MM_BM (2022) Kali 4 2023 24

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Ketiga Tahun 2023/ 2024

Tarikh : 30 Januari 2024 (Rabu)

Masa : 2.00 petang hingga 2.45 petang

Tempat : Kelas 1B
Kehadiran :

1. Cik Moy Wai Ping ( Pengerusi)


2. Pn. Ng Peik Ling (Setiausaha)
3. Pn. Yong Lai Kuan
4. Pn. Ang Chen Mei
5. En. Koay Yann Jiaw
6. Pn. Kam Sai Fong
7. Pn. Lim Sock Thiang
8. Pn. See Shoo Yih
9. Pn. Sim Man Ling
10. Pn. Tan Yit Yong
11. Pn. Teh Siew Ting
12. En. Chua Weng Khai

Agenda 1 : Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang hadir
kerana menunjukkan keprihatinan terhadap perkembangan murid.

1.2 Pengerusi juga berharap semua guru Bahasa Melayu dapat menjalinkan kerjasama
yang erat bagi meningkatkan lagi kecemerlangan Bahasa Melayu pada masa akan
datang.

Tindakan:Semua guru Bahasa Melayu

Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.3 / 2023/ 2024

2.1 Disahkan : Pn. Sim Man Ling

2.2 Disokong : Pn. Lee Kee Peng

Tindakan:Setiausaha Panitia Bahasa Melayu

Agenda 3 : Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Pemilihan buku latihan dan buku kerja yang sesuai untuk murid bagi sesi 2024/2025
telah dibuat.

3.2 Guru-guru Bahasa dari Tahun 4 hingga Tahun 6 dikehendaki untuk memasukkan
keputusan Pentaksiran

3.3 Antaranya, penguasaan kosa kata murid yang lemah telah menyebabkan mereka tidak
dapat menguasai kemahiran menulis. Selain itu, terdapat segelintir murid yang menghadapi
masalah pembelajaran kerana tiada bimbingan daripada penjaga atau ibu bapa.

1
3.4 Guru digalakkan untuk memberikan pendedahan yang lebih banyak kepada murid dan
mengadakkan sesi PdPc yang lebih kreatif dan menyeronokkan misalnya selitkan unsur didik
hibur dalam pengajaran bagi merangsangkan minat pembelajaran murid.

Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

Agenda 4: Program Intervensi

4.1 Program intervensi akan dijalankan untuk murid-murid yang lemah dalam Bahasa
melayu, terutamanya bagi mereka yang mendapat gred D dan E dalam PKSR 1.

4.2 Antaranya, semasa Program Bacaan Pagi dijalankan mengikut ketetapan pihak sekolah,
guru boleh menggalakkan dan membimbing murid yang lemah untuk membaca suku kata/
frasa/ ayat yang ditunjukkan bagi memastikan mereka dapat mengeja dan membaca dengan
baik.

4.3 Selain itu, guru perlu meluangkan masa lebih kurang lima minit semasa kelas Bahasa
Melayu masing-masing untuk murid-murid yang lemah bagi membimbing mereka untuk
membaca dan mengeja Bahasa Melayu dengan elok.

Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

Agenda 5: Pentaksiran Psikometrik

5.1 Instrumen Aptitud Tahun 4, 5 dan 6 2023 /2024 telah dijalankan dengan lancar.

Makluman: Semua guru Bahasa Melayu

Agenda 6: Hal-hal lain

6.1 Peruntukan panitia telah digunakan untuk membeli kad peribahasa dan Tatabahasa
Dewan untuk kegunaan murid sekolah.

6.2 Pengerusi menyeru ahli untuk menggalakkan murid-murid bagi menghasilkan karya yang
sesuai untuk dipaparkan pada papan kenyataan BM.

6.3 Guru-guru Bahasa Melayu digalakkan untuk menggunakan set Bahan Bantu mengajar di
pusat sumber bagi proses pengajaran. Selepas digunakan, guru-guru haruslah
mencatatkannya di dalam buku rekod peminjaman Bahan Bantu Mengajar.

Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

Agenda 7: Ucapan Penangguhan

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang (dicatatkan oleh Pn. Ng Peik Ling).

2
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NG PEIK LING) ( MOY WAI PING)


Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu

You might also like