Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Unit Penyelidikan dan Inovasi Bil.

MARA : MARA/UNI : 1/6 Jld 2 ( 7 )


Tingkat 9, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur Tarikh : 26 Januari 2017

SURAT EDARAN UNIT PENYELIDIKAN DAN INOVASI


PELAKSANAAN ANUGERAH INOVASI MARA 2017

1. TUJUAN

Surat edaran ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua warga MARA
termasuk Syarikat Subsidiari MARA dan pelajar-pelajar Institusi Pendidikan MARA
(IPMa) berstatus warganegara Malaysia mengenai pelaksanaan Anugerah Inovasi
MARA (AIM) 2017 melalui program MARATeX 2017 (MARA Technology Exploration
2017) di bawah 3 fokus utama iaitu i-MTech (Innovation in MARA Technical
Product), i-MEd (Innovation In MARA Education) dan i-MMa (Innovation in MARA
Management) anjuran Unit Inovasi dan Penyelidikan MARA (UNI).

2. LATAR BELAKANG

2.1 Hari Inovasi MARA merupakan acara kemuncak tahunan MARA dalam
mengiktiraf inovasi hasil kerja warganya disamping penyaluran geran
penyelidikan SGPIM dalam membantu penyelidik menghasilkan prototaip dan
cadangan dapatan untuk membantu penambahbaikan aliran proses kerja
berhubungkait dengan program-program utama MARA.

2.2 Perlaksanaan program ini sebelumnya adalah secara berasingan


berdasarkan penglibatan MARA melalui jemputan yang dikeluarkan oleh
badan-badan kerajaan dan swasta atau pun pertandingan yang disertai oleh
MARA. Ini menyebabkan MARA tidak bersedia sepenuhnya untuk setiap
penyertaan tersebut atau tidak dapat menghantar penyertaan kerana
kesuntukan masa.

2.3 Dalam usaha untuk memantapkan lagi perlaksanaan AIM 2017, semua
program-program yang berkaitan inovasi akan menggunakan jenama
MARATeX dengan 3 fokus utama iaitu i-MTech (Innovation in MARA
Technical Product), i-MEd (Innovation In MARA Education) dan i-MMa
(Innovation in MARA Management). Penyertaannya akan dilaksanakan lebih
awal dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) melalui pendaftaran
atau permohonan penyertaan serta penilaian secara on-line.

1
3. OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan Anugerah Inovasi MARA 2017 adalah untuk:

3.1 Meningkatkan kesedaran warga MARA tentang perlunya kreativiti dan inovasi
untuk pengupayaan penyampaian perkhidmatan berimpak tinggi;

3.2 Membudayakan pemikiran kreatif dan penghasilan inovasi dalam kalangan


warga MARA yang mampu memenuhi kehendak pelanggan sekali gus
meningkatkan imej MARA;

3.3 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga MARA dan pusat
pentadbiran MARA terhadap hasil inovasi yang diperkenalkan;

3.4 Memperkenal dan menyebarluaskan hasil-hasil inovasi yang boleh


diadaptasi, diaplikasi dan dikomersialkan.

4. KATEGORI INOVASI

Terdapat tiga(3) kategori anugerah yang dipertandingkan iaitu Kategori


Inovasi Sosial, Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan dan
Kategori Inovasi Pembangunan Bahan.

4.1 Inovasi Sosial (i-MTech)

Bidang inovasi sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model


dan perkhidmataan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan
lebih berkesan dan mengutamakan penglibatan rakyat. Fokus pelaksanaan
inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian impak sosial semata-mata,
malah memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat dalam
membangunkan sesuatu inovasi.

Inovasi sosial meliputi penciptaan sesuatu produk, perkhidmatan atau proses


yang baharu dan belum pernah dilaksankan di Malaysia.

Inovasi sosial jugak melibatkan penambahbaikan sesuatu produk,


perkhidmatan atau proses sedia ada melalui kaedah inovatif agar menjadi
lebih berkualiti serta berdaya saing.

Penyertaan terbuka kepada kumpulan warga kerja MARA, subsidiari


MARA dan Pelajar IPMa.

2
4.2 Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (i-MMa)

Inovasi penyampaian perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang


kreatif dan inovatif untuk mentranformasikan penyampaian perkhidmatan
Kerajaan.

Inovasi penyampaian perkhidmatan bermatlamat meningkatkan produktiviti,


kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah
penyampaian perkhidmatan yang bersepadu dan lancar serta meningkatkan
kepuasan hati pelanggan.

Idea-dea yang kreatif dan inovatif boleh merangkumi penambahbaikan


kepada sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja maupun pengenalan
teknologi baharu dalam pelbagai aspek seperti berikut:
 Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi
 Budaya Kerja
 Kewangan dan Aset
 Pengurusan Perhubungan Pelanggan
 Pengurusan Sumber Manusia
 Pengurusan Projek Pembangunan
 Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 Pengurusan Sekolah/IPMa

Penyertaan terbuka kepada kumpulan warga kerja MARA dan subsidiari


MARA sahaja.

4.3 Inovasi Pembangunan Bahan (i-MEd)

Inovasi pembangunan bahan melibatkan tiga (3) bidang berikut:

4.3.1 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

BBM meliputi satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-


langkah yang tersusun untuk mencapai objektif pengajaran. Kaedah
yang digunakan boleh memberi kesan yang mendalam kepada
kefahaman pelajar disamping pelajar dapat memberi tumpuan
yang padu.

Contoh: Pengajaran struktur nahu Bahasa Arab yang menggunakan


“Kad Pintar Nahu Arab”.

Penyertaan terbuka kepada warga kerja MARA dan Syarikat


Subsidiari MARA sahaja.

3
4.3.2 Bahan Latihan & Kompetensi (BLK)

BLK meliputi pengenalan, pewujudan atau penambahbaikan proses


latihan dan kompetensi pembangunan staf yang boleh menjimatkan
masa, meningkatkan produktiviti atau hasil kerja dan mengurangkan
kos operasi.

Penyertaan terbuka kepada warga kerja MARA dan Syarikat


Subsidiari MARA sahaja.

Contoh: Penggunaan ICT dalam perkongsian bahan latihan melalui


pembelajaran e-learning.

4.3.3 Bahan Bantu Belajar (BBB)

BBM meliputi pengenalan, pewujudan atau penambahbaikan proses


pengajaran dan pembelajaran merangkumi bahan bantu
mengajar, program, sistem ICT, modul dan sebagainya yang boleh
menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti atau hasil kerja,
mengurangkan kos operasi, meningkatkan tahap kepuasan hati
pelanggan serta faedah-faedah lain.

Penyertaan terbuka kepada pelajar MRSM sahaja.

Contoh: Penggunaan ICT dalam perkongsian bahan bantu belajar


(BBB), kaedah pembelajaran luar kelas dan lain-lain.

5. PERLAKSANAAN

5.1 Syarat-syarat penyertaan

5.1.1 Penyertaan mestilah secara BERKUMPULAN manakala kumpulan


pelajar mesti disertai seorang guru / pengajar sebagai penasihat
projek;

5.1.2 Pendaftaran penyertaan secara online hendaklah dibuat oleh ketua


kumpulan sahaja.;

5.1.3 Setiap penyertaan hendaklah disahkan oleh Pegawai Mengawal Pusat


berkenaan;

5.1.4 Tema inovasi MARA tahun 2017 adalah ‘Waste to Wealth’


Tema menekankan penciptaan atau penambahbaikan inovasi
yang merapatkan jurang pembaziran masa, tenaga dan kos
kepada penciptaan kekayaan ekonomi yang lebih optima.
Inovasi ini menggalakkan penggunaan bahan-bahan terbuang

4
dan menggerakkan sumber lestari untuk dikitarsemula kepada
penciptaan atau penambahbaikan inovasi yang lebih berguna.

5.1.5 Inovasi mestilah bernilai komersial dan kebolehpasaran;

5.1.6 Inovasi yang dipertandingkan mestilah idea asal kumpulan


(penciptaan) atau penambahbaikan daripada projek sedia ada;

5.1.7 Hasilan inovasi mestilah mewakili kepentingan mana-mana sektor


dalam organisasi MARA atau projek secara hybrid yang menjurus
kepada program kesejahteraan Rakyat Luar Bandar;

5.1.8 Hasilan inovasi hendaklah memberi faedah yang signifikan dan


bernilai tinggi kepada organisasi lain serta bermanafaat kepada
masyarakat;

5.1.9 Semua penyertaan MESTI dibuat secara online melalui laman


sesawang maratex2017.innomap.my ;

5.1.10 Setiap penyertaan akan disaring dalam 4 peringkat oleh barisan


panel. Hanya penyertaan yang berjaya melepasi saringan bagi setiap
peringkat sahaja akan dihubungi untuk ke peringkat seterusnya;

5.1.11 Keputusan Panel Penilai adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan


tidak dilayan.

5.2 Proses Penilaian Dan Pemilihan Penerima Anugerah Inovasi

5.2.1 Jadual Pelaksanaan Anugerah Inovasi MARA 2017 adalah seperti di


Lampiran A.

5.2.2 Penilaian dan pemilihan dibuat melalui beberapa peringkat seperti


dijelaskan di Lampiran B.

5.3 Maklumat Penyertaan

Peserta mestilah mematuhi perkara-perkara berikut:

5.3.1 Penyertaan MARATeX 2017 dilaksanakan secara online melalui


laman web maratex2017.innomap.my yang dibuka mulai 2 Febuari
2017 selepas jam 3 petang.

5.3.2 Penyertaan ditutup pada 28 Februari 2017 jam 12 tengah malam.


Sebarang rayuan selepas tarikh tutup penyertaan TIDAK AKAN
DILAYAN.

5.3.3 Semua urusan penyertaan dan implikasi kos berkaitan penyertaan


program MARATeX adalah tanggung jawab kumpulan dan pusat
masing-masing. Ini termasuk makan minum dan penginapan semasa
kehadiran di bengkel MARATeX.
5
5.3.4 Penyertaan adalah PERCUMA tanpa dikenakan apa-apa yuran
pendaftaran serta tiada had bilangan penyertaan.

5.3.3 Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pegawai di


bawah:

1. Pn. Khairiah binti Abdullah


No. Tel : 03-26134457
emel : khairiah.abdullah@mara.gov.my

2. En. Rosidi bin Ishak


No. Tel : 03-26134360
emel rosidi@mara.gov.my

6. INSENTIF ANUGERAH

6.1 Insentif 1 : Latihan Pembangunan dan Profesionalisma

Setiap peserta yang layak/terpilih dalam mana-mana program UNI atau


program yang diiktiraf oleh UNI, akan diberi latihan pembangunan dan
profesionalisma seperti bengkel, forum, seminar dan konferen.

6.2 Insentif 2 : Hadiah Wang Tunai

Setiap Finalis MARATeX akan berpeluang untuk memenangi Wang Tunai


beserta hadiah iringan sempena Anugerah Inovasi MARA (AIM) tertakluk
keputusan Jawatankuasa Penilai MARATeX.

6.3 Insentif 3 : Penyertaan Luar dan Pendaftaran Harta Intelek

Setiap Finalis MARATeX yang mewakili MARA dalam pertandingan


inovasi luar yang diiktiraf oleh UNI layak dipertimbangkan insentif
untuk membuat persediaan pertandingan dan pameran berkaitan serta
pendaftaran Harta Intelek.

6.4 Insentif 4 : Geran MARATeX dan Luar

Pemberian insentif dalam bentuk pemberian geran MARATeX kepada


peserta MARATeX yang berjaya. Jumlah geran yang disediakan
adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Geran berkenaan.

6
7. AGIHAN IMBUHAN DAN HADIAH

7.1 Bagi menggalakkan perkembangan pembudayaan inovasi di pusat-pusat


MARA, pihak pengurusan pusat hendaklah memperuntukan sekurang-
kurangnya sepuluh peratus (10%) daripada peruntukan latihan dan
kerjaya untuk membiayai aktiviti pembudayaan inovasi dan pelaksanaan
KIK termasuk urusan latihan, pertandingan, replikasi dan
pengkomersialan.

7.2 Pembahagian hadiah wang tunai antara pusat dan pereka adalah seperti
berikut:

i) Pusat – 20% daripada nilai hadiah wang tunai yang dimenangi.


ii) Kumpulan Pereka – 80% daripada nilai hadiah wang tunai yang
dimenangi.

8. PEMAKAIAN

Semua Pusat Pentadbiran MARA yang terlibat dikehendaki menggunakan surat


edaran ini sebagai panduan dan rujukan untuk tujuan penyertaan dalam Anugerah
Inovasi MARA (AIM) 2017.

9. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI MENGAWAL PUSAT

Pegawai Mengawal Pusat dipohon untuk memberi kerjasama dalam menjayakan


Anugerah Inovasi MARA 2017 melalui penyertaan dalam program MARATeX 2017
anjuran Unit Inovasi dan Penyelidikan MARA (UNI) dan memaklumkan kepada
semua pegawai di bawah seliaan masing-masing berkenaan program ini.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“Membandarkan Luar Bandar”

‘Keusahawanan dan Pendidikan Global’


‘ Amanah rakyat ’

7
LAMPIRAN A

Jadual pelaksanaan MARATeX 2017 adalah seperti berikut :

Bil Aktiviti Tarikh

Penyertaan MARATeX 2017 dibuka 2 Februari 2017 selepas jam 3


1
secara online petang
Bengkel Pengurusan Inovasi MARA
2 6-8 Februari 2017
2017
Tarikh Tutup Penyertaan MARATeX 28 Febuari 2017 jam 12 tengah
3
2017 malam
Penilaian Awal Atas Talian (Online 1 Mac – 4 Mac 2017
4
Assessment)
5 Bengkel 1 MARATeX 2017 14 - 16 Mac 2017

6 F2F Saringan 1 29 – 30 Mac 2017


7 Bengkel 2 MARATeX 2017 11 – 12 April 2017
8 F2F Saringan 2 3 – 4 Mei 2017
9 Bengkel 3 MARATeX 2017 23 – 25 Mei 2017

10 F2F Saringan 3 4 Julai 2017

Showcase & Awards (Hari Inovasi 15 – 16 Ogos 017


11
MARA 2017)

8
Lampiran B

PROSES PENILAIAN DAN PEMILIHAN PENYERTAAN


ANUGERAH INOVASI MARA DALAM MARATeX 2017

i. Peringkat Pertama : Penilaian Secara Online Berasaskan Laporan/Cadangan


Projek

Semua laporan cadangan projek yang diterima akan dinilai oleh Panel Penilai yang
dilantik. Penilaian akan dilaksanakan berdasar kriteria penilaian yang telah
ditetapkan. Pada peringkat ini, projek inovasi akan disenarai pendek untuk penilaian
peringkat kedua.

ii. Peringkat Kedua: F2F- Penilaian Inovasi Yang Disenarai Pendek Berasaskan
Taklimat Dan Demonstrasi Serta Project Defence

Inovasi yang disenarai pendek oleh Panel Penilai di peringkat ini akan dijemput
untuk memberi taklimat dan demonstrasi serta project defence/pitching mengenai
projek inovasi masing-masing. Taklimat ini bertujuan untuk membolehkan Panel
penilai mendapat maklumat terperinci, penjelasan lanjut dan membuat pengesahan
ke atas pematuhan kriteria penilaian yang ditetapkan.

iii. Peringkat ketiga F2F- Pitching /Pemilihan Projek Inovasi Terbaik

Pembentangan dapatan dan prototaip projek untuk dinilai oleh Panel Penilai dalam
saringan ini bagi memilih projek inovasi terbaik sebagai Finalis MARATeX 2017.

iv. Peringkat keempat : Jawatankuasa Penganugerahan Inovasi MARA

Ketua Panel Penilai akan membentangkan senarai Finalis dan cadangan pemenang
setiap kategori termasuk cadangan pemenang Anugerah Khas Inovasi MARA
kepada Jawatankuasa Penganugerahan Inovasi MARA untuk pengesahan sebelum
diangkat untuk kelulusan Pengurusan Tertinggi MARA.

You might also like