Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

SUBJEK DAN PREDIKAT

Ayat Biasa
Subjek Predikat
1. Frasa Nama 1. Frasa Nama
2. Frasa Kerja
3. Frasa Adjektif
4. Frasa Sendi Nama

Contoh:
1. Amirah (S) / anak guru Matematik sekolah kami (P).
2. Ashwini (S) / menanak nasi di dapur (P).
3. Surat yang berikat ini (S) / daripada Daniel (P).
4. Bangunan yang tinggi itu (S) sangat mahal (P)

Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat-
ayat yang berikut.

1. Kasim ialah pelajar cemerlang.


Subjek:
Predikat:

2. Kecemerlangan universiti perlu dikekalkan.


Subjek:
Predikat:

3. Sakinah menjemur kain di belakang rumah.


Subjek:
Predikat:

Disediakan oleh Dr. Muhammad Faizul

Telegram Nota Bahasa Melayu: @notaBMpercuma


Telegram Bank Soalan SPM: @banksoalanpeperiksaanSPM 1
4. Baju yang saya pakai ini adalah sangat mahal.
Subjek:
Predikat:

5. Setelah berbulan-bulan menunggu, dia mendapat tawaran kerja di syarikat idamannya.


Subjek:
Predikat:

6. Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati masyarakat agar menjaga kesihatan.


Subjek:
Predikat:

7. Sangat banyak orang yang berniaga secara dalam talian.


Subjek:
Predikat:

8. Budak lekaki yang berbaju biru itu anak Pak Jamil.


Subjek:
Predikat:

9. Budak lekaki yang berbaju biru itu anak Pak Jamil


Subjek:
Predikat:

10. Hakim Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman kepada pembunuh bersiri itu.
Subjek:
Predikat:

Disediakan oleh Dr. Muhammad Faizul

Telegram Nota Bahasa Melayu: @notaBMpercuma


Telegram Bank Soalan SPM: @banksoalanpeperiksaanSPM 2
11. Pada malam tadi, tiga buah rumah ranap kerana ditimpa badai.
Subjek:
Predikat:

12. Sebuah lori telah terlanggar kereta yang diletakkan di bahu jalan.
Subjek:
Predikat:

13. Demi menjaga kebajikan rakyat, kerajaan telah memberikan bantuan secara bersasar.
Subjek:
Predikat:

14. Merah melambangkan keberanian.


Subjek:
Predikat:

15. Masalah sosial yang berlaku dalam kalangan generasi muda semakin bertambah.
Subjek:
Predikat:

16. Nazri pasti akan mengunjungi ibunya pada hujung minggu.


Subjek:
Predikat:

17. Perjuangan menuntut kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah.


Subjek:
Predikat:

Disediakan oleh Dr. Muhammad Faizul

Telegram Nota Bahasa Melayu: @notaBMpercuma


Telegram Bank Soalan SPM: @banksoalanpeperiksaanSPM 3
18. Penjajahan menyebabkan rakyat menyedari makna sebenar kebebasan tanah air.
Subjek:
Predikat:

19. Bersenam mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.


Subjek:
Predikat:

20. Kelakuan Aminah tidak seperti kakaknya.


Subjek:
Predikat:

Disediakan oleh Dr. Muhammad Faizul

Telegram Nota Bahasa Melayu: @notaBMpercuma


Telegram Bank Soalan SPM: @banksoalanpeperiksaanSPM 4
Jawaban

21. Subjek: Kasim


Predikat: ialah pelajar cemerlang

22. Subjek: kecemerlangan universiti


Predikat: perlu dikekalkan

23. Subjek: Sakinah


Predikat: menjemur kain di belakang rumah

24. Subjek: baju yang saya pakai ini


Predikat: adalah sangat mahal

25. Subjek: dia


Predikat: mendapat tawaran kerja di syarikat idamannya setelah berbulan-bulan menunggu

26. Subjek: Kementerian Kesihatan Malaysia


Predikat: menasihati masyarakat agar menjaga kesihatan

27. Subjek: orang yang berniaga secara dalam talian


Predikat: sangat banyak

28. Subjek: budak lekaki yang berbaju biru itu


Predikat: anak Pak Jamil

29. Subjek: Hakim Mahkamah Tinggi


Predikat: telah menjatuhkan hukuman kepada pembunuh bersiri itu

30. Subjek: tiga buah rumah


Predikat: ranap kerana ditimpa badai pada malam tadi

31. Subjek: sebuah lori


Predikat: telah terlanggar kereta yang diletakkan di bahu jalan

32. Subjek: kerajaan


Predikat: telah memberikan bantuan secara bersasar demi menjaga kebajikan rakyat

Disediakan oleh Dr. Muhammad Faizul

Telegram Nota Bahasa Melayu: @notaBMpercuma


Telegram Bank Soalan SPM: @banksoalanpeperiksaanSPM 5
33. Subjek: merah
Predikat: melambangkan keberanian

34. Subjek: masalah sosial yang berlaku dalam kalangan generasi muda
Predikat: semakin bertambah

35. Subjek: Nazri


Predikat: pasti akan mengunjungi ibunya pada hujung minggu

36. Subjek: perjuangan menuntut kemerdekaan


Predikat: bukanlah sesuatu yang mudah

37. Subjek: penjajahan


Predikat: menyebabkan rakyat menyedari makna sebenar kebebasan tanah air

38. Subjek: bersenam


Predikat: mencergaskan badan dan mencerdaskan minda

39. Subjek: kelakuan Aminah


Predikat: tidak seperti kakaknya

Disediakan oleh Dr. Muhammad Faizul

Telegram Nota Bahasa Melayu: @notaBMpercuma


Telegram Bank Soalan SPM: @banksoalanpeperiksaanSPM 6

You might also like