Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO HAJI MOHD TAIB


Jalan Sekolah, 31200 Chemor, Perak
Email : aea2046@moe.edu.my No. Tel : 6052011808
Kod Sek : AEA2046 No. Faks : 6052014029

"PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SMKDHMT 600-7/1/1()
Tarikh : 07 Syawal 1445 H
16 April 2024
Puan Hajah Azarina binti Alias
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara,
Lebuh Cator 30450 Ipoh, Perak

Puan,

KUNJUNG BANTU PENARAFAN DAN PENGIKTIRAFAN PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID


KPM TAHUN 2024
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Merujuk surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak bernombor rujukan
JPNPk.SPM.HEM.800-3/1/2 Jld 3(57) bertarikh 6 Februari 2024 pihak sekolah ingin memohon jasa
baik pihak puan untuk melaksanakan kunjung bantu bagi tujuan membantu pihak sekolah
berhubung pencalonan yang diterima dalam kategori Penarafan Anugerah Pengurusan Sahsiah
Cemerlang Peringkat Negeri Perak.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati ingin menjemput pihak puan untuk
memberikan bimbingan bagi membuat persediaan Penarafan Anugerah Pengurusan Sahsiah
Cemerlang seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 April 2024 (Isnin)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : SMK Dato’ Haji Mohd Taib, Chemor

4. Tujuan kunjung bantu adalah untuk memberikan bimbingan kepada pihak sekolah
berdasarkan instrumen penilaian bagi kategori Penarafan Anugerah Pengurusan Sahsiah
Cemerlang.

…5. Sebarang pertanyaan pihak puan boleh berhubung dengan Pn. Noraini binti Yeop,
Penyelaras Program di talian 0194085907.

6. Kerjasama dan perhatian pihak puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

“PERAK SEJAHTERA 2030”


“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(DATIN HAJAH KHALILAH BT ZA’ABA)


Pengetua Cemerlang
SMK Dato’ Haji Mohd Taib

“PERAK SEJAHTERA 2030”

You might also like