijalankan sebanyak 3 kali setahun bagi
murid Tahap 1, masa ujian dijangka pada bulan Jun, September dan Disember.
Tindakan: Semua guru Matematik

4.1.5 Guru-guru yang bertanggungjawab dalam mengubal soalan pentaksiran


diminta menghantar kertas soalan sebulan awal sebelum tarikh
pelaksanaan kepada ketua panitia. Skop pentaksiran bagi murid Tahap 1

4
akan dibincang dan ditentukan oleh guru-guru sedarjah.
Tindakan: Semua guru Matematik

4.1.6 Guru-guru diminta menilai murid berdasarkan Standard Penilaian yang


terkandungan dalam DSKP. Guru diingati menilai murid tanpa kira tingkah
laku dan sikap murid.
Tindakan: Makluman

4.1.7 Kaedah Penskoran perlu dibincangkan dan diselaraskan dengan guru-guru


sedarjah.
Tindakan: Semua guru Matematik

4.1.8 PBD dijalankan secara berterusan dan eviden perlu disimpan sebagai bukti.
Tindakan: Semua guru Matematik

4.1.8 Guru penyeleras bagi setiap tahun sila memuat naik Borang Perkembangan
Prestasi Murid (BPPM) ke dalam Teams sebelum pembukaan sesi
persekolahan. Setiap guru matematik sila memasukkan nama-nama murid
kelas masing-masing dalam BPPM dan membuat cetakan untuk
menyimpan dalam file masing-masing.
Tindakan: Semua guru Matematik

4.2 Buku Pengajaran


4.2.1 Senarai buku rujukan yang dicadangkan oleh Panitia Matematik bagi sesi
2023/2024 seperti berikut:
Tahun 1 – Tahun 3 : Buku Aktiviti yang disediakan oleh KPM
Tahun 4 - Tahun 6 : The Malaya Press
Tindakan: Makluman

4.3 Pelan Strategik


4.3.1 Program yang akan dijalankan pada tahun ini adalah seperti berikut:
i. Kelas Tambahan (2024)
ii. Program anak angkat (2024)

5
iii. Pertandingan Luar (MIMO, KMC, SASMO, MMC)
iv. Pertandingan Matematik peringakat sekolah (Nov 2024)
v. Pelan Profesionalisme untuk guru(2024)

Tindakan: Makluman

4.3.2 Guru-guru berperanan dalam menggalakkan murid-murid yang berpotensi


untuk menyertai pertandingan luar.
Tindakan: Semua guru Matematik.

4.4 Papan Kenyataan


Papan Kenyataan panitia matematik akan dikemaskini oleh guru-guru seperti
rajah bawah:
Penggal 1: Tahun 4 & 6
Penggal 2: Tahun 5 & 1
Penggal 1: Tahun 2 & 3

4.5 Peruntukan Kewangan


5.1.1 Baki peruntukan PCG tahun 2023 ialah sebanyak RM 2.36 sahaja.
5.1.2 Peruntukan PCG tahun 2024 pula ialah sebanyak RM 1097.46sahaja.
5.1.3 Pemilihan ABM mengikut keperluan dan kesesuaian. ABM perlu digunakan
secara menyeluruh dan optimum.
5.1.4 Perolehan, penggunaan , penyelenggaraan asset / ABM perlu direkod.
5.1.5 Cadangan guru-guru dalam pembelian ABM dialu-alukan.
Tindakan: Makluman

4.6. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)


4.6.1 Mesyuarat Panitia perlu dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
4.6.2 Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada semua guru seminggu
sebelum tarikh mesyuarat dijalankan.
4.6.3 Minit mesyuarat perlu sentiasa dikemas kini.
Tindakan: Makluman

6
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Semua guru diminta mengemaskini maklumat yang berkaitan dengan
SPSK.
Tindakan:Semua guru Matematik

6 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kehadiran
semua ahli sepanjang mesyuarat ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
11.20 pagi.
6.2 Mesyuarat seterusnya adalah pada 27 Jun 2024.

Urus Setia
Panitia Matematik
SJK(C) Tun Tan Cheng Lock
Tarikh: 7 Mac 2024

You might also like