Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

1.

0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA


Tajuk Hasil Pembelajaran Soalan Cadangan Jawapan
1.1 Pengenalan Calon seharusnya Huraikan maksud Merujuk kepada aktiviti menjual barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan
kepada dapat: perniagaan kehendak yang bermotif keuntungan melalui pertukaran nilai.
perniagaan (a) mentakrifkan
maksud perniagaan;
1.1.1 (b) membandingkan Huraikan
Perniagaan dan organisasi yang perbandingan Dimensi Organisasi bermotifkan untung Organisasi tidak bermotifkan untung
bukan bermotifkan untung organisasi bermotif Tujuan/ Memaksimumkan keuntungan Menjaga kepentingan dan kebajikan sosial
perniagaan (perniagaan) untung dengan matlamat sebagai pulangan kepada pemilik & kebajikan ahli yang menganggotai
dengan organisasi organisasi yang tidak penubuhan perniagaan organisasi tersebut
yang tidak bermotif untung. Sumber Diperoleh daripada modal pemilik Diperoleh daripada kutipan yuran ahli @
bermotifkan Kewangan @ pemegang saham & keuntungan sumbangan derma dr masyarakat.
untung; tidak diagih
Aktiviti Menjalankan proses pengeluaran & aktiviti utama bercorak kemasyarakatan
utama penjualan barang & perkhidmatan
Perundangan Ditubuhkan di bawah undang2 Ditubuhkan di bawah Akta pertubuhan
(penubuhan/ Perniagaan (Akta Syarikat 1965, 1966
pendaftaran) Akta Perkongsian 1974,
Akta Koperasi 1993)
Pendaftaran Didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Didaftarkan di Pendaftar pertubuhan
organisasi Malaysia (SSM), Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM)
Percukaian Dikenakan cukai Tidak dikenakan cukai
1.1.2 (c)menjelaskan Jelaskan kepentingan 1. Ganjaran kepada pengusaha/peniaga/pemilik
Perniagaan dan kepentingan untung kepada sesebuah Keuntungan membolehkan perniagaan mengishtiharkan pembahagian dividen kepada
untung keuntungan kepada perniagaan. pemegang saham.
sesebuah perniagaan; Untung yang diperolehi merupakan pulangan yang diperolehi oleh pengusaha atas usaha dan
risiko yang ditanggung olehnya.
2. Sumber modal
Salah satu sumber modal yang akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan.
Diperlukan untuk pembukaan beberapa cawangan baharu.
Keuntungan yang diperolehi oleh peniaga yang tidak diagihkan kepada pemilik boleh
digunakan sebagai modal tambahan kepada perniagaan.
3. Lambang kejayaan perniagaan
Keuntungan adalah kayu pengukur bagi perniagaan yang mampu bersaing di pasaran/
petunjuk prestasi.
4. Meningkatkan imej syarikat
Dengan keuntungan, perniagaan boleh melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada
masyarakat bagi menonjolkan nama baik syarikat.
5. Meningkatkan keyakinan kepada pelabur/menarik kemasukan pelabur/pemodal
Keuntungan akan menyebabkan pelabur akan terus melabur dan akan mengekalkan
pelaburan mereka dalam sesebuah perniagaan kerana keuntungan boleh menjamin
pulangan yang akan diperolehi oleh mereka/ boleh mempengaruhi nilai syer syarikat/ nilai
syarikat di pasaran.
6. Sumber motivasi kepada pengusaha.
Keuntungan sebagai faktor dorongan/ galakan/ semangat kepada pengusaha/ usahawan
untuk terus menjayakan perniagaan.
7. Penakatan (survival)
Memastikan perniagaan terus beroperasi di pasaran/ kekal/ kelangsungan.
1.1.3 (d) Huraikan peranan yang 1. Pengguna
Peranan membincangkan seharusnya dilaksanakan Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna setempat di mana peniaga beroperasi.
perniagaan peranan oleh sesebuah badan Menawarkan produk kepada pengguna.
perniagaan perniagaan. Mempelbagaikan pilihan produl dan perkhidmatan.
terhadap Menawarkan atau menyediakan produk dan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan.
pengguna, Menyediakan perkhidmatan selepas jualan kepada pengguna.
masyarakat, Menggalakkan inisiatif keusahawanan dengan melibatkan pengguna setempat menjadi
ekonomi, dan pembekal.
negara;
2. Masyarakat
Menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan/ memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna/ memenuhi citarasa pengguna.
Membantu meningkatkan kualiti/ taraf hidup masyarakat.
Menyediakan peluang pekerjaan melalui pengambilan pekerja untuk menjalankan usaha
perniagaan.
Pembangunan masyarakat setempat dengan menyediakan peluang untuk menceburi
perniagaan melalui sistem bekalan dan jualan.
Menjalankan tanggungjawab social (CSR) kepada masyarakat seperti menyediakan tajaan,
biasiswa, derma dan sebagainya.
3. Ekonomi
Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai dari perniagaan yang
mencatat keuntungan.
Mewujudkan penempatan baharu di kawasan di mana perniagaan dijalankan.
Membangunkan industri hiliran dan huluan dalam negara.
Mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat.
4. Negara
Meningkatkan pendapatan negara melalui kutipan cukai perniagaan.
Mengurangkan kadar pengangguran/ meningkatkan kadar guna tenaga negara.
Membangunkan industri baharu/ industri sampingan.
Memberi sumbangan kepada penyediaan kemudahan awam.
1.1.4 (e) Jelaskan faktor-faktor 1. Bahan mentah
Faktor menjelaskan faktor pengeluaran yang Input-input yang akan digunakan dalam proses pengeluaran bagi menghasilkan sesuatu
pengeluaran pengeluaran meliputi digunakan dalam produk.
bahan mentah, modal, sesebuah perniagaan. Input boleh terdiri daripada barang siap atau barang separuh siap.
modal insan,teknologi, Contoh: Bahan mentah seperti bijih timah, kayu balak, kelapa sawit, koko yang digunakan untuk
dan keusahawanan; menghasilkan produk.
2. Modal
Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat.
Sebarang bentuk pelaburan yang digunakan untuk menjalankan perniagaan.
Pelaburan dalam bentuk wang atau aset bagi melancarkan perjalanan syarikat.
Contoh: Mesin, wang, Bangunan, Tapak kilang, kenderaan, peralatan, rumah
3. Modal insan
Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan atau perniagaan.
Terdiri daripada buruh mahir dan kurang mahir.
Contoh: terdiri daripada pengurus, pekerja, buruh mahir atau kurang mahir.
4. Teknologi
Peralatan atau kaedah yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagaan.
Membantu melancarkan sesuatu proses pengeluaran, meningkatkan kecekapan, meningkatkan
daya saing dan meningkatkan operasi perniagaan.
Contoh: mesin membungkus yang digunakan untuk menggantikan penggunaan tenaga
manusia.
5. Keusahawanan
Keupayaan membentuk perniagaan/ menggabungkan faktor-faktor pengeluaran dan
menjadikan sebagai output dalam pengeluaran.
Sanggup mengambil risiko mendapat keuntungan.
Contoh: Pemilik yang berkeupayaan membuka kilang membuat pes makanan
1.1.5 (f) Jelaskan langkah- 1. Input
Proses menjelaskan langkah- langkah yang Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran atau menyediakan
perniagaan langkah yang terlibat terlibat dalam perkhidmatan seperti modal insan, sumber kewangan, jentera dan bahan mentah
dalam proses perniagaan proses perniagaan. Contoh : susu getah untuk menghasilkan sarung tangan/ kren yang digunakan dalam pembinaan
yang meliputi input, bangunan
proses tambah nilai,
output, pemasaran, dan 2. Proses tambah nilai
Aktiviti tambah nilai dalam proses pengeluaran yang menukarkan input kepada output dengan
untung/rugi;
menggunakan manusia, bahan, pengetahuan dan teknologi.
Contoh : getah dibekukan, ditambah asid dan diproses menggunakan mesin menjadi sarung tangan.
3. Output
Barang siap atau produk akhir hasil daripada sesuatu proses pengeluaran barangan atau
penyediaan perkhidmatan
Contoh : biji kopi sebagai bahan mentah diproses menjadi serbuk kopi untuk dijual kepada pengguna
4. Pemasaran
Proses pemasaran ialah urusniaga yang akan berlaku antara pengeluar dengan pelanggan, jabatan
pemasaran akan menetapkan harga berdasarkan aktiviti tambah nilai yang dilakukan.
Contoh : pihak syarikat menetapkan harga bagi sebuah basikal adalah RM 199.00
5. Untung atau rugi
Untung ialah lebihan hasil ke atas kos, rugi ialah kekurangan hasil berbanding kos.
Contoh : kos mengeluarkan sebuah kabinet dapur adalah RM 8000 dan harga jualan adalah RM
12000. Syarikat memperoleh untung sebanyak RM 4000.
1.1.6 (g) Jelaskan cabaran- 1. Globalisasi/ dunia tanpa sempadan
Cabaran menerangkan cabaran yang perlu Persaingan sengit (kualiti, harga, penyampaian), mobiliti pekerja/ modal, celaru
perniagaan perkembangan dihadapi oleh budaya
perniagaan masa kini dan perniagaan pada masa
cabaran- cabarannya sekarang. 2. Peningkatan kemajuan teknologi
termasuk perubahan faktor Perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu kemahiran teknologi
persekitaran. dan modal yang tinggi.

3. Peningkatan tanggungjawab sosial


Batasan aktiviti komersial, desakan / tekanan pihak NGO, kerajaan, pihak
berkepentingan, buruh kanak-kanak, prihatin terhadap OKU

4. Peningkatan sistem perniagaan Islam (perbankan islam)


Pematuhan kepada hukum syariah dalam menjalankan aktiviti perniagaan

5. Kewujudan blok-blok perdagangan


Ketepuan pasaran, persaingan sengit, batasan perdagangan

6. Sumber semakin berkurang


Batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi, meningkatkan
produktiviti (meningkatkan kecekapan penggunaan sumber).

7. Perubahan struktur demografi


Kebanjiran tenaga Wanita dalam pasaran memerlukan kemudahan/ suasana kerja
yang berbeza daripada suasana biasa, hayat semakin panjang-ramai pekerja yang
sudah matang.

You might also like