SPBKT01_2015 BAYARAN SAGUHATI PENCERAMAH

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

MAJLIS AMANAH RAKYAT

(MARA)

Bahagian Kemahiran dan Teknikal Bil MARA: BKT:2/8


Tingkat 20 & 21, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur Tarikh: 28 September 2015

SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA


BIL. 1/2015

PINDAAN KADAR BAYARAN SAGUHATI KEPADA PENGAJAR / PENSYARAH /


JURULATIH LUAR YANG DILANTIK UNTUK MENGENDALIKAN KELAS ATAU
LATIHAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI
MARA (KKTM), MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII) DAN INSTITUT
KEMAHIRAN MARA (IKM)

1. PENDAHULUAN

1.1 Adalah dimaklumkan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT)


bersetuju untuk melaksanakan pindaan terhadap kadar bayaran
saguhati kepada pengajar / pensyarah / jurulatih luar yang dilantik
untuk mengendalikan kelas atau latihan Kurikulum dan
Kokurikulum di KKTM, MJII dan IKM.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pada masa ini kadar bayaran bagi elaun saguhati kepada
pengajar / pensyarah / jurulatih luar yang dilantik untuk
mengendalikan kelas atau latihan Kurikulum dan Kokurikulum di
KKTM, MJII dan IKM merujuk Surat Pekeliling Bahagian

1
Kemahiran dan Teknikal MARA Bil 1/2011 yang sedang
berkuatkuasa. Selaras dengan perkembangan semasa dan
keperluan dalam menggalakan prestasi Kurikulum dan Ko
kurikulum di institusi-institusi pengajian MARA, BKT telah
bersetuju membuat pindaan terhadap kadar elaun semasa.

3. PELAKSANAAN KADAR BAYARAN DAN SYARAT BAYARAN

3.1 Kadar Bayaran Elaun / Saguhati adalah seperti dalam jadual


berikut:

Kadar Bayaran / Jam


Bil Kategori (A) - PENGAJAR / PENSYARAH (Maksimum)
Lama Baru
1. Berkelulusan Ijazah Kedoktoran / Ijazah
Sarjana / Ijazah Sarjana Muda atau lain-lain RM 60.00 RM 80.00
kelulusan yang setaraf.
2. Berkelulusan Diploma / Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia atau lain-lain RM 50.00 RM 70.00
kelulusan yang setaraf.
3. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil
Rendah Pelajaran atau lain-lain kelulusan RM 40.00 RM 60.00
yang setaraf atau yang lebih rendah dan
diiktiraf oleh Pegawai Mengawal Pusat.
Kategori (B) – JURULATIH
4. Disahkan mempunyai kemahiran dalam
bidang yang ditetapkan. RM 40.00 RM 80.00

3.2 Syarat-syarat bayaran elaun / bayaran saguhati

i. Penubuhan sesebuah Kelab / Persatuan / Badan


Beruniform perlu mendapat kelulusan BKT terlebih dahulu.

ii. Pelantikan Jurulatih Kurikulum dan Kokurikulum adalah


yang melibatkan latihan secara berterusan iaitu melebihi
14 jam pertemuan bagi membimbing / melatih pelajar-
pelajar minimum 10 orang pelajar.

2
iii. Jumlah bayaran maksimum Elaun / Bayaran Saguhati
yang boleh diterima oleh seorang pengajar / pensyarah /
jurulatih yang tidak bermajikan atau tidak mempunyai gaji
bulanan tetap tidak melebihi RM 2,500.00 bagi seorang
jurulatih untuk satu semester pengajian (15 minggu)
tertakluk yang mana lebih rendah.

iv. Bayaran pengajar / pensyarah / jurulatih boleh dibuat


setelah pengajar / pensyarah / jurulatih tersebut
menyelesaikan tugasnya dan menerima laporan
kehadiran menjalankan tugas dari Penasihat Kelab /
Persatuan dan telah disahkan oleh Pegawai Mengawal
Pusat

4. SISTEM KAWALAN

4.1 Pegawai Mengawal Pusat adalah diminta mengadakan sistem di


pusat masing-masing bagi menentukan pengajar / pensyarah /
jurulatih tersebut bermajikan atau tidak bermajikan.

5. PEMBATALAN DAN PEMAKAIAN

5.1 Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling ini maka Perenggan


7.3.2 dan 7.3.3 Surat Pekeliling Bahagian Kemahiran dan
Teknikal MARA Bil 1/2011 adalah terbatal.

6. PENUTUP

6.1 Surat Pekeliling ini berkuatkuasa mulai dari tarikh ianya


dikeluarkan.

3
6.2 Dokumen berkaitan bayaran tersebut perlulah dikemaskini,
disimpan, teratur, selamat dan kemas bagi tujuan pemantauan
serta pengauditan.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

MOHAMED ROSELI BIN DOL


Pengarah
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA

’Keusahawanan & Pendidikan Global’


’Amanah rakyat’

4
5

You might also like