Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAMPIRAN 7

SKKU.600-3/2/12( 1 )

KERTAS CADANGAN
PROJEK PENANAMAN CILI MENGGUNAKAN KAEDAH SISTEM FERTIGASI

YBRs. Tuan Haji Kamaruzaman bin Jenal


Guru Besar SK Kutan

PROJEK PENANAMAN CILI MENGGUNAKAN KAEDAH SISTEM FERTIGASI


_________________________________________________________________________
2. PENGENALAN

Projek perkebunan menggunakan Kaedah Fertigasi telah dicadangkan akan


memberi peluang kepada murid-murid Tahun 6 memperolehi pengalaman berkebun
dengan lebih jelas berdasarkan silibus RBT Tahun 5 Bidang Teknologi Pertanian
yang telah murid belajar dalam pembelajaran yang lalu. Secara tidak langsung
murid-murid ini juga dapat menyemai semangat bekerjasama dan membina
keyakinan diri ke arah menjadi individu yang berdikari pada masa hadapan.

Projek ini akan dibimbing oleh guru-guru RBT serta akan dilaksanakan di
tapak pertanian bersebelahan kantin sekolah. Pokok yang akan ditanam adalah
pokok cili kerana berdasarkan ketahanan pokok dan buah tersebut melawan
penyakit. Hasil tanaman akan diagihkan keada murid dan akan diserahkan kepada
kepada bahagian keusahawanan untuk dijual.

3. OBJEKTIF PROGRAM

i. Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar murid boleh


mengusahakan pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian
kelak.
ii. Memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman bertani secara
moden.
iii. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas keusahawanan pertanian.
iv. Memupuk sikap berdikari dan tahu mengurus kerja dengan bermakna.

4. KUMPULAN SASAR

Semua murid Tahun 6 seramai 89 orang


5. BUTIRAN PELAKSAAAN PROGRAM

BI
JANGKA MASA PERKARA
L
Pengenalan kepada sistem fertigasi kepada murid
Penyediaan tapak fertigasi
1 0ktober - November
Menyemai benih
Penjagaan anak benih
Menanam anak pokok
Meracun dan merawat pokok
2 November - Disember Memancang tiang sokongan
Pendebungaan
Mencantas dahan
Memetik hasil
Menjual hasil yang diperolehi
3 Disember - Januari Meracun dan merawat pokok
Pendebungaan
Mencantas dahan
Mencabut pokok
4 Januari - Februari
Perbincangan kesimpulan hasil

6. JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : En. Mahussin bin Salleh (PKP SK Kutan)


N. Pengerusi : En. Abdul Halim bin Alias (KP RBT)
Setiausaha : En. Wan Mohamad Ali bin Wan Ahmad
Bendahari : Pn. Normuzaliza binti Musatofa
AJK : Tn. Hj. Mohammad bin Yusoff
Tn. Hj. Syed Badrulnisam bin Syed Abd Karim
Ahli : Murid Tahun 6 SK Kutan

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan

Peruntukan PCG Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)


7.2 Anggaran Perbelanjaan

BI
PERALATAN KOS (RM)
L
1 90 helai Polibeg putih 16” x 16” (5 kg) 50
2 2 unit tapak semaian 7
3 1 unit racun serangga 45
4 1 set baja Fertigasi A dan B 110
5 Plastik Silvershine 95
6 Media Semaian 50
7 Biji Benih 15
8 Sekam Padi 120
9 Pam Racun 120
10 Tanah Hitam 250
11 Lain-lain Keperluan 50
Jumlah 912

8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)

9. PENUTUP

Projek penanaman poko menggunakan kaedah fertigasi ini adalah projek


yang pertama kali dijalankan di SK Kutan yang melibatkan murid Tahun 6. Program
ini dirasakan mampu untuk memberikan impak yang cukup besar kepada murid
Tahun 6 SK Ktutan.

Projek ini diharapkan dapat membantu murid agar dapat memberikan satu
definisi yang jelas bukan sahaj kepada murid-muird terapo kepada masyarakat juga
secara keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai pihak amat diharapkan di
dalam mempastikan usaha ini mencapai kejayaan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..................................... .................................
WAN MOHAMAD ALI BIN WAN AHMAD ABDUL HALIM BIN ALIAS
Guru RBT Ketua Panitia RBT
SK Kutan SK Kutan

Tarikh : Tarikh :
LAMPIRAN 7

SKKU.600-3/2/12( 1 )

KERTAS CADANGAN PROJEK PENAMAN CILI MENGGUNAKAN KAEDAH SISTEM


FERTIGASI

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Projek Penanaman Cili Menggunakan Kaedah


Sistem Fertigasi

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Projek Penanaman Cili Menggunakan


Kaedah Sistem Fertigasi

Ulasan :

..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................

TN. HJ. KAMARUZAMAN BIN JENAL


Guru Besar
SK Kutan

Tarikh :

You might also like