KERTAS_KERJA_MSSDS_(edited)[1]

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT SUKAN BOLA BALING


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUM BUM KE KEJOHANAN
BOLA BALING MSSD SEMPORNA 2024

TARIKH
29 APRIL 2024 HINGGA 21 MEI 2024

TEMPAT
MRSM SEMPORNA

ANJURAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA (PPDS)

“SEPAKAT CABARAN DIHADAPI KEJAYAAN DIRAI”


1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan persetujuan dengan
tujuan berikut:
1.1 Untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengurusan Tertinggi SMK Bum Bum
untuk menjalani latihan pusat sekaligus menyertai Kejohanan Bola Baling Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Semporna (MSSDS) yang akan
berlangsung pada 19 Mei hingga 22 Mei 2024.
1.2 Untuk mendapatkan kelulusan memohon perkhidmatan pengangkutan van
sekolah sepanjang kejohanan berlangsung.
1.3 Untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan daripada Unit
Kokurikulum SMKBBS untuk membeli peralatan bagi tujuan latihan dan
menyertai kejohanan tersebut.
1.4 Untuk mendapatkan kelulusan meminjam peti pertolongan cemas daripada Unit
Kesihatan SMKBBS.

2.0 PENGENALAN
Program ini merupakan inisiatif Kelab Bola Baling SMKBBS dalam mencari bakat-bakat
baru dalam sukan bola baling di SMKBBS bagi menyediakan pasukan lelaki dan
perempuan bawah 18 tahun ke Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Daerah Semporna (MSSDS) bagi tahun 2024. Program ini penting dalam memastikan
pasukan bola baling SMKBBS dapat mengekalkan misi kejuaraan buat kali ketiga
berturut-turut bagi pasukan bawah 18 tahun perempuan.

3.0 OBJEKTIF
Objektif kertas kerja ini adalah seperti berikut:
3.1 Menjadikan Kelab Bola Baling SMKBBS sebagai salah satu penyumbang pingat
kepada pasukan sekolah di peringkat daerah.
3.2 Menyertai kejohanan peringkat daerah dalam misi mengekalkan kejuaraan buat
kali ketiga berturut-turut.

4.0 JUSTIFIKASI
Melalui program pembangunan yang dijalankan ini, Kelab Bola Baling SMKBBS dapat
mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola baling bagi persediaan ke Kejohanan
Bola Baling MSSDS tahun 2024 dan juga tahun-tahun seterusnya. Program yang
dijalankan ini akan memberikan impak dan kesan jangka panjang terhadap
pembangunan sukan bola baling di SMKBBS dan juga daerah Semporna sewaktu
kejohanan di peringkat negeri.
5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT
Tarikh Mula Latihan : 22 April 2024
Hari Latihan : Isnin – Jumaat
Masa Latihan : 3.30 petang – 5.00 petang
Tempat Latihan : Dataran Kumala, SMKBBS

Tarikh Kejohanan : 18 Mei hingga 21 Mei 2024


Hari Kejohanan : Sabtu – Selasa
Tempat Kejohanan : MRSM Semporna

6.0 KUMPULAN PESERTA


Pasukan Lelaki B18 SMK Bum Bum 20 orang
Pasukan Perempuan B18 SMK Bum Bum 20 orang

7.0 SENARAI NAMA PESERTA


7.1 Pegawai Pengiring / Jurulatih

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN


1. ARIFIN BIN MUSIDI PENAUNG
2. ZUL AHMAD BIN KASUAGI KETUA KONTINJEN
3. JEFFERY ANAK BUEH PENGURUS LELAKI B18
4. MASNI BINTI AHMAD PENGURUS PEREMPUAN
B18
5. MOHAMAD HAFIZ BIN AHMAD RUSLAN JURULATIH I
6. FLORYIDA WAYNEE JURULATIH II
7. AZHARUL IRFAN BIN TALIP FISIOTERAPI (LELAKI)
8. MARY JANE JOHARA FISIOTERAPI I
(PEREMPUAN)
9. RABIATUL ADAWIYAH BINTI SETANG FISIOTERAPI II
(PEREMPUAN)
7.2 Pasukan Bawah 18 Tahun Lelaki

BIL NAMA PELAJAR KELAS


1. MOHAMMAD KHAIRIL ABDULLAH 4 AKRAB
2. MUHAMMAD AZMIZAN KHUZAIRIE 1 AMAN
3. JABIRULLAH BIN JAKARULLAH 5 ANUGERAH
4. MUHAMMAD AZNAN BIN JAAFAR 5 ANUGERAH
5. MOHAMMAD AFIF IQHBAL BIN RAJI 5 AMAN
6. MOHAMAD IZZAT FARIZ BIN ABDULLAH 4 AMAN
7. WAHAB BIN HATTA 4 ABADI
8. MUHAMMAD IRFAN BIN SULAIMAN 2 ADAB
9. AZHAR BIN ABDULLAH 1 ADAB
10. RONI BIN YAKUB 1 ANUGERAH
11. RIZWAN BIN RASID 2 AKRAB
12. MOHD DANISH ISKANDAR 4 AMANAH

7.3 Pasukan Bawah 18 Tahun Perempuan

BIL NAMA PELAJAR KELAS


1. MAYSYARAH BINTI MOHAMAD 5 AMANAH
2. SITTI ZUBAIDAH 5 ADAB
3. AMY FAUZANA BINTI ABDULLAH 5 AMAL
4. NURAINI ATIQAH BINTI HARUN 5 AKHLAK
5. SITTI RABIATUL YADIAH BINTI ABDUL JIB 5 AMANAH
6. SYAFIRA SUHAILA BINTI ABDUL 1 AKRAB
7. NURUL ALYA NATASHA BINTI ABDULLAH 1 AKHLAK
8. NUR QAIRIAH BINTI HADMAN 1 AKRAB
9. ROSLIANA AMISAH BINTI FIRDAUS 1 ADAB
10. ELISHA BINTI PATAK 5 AMANAH
11. SITTI HAZLIA BINTI MOHD SANI 1 AMAN
12. NURUL FARAH SYAKIRA BINTI NURDIN 1 AKHLAK
8.0 KEPERLUAN PERALATAN
BIL BUTIRAN KUANTITI
1. Bola Baling Saiz 3 2 unit
2. Bola Baling Saiz 2 2 unit
3. Jersi Pemain 40 unit

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN KEWANGAN


BIL BUTIRAN AMAUN
1. Yuran Penyertaan
 (1 pasukan x RM 170) RM 170
2. Penginapan
 (1 unit x RM 250 x 5 hari) RM 1250
3. Pengangkutan (Sewaan Bot)
 (2 hala x RM 30) RM 60
4. Makan Pelajar
Sarapan Pagi
 (15 orang pelajar x RM 4 x 5 hari) RM 300
Makan Tengahari
 (15 orang pelajar x RM 7 x 5 hari) RM 525
Makan Malam
 (15 orang pelajar x RM 7 x 5 hari) RM 525

5. Air Minuman
 (10 karton x RM 10) RM 100
JUMLAH KESELURUHAN RM 2 900
10.0 PENUTUP
Pihak kami memohon agar permohonan ini diberikan sokongan dan pertimbangan yang
sewajarnya dalam usaha membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang
sukan bola baling, mengamalkan gaya hidup sihat dan menaikkan nama baik SMK Bum
Bum di peringkat negeri dan kebangsaan. Segala kerjasama dan sokongan yang
diberikan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung akan
dapat melicinkan perjalanan Kelab Bola Baling SMKBBS dalam persiapan ke Kejohanan
Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Daerah Semporna demi kebaikan dan manfaat
kepada pelajar dan sekolah. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Kerjasama pihak tuan amat dihargai.
Disediakan oleh Jeffery Anak Bueh
Pengurus Pasukan,
Kelab Bola Baling,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bum Bum,
91309 Semporna, Sabah.

Tandatangan : ………………………………………………….

Tarikh : ………………………………………………….

Disokong oleh Zul Ahmad Bin Kasuagi


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bum Bum,
91309 Semporna, Sabah.

Tandatangan : ………………………………………………….

Tarikh : ………………………………………………….

Diperakui oleh Arifin Bin Musidi


Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bum Bum,
91309 Semporna, Sabah.

Tandatangan : ………………………………………………….

Tarikh : ………………………………………………….

You might also like